Ayam panggang atau ayam percik sememangnya menjadi pilihan keluarga. rasanya yang enak selain kurang kolestrol dibandingkan dengan ayam goreng juga faktor disukai.
Namun, kena hati-hati dalam memilih ayam panggang. Bimbang boleh memudaratkan diri. Dr Zubaidi Hj Ahmad kongsikan pandangan Khanafi Mohd mengenai hal ini.
Hati-Hati Memilih
Jika anda sedang menikmati hidangan dan mendapati daging ayam masih merah dan ada kesan darah, hentikan, JANGAN MAKAN!
Daging ayam mentah mengandungi pelbagai jenis patogen yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.
Ads
Dalam kes yang ringan, kita mungkin mendapat gejala sakit perut, muntah dan cirit.
Ada kes serius melibatkan kematian apabila kuman ini masuk kedalam saluran darah manusia dan merebak ke seluruh tubuh. Situasi ini dinamakan sebagai “bacteremia”.
Ads
Sekiranya kita ‘sayang’ dan masih mahu makan daging tersebut, masak semula sehingga suhu daging mencecah 74° C.
Jika kita makan di restoran, jangan teragak-agak untuk pulangkan menu tersebut untuk dimasak dengan sempurna.
Bulan Ramadhan ini, ayam percik dan ayam panggang selalu ada masalah seperti ini.
✅ Daging berwarna kemerahan ✅ Kesan darah di antara sendi tulang ayam ✅ Berbau hanyir & berlendir ✅ Daging berbeza tekstur ✅ Suhu dibahagian dalam daging lebih sejuk
Credit: Public Health Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak lama lagi anak-anak kita akan kembali ke sekolah setelah puas “bercuti” sekian lama, apabila sekolah diarahkan tutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat pandemik COVID-19.
Jadi tidak hairanlah mungkin ada antara anak-anak kita sudah lama menyimpan rindu untuk bertemu kawan-kawan dan ingin kembali merasai suasana kemeriahan dan keseronokan berada di sekolah seperti dulu-dulu.
Bermacam-macam kenangan dapat dicipta selain belajar bersama kawan-kawan yang tentunya tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Contohnya apa yang dibuat ketika waktu rehat, masa cikgu tidak masuk kelas sebab ada mesyuarat dan bermacam-macam lagi.
Bercerita tentang keseronokan di zaman sekolah, kita sendiri pun ada memori indah dan kenangan manis zaman persekolahan. Biar sudah puluhan tahun meninggalkan bangku sekolah, namun kenangan itu tidak pernah pudar dari ingatan.
Jadi jom kita imbas kembali antara kenangan zaman sekolah yang paling best yang kita telah lalui bersama.
1. Susu Kotak
Ingat lagi tak dengan susu kotak yang ada diberikan secara percuma untuk kawan-kawan kita yang turut mendapat bantuan RMT, dan untuk pelajar lain boleh beli susu tersebut dengan harga yang sangat murah, tidak silap RM0.30 sekotak. Sebelum beli kita kena isi borang dekat cikgu dan masa nak dapat susu tersebut seronoknya bukan main lagi. Maklumlah cikgu panggil nama sorang-sorang yang beli untuk ambil susu, bila sudah dapat minum sama-sama dengan kawan-kawan.
2. Lori Milo
Bila dapat tahu daripada cikgu kata esok lori Milo datang sekolah, memang bersemangat pagi tu nak pergi sekolah. Maklumlah dapat air Milo percuma, siapa tak nak kan. Rasanya pula memang sedap, sejuk dan pekat. Kalau boleh lepas minum secawan rasa nak lagi dan lagi. Tapi cikgu kata seorang sekali je boleh ambil air milo tu. Tapi ada sahaja dikalangan kawan-kawan yang buat-buat tak tahu je, tetap beratur sekali lagi walau pun terpaksa beratur panjang.
3. Bawa Bekal Makan Ramai-ramai
Bila dengar sahaja loceng rehat berbunyi, berlari semua orang sebab nak ‘cop’ tempat makan. Lokasi paling menjadi ‘buruan’ bawah pokok. Biasanya kita akan bawa bekal masing-masing dan makan bersama kawan-kawan rapat. Bila lihat bekal makanan yang dibawa oleh kawan nampak sedap, mulalah ada yang mengendeng nak rasa. Memang bestlah makan kongsi-kongsi.
4. Cikgu tak masuk kelas
Boleh dikatakan waktu paling seronok adalah waktu bila semua cikgu ada mesyuarat tak masuk kelas. Jadi pengawas dan ketua kelas akan jaga kelas dan duduk di tempat guru. Siapa buat bising namanya akan ditulis atas kertas, konon akan bagi pada guru disiplin untuk tindakan. Pengawas ni siap pegang bulu ayam lagi dan ketuk meja konon nak tunjuk garang. Tapi ada juga pengawas yang sekepala, dia pun ikut sama main. Habis bising satu kelas jadinya.
5. Projek Nilam
Siapa rajin membaca mesti pernah dapat sijil Nilam ni. Tapi betul ke baca tu? Nak penuhkan buku Nilam pergi perpustakaan cari buku yang ada sinopsis kemudian salin bulat-bulat sinopsis tu. Semua pernah buat kan?
Paling seronok bila nama kena panggil untuk dapat hadiah, maklumlah buku nilam kita yang paling penuh, bukan satu tapi dua tiga buku Nilam!
6. Check gigi
Dalam ramai-ramai kawan kita mesti ada yang takut sampai menangis bila nampak doktor dan jururawat datang sekolah untuk check gigi. Ingat lagi, terasa sejuk tangan dan jantung berdebar sahaja ketika tunggu giliran untuk nama dipanggil. Lagi-lagi bila nampak ada kawan yang berdarah mulut sebab cabut gigi, memang kalau boleh nak lari balik rumah je rasanya masa itu.
7. Pertandingan Hias Kelas
Setiap minggu akan ada pemenang kelas terbersih. Jadi berlumba-lumba hias kelas untuk pastikan kelas kita jadi juara. Cikgu pun tak kurang juga bagi semangat, pasang langsir cantik, meja mesti ada skirting, kat belakang akan ada board untuk setiap subjek dan paling penting duty roaster siapa yang bertugas. Bila cikgu yang check markah datang kalau boleh semua sampah sumbat dalam meja sebab takut markah sikit.
8. Rombongan Sekolah
Memang seronok ikut rombongan sekolah ini tapi yang kelakarnya, malam sebelum bertolak mesti tidak boleh tidur. Punyalah semangat hendak bercuti dengan kawan-kawan. Selalunya rombongan sekolah ni rombongan sambil belajar. Kita akan pergi Pusat Sains Negara, Muzium,Tugu Negara dan macam-macam lagi.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Siapa kat sini pencinta kek cheese? Tengok sikit! Pantang nampak benda yang bercheese, confirm cuba!
Salah satunya semestinya Burnt Cheesecake! Walaupun dah lama viral kek ni, tapi bila ada orang up mesti rasa craving.
Daripada beli sepotong kek kat kedai, apa kata buat terus kat rumah. Boleh makan satu keluarga! Ikut pula resipi dari Superdaddy Khairul Abdullah ni, memang dapat pujian lah dari anak-anak. Haa tunggu apa lagi, jom cuba sekarang!
Bersalah tak kalau makan cheesecake lewat malam macam ni?
Sedap oihh.
Jujurnya ini kali kedua aku buat benda alah ni. Kali pertama dulu aku buat dalam loyang besar, so kek dia jadi nipis. Sedap memang sedap tapi rupa tak cun.
Kali ni kejadian dia cun kemain.
Inilah sejenis kek yang paling mudah di dunia.
Yang nak cuba, ini dia resipi Burnt Cheesecake atau nama angau dia Ciskek Rentung Terbakar Jiwa Ragaku Dalam Merinduimu oleh SuperDaddy Khairul Abdullah.
