Tiada yang amat menggembirakan bagi seorang ibu dan ayah bila dapat melihat anak-anak berjaya di dalam bidang yang diceburi.
Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri ini bila kedua-dua anaknya Aqilah Fatinah Rosli, 25, dan adiknya Athirah Najihah, 24, melakar kenangan manis yang tersendiri apabila kedua-dua mereka menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan.
Ibu dan bapa mereka, Rosli Ahmad, 59 dan isterinya, Zarina Nusi, 56 berkata, ia merupakan permulaan buat kedua-dua anaknya itu untuk lebih berjaya apabila berada di alam pekerjaan kelak.
Memetik berita penuh yang dilaporkan BERNAMA, Aqilah Fatinah Rosli dan adiknya Athirah Najihah, melakar kenangan manis tersendiri apabila kedua-duanya menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan.
Aqilah Fatinah, pelajar jurusan Perakaunan dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Muadzam Shah menyifatkan kejayaan itu cukup bermakna apabila dapat sepentas bagi menerima anugerah itu bersama adiknya Athirah Najihah, yang merupakan pelajar jurusan Sains Komputer UNITEN Kampus Kajang.
Foto : Bernama
“Saya bersyukur dan gembira mendapat anugerah ini bersama-sama adik sendiri. Menerima anugerah bersama insan tersayang merupakan hadiah cukup bermakna,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan Sesi 1 Tahun 2022 di Klana Resort, di sini hari ini.
Anak kepada pasangan Rosli Ahmad, 59 dan Zarina Nusi, 56, itu merupakan antara 98 penerima anugerah hari ini, yang merangkumi siswazah dari Negeri Sembilan yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama di institut pengajian tinggi (IPT) masing-masing.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyampaikan anugerah berkenaan kepada para penerima.
Utamakan Harapan Keluarga
Menurut Aqilah Fatinah, beliau dan adiknya meletakkan harapan keluarga sebagai keutamaan, selain saling membantu dan bertanya khabar bagi memberi sokongan moral dan emosi. Katanya mereka sentiasa mengingati pesanan ibu bapa agar tidak mengabaikan solat serta menjaga hubungan baik antara keluarga, pensyarah dan rakan sekelas.
Ads
Anak ketiga daripada enam beradik itu kini melanjutkan pengajian dalam ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun) di Universiti UOW Malaysia KDU, Shah Alam, Selangor.
Sementara itu Athirah Najihah, 24, yang kini bekerja sebagai jurutera perisian teknologi maklumat (IT) di Hengyuan Refining Company Berhad, Port Dickson; turut tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dengan penghargaan yang diterima hari ini.
Anak keempat itu bertekad mahu terus cemerlang dalam kerjayanya dan bercita-cita menjadi pakar IT suatu hari nanti.
Terdahulu Aminuddin dalam ucapannya berkata Yayasan Negeri Sembilan memperuntukkan RM490,000 bagi penganugerahan itu dan setiap pelajar cemerlang berkenaan menerima RM5,000 berserta sijil. Katanya yayasan itu akan turut menghapus kira pinjaman pendidikan tujuh orang penerima anugerah itu, yang bernilai RM88,500.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Kalau dah bosan mengadap nasi hari-hari dengan ayam atau ikan, apa kata hari ini ibu-ibu tukar menu. Kali ini cuba pula daging bakar cicah sos ala thai. Serius sedap. aroma segar dari daun ketumbar buat rasa nak repeat lagi.
Perghhhhh. Puas hati cheyah makan daging bakar semalam. Memang tak makan nasi duk makan lauk gini je. Abewe boleh angkat ibu jari duk puji sedap sengoti.
Sorry tak sempat nak snap gambar comel comel sebab sedap terlajak. 🤣 Tapi cheyah tak best kan kalau tak kongsi. Kita pakat merasa sedap belaka kalau ada yang akan cuba.
Bahan-bahan dan cara penyediaannya sangat mudah. Salah satu resepi simple yang semua orang boleh cuba.
1. Perapan Daging
500 g daging lembu
3 sudu besar brown sugar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Untuk perapan ni, tumbuk dulu bawang putih, lada hitam dan garam. Kemudian gaulkan semua sekali dengan semua bahan. Nak tips bagi cun masa membakar, tambhkan sedikit minyak masak. Perap dalam 4-5 jam. Baru dibakar hingga masak
2. Sos Ala Thai
3 ulas bawang putih*
2 biji cili hijau*
* Tumbuk dulu dua ni bagi hancur dan lumat.
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar brown sugar
2 biji limau nipis
3 biji cili padi (dipotong kecil)
2 biji bawang merah (dimayang halus)
Daun ketumbar (dipotong halus)
Cara membuat:
Ni untuk perap daging, tumbukkan bawang putih, lada hitam dan garam bagi lumat.
Kemudian, campurkan dengan sos tiram, sos ikan dan brown sugar. Gaul bagi sebati.
Tips nak nampak cantik masa membakar, letak minyak masak sedikit.
Lepas dah perap boleh la bakar hingga masak.
Potong dia nipis nipis. Perghhh tak sempat potong masuk mulut dulu. 😆
Nota : Cara potong daging ni sepatutnya melintang urat. Cheyah tak mampu lintang sebab beli tu memang dah salah potong sis.
Kedua, untuk sos ala thai. Satukan bahan tumbuk bawang putih dan cili tu bersama sos ikan, sos tiram dan brown sugar.
Kacau sebati. Perahkan asam limau nipis. Cheyah guna dua biji dah banyak air. Kalau tak masam blh tambah. Nanti adjust la sendiri masam dia tu
Tambahkan hiasan bawang merah, cili potong dan daun ketumbar yang dipotong halus.
Duit KWSP 200K Cepat Habis Sebenarnya Jika Tak Buat 5 Ini Sebelum Pencen.
Siapa yang tak gembira bila pencen atau bersara segala hutang semua dah tak ada. Boleh hidup dengan tenang dan santai tanpa terikat dengan mana-mana komitmen dan kerjaya.
Ketika ini duit dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan untuk meneruskan kehidupan seharian.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Namun kadang kala jumlah duit dalam KWSP ratusan ribu dilihat banyak membuatkan kita gelap mata hingga berbelanja dengan boros. Malah sudah tentu ada yang merancang ubah suai rumah atau memiliki kenderaan baru.
Cukup merisaukan apabila tanpa sedar kita membuat liabiliti terutama pembelian kenderaan baru. Duit ratus ribu pasti cepat habis, tanpa sedar bahawa itulah duit yang akan menjadi saraan hidup semasa kita sudah berusia.
Sebagaimana nasihat Pakar Kewangan ini, Azizul Azli Ahmad menerusi perkongsian di facebooknya setelah seorang warganet meluahkan duit pencen suaminya sebanyak RM200,000 telah habis digunakan untuk pelbagai tujuan.
Moga perkongsian ini menjadi iktibar buat kita semua agar menguruskan kewangan dengan yang baik. Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
CEPAT HABIS DUIT RM200K SEBENARNYA!
Sebelum pancen, rancang agar semua hutang selesai pada usia 55 tahun. Elakkan ada hutang lepas usia 55 tahun.
Jangan buat hutang baru menjelang usia persaraan. “Rugilah saya tak manfaatkan loan saya sebelum pencen”. Kita rugi atau bank yang sedang untung.
Jual sahaja rumah lama dan biar ada satu rumah sahaja. Jika sewa berbaloi, sewakan sahaja.
Jika dapat ganjaran pencen bawah RM250k, Jangan ghairah nak renovasi rumah, beli kereta baru, buat rumah idaman, kahwin gadis manja lagi satu. Jangan! Duit akan cepat habis.
Jangan ada impian buat rumah lepas bersara, belilah rumah dari zaman kita bekerja. Banyak belanja dan risiko duit akan hilang nantinya.
Kawan kawan,
Jika dapat duit RM240k sebagai ganjaran persaraan. Jika usia kita sampai 75 tahun, kita ada hanya sebulan RM1000 untuk belanja hidup.
Rasanya tak cukup. Belum belanja anak anak yang masih belum habis sekolah.
Tak semua impian perlu dilaksanakan, adakala biarkan impian kekal jadi impian dari terpaksa bekerja bila bersara.
Setiap kali dihidangkan makanan, si comel Rina, anak pasangan pempengaruh, Rizal Ibrahim dan Maryam pasti makan dengan cukup berselera malah menghabiskan makanan yang disediakan oleh ibunya.
Rupanya Maryam punya tip dan cara sendiri setiap kali menyediakan makanan buat Rina.
Apa yang penting kata Maryam lagi, dia tidak lupa meletakkan sedikit garam dalam makanan Rina kerana tinggi dengan khasiat. Namun jangan berlebih-lebihan.
Menurut Maryam lagi, sebelum ini segelintir ibu bapa beranggapan ia tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak.
Jelasnya, garam mengandungi mineral penting yang diperlukan tubuh badan namun dalam kuantiti yang kecil sahaja.
“Pengambilan mineral amat penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Sebab itu saya pastikan pengambilan garam diberikan kepada Rina.
“Cuma janganlah berlebihan sebaliknya dalam kuantiti yang bersesuaian. Itu yang saya praktikkan dalam pemakanannya. Sekurang-kurangnya satu sudu teh kecil ketika memasak,” katanya.
Malah kata Maryam lagi, dia turut menambahkan ikan bilis, bawang putih dan daun bawang terutama dalam makanan bersup supaya rasanya lebih enak dan sedap.
“Misalnya untuk rasa yang lebih enak pada masakan seperti sup, masukkan ikan bilis dan rebus. Tak ada lah rasa kosong. Selain menaikkan rasa dan bau, ia juga bagus untuk batuk,” katanya lag.
Tambah Maryam lagi, nasi putih yang dicampurkan dengan sup dan telur menjadi kegemaran anak kesayangannya itu.
“Rina paling suka nasi putih dicampurkan ke dalam sup dan juga telur. Rina hirup hingga licin.
“Jika dia tak mahu makan, saya akan cari sesuatu yang boleh naikkan seleranya untuk makan.
“Biasanya, saya akan stimkan dalam pressure rice cooker dan rebus dalam satu jam setengah sehingga dagingnya benar-benar lembut. Demikian juga dengan ayam, dia kurang gemar jenis rebus, jadi saya sediakan menu yang bakar. Saya akan cari menu yang disukainya,” katanya.
Terdahulu, Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 dan memiliki seorang cahaya mata, Rina yang kini berusia tiga tahun.