Apabila seseorang itu batuk tentu mengakibatkan rasa tidak selesa terutama apabila batuk yang disertai dengan kahak.
Kahak ini jika dibiarkan lama tentu akan menyebabkan badan berasa tidak sihat sekali gus menyebabkan pencetus kepada demam yang berlarutan.
Sama dewasa,, remaja atau kanak-kanak, pastikan batuk berkahak tidak berterusan kerana ia akan menyebabkan badan sukar untuk kebah demam.
Jadi selain mendapatkan nasihat doktor, apa kata cuba cara alternatif dengan makanan makanan yang ada di rak dapur rumah anda.
Nak tahu caranya ikuti nasihat doktor ini, Mazliana Mazlan menerusi perkongsiannya.
Jom lihat panduannya.
MAKANAN EJEN PENCAIR KAHAK.
Makanan boleh jadi ejen pencair kahak tau.
Ramai tanya, makanan apa yang baik untuk anak makan bila batuk berkahak.
Ads
Yang paling utama, makanan ultra proses penggalak kahak kita kena cuba elakkan sebaiknya.
Singgang ikan dan sup ayam, antara makanan yang wajib saya buat bila anak tak sihat. Banyak bahan ramuan pemusnah kahak kita boleh letak dalam makanan macam ni.
Saya kongsi 6 jenis makanan yang boleh kurangkan kahak dari anak-anak.
Ikan
Ikan dan omega 3.
– Kandungan omega 3 bantu kurangkan radang dalam badan anak.
Bebawang
Bawang putih ramuan yang paling baik untuk cairkan kahak.Bawang besar, bawang merah, bawang holland, semua pun boleh
– Allium dalam bebawang sebagai antiradang untuk kurangkan penghasilan kahak.
Ads
Makanan tinggi fiber
Buah jangan tingga kat rumah kalau anak batuk.Wajib beli kalau anak tak sihat k.
– Buah dan sayur. Labu, sayur hijau, nenas, pear. Makanan tinggi fiber bantu cairkan kahak.
Calsicum
Capsicum pun boleh kurangkan kahak.
– Dalam capsicum, ada capsaicin. Unsur kimia yang bantu kurangkan kahak.
Air
Air putih atau air mineral jangan tinggal k.
– Wajib jadi kawan baik anak bila batuk. Air yang cukup, akan bantu pecah dan cairkan kahak anak. Air kelapa pun boleh.
Sup
Sup ayam favourite anak-anak kalau tak sihat.
– Makanan bersup dengan bahan ramuan tinggi nutrisi dan bahan ramuan yang boleh kurangkan kahak. Makanan utama yang perlu kita bagi bila anak tak sihat.
Makanan, bukan ubat.
Ads
Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.
Kita cuba sama-sama ya. Banyakkan real food untuk anak, dan jauhkan sebaiknya makanan tinggi proses dari anak-anak.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mendambakan kehadiran si kecil bergelar anak dalam melengkapi hidup mereka. Namun jika belum tertulis rezeki buat pasangan tersebut, redha dan bersyukur adalah cara terbaik dalam memujuk hati. Mungkin belum masanya lagi untuk anda dikurniakan anak.
Begitu pun, sikap sesetengah masyarakat yang memandang sinis kepada pasangan yang belum memiliki anak seolah-olah itu menjadi satu kesalahan buat mereka.
Salah seorang pengguna Facebook Farhad Hassan baru-baru ini berkongsi luahan hati dan kisahnya apabila sering mendapat pertanyaan sedemikian daripada sanak saudara. lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitiri.
Perkongsiannya menerusi akaun Facebooknya telah mendapat lebih 5 ribu tanda suka sejak dimuat naiknya. Ikuti kisah dan luahan hati suami ini.
AIDILFITRI TANPA CAHAYA MATA
Aku percaya bila hari raya je, mesti akan banyak soalan pasal anak ni oleh saudara mara/kawan. Aidilfitri tahun 2019 ni tahun kelima aku beraya tanpa cahaya mata dengan cik isteri. Berdua kemana-mana.
Bila orang tanya, dah habis rasanya template jawapan ni nak jawab. Usaha sudah, berubat sudah, jumpa pakar pon sudah. Tapi belum ada rezeki lagi. Kalau Allah belum berkehendakkan benda tu jadi, buat macam mana pon takkan jadi.
Berendam air mata
Banyak benda yang orang luar tak nampak . Rasanya da berpuluh test da di beli. Tiap-tiap kali negative, cik isteri senyum je geleng kepala. Habis berendam air mata aku tengok.
Bila baca berita kanak-kanak dibuli, didera, ditinggalkan, bayi dibuang, teresak2 cik isteri menangis. Mungkin terkilan amanah Allah yang sangat-sangat diidamkan ibarat tiada nilai pada sesetengah orang.
Jangan pertikaikan Allah
Tapi aku selalu ingatkan jangan sesekali pertikaikan Ya Allah, kenapa Kau pilih aku? Kenapa aku yang belum dikurniakan cahaya mata? Sebab pernah tak kau cakap macam tu bila tengah happy?
