Ketika ini isu vaksin menjadi topik hangat diperkatakan apabila ada segelintir yang melahirkan rasa bimbang mengenai suntikan ini.
Negara kita sendiri telah merupakan negara bertuah apabila menjadi kumpulan pertama menerima vaksin Pfizer-BioNTech.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima suntikan vaksin berkenaan.
Mengikut perancangan, fasa pertama pada 26 Februari ini, penerimanya adalah petugas barisan hadapan iaitu anggota KKM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan lain- lain yang ditetapkan kerajaan.
Fasa pertama program imunisasi yang bermula Februari hingga April itu akan diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Fasa ketiga pula membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, bermula dari Mei hingga Februari tahun depan.
Ads
GUNA TIK TOK JELAS KESAN VAKSIN – MUDAH INGAT!
Pelbagai saluran digunakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai vaksin ini. Dalam pada itu, menerusi aplikasi TikTok. Dr Amalina Bakri berkongsi info mengenai kesan biasa yang dialami setelah pengambilan vaksin.
Info ringkas mudah untuk diingati iaitu berasa sakit, kemerahan, bengkak di tempat suntikan, demam, penat, sakit kepala,
Ads
Kesan sampingan ini tidak kuat dan hanya sementara. ini menunjukkan tindak balas vaksin terhadap sistem imunisas di badan.
Dalam pada itu, Dr Amalina turut menjawab soalan warganet yang ingin mendapatkan kepastian mengenai vaksin.
Ads
Semoga menjadi manfaat bersama untuk kesihatan ahli keluarga berpanjangan.
Sumber: Tik Tok Dr Amalina Bakri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyakit kencing manis atau diabetes adalah antara penyakit yang boleh dikawal dengan cara pemakanan selain perubatan.
Oleh itu, ada yang melakukan pemeriksaan sendiri di rumah dengan mengunakan alat khas untuk mengetahui ukuran paras gula dalam darah.
Namun, untuk melakukan ini perlu ada caranya agar bacaan lebih tepat. Nak tahu ikuti panduan ketika melakukan pemeriksaan gula di rumah yang dijelaskan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Panduan bacaan ukuran gula lebih tepat
Selain pemeriksaan doktor di klinik, saya selalu mencadangkan agar pesakit diabetes melakukan pemeriksaan gula secara berkala di rumah menggunakan mezin glukometer bagi memastikan tahap gula mereka terkawal.
Pemeriksaan doktor hanya untuk dilakukan setiap bulan, malah ada yang tiga bulan sekali. Jika ada peningkatan gula dalam dalam (hiperglisemia), mungkin pemantauan doktor untuk sebulan atau tiga bulan akan datang, agak terlambat.
Tanpa kawalan gula dalam darah yang bagus, mereka mungkin mengalami masalah komplikasi seperti kerosakan mata dan ginjal, masalah jantung dan stroke. Paling kurang pun masalah saraf seperti rasa kebas dan mencucuk-cucuk.
Namun begitu ramai yang terlepas pandang beberapa perkara penting apabila melakukannya.
Pekara penting ketika tahu
1. Pemeriksaan gula selepas makan (postprandial blood sugar). Ia dilakukan dua jam selepas makan. Paling baik, masa dikira bila mula makan, dan bukan setelah selesai makan.
2. Pemeriksaan gula secara rawak (Random blood sugar). Untuk mendapatkan bacaan yang lebih realistik, lalukan pada masa yang berbeza kerana tahap gula dalam darah bergantung pada banyak faktor. Contoh bila kita penat mengemas rumah, mungkin bacaan menjadi lebih rendah bila kita sedang stress atau marah.
3. Memilih jari yang sama untuk dicucuk. Ramai yang silap bila memilih jari yang sama. Ini boleh mencederakan kulit jari tersebut. Boleh lakukan pada mana-mana jari yang lain. Malah kaedah terbaru mencadangkan, boleh cucuk di mana-mana permukaan kulit seperti di lengan atau di abdomen.
4. Satu cucukan, satu jarum. Gunakan satu jarum untuk setiap cucukan bagi mengelakkan jangkitan kuman.
5. Kedalaman cucukan. Kita boleh memilih kedalaman cucukan jarum, tetapi yang terbaik adalah antara 3-4.
6. Kebersihan. Pastikan kita membersihkan kulit jari dengan larutan spirit sebelum kita melakukan cucukan. Jangan tergesa-gesa mencucuk setelah dibersihkan. Tunggu sehingga ia benar-benar kering.
7. Perbezaan bacaan. Jangan terlalu panik bila bacaan gula lebih sedikit dari bacaan yang normal. Banyak faktor yang mempengaruhi. Yang penting, bacaan itu tidak terlalu tinggi dan mendapat bacaan yang lebih kurang sama bila melakukannya beberapa kali di waktu yang berbeza.
Berbincanglah dengan doktor yang berpengalaman dan merawat secara holistik.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa peggemar epal hijau pastinya beruntung kerana dari sebiji epal yang kita makan bukan hanya sedap bahkan ada banyak rahsia dan khasiat yang tersembunyi.
