Kisah seorang ibu muda yang meninggal dunia akibat kompikasi selepas melahirkan cahaya mata kembarnya pernah tular sebelum ini. Kini, sudah hampir dua bulan Siti Nur Nasuha Shafie, 23 tahun pergi dijemput menghadap Ilahi.
Kehilangan ]isteri tersayang buat selama-lamanya memberikan tamparan hebat buat suamiya Syazwan Najmi Zulkarni yang tidak menyangka kegembiraan bakal bergelar ibu dan ayah berakhir dengan tragedi akibat komplikasi selepas melahirkan bayi kembar perempuan mereka.
Arwah yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Terbaru, bayi kembar perempuan pasangan ini iaitu Medina Safiya dan Medina Sofiya membesar dengan sihat dan membaik walaupun dilahirkan dengan keadaan pra-matang sekitar bulan Mac lalu. Malah, kedua-duanya dikhabarkan semakin montel dan raut wajahnya mereka mula menyerupai arwah ibu mereka.
“Perasaan bergelar ayah itu sangat istimewa dan saya tidak sabar menunggu kembar ini boleh bercakap. Pengorbanan arwah isteri cukup besar kerana membolehkan saya bergelar seorang ayah dan saya tak akan sia-siakan setiap detik manis bersama si kembar kami,” ujar Syazwan Najmi, 23, berkata, tumbesaran puteri kembar, Medina Safiya dan Medina Sofiya semakin baik.
Ads
Menurutnya, kedua-duanya juga ada iras arwah isterinya, Siti Nur Nasuha Shafie, 23, yang sudah dua bulan meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
Syazwan Najmi berkata, sambutan Hari Bapa tiga hari lalu diraikan tapi hanya untuk bapa serta bapa mentuanya saja.
“Saya ada membeli dua kek yang dihadiahkan kepada ayah dan bapa mentua sempena sambutan itu dan untuk saya tiada apa-apa kerana tiada siapa yang mengucapkannya (hari bapa).
Ads
“Tidak mengapa kerana ucapan tidak penting sebaliknya perasaan bergelar seorang ayah itu yang sangat istimewa,” katanya.
Menurutnya, sejak dibenarkan membuat lawatan, ahli keluarga dan kenalan tidak putus menziarah si kembarnya dan rata-ratanya meluahkan simpati dengan nasib mereka yang membesar tanpa kehadiran ibu dan tak kurang yang ‘mencuba nasib’ ingin menjadikan mereka sebagai anak angkat.
“Buat masa sekarang kedua anak ini dalam jagaan keluarga saya dan mentua secara bergilir kerana rumah kami tidak jauh antara satu sama lain.
“Bagaimanapun mereka lebih kerap berada di rumah mentua kerana saya bekerja bersama mak dan ayah di sebuah kantin hospital di Tumpat namun jika terasa rindu saya boleh pulang menjenguk mereka bila-bila masa,” katanya sambil memberitahu masih meneruskan rutin mingguan dengan menziarah pusara isterinya setiap pagi Jumaat.
Sementara itu, ibu mentuanya, Maharani Abdul Rahman, 43, menyifatkan kehadiran kembar perempuan itu satu anugerah yang tidak ternilai di sebalik kehilangan anak keduanya itu.
Dia yang memiliki lima anak dan semuanya perempuan tidak keberatan menjaga dua cucunya itu kerana boleh melepaskan rasa rindu terhadap arwah Siti Nur Nasuha.
“Pemergian (arwah) Nasuha agak memang mengejutkan tapi kami reda kerana itu adalah asbab kematiannya dan dia meninggalkan dua cahaya mata yang comel ini sebagai amanah untuk kami yang tidak akan disiakan,” katanya.
Memang perit untuk menerima kenyataan orang yang kita sayangi pergi buat selama-lamanya. Lebih-lebih lagi banyak kenangan bersama yang sehingga kini tersimpan di lipatan hati. Justeru, pelbagai cara dilakukan bagi melepaskan rasa rindu di hati. Antaranya termasuklah menziarahi kubur yang tersayang.
Cinta agung seorang suami. Demikian yang boleh diungkapkan pada lelaki yang tidak jemu menziarahi kubur isterinya. Hampir setiap hari dia berbuat demikian dengan tujuan untuk melepaskan rasa rindu di hati.
Perkongsian itu telah dimuat naik sendiri oleh anaknya yang dikenali sebagai Atam Ayue menerusi laman facebooknya baru-baru ini.
Bukti kasih sayang, bukti cinta dia
Menurutnya, bapanya sering membawa anak angkatnya iaitu budak-budak tahfiz untuk menemaninya membersihkan kubur arwah isteri tercinta.
Menerusi posting tersebut, Atam Ayue juga mendoakan agar bapanya dirahmati oleh Allah S.W.T dan sentiasa berada dibawah lindungan-Nya.
Entri tersebut ternyata mendapat perhatian ramai hingga meraih lebih 500 tanda suka dan 129 perkongsian oleh pelayar Facebook.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain mendoakan yang baik -baik buat bapanya.
Cabaran menguruskan anak sakit bukanlah semudah yang disangkakan. Sementelah ia berlaku tanpa disangka, sehari sebelum divaksin. Demikian yang menimpa anak sulung pengacara dan penyampai berita Hotfm jatuh sakit akibat Radang Paru-Paru manakala anak kedua pula menghidap Batuk Kokol.
“Waktu anak sulung memang tiada masalah, tetapi lahir anak kedua berbeza. Baru berumur sebulan, dia jatuh sakit. Waktu itu, saya dan isteri agak terkejut kerana tidak pernah alami situasi sedemikian. Hampir sebulan anak kedua masuk hospital akibat batuk kokol.
“Awalnya ingat sekadar batuk biasa, tetapi siapa sangka. Dua hari sebelum mendapat vaksin, Chayra jatuh sakit. Sebagai bapa, saya tidak elak anak mengambil vaksin tetapi sudah ketentuanNya.
“Vaksin yang patut di ambil untuk mengelak penyakit tersebut tetapi belum sempat berbuat demkian anak sakit. Mungkin Allah nak bagi ‘rasa’ penyakit tersebut. Sementelah anak pula perempuan jadi agak lemah untuk melawan.
“Nasihat saya pada ibu bapa lain, jangan elak untuk memberikan vaksin kepada anak-anak kerana kita tak tahu situasi penyakit sekarang. Bukan nak kata kalau kita mengambil vaksin anak-anak selamat dari semua penyakit, tetapi sekurang-kurangnya kita mencegah dari awal. Apa salahnya kita menjadi ibu bapa yang berusaha demi kebaikan anak-anak. Tak ada ruginya kalau kita memberikan suntikan vaksin pada anak-anak,”jelas Haziq lagi.
Penyampai Hot FM, Haziq Hussni, 28, mengakui, tidak mudah menyembunyikan resah ketika bertugas apabila dua anaknya dimasukkan ke hospital, dia terpaksa cekalkan hati kerana tidak mahu tumpuannya terhadap tugas terganggu.
“Ujian Allah apabila dua anak saya dimasukkan ke hospital kerana menghidap radang paru-paru. Setiap kali ke konti, saya ketepikan dulu semua masalah dan memberikan fokus kepada kerjaya kerana itu periuk nasi saya. Begitu juga ketika mengendalikan program Muzik Muzik, saya berusaha untuk tidak terlalu menunjukkan keresahan, biarpun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu,” katanya.
Haziq berkata, anak sulungnya, Muhammad Heidy Nufael, 21 bulan, mengalami batuk berterusan sejak empat bulan lalu. Manakala sebelum itu, anak keduanya, Chayra Auliya, empat bulan diserang batuk kokol sejak September tahun lalu.
“Sebulan lebih di hospital, saya dan isteri bergilir-gilir. Saya jaga anak sulung di rumah, manakala isteri duduk di hospital dengan anak kedua kami. Pagi saya akan ke hospital terlebih dahulu sebelum ke tempat kerja.
“Mujur anak kedua tidak banyak kerenah. Sebagai ayah, ini adalah cabaran yang cukup besar. Tetapi saya sabarkan isteri insya-Allah anak akan kuat apabila besar kelak,” ujar Haziq mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri Mekarsari, 28, pada Julai 2016.
Jelas Haziq lagi, orang selalu tanya bagaimana dia membahagikan masa dengan kerja dengan keluarga memandangkan anak sakit dan dalam masa yang sama kena fokus pada kerja.
“Siapa yang nak cari duit untuk famili kalau saya berhenti berbuat demikian. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang cukup prihatin dan memahami. Dia minta saya fokus pada kerja dan tentang anak serahkan padanya. Tidak timbul soal penat cuma waktu itu saya rasa kena ada dengan anak-anak dan kuat untuk mereka. Kami sama-sama hadap segala susah dan senang bersama.
“Selepas anak-anak jatuh sakit, waktu itulah kami belajar dan selalu bertanya dengan ramai doktor. Isteri banyak belajar tentang penjagaan anak-anak sakit. Walaupun kami muda namun tidak bermakna tak boleh handle situasi berkenaan. Daripada situ kami belajar banyak benda sebenarnya.
“Selain itu, ada ramai yang membantu termasuklah ustaz yang ikhtiar untuk berubat. Ada juga doa yang wajib dibaca dan siap diberi voice note untuk memudahkan saya belajar. Selain itu saya selalu amalkan ayat kursi dan juga yassin,”ujar Haziq lagi.
Dalam masa yang sama, Haziq mengakui apa yang dilaluinya adalah kerana Allah ‘tekan suis’ supaya tidak lalai dan leka dengan dunia.
“Walaupun Allah turunkan cabaran dan dugaan, jadi saya mulai sedar sebelum ini lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja. Daripada situ saya susun waktu bekerja dengan baik. Dalam masa yang sama, saya dan isteri juga menitik beratkan penjagaan kesihatan yang lebih terperinci bagi memastikan anak-anak tidak mengalami situasi seperti sebelum ini.
“Jadi, saya dan isteri sepakat untuk membeli strerelizer untuk rumah bagi membasmi segala penyakit dan habuk selain penggunaan aromaterapi. Bukan itu sahaja,setiap kali anak batuk saya terus ambil video dan hantar kepada doktor untuk mendapatkan nasihat. Saya juga elakkan mereka bertemu dengan orang ramai terutama anak kedua kami, Chayra memandangkan antibodinya tidak sekuat anak sulung,”jelas Haziq lagi.
Bertarung nyawa
Baru lima tahun bertapak dalam industri seni, Haziq sudah merangkul anugerah penyampai radio popular. Pun begitu, dia merasakan dirinya masih ‘kecil’ dibandingkan artis yang lain.
“Saya kini menggunakan nama Haziq Husni sebagai penjenamaan diri baik dalam bidang pengacara, penyanyi, dan juga penyampai radio. Alhamdulillah, selepas anak sakit, rezeki datang mencurah-curah.
“Saya kini sudah memiliki sepasang anak. Waktu anak sulung saya tidak berpeluang untuk masuk bilik pembedahan. Tetapi peluang diperoleh waktu anak kedua, awalnya saya tak nak tengok kerana takut tetapi bila pertama kali melihat membuatkan saya bertambah sayang pada isteri kerana dia terpaksa melalui kesusahan dalam melahirkan zuriat kami.
“Bukan nak kata bersalin secara pembedahan lagi teruk tetapi pointnya di sini adalah semua ibu tak kisah bagaimana dia bersalin normal mahupun pembedahan, dia adalah tetap seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak. Itulah pengorbanan seorang ibu. Jadi jangan pandang remeh pada ibu-ibu yang melahirkan anak,” ulas Haziq mengakhiri bicaranya.
Baