Mencegah lebih baik dari mengubati. Menurut Dr Hamid Arshat punca sebenar bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidak diketahui .
Justeru, bagi memastikan hal ini tidak mengundang masalah kepada sistem peranakan, seseorang wanita patut mengamalkan makanan tersebut.
Punca sebenar bagi penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui .
Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca2 sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut
Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat-sifat kewanitaan, kecantikkan, fungsi-fungsi seks, bentuk badan dan lain-lain.
Tindakan estrogen terhadap tisu-tisu biasanya diseimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabka wanita tidak mengalami penetasan telur / ovulation.
Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya.
Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesiti. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukan estrogen serta pengurangan Progesteron.
Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang. Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron.
Oleh itu, saya cadangkan beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enzim aromatase diperlukan.
Langka-langkah mengawal estrogen.
Ads
1, Kekalkan berat badan ke tahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.
2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron
3.Mengawal stres. Selain boleh meningkatkan hormon cortisol/steroid, stres juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.
Pengambilan makanan yang berkhasiat.
Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:
Ads
1.Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.
2.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.
3.Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggung jawab dalam penghasilan estrogen) di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan
4. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.
5. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.
6.Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.
7. Oat
Oat adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.
8. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan, ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz ke dalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.
Ads
9. Bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping mengandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.
10. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron
11. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.
12. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented seperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bakteria baik untuk badan dan melawan bakteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen
13.Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen
14. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.
15. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.
16. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen
Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormon serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biarpun rumah tangga sedang diuji, namun sebagai ibu, Puteri Sarah enggan membiarkan hal tersebut diketahui oleh anak-anaknya.
Keputusan itu dibuat demi menjaga hati serta emosi dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 2.
“Anak-anak tak tahu dan saya nak kekalkan begitu.Anak-anak dikelilingi orang-orang yang positif dan jauh dari persekitaran yang toksik. Jadi saya nak kekalkan begitu supaya pembesaran dan emosi mereka terjaga,”katanya.
Sarah berkongsi luahan tersebut menerusi Instagram Storiesnya semasa menjawab pertanyaan seorang pengikut yang bertanyakan tentang hal tersebut.
Akuinya, sebelum ini pernah berdepan dengan situasi gagal mengawal stres sehingga menyebabkan anak-anaknya terkena tempias.
“Dulu, masa awal-awal, saya pun pernah terlepas marah dekat Syaikhul. Kasihan dia. Sampai sekarang, saya rasa diri ini bukan seorang ibu yang baik bila teringat apa yang saya pernah buat.
“Tapi Syaikhul tak ingat. Saya cuba menjadi seorang ibu terbaik buat anak-anak saya. Lama-lama, saya belajar untuk kawal diri. Dekatkan diri dengan orang-orang yang positif.
“Sibukkan diri dengan bekerja, kerja dari rumah pun okey. Keluarkan diri kita dari persekitaran yang toksik itu. Bila saya dah keluar dari persekitaran sebegitu, saya rasa lebih hidup dan gembira,”katanya.
Dalam pada itu, pelakon ini juga berkongsi antara cara untuk cuba melawak stres itu adalah dengan mengaji Al-Quran.
“Bila saya mula mengaji semula pada tahun lepas, jiwa rasa terisi dan kuat. Setiap hari cuba isi walau 20 minit . Dengan mengaji, ia buat hati saya rasa tenang. Saya dapat semula kawal diri dan sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara.
“Alhamdulillah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Walau sibuk dengan penggambaran, macam-macam masalah melanda, saya pun dah khatam Al-Quran. Bagi saya, mengaji bantu saya untuk berfikiran waras dan sentiasa positif,”katanya.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah didakwa dilanda masalah hingga mendapat perhatian netizen.
Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Selalunya jika masak sambal bilis, resipinya sambal ikan bilis kering, tapi kali ini resipi ini agak ‘rare’ apabila menggunakan telur masin sebagai tambahan kepada bahan-bahan untuk memasak sambal bilis kering.
Nak tahu caranya, jom ikuti perkongsian resipi oleh puan Zainor Shima Ihsan
yang menarik perhatian netizen group Masak Apa Hari Ini (MAHN)
Resipi Sambal Bilis Kering ‘Salted Egg’
Dah lama tak masak stail ni. Biasa masak sambal basah ikan bilis untuk nasi lemak.Lauk sambal ikan bilis kering ni menjadi favourite saya dan kami sekeluarga. Paling best anak bawak lauk ini balik asrama.
CikMa nak share resepi sambal bilis kering salted egg. Ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering? Ala-ala macam sambal ikan bilis garing Che Nor. Jom kita kongsi resepi sambal ini. Makan dgn nasi panas atau bubur nasi bersama telur goreng sarang/telur masin pun sodap . Sesuai untuk bekalan tambahan bila nak travel jauh. Kiranya lauk kecemasan kalau x rajin nak masak lauk-lauk yang lain. Wow..ummphh cer gini
Resepi sambal bilis garing/kering salted egg.
Bahan-bahan:
1. 500 gram cili kering kerinting pedas@ cili kering besar tak pedas. Nak mix cili pun ok je.
( terpulang mana yg suka pedas)
2. 500 gram ikan bilis kopek.
3. Bawang goreng segera.
4. Gula halus/gula pasir ( dikisar)
5. garam bukit. ( pilihan)
6. Serbuk cheese. ( pilihan)
7. 2 ketul kuib ayam- brand maggie.
8. Serbuk secukup rasa- brand maggie.
9. Serbuk salted egg-brand bestari.
10. minyak masak utk goreng cili kering/ikan bilis/kuib ayam.
Cara Masak:
1. Basuh cili kering sekejap, dan tos bagi kering. Gunting kecil-kecil. Tapis dalam bekas jaring untuk buang biji cili. Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap je. Goreng kasi garing. Jangan sampai hangus ye.
2- Kemudian guna hand blander atau blander kering. Kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus sehingga menjadi cili flakes.
2. Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada 2 bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.
3- Panaskan minyak. Bila dah panas, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak.
4. Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.
5. Masuk kan cili kering blender, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk salted egg, serbuk cheese (terpulang nak letak atau tidak) .
6. Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit utk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api. Sejuk kan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas.
7. Ada rasa pedas manis masin. Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/salted egg
8. Dah siap sambal kering ikan bilis garing/kering salted egg. Sedia untuk dimakan
Rujuk gambar untuk hurain lanjut.
Cili kering yg sudah dibasuh/tos kering. Goreng kasi garing sekejap je. Jgn goreng lama nanti hangus. Cili kering bau hangit..nanti tak sedap sambal tu.
separuh ikan bilis goreng di blender separuh halus dan kasar ye.
Dah siap di kisar ikan bilis goreng guna hand blender.
bahan2 cili kering /ikan bilis kasar/halus yang sudah siap kisar.
Cili kering goreng utk di kisar halus sehingga jadi cili flakes.
Siap kejadian cili kering goreng dah siap kisar halus
Goreng 2 ketul kuib ayam maggie dgn minyak masak 4 camca besar.
Selesai goreng hancur kuib ayam tadi. Campurkan semua bahan2.
cili kering
ikan bilis kasar+halus
bawang goreng segera
gula halus atau gula pasir (yg sudah dikisar)
salted egg
bahan2 sebelum digaul. yg putih tu gula pasir yg sudah dikisar. lagi bagus guna gula halus
Dah siap gaulan semua bahan2 tadi. Menarik tau warna sambal ni bila semua bahan2 dah sebati.
Warna merah oren sambal ni
saya buat utk sekilo.. dapat dlm bekas balang sederhana.. Bau wangi tau.. Rasa manis masin pedas.
Seorang bayi lelaki yang tidak sempurna sifatnya terpaksa diuruskan jenazahnya dengan agak sukar selepas kerana dibekukan lebih dua minggu kerana gagal dituntut oleh bapanya.