Epal hijau bukan hanya tinggi serat bahkan ia mengandungi mineral lain seperti zat besi, zink, manganese dan potassium.
Malah sebagai buah yang memiliki kalori rendah, ia amat disyorkan untuk menurunkan berat badan. Apabila digabungkan dengan timun, lemon dan madu memberikan hasil yang terbaik untuk kesihatan tubuh seseorang.
Jom cuba buat jus diet dengan menggunakan bahan-bahan ini.
DIET
Maintain’ Fit!
Bagi yang ingin diet tapi tak mahu makan berat di waktu malam.
Buat jus diet menggunakan bahan yang menyehatkan dan mengenyangkan perut
Bahan-bahannya:
1 biji epal hijau
1/2 biji timun
2 slice lemon, ambil jus je
1-2 sudu besar madu
Air suam untuk kisar
Cara membuatnya:
Semua bahan di atas ini dikisar.
Terpulang kepada individu nak tapis. Rugi jika tapis sebab fiber tinggi hampas dia.
Sukatan jus untuk 1 gelas gedabak ni ye. KHASIAT TIMUN
Mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh buang toksin dalam badan dan bagi sejuk badan.
KHASIAT EPAL HIJAU
Kurangkan kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Siapa yang ada masalah sembelit, elok makan epal hijau. KHASIAT LEMON
Tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
Apabila tular kisah sepasang kekasih yang mengambil keputusan untuk putus hubungan setelah mengetahui kedua-duanya adalah pembawa talassemia, maka penyakit ini menjadi topik bualan netizen.
Antara persoalan yang timbul: Kenapa mereka perlu putuskan hubungan? Kalau kahwin juga, apa bakal terjadi? Macam mana mereka boleh dapat penyakit talasemia?
Menjawab semua persoalan dan kekeliruan ini, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi infonya di media sosial agar ramai yang jelas tentang penyakit ini, semoga bermanfaat.
THALASSEMIA: topik hangat minggu ini
Saya cuba ringkaskan agar mudah difahami.
1. Thalassemia (talasemia) adalah penyakit genetik(keturunan) yang berbahaya. Ia menjejaskan penghasilan darah, sehingga ia tidak mencukupi untuk kehidupan yang normal.
2. Terdapat beberapa jenis talasemia, antaranya talasemia alfa dan talasemia beta. Setiap satunya ada pecahan masing-masing. Kita akan fokus perbincangan kita kepada talasemia beta.
3. Talasemia beta terbagi kepada 2:
▪️Talasemia major
▪️Talasemia minor
* Terdapat juga: talasemia intermedia (pertengahan).
4. Individu yang mempunyai talasemia major dipanggil pesakit talasemia. Pesakit talasemia mempunyai gejala: cepat letih, pucat, sesak nafas, perkembangan fizikal terjejas, dll.
5. Individu yang mempunyai talasemia minor dipanggil pembawa. Pembawa talasemia lazimnya tidak bergejala, dan hanya menunjukkan tanda-tanda dalam keadaan tertentu.
6. Bila 2 pembawa talasemia berkahwin, maka :
▪️25% risiko anak = pesakit (major)
▪️50% risiko anak = pembawa (minor)
▪️25% anak = normal
7. Mengapa kita perlu khuatir dengan risiko anak menjadi pesakit talasemia(major)? Kerana rawatannya panjang, rumit dan memerlukan kos yang tinggi. Ia juga menjejaskan kualiti hidup mereka.
8. Rawatan talasemia major:
▪️Transfusi darah 2-4 minggu sekali
▪️Terapi chelation (buang zat besi terkumpul)
▪️Splenectomy (buang limpa: jika perlu)
9. Rawatan hanya boleh dihentikan sekiranya pesakit menjalani pemindahan sum-sum tulang. Itupun ada tidak semuanya berjaya. Jika gagal, transfusi dan chelation dilakukan sepanjang hayat.
10. Oleh kerana rawatannya rumit, talasemia perlu dicegah. Caranya, adalah dengan menyaring pasangan yang ingin berkahwin, untuk menilai sama ada mereka ada genetik talasemia atau tidak.
11. Saringan talasemia dibuat dengan melakukan ujian darah. Ia disaring pada semua kerana pembawa biasanya tiada gejala. Jadi pengecaman melalui pantauan gejala tidak mencukupi
12. Jika kedua-dua pasangan didapati adalah pembawa talasemia, maka pasangan akan diberi konsultasi tentang penyakit ini, diterangkan risiko berkenaan zuriat, dan sebagainya.
13. Pasangan tidak akan dipaksa putuskan hubungan. Malah pasangan akan membuat keputusan berdasarkan informasi yang telah diberi, dan hasil perbincangan mereka sendiri.
14. Keputusan yang boleh dibuat oleh pasangan.
▪️Tidak berkahwin
▪️Kahwin, rancang tiada anak (biological)
▪️Kahwin, dapatkan anak, dan sedia hadapi risiko.
15. Kempen kesedaran tentang talasemia kini giat dijalankan. Saringannya juga bukan sahaja dibuat kepada pasangan yang hendak berkahwin sahaja, malah telah dibuat di sekolah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.