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat cabutan bertuah Honda Civic ni?”
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat bonus 3 bulan gaji ni?”
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat melancong free ni?”
Belum rezeki anak, Allah bagi rezeki lain
Sabar, Allah itu maha adil. Mungkin belum ada rezeki anak tapi Allah bagi rezeki dalam bentuk lain.
Jangan ingat yang tak de anak je yg diuji, yang dah ada anak lain pula ujiannya. Ada yang tiada me time, tiada masa dengan pasangan sendiri, tiada masa melepak, tak cukup duit dan macam-macam lagi.
Jangan jatuhkan darjat isteri
Tiada yang kurangnya pun perkahwinan korang kalau belum dapat cahaya mata. Jangan ada rasa kurangnya isteri tu bila dia belum dapat bagi zuriat. Jangan jatuhkan darjat isteri kau, dan jangan calarkan maruah lelaki lain dengan berfikiran naif macam ni.
Sibuk fikir salah pasangan tak dapat kurnia zuriat, tapi kau sendiri lupa nak bimbing bacaan quran isteri, perbetulkan solat sama-sama, tak tunaikan tanggungjawab sebagai suami.
Untuk pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan bersedih. Mungkin Allah belum beri rezeki zuriat tu sebab tau kekangan wang yang kita ada?So guna masa yang ada untuk cari duit lebih banyak2 untuk simpanan masa akan datang. So bila ada rezeki anak tu, cukup semua makan pakai.
Beri sokongan moral pada isteri
Gunakan masa yang ada berbakti kepada ibubapa, pasangan, pergi melancong, pergi tengok marathon movie yang anda minat, spend masa dengan pasangan anda macam waktu bercinta dulu.
Kalau yang niat bertanya atau berkongsi pengalaman rasa tiada masalah. Jangan layankan sangat dengan AJK persatuan makcik bawang yang selalu menyindir. Biarkan mereka dengan mulut mereka. Sebenarnya diaorang cemburu dengan life honeymoon korang.
Sebagai suami, tugas kita bagi sokongan moral. Jadilah peneman yang bagi kata-kata semangat, menenangkan cik isteri. Jangan biarkan isteri kita keseorangan menahan tekanan tu. Kita dah janji nak sama-sama kan?
InsyaAllah saya doakan semua yang sedang membaca ni dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Semoga ada rezeki kita semua raya bertiga tahun 2020.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perjalanan hidup ini sangat panjang. Bagaikan kembara yang tiada hujungnya. Menyelusuri waktu yang berlalu, ada masa kita rasa bahagia pun begitu ada waktunya diuji dengan rasa sedih dan duka. Oleh itu, kewarasan akal sewajarnya dapat memandu kita untuk menguruskan kehidupan bersama kurniaan atau dugaan yang diberikan.
Memberi makna lebih jelas berkenaan dugaan covid-19, terpanggil Dr Kamarul Ariffin untuk berkongsi nukilan di akaun fbnya dan bersama kita renung-renungkan semoga dapat meniupkan semangat untuk bangkit semula selepas berdepan dengan pelbagai ujian hidup sepanjang 2 tahun ini.
Ini perkongsiannya.
Dah hampir 2 tahun kita hadapi pandemik ni. Bermacam-macam peristiwa berlaku sepanjang tempoh ini. Sebagai seorang doktor, ia pengalaman yang banyak menyedarkan saya tentang kehidupan.
Ada pesakit saya yang asalnya adalah orang yang stabil dan hidupnya selesa, kini sedang diuji dengan keadaan yang serba kekurangan. Ikat perut, banting tulang, pecah tabung, untuk teruskan hidup.
Ada pula yang kehilangan kerja, akhirnya berjaya berdiri dengan perniagaan sendiri yang membawa rezeki yang lebih besar. Malah dia pula menyediakan pekerjaan untuk orang lain.
Ada yang dulunya aktif dan ceria, namun berubah muram dan lesu setelah dijangkiti COVID-19 tahap 5. Berapa dia rindu untuk berlari, tapi tetap bersyukur padaNya kerana masih dipinjamkan lagi masa.
Ada pula yang datang ke pusat rehab saya, bawa anak istimewa (OKU) yang kebanyakan masa hanya mengesot untuk bergerak. Sekarang, lepas latihan beratus hari, anak itu sudah mampu jalan sendiri.
Ada yang terpisah dengan ahli keluarga sepanjang tempoh pandemik ini kerana sempadan negara ditutup. Malah ada yang terpisah, dan hanya akan bertemu setelah dibangkitkan semula.
Ada pula yang telah terpisah dengan pasangan dan hanya bertemu 2-3 kali setahun, kini sudah tinggal sebumbung dan tidur sebantal. Malah, ahli keluarga pun telah bertambah.
2 tahun ini berlalu begitu pantas, namun seperti ribut yang menyusur, ia menggodak segala yang ada di laluannya. Impaknya sangat besar berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kita sedang diuji.
Kita diberi kepayahan agar mensyukuri kesenangan. Diberi lapar agar menikmati kekenyangan. Diberi sakit agar menghargai kesihatan. Diberi kehilangan agar mengapresiasi erti memiliki.
Kita tetap didengari.
Jangan pernah berhenti berusaha dan berdoa walaupun masa hadapan nampak kelam dan tiada harapan. Sinar akan datang di mana dan di masa yang diinginkanNya. Tiada yang mustahil.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Mengapa wanita hamil mengidam? Bila waktu hamil mulalah teringin untuk makan pelbagai jenis makanan. Soalnya apa itu istilah mengidam?
“Mengidam” adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil atau mengandung. Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung.
Apa yang mengejutkan, bukan hanya makanan yang diidamkan tetapi juga bahan bukan makanan seperti kapur dan kepingan cat atau tanah.
Pun begitu mengidam makanan yang manis dan masin serta berempah atau yang tinggi kandungan lemak, merupakan subjek yang paling popular.
Mengidam dialami mengikut waktu atau dalam tempoh kehamilan yang berbeza di antara seseorang wanita. Terdapat juga keadaan di mana seseorang wanita mengandung memilih untuk makan sesuatu yang sememangnya tidak akan dimakan pada hari-hari biasa jika tidak mengandung. Begitu pun, mengidam semasa mengandung tidak berlaku kepada semua wanita hamil.
Apa sebab mengidam?
Sebenarnya, penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui. Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai punca berlakunya mengidam.
Menurut Siobhan Dolan, ada yang berpendapat mengidam atau penolakan semasa kehamilan sebenarnya merupakan satu faktor perlindungan, walaupun tiada data saintifik yang mencukupi untuk menyokong teori ini.
Perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin merupakan alasan mengapa keadaan ini berlaku.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah saintis atau penyelidik menyatakan perubahan hormon semasa mengandung turut memberi kesan kepada deria bau. Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.
Mengidam sesuatu jenis makanan semasa mengandung turut dikaitkan sebagai petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien. Sebagai contoh, seseorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium. Manakala mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.
Bahaya ke?
Mengidam sesuatu makanan dan memakan makanan tersebut secara berlebihan dan tiada kepelbagaian (monotonous diet – makan satu makanan sahaja) adalah tidak baik dan boleh menjejaskan kesihatan wanita mengandung serta kandungannya.
Walau bagaimanapun, mengidam bukanlah suatu kesalahan dan tidak membahayakan jika dapat mengawalnya. Walau sekuat mana anda mengidam sesuatu makanan, pastikan anda berfikiran waras. Fikirkan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
Senarai di bawah merupakan makanan yang perlu diambil perhatian dan elakkan memakannya semasa anda hamil:
* Makanan laut termasuk ikan, telur dan produk hasil daging/ayam yang mentah atau tidak dimasak secara sempurna
* Susu dan produk tenusu seperti keju yang tidak dipasteur (unpasteurised milk)
* Alkohol
* Sayuran berakar yang tidak dibasuh bersih
Perlu elak
Sekali lagi dinyatakan, adalah tidak salah untuk anda mengidam semasa mengandung dan pada masa yang sama, masih dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi dalam kandungan.
Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mengambil makanan tersebut secara berlebihan. Sebagai contoh, sekiranya anda mengidam untuk makan coklat, pastikan anda hanya makan 1 kepingan atau potongan kecil sahaja dan bukannya keseluruhan kepingan coklat.
Pengambilan makanan yang tinggi kalori terutamanya yang tinggi kandungan gula dan lemak atau minyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan secara mendadak.
Pertambahan berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes semasa mengandung dan masalah tekanan darah tinggi.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengidam sesuatu jenis makanan:
* Makan makanan yang seimbang dan pilih makanan yang kurang lemak serta tinggi serat seperti produk bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang.
* Sekiranya anda makan secara sihat setiap hari, sesekali anda mengidam makanan yang kurang berkhasiat dan diambil dalam jumlah yang sedikit tidak menjejaskan keperluan zat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.
* Makan secara kerap dan boleh makan enam kali dalam sehari dalam jumlah yang sedikit tetapi mengenyangkan. Ini bagi membantu mengelakkan penurunan paras gula dalam darah sehingga sukar untuk mengawal keinginan untuk makan.
* Alihkan perhatian dengan keluar berjalan, bersembang, membaca atau menjauhi dapur anda atau kedai.
* Beri tumpuan kepada makanan yang rendah kandungan kalorinya. Sekiranya ingin makan ais krim, pilih ais krim yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak yang disejuk beku atau sorbet.
* Sekiranya mengidam untuk makan kerepek kentang (bergoreng), pilih yang dibakar atau dipanggang dan kurang garam.
Walau apa pun makanan yang anda inginkan atau mengidam, yang penting ia diambil secara sederhana. Jangan berlebih-lebih.
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.