Setiap kali bila kita dengar sama ada sanak-saudara atau kawan-kawan yang berpeluang menunaikan ibada umrah, hati kita seakan turut meronta-ronta untuk ikut sama. Tapi apakan daya, belum sampai rezeki kita lagi. InsyaAllah suatu masa akan tiba juga.
Apatah lagi bila ada yang berkongsi pengalaman manis ziarah di bumi barakah di media sosial, seakan kita juga dapat merasai keistimewaan dan keseronokan berada di sana. Ini seperti mana perkongsian dari Dr Ahmad Samhan baru-baru ini yang berjaya mencuri tumpuan dengan mendapat 5.5K tanda suka.
Menurutnya jika berpeluang datang ke Saudi, ada 3 perkara yang dia tidak akan lepaskan begitu sahaja.
1. Makan daging anak unta
2. Minum air buah
3. Tempah jubah Saudi
1. Kabsah Hasyi( كبسة حاشي)
Alang-alang datang buat umrah, saya takkan lepaskan peluang untuk makan daging anak unta di Mekah.
Daging unta memang susah nak jumpa di Malaysia. Kalau ada pun daging unta dewasa. Daging anak unta memang berbeza dengan daging unta dewasa.
Rasa dagingnya sangat lembut hingga boleh terbawa dalam mimpi!
Kalau datang Saudi memang saya tak beli jubah yang dah siap. Memang akan tempah. Jubah Saudi memang special. Pattern jubah yang lebih fit tapi selesa. Nampak lebih segak.
Nak custom kolar, butang, warna jubah, pattern jubah semua boleh. Lebih menarik, tempah jubah hari ini, esok dah siap!
Ada 2 tempat saya rekemen dan saya memang tempah disitu:
Di Madinah, ini kedainya. مشعل أنوار المدينة
Ads
Di Mekah, ini kedainya. الوليد الراقئ الخياطة
Saya tak pandai cakap arab, macam mana nak pergi tempat-tempat ni? Jangan risau.
Kalau di Malaysia kita ada Grabcar tapi di Saudi kita ada Careem. Download saja aplikasi ini dan taip tempat yang ingin dituju.
Kebanyakkan pemandu memang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Tapi kalau tak yakin, korang ajaklah mutawif teman. Lepas tu belanja la minum air buah. Takkan itu pun nak bagitau.
Kesan bintik-bintik kulat sering berlaku pada perabot dan almari di rumah kita. Kadang-kala geram juga bila kesan kulat ni mula timbul pada buku-buku yang terdapat dalam almari.
Kulat ini sebenarnya timbul daripada air yang terdapat dalam udara di rumah kita. Sebab itulah adakalanya rumah kita sentiasa berbau lembap dan kurang segar.
Perkongsian saudara kita, Bijen Mohd, mengenai masalah kulat ini menarik untuk kita baca. Paling menarik perkongsian dan petua yang digunakannya untuk serap semua air amatlah mudah. Guna bahan simple saja. Jom cuba!
Ehem! Kali ni kita cerita pasal dehumidifier DIY. Waktu mengemas rumah, korang mesti pernah hadapi situasi almari yang ditumbuhi kulat berupa habuk-habuk halus di permukaannya. Lainlah kalau rumah korang standard rumah orang kaya pakai perabot jati, cengal, meranti saja. Heh!
Kulat ni memang biasa sangat tumbuh lagi-lagi kalau musim hujan. Ditambah pula kalau korang sidai baju guna ampaian dalam rumah. Memang seronoklah kulat ni membiak dengan jayanya di permukaan almari korang.
Selalunya pembiakan kulat ni terjadi pada permukaan almari jenis murah. Senang cerita almari yang dibuat dari habuk kayu. Sebab apa? Sebab almari jenis ni mempunyai kadar serapan kelembapan yang tinggi.
Bila kayu lembap ditambah dengan pengudaraan yang kurang memuaskan dan hawa lembap bilik yang tinggi, makhluk bernama kulat ni aktiflah buat kerja.
