Kadang-kadang kipas siling di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum.
Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, tak susah mana pun. Jom ikut tip yang dikongsikan oleh saudara Azlan Abdul Rahman.
Membaiki Kipas Panasonic Rosak.
Kipas apabila sudah lebih 12 tahun ia akan berpusing semakin perlahan dan mengeluarkan bunyi berdengung (humming). Kalau dibiarkan ia akan semakin teruk dan boleh menggangu komponen lain. Lagi banyak kos nak baikinya. Lagi pening tuan rumahkan?
Bolehkah ia dibaikpulih supaya berpusing seperti baru? Boleh jangan risau! 80% kipas yang rosak boleh dibaiki. Untuk kes ini bunyi ini berpunca dari kerosakan pada kapasitornya.
Cara mudah nak baiki kipas siling yang perlahan dan bunyi bising.
7 Langkah Mudah Baiki Kipas Siling:
Langkah 1.
Buka housing kipas supaya anda boleh cabut board keluar. Cari skru yang mengikat housing dengan body kipas. Biasanya skru ada di atas. Sebelum buka housing tu tutup suis utama dulu. Keselamatan diutamakan.
Langkah 2.
Periksa secara visual sama ada kesan burn atau ada komponen yang pecah. Dalam kes ini komponen pada board ini masih kelihatan ok pada luaran.
Langkah 3.
Salah satunya daripada komponen yang ditandakan ini sudah electrically deffective atau failed. Benda nilah yang menyebabkan kipas anda perlahan dan berbunyi bising. Fungsi asas kapasitor menyimpan dan mengeluarkan cas. Apabila dah lama ia akan semakin hilang kemampuan.
5 kapasitor² ini perlu diganti. Dapatkan sparepart ini di kedai elektronik berhampiran. Harganya tak mahal sektiar RM3 saja.
Kalau anda kurang yakin nak beli, anda bawa saja board ni pergi ke kedai elektronik beritahu nak tukar semua komponen yang ditandakan ni. Tuan kedai lebih arif part mana yang sepatutnya dia ambil.
Langkah 4.
Sediakan peralatan soldering secukupnya seperti iron tip, solder wire, solder wick dan kapasitor baru yang nak ditukar tadi.
Langkah 5.
Tukar 5 komponen kapasitor tadi mengikut value komponen masing². Kemahiran pasang part ni kita belajar dalam subjek Kemahiran Hidup dulu. Ia tak susah mana.
Selepas pasang part periksa board kalau ada short² atau solder bridging.
Langkah 6.
Pasang balik board pada kipas. Jangan pasang housing lagi sebab kita nak test dulu. On suis utama dan test semua function pada remote.
Setelah ada bunyi beep dan laju maknanya anda telah berjaya.
Langkah 7.
Finishing. Alang² kipas dah repair, cuci la bilah kipas tu. Kesian dekat kipas kena ‘angkut’ beban habuk yang tak sepatutnya dia tanggung. Ingat kalau sayang kipas kena cuci dari habuk secara berkala. Bukan sebab cantik ada sebab teknikal juga.
Hasilnya lihatlah kipas yang dah ditukar kapasitornya. Macam kipas baru!
Pastinya ramai yang bercadang untuk pergi bercuti pada waktu terdekat ini. Namun bagi yang belum mempunyai bajet, tak mengapa, masih ada masa lagi untuk mengumpul dana atau tabungan bercuti.
Bagi yang mempunyai keluarga yang besar, tentunya memerlukan bajet yang banyak. Jika tidak menabung tentu akan akan menjejaskan duit tabungan kecemasan.
Sebenarnya ada beberapa cara untuk membuat tabungan perlancongan buat keluarga anda atau diri sendiri. Nak tahu caranya ikuti panduan ini.
1.Buat senarai bajet dan rancang awal
Perkara paling utama adalah membuat perancangan awal dan senaraikan bajet yang diperlukan ketika melancong. Ini amat penting kerana dari situ kita dapat membuat anggaran jumlah wang yang diperlukan untuk percutian tersebut. Ambil tahu nilai matawang Negara yang ingin dilawati dan senaraikan dahulu kos pengangkutan, kos penginapan, kos makanan dan kos aktiviti yang mahu dilakukan ketika percutian tersebut.
Bagaimanapun, lebih jimat jika anda pergi secara berkumpulan kerana ia boleh mempengaruhi bajet anda. Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan khidmat kereta sewa, perbelanjaan untuk kereta sewa tersebut akan lebih berbaloi sekiranya dibayar oleh 3 atau 4 orang berbanding seorang sahaja. Kan lebih jimat!
2. Kurangkan perbelanjaan pada hari cuti
Jika kebiasaannya anda menghabiskan kira-kira RM100 hingga RM200 ketika keluar pada hari minggu, cuba kurangkan nilai tersebut supaya lebih banyak wang dapat disimpan untuk melancong.
Lebih-lebih lagi jika anda gemar berkunjung ke kafe hipster yang menyajikan hidangan yang agak tinggi harganya. Untuk mencapai matlamat percutian idaman, anda boleh berhenti melawati tempat-tempat seperti itu dan bertukar kepada kafe-kafe yang lebih berpatutan.
Selain itu, cuba juga kurangkan perbelanjaan harian anda seperti menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja dan membawa bekal makanan tengah hari dari rumah.
3. Kaedah paksa reka dan tabung percutian
Kaedah paling efektif untuk memastikan anda menyimpan setiap bulan adalah dengan mengasingkan 10 hingga 15 peratus daripada gaji anda untuk percutian idaman. Anda perlu menetapkan matlamat dan mendisiplinkan diri sendiri untuk melakukannya.
Sebagai contoh, anda mahu mengumpul kira-kira RM2,000 untuk melancong ke Bangkok, Thailand. Oleh itu, jika pendapatan anda adalah RM3,000 sebulan, anda boleh menyimpan 10 peratus daripada jumlah tersebut (RM300) untuk percutian idaman anda. Jadi, dalam tempoh 7 bulan, simpanan percutian anda sudah mencecah RM2,100 dan anda sudah boleh menikmati percutian anda!
Dalam pada itu, anda juga boleh menyimpan tabung di dalam bilik tidur agar dapat memberi inspirasi kepada anda untuk terus menabung.
4. Cari tawaran berbaloi
Jika ingin berjimat, anda perlu rajin memeriksa tawaran-tawaran hebat yang boleh didapati di laman web syarikat penerbangan dan melalui aplikasi mudah alih anda.
Syarikat penerbangan sering menawarkan diskaun untuk tiket penerbangan ke pelbagai destinasi mengikut musim-musim tertentu. Jadi, anda perlu peka dan selalu melayari laman web syarikat penerbangan supaya tidak terlepas tawaran hebat!
Selain itu, banyak aplikasi baru yang kini menawarkan tiket masuk ke pameran atau harga yang lebih murah untuk melakukan aktiviti-aktiviti di destinasi percutian.
Anda juga digalakkan untuk mengikuti tips ‘backpackers’ di laman social Facebook atau Twitter kerana mereka sering memuat naik itinerary dan perkongsian menarik yang secara tidak langsung dapat menjimatkan lagi kos percutian anda.
5. Buat jualan pre-loved
Sekiranya almari pakaian anda telah penuh, mungkin inilah masanya untuk anda mempertimbangkan mengadakan jualan ‘pre-loved’ bagi mengumpul wang percutian.
Teliti semula pakaian dan barang-barang di rumah anda yang masih dalam keadaan baik dan jarang digunakan.
Bukan sahaja anda dapat mengumpul wang lebihan malah boleh melapangkan ruang peribadi anda dan apabila pergi bercuti nanti, anda boleh membeli pakaian dan barangan baru!
Pelbagai lagi perkara lain yang boleh mempengaruhi bajet percutian anda. Paling utama, tetapkan destinasi dan jenis percutian idaman anda dan rancanglah dengan teliti. Perancangan teliti boleh mengurangkan risiko anda terlebih berbelanja dan merosakkan ‘mood’ anda ketika bercuti.
Setiap pasangan suami isteri pastinya mengimpikan momen yang indah dalam perkahwinan mereka. Apalagi itu adalah sekali dalam seumur hidup. Kalau dulu orang hanya tahu bersanding dan mengambil gambar untuk diabadikan sebagai kenangan.
Namun kini, pelbagai tema dan konsep dipilih mengikut kreativiti masing-masing. Pastinya yang ‘rare’ antara menjadi pilihan untuk dibuat kenang-kenangan sehingga ke anak cucu.Demikian juga dengan pilihan pasangan pengantin dua sejoli ini.
Apa yang menariknya, tema superhero menjadi pilihan dan abang-abang pengantin perempuan yang cukup sporting mengenakan kostum suiperhero dalam mengiringi pasangan pengantin ini berarak dan mengambil gambar di pelamin.
Keempat-empat abang pengantin perempuan bernama Syahiera Sabri cukup bersahaja dan sporting mengenakan kostum tersebut sehingga mengundang tawa netizen.
Tema tersebut tular di laman facebook apabila jurugambar perkahwinan Fadhil Aman Ahyat berkongsi kemeriahan sekitar majlis perkahwinan pasangan pengantin Izzul Azzuan dan Syahiera Sabri ini.
Bahkan, sehingga kini ia sudah mendapat lebih 6k shares. Rata-rata terhibur dengan tema dan kelainan yang dibawa oleh pasangan pengantin itu. Siap ada Deadpool, Spiderman dan Masked Rider!
Menerusi foto tersebut, empat beradik ini dilihat berjalan mengiringi pengantin perempuan yang merupakan adik bongsu mereka sebelum disambut pengantin lelaki. Memang sporting habis!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.