Hanya 5 bahan yang wajib ada.
BURNT CHEESECAKE AKA CISKEK RENTUNG TERBAKAR JIWA RAGAKU DALAM MERINDUIMU
250gm cream cheese
150gm whipping cream
½ cawan gula halus
2 sudu besar tepung gandum
3 biji telur
Cara nak buat dia:
1. Kau panaskan (preheat) oven pada 190 darjah celcius dan biarkan. Kalau nak guna airfryer kau watlek watpis jer dulu.
2. Masukkan semua bahan dalam blender dan kau pejam mata. Lepas tu tekan dalam seminit dua cukuplah. Dah siap adunan, dan buka mata balik. Taraaaaa. Mudah kan?
3. Guna loyang 6” (inci) dan lapik dengan baking paper. Kalau takde baking/parchment paper tu jangan susah hati, biarkan aku sahaja yang susah memikirkan solusinya buat mu. Ambil butter dan sapu loyang tu. Settle.
4. Tuang adunan ke dalam loyang dan masukkan ke dalam oven. Set timer 25 minit. Kalau guna airfryer pun sama, masukkan dan set suhu 180 dan timer 25 minit.
Dah siap, keluarkan dan sejukkan dulu baru hidangkan.
Jangan potong waktu panas-panas tu, dia masih lembik kat dalam. Nak cepat masukkan dalam peti dan biarkan sejuk.Dah sejuk barulah potong cantik-cantik okeh.
Senang yakmat nak buat dia kan? Pejam mata pun boleh. Sekejap sahaja siap.
Cuma nak makan tu yang kena tunggu lama sikit.
Lamanya seperti aku menunggu tarikh nikah kita.
#ResepiSuperDaddy
#burntcheesecake
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cabaran hidup buat penyanyi popular era 1970an, Uji Rashid perlu menjaga anaknya Cico yang sudah dewasa bagaikan menjaga anak kecil meraih perhatian perminatnya.
Bagi yang belum mengenalinya terutama generasi baru, lagu Hari Raya yang legend ni, Seloka Hari Raya amat popular.
..indahnya sungguh di hari raya.. ramainya orang bersuka ria.. adik ku manis.. cantik bergaya.. bolehkah abang ikut bersama….
..usahlah abang membuang waktu.. mari menuju ke rumah bonda.. sanak saudara sedang menunggu.. di hari mulia bertemu mesra…
Malah sehingga kini lagu yang dinyanyikan oleh Uji Rashid bersama Hail Amir tetap diminati.
Biduanita ini dikurniakan suara lemak merdu yang banyak mencurah bakti dalam perkembangan seni muzik dan lakonan pada zamannya.
Biarpun dia menyepi dalam dunia hiburan, namun masih ada peminatnya yang merindui nyanyiannya.
UJI RASHID TENANG LUAHKAN CABARAN HIDUP
Terbaru mengenai kisah keluarganya, penyanyi veteran ini tenang meluahkan cabaran hidup menguruskan anak lelakinya Cico yang dikatakan mengalami penyakit misteri dua tahun yang lalu.
Memetik temubual eksklusif menerusi akaun TikTok, Divawafa, Uji mendedahkan bahawa cabaran dan beberapa perkara yang harus dilalui pada usia senjanya.
Katanya lagi, biarpun secara fizikal Cico kelihatan normal pada padangan mata kasar, kemahiran pertuturannya masih lemah.
“Saya dah lalui kesenangan karier dan membesarkan anak sebagai ibu tunggal…Dan sekarang di hujung kehidupan, saya kena lalui lagi macam menjaga bayi. lagi sekali saya awasi dan mengajarnya bagai anak kecil.”
Peminat Titip Doa
Melihat video berkenaan, ramai peminatnya menitipkan doa semoga anaknya, Cico dan Uji Rashid tabah dengan ujian hidup.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.