Cara termudah untuk mencegahnya adalah dengan menggunakan dehumifier. Contohnya mesti korang pernah dengar ‘Thirsty Hippo’ kan?
Cumanya penggunaan ‘Thirsty Hippo’ tidaklah begitu praktikal di tempat-tempat yang sempit dan dalam kuantiti yang banyak. Lepas tu bila air dah penuh, terpaksa buang dan beli baru pula.
Sebagai alternatif, kita gunakan gel silika. Pek gel silika ni korang biasa jumpa dalam kotak kasut, botol vitamin, beg baru beli dan sebagainya. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, nescaya saya dah kumpul pek gel silika ni dari kecil untuk buat
koleksi.
Tapi tak apa, masa depan masih boleh diubah. Korang boleh dapatkan gel silika timbang kilo di Lazada. Saya beli sekilogram di sana dengan harga RM65. Saya beli yang jenis berwarna biru kerana ia akan berubah warna menjadi merah jambu bila kandungan air
yang berjaya ditariknya tinggi. Jadi mudahlah saya nak tahu bila masanya untuk panaskan semula gel silika ini.
Namun oleh kerana hati saya tidak sabar-sabar menunggu pengeposan dari pihak Lazada, saya telah pergi menyerbu kedai menjual barangan kucing di sini. Haha!
3 Barang Yang Diperlukan
Di kedai ini anda boleh mendapatkan kristal silika dengan harga yang lebih murah. 1.8 kg pada harga RM18. Hehe! Tanya orang kedai, nak kristal berak kucing. Kah!
Kristal ini sebenarnya adalah alternatif kepada pasir tempat kucing berak tu. Ianya dibuat dari gel silika dan berfungsi memerangkap air dari najis kucing. Jadi najis yang dilemparkan oleh kucing nanti akan jadi ‘odorless’ sebab dah kering dengan
cepat.
Saya beli sepeket dan cari bekas ‘tupperware’ plastik.
1. Masukkan kristal tadi ke dalam bekas plastik sebanyak mana yang diperlukan dan tebuklah lubang menggunakan pin di penutupnya. Kristal yang dah siap dipek. Bekas dadih boleh, bekas kek coklat moist boleh, bekas lada sulah pun boleh.
2. Jangan lupa tebuk lubang di penutupnya untuk kesan optima. Gunakan saja pin. Bila dah siap tu, korang letaklah bekas tadi di tempat yang sering dijangkiti kulat.
3. Nak lebih kreatif, korang cari stokin yang dah tak pakai, korang sumbat kristal tu masuk dalam tu dan jerut. Stokin tu korang lemparlah dalam ‘storage box’ ke, dalam kasut ke, dalam beg ‘luggage’ yang dah lama tak pakai ke suka hati koranglah.
4. Cara lain, boleh juga ‘packing’ dalam plastik yang di-‘seal’. Tapi jangan lupa tebuk pula. Kalau tak, dia nak sedut air macam mana kan?
Sebagai langkah pencegahan, saya gunakan spray ni untuk lap permukaan kayu lepas dah bersihkan semua kulat tu.
Lepas tu tengoklah kadar kerajinan korang. Setahun sekali ke, setahun dua kali ke, kumpulkan balik semua kristal tadi dan panaskan di atas kuali atau di dalam ‘microwave oven’ untuk menyahkan air yang berjaya diperangkapnya. Boleh dikitar semula
bhai. Jimat belanja!
Okeylah! Korang layan dulu gambar-gambar cara nak buat dehumidifier DIY ni. Moga-moga, korang dah tak dihantui lagi oleh kulat
yang menyeksakan hidup ni. Haha!
Hidangan yang ringkas tapi sedap dan cepat. Boleh dijadikan menu sarapan mahupun makan tengah hari. Resipi ini disediakan oleh Syue Haida. Ibu-ibu bolehlah cuba hidangkan buat keluarga.
Cara masak :
1-panaskan kuali masukkan butter tumis bawang putih kalau nk masukkan bawang merah tumiskan skali sampai naik bau
2-masukkan halia
3-masukkan freshmilk kacaukan sekejap dalam 2minit
4-masukkan beras yg dah dibasuh,pastu masukkan kiub pati ayam dan gorengkan beras sekejap dalam 3minit
5-alihkan beras ke dlm rice cooker dan masukkan air,sukatan air di tambahkan dgn secawan susu xd. Mcm sy beras 4cawan air 4cawan+1cawan susu masukkan sedikit garam dan masak spt biasa (sukatan air bergantung pd jenis beras yg u olls guna la sukat mcm masak nasi biasa la cuma air tu kena + dgn susu skali) sbb dah ada penggunaan susu so kena kurangkan la air Bahan ayam goreng ala2 kfc:
10ketul ayam
1cawan tepung bestari original
1cawan tepung bestari spicy
(Sy xletak telur xletak tepung2 lain tp camni pon dah mmg sedap)
(KALAU ADA ANK BAWAH PADA 3TAHUN MEMANG XMAKAN PEDAS BETTER GUNA TEPUNG ORIGINAL SAHAJA YEE,CAMPURAN TEPUNG NI SESUAI UTK DEWASA SBB AYAM AKAN RASE MACAM AYAM KFC SPICY) Cara masak:
1-Ambik 5-6 sudu besar campuran tepung xd masukkan dlm ayam gaulkan sekali biarkan sebati perap ayam dgn tepung selama 2jam nk lg sedap perap lame lg
2-dah siap perap panaskan kuali letak minyak dan ambik ayam perap xd gaulkan dgn tepung campuran xd salutkan tepung tebal2 dan masukkan dlm kuali. Goreng hingga garing. goreng dgn api yg sederhana yee Bahan2 sup chicken meatball:
leher/kaki ayam potong kecil2
10biji chicken meatball
Daun sup
1kiub pati ayam
Halia (ketuk)
Bawang putih
3cawan air
Garam secukupnya
Cara masak:
1-Tumiskan bawang putih hingga naik bau,masukkan halia dan leher/kaki ayam yg dah dipotong kecil2 biarkan sekejap.
2-masukkan chicken meatball,kiub pati ayam dan air biarkan sampai masak
3-masukkan garam dan daun sup
Siapppp boleh dihidangkan #nasibutterala2kfc
#airtangansyuehaida
#shareresepi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
cili kisar terlalu lama adakalanya buat ia menjadi berkulat malah timbul seperti kelapuk putih di permukaannya. Walaupun tidak berbau, cili kisar ini sebenarnya masih boleh digunakan ketika memasak.
Namun ada caranya hendak menyimpan cili kisar ini lebih lama daripada yang dijangka. Malah kulapak putih pun pasti tidak ada lagi. Ini cara yang dikongsikan oleh Roazura Baharimenerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
sebelum ni jenuh buat cili kering kisar untuk simpan buat stok, tak sampai seminggu dah berkulat 😢
Ok jom saya nak share bagaimana cara nak buat stok cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet
1 .Potong 2 cili kering dan rebus.
2.Selepas rebus sejukkan , buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar
3. Tambah garam kasar, minyak masak ,air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili )
# air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.
4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk..Guna bila perlu.
Cili kisar ni tahan 3 bulan..Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain.
Nanti saya share bagaimana nak buat bahan perisa sama macam pak ajinomoto ,yang penting bahan senang dapat dan ianya menyihatkan dan menyedapkan masakan korang.
"Suami gembira dapat anak perempuan lepas 10 tahun menanti kini dia sudah tiada" - Isteri Koperal Amiruddin Zabri. Sudah menanti selama sedekad untuk dikurniakan anak perempuan, namun kebahagiaan itu tidak bertahan lama.