Jika diuji dengan penyakit, jangan kita putus semangat dan sebaiknya segeralah mencari ubat dan penawarnya. Begitu juga halnya bilamana sejak kebelakangan ini kita dikejutkan dengan penyebaran virus influenza. Ramai telah dijangkiti dan pastinya untuk 'melawan' penyakit ini, pesakit perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan.
Selain rawatan moden, tahukah anda rupanya sumber alami seperti minyak terapi, bawang putih dan daun jambu batu juga ada manfaatnya yang tersendiri dalam melawan penyakit ini. Nak tahu apa sebabnya, ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi.
Diharapkan pendedahan ini dapat juga membantu orang ramai mengatasi masalah berkaitan influenza. Ini perkongsiannya, jom baca.
SUMBER ALAMI UNTUK BANTU MASALAH INFLUENZA A – Koleksi kajian literature saintifik oleh Dr. Suri Roowi
1. MINYAK PATI, AROMA TERAPI dan VIRUS INFLUENZA
Kita dikejutkan dengan kehadiran virus influenza sekarang ini dan ramai bertanya saya tentang sumber-sumber alami khususnya minyak pati @ essential oil yang bertindak sebagai antiviral
Ads
Kajian minyak pati juga merupakan sebahagian daripada kajian M.Sc dan Ph.D saya. Minyak pati hasilkan bahan aroma. Bahan ini paling cepat diserap dalam darah – memerlukan masa hanya beberapa saat untuk diserap melalui hidung terus ke paru-paru atau melalui kulit terus ke dalam darah
Soalannya apakah essential oil atau minyak pati?
Biasanya minyak pati hadir pada kuantiti yang sangat sedikit (biasanya kurang dari 2%) dan diperolehi menggunakan kaedah penyulingan stim.
Setitik minyak pati mengandugi berpuluh-puluh bahan khasiat. Subhanallah… Minyak pati biasanya hadir pada kuantiti tinggi dalam sumber beraroma seperti serai wangi, serai makan, daun kari, buah daun limau purut, cengkih, bunga lawang, kayu manis dan sebagainya
Kajian menunjukkan minyak pati serai boleh membunuh virus. Minyak kayu putih boleh membunuh virus dalam masa 10 minit manakala minyak kayu manis pula boleh membunuh virus dalam masa 30 minit. Minyak "tea tree" juga efektif membunuh virus dalam masa 5 hingga 10 minit.
Minyak pati boleh dibeli di kedai Aromaterapi. Cuma perlu pastikan yang asli. Kita boleh juga mendapatkan aroma dengan cara merebus sumber-sumber beraroma seperti serai wangi, serai makan, pandan, limau purut dan sebagainya menggunakan periuk nasi dan biarkan pada `keep warm’ agar bauan aroma semerbak harum di rumah kita dan membunuh virus. Minyak pati contohnya minyak pati bunga cengkih boleh mendatangkan kesan sampingan jika diambil (diminum) pada kuantiti yang tinggi (contohnya 5-10 ml) dan boleh membahayakan. Fakta dalam jurnal saintifik yang diterbitkan pada tahun 1993 menunjukkan seorang budak hampir mati selepas minum 5 hingga 10 ml minyak bunga cengkih.
Cara menggunakan minyak pati adalah dengan mencampurkan setitik minyak pati dengan minyak seperti zaitun sebelum disapu pada kulit. Cara terbaik adalah dengan menghidu aroma nya sahaja. Selamat mencuba dan dapatkan nasihat doktor anda
Ads
2. BAWANG PUTIH
Bawang putih digunakan untuk membantu mencegah dan membantu merawat jangkitan saluran pernafasan. Beberapa kajian melaporkan ekstrak bawang putih boleh bertindak sebagai antivirus influenza A dan B, cytomegalovirus, rhinovirus, HIV, herpes simplex virus 1 dan 2, virus pneumonia dan rotavirus. Ajoene dan allicin adalah bahan antivirus yang kuat dalam bawang putih
Bagaimana bahan ini terbentuk?
Alliin adalah sejenis asid amino dan terdapat dalam bawang putih. Bahan ini berubah menjadi allicin dan ajoene selepas bawang putih diketuk atau dilukakan. Bahan ini mempunyai sifat antivirus, antitumor, antioksidan, anti-radang, antikulat dan antibakteria. Allicin juga boleh membantu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
Ads
Caranya adalah dengan mengambil 2 atau 3 ulas bawang putih, buang kulit, ketuk, biarkan sehingga 10 minit, campur madu asli, tambah air suam dan seterusnya diminum. Kajian ke atas 146 orang mendapati mereka yang mengambil bawang putih segar setiap hari selama 3 bulan kurang mendapat risiko selsema berbanding mereka yang tidak menggambil bawang putih. Walaubagaimanapun,Elakkan penggambilan bawang putih pada dos tinggi kerana boleh meningkatkan risiko pendarahan terutama bila dimakan bersama-sama ubat cair darah. Bawang putih juga tidak boleh diambil pada dos tinggi di kalangan orang yang mempunyai masalah perut seperti ulser perut.
3. TEH DAUN JAMBU BATU
Kajian awal oleh Saintis Jepun pada tahun 2012 mendapati TEH DAUN JAMBU BATU boleh RENCATKAN pertumbuhan 3 jenis virus H1N1 (Influenza A). TEH DAUN JAMBU BATU disediakan dengan merendam daun jambu kering (20 g) dengan 1 liter air panas (suhu 85oC selama 8 minit). Kajian juga mendapati TEH DAUN JAMBU BATU adalah 3 hingga 5 kali LEBIH KUAT berbanding TEH HIJAU (untuk rencatkan pertumbuhan virus)
Kajian oleh Saintis Sepanyol yang diterbitkan dalam "Journal of Chemistry" pada tahun 2014 pula mendapati ekstrak air daun jambu batu mengandungi 48 jenis BAHAN BERKHASIAT. Antara bahan berkhasiat yang tinggi dalam ekstrak air teh daun jambu batu adalah procyanidin B, avicularin, guajaverin dan catechin Selamat mencuba, dapatkan nasihat Dr anda.
Tidak dinafikan jika salah makan, tentu mengakibatkan perut jadi sebu dan berangin. Tak selesa dibuatnya. Malah jika berlarutan boleh buat sakit kepala lah.
Bagi yang gemar makan pucuk ubi, boleh cuba petua ni untuk elak kena angin dan sakit kepala.
PETUA ELAK KENA ANGIN, SAKIT KEPALA
Tau tak, ada orang kan dia alah sangat makan pucuk ubi ni. Bila makan je mesti sakit kepala atau mudah kene serang angin, sampai sebu sebu.
Ni petua dari Mak kawan Ain sendiri. Dia memang tak boleh makan sebarangan memang mudah kene angin.
Kalau nak makan pucuk ubi ni pun, teringin nak makan pun dah kena angin.
Petua ni mak kawan Ain dapat dari orang tua tua yang ajar dia, lepas dah buat, kite dapat dah menikmati keenakkan pucuk ubi rebus nak buat ulam tu.
Caranya :
1. Masukkan sedikit je beras masa masa nak rebus pucuk ubi tu.
2. Rebus la sampai empuk lembut.
Nak rebus sekali batang boleh, taknak pun takpa ikut selera memasing. Sebab batang tu pun sedap bila dah rebus lama lama tau.
Tips ni pun boleh buat untuk nak masak apa apa makanan yang berangin contohnya nangka masak lemak tu. Pun boleh try petua yang sama.
Jadi mana yang hadapi masalah yang sama sakit angin tu boleh try petua ni, dah takda masalah lepastu kita nak menikmati sayur kampung ni nak buat ulam kan hehe.
Sebab Ain sendiri pun memang minat sangat dengan ulaman dan masakan kampung ni.
Kredit: Norain Naim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mati pucuk yang diertikan sebagai kegagalan zakar untuk menegang semasa melakukan hubungan intim sememangnya meninggalkan kesan paling mendalam buat suami. Kegagalan mereka untuk beraksi di ranjang selalunya menjadi kelemahan terbesar pada suami.
Dan hal inilah yang paling ditakuti oleh sang suami. Merokok dan kerap melakukan onani antara punca terbesar masalah mati pucuk. Bila mana darah tidak dapat sampai pada zakar dengan baik, ditambah dengan gaya hidup yang kurang sihat, semakin memburukkan keadaan.
Sebenarnya makanan bukanlah cara untuk elakkan mati pucuk sebaliknya dikatakan mampu mencegah dan membantu masalah ini berlaku.
Rangkaian makanan ini suami harus ambil untuk menjamin kerukunan rumah tangga.
Madu
Madu bukan hanya dapat tingkatkan sistem ketahanan tubuh dan meningkatkan keupayaan lelaki bahkan mampu menghilangkan zat bahaya yang memenuhi pembuluh darah dan usus. Malah madu juga dapat membantu melawas pembuangan air besar jika diminum bersama air secara konsisten.
Flavonoid
Flavonoid yang terdapat di dalam coklat gelap bertindak meningkatkan aliran darah dengan lebih efisyen. Jadi masalah mati pucuk yang disebabkan oleh sekatan darah ke zakar dapat diatasi.
Jintan Hitam
Jintan hitam juga antara makanan yang disyorkan pada suami. Ia baik untuk meningkatkan aliran darah selain baik untuk mengatur metabolisme dan menyeimbangkan paras insulin.
Kurma
Kurma dapat memberikan tenaga tambahan dengan kadar segera pada lelaki. Tak hanya tenaga tetapi kurma baik untuk menyembuhkan batuk, selesema, asma, radang saluran pada leher, demam dan masalah hati.
Kiwi
Buah kiwi mempunyai khasiat yang sangat kompleks yang boleh memberi kebaikan secara tidak langsung kepada organ seksual lelaki. Malah kajian membuktikan elemen ini mampu membantu meningkatkan tekanan darah ketika ingin beraksi.
Tiram
Mineral zink yang tinggi di dalam tiram memainkan peranan penting dalam pengeluaran hormon testeron lelaki dan ini dikatakan baik untuk masalah kelakian lain seperti mati pucuk dan sebagainya.
Jambu
Jambu yang kaya dengan vitamin C dapat membuatkan lelaki mudah mengalami ereksi.
Pistachio
Protein arginine yang terkandung di dalam kacang pistachio ini dikatakan dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah dengan lebih berkesan.
Pisang
Pisang dikatakan dapat membantu zakar untuk ereksi kerana kekuatan otot.
Tembikai
Ada sesetengah pakar perubatan mengakui tembikai adalah viagra semula jadi. Tembikai juga dapat membuatkan tubuh menjadi tenang dan melancarkan perjalanan darah ke zakar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
menjelaskan bahawa buah ini diikhtiraf oleh WHO sebagai raja buah dengan khasiatnya yang banyak.
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Betik raja buah
Betul ke raja buah adalah durian? Ikut WHO raja buah bukan durian. WHO nobatkan BETIK sebagai RAJA BUAH untuk dua tahun berturut turut.
Bagusnya betik, ia bukan buahan musim. Berbuah sepanjang tahun. Harganya pun bukan dalam kategori harga terlondeh seluar macam Musang King. Masih mampu beli.
Betik diangkat sebagai raja buah kerana kandungan nutrisinya yang tinggi.
Antaranya:
1. Kalsium pada betik adalah dua kali ganda tinggi berbanding epal. Lebih bagus dari ambil susu lembu untuk dapatkan kalsium. . Kalsium sangat penting untuk manusia. Selain untuk tulang yang kuat, kalsium bolehkah darah membeku, otot mengendur dan jantung kita berdegup.
2. Vitamin C pada betik adalah 13 kali ganda tinggi dari epal, 7 kali tinggi berbanding pisang, 7 kali lebih banyak dari tembikai, 8 kali ekstra dari cherry, dan 1.3 kali power dari nenas.
Vitamin C pula penting untuk kuatkan sistem imun, kesihatan jantung, kulit cantik, tangani stres, dan strok seperti yang dilaporkan oleh American Journal of Clinical Nutrition.
3. Vitamin A 10 kali power dari kiwi, 18 kali lebih tinggi dari epal, 1.5 ekstra berbanding pisang, 1.5 lebih banyak dari tembikai, 15 ganda banyak dari cherry dan 16 lebih power dari nenas. . Vitamin A penting untuk kesihatan mata, sistem imun dan sistem peranakan. Fungsi jantung, paru-paru dan ginjal bergantung kepada vitamin A. . Kajian di US seperti yang dilaporkan oleh National Institute of Health dapati kanak-kanak yang kekurangan vitamin A apabila terkena demam campak, keadaan mereka lebih kritikal. . 4. Vitamin K pula 5 ganda berbanding pisang, 2.5 lebih tinggi berbanding tembikai and 4 kali ganda ekstra dari nenas. . Vitamin K bantu bekukan darah. Halang dari pendarahan berterusan. Penting untuk metabolisme tulang, stabilkan tekanan darah dan kesihatan jantung. Kekurangan vitamin K juga dikaitkan dengan osteoporosis. . 5. Carotenoids yang terdapat betik penting untuk kesihatan mata termasuklah jenis carotenoids seperti lycopene, beta-carotene, lutein dan zeaxanthin. Jumlah terkumpulnya adalah 2000 lebih tinggi dari kiwi, epal, cherry dan nenas. Pisang tidak mengandungi carotenoids.
Bagusnya carotenoids ini ialah ia bersifat anti kanser. Ia juga bertindak sebagai anti oksida bantu tangani radikal bebas.
6. Selain itu, betik mengandungi zat besi, magnesium, Phosporus, Potassium, zinc, Thiamin, riboflavin, Niacin, Vitamin B6, B12, Folate, dan Vitamin E. Kesuruhan nutrien adalah 33 seperti yang dilaporkan oleh US Department of Agriculture (USDA).
Untuk dapatkan 33 nutrien penting untuk tubuh makanlah betik.
Kalau tidak dapat beli sebiji sekurang-kurangnya jamah sepotong sebelum sarapan, makan tengahari atau makan malam. Masukkan nutrisi penting dalam tubuh. . Betik juga snek yang baik untuk minum petang. Jom membetik! Sihat itu jihad! Jom!
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Nak berjaya dalam pelajaran? Ini nasihat Tun Dr Mahathir buat anak muda. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menitipkan nasihat bermakna buat generasi muda yang ingin cemerlang dalam akademik dan kehidupan, jangan cepat putus asa jika tercicir dalam pelajaran. Sebaliknya, terus berusaha dan ulang kaji pelajaran berkali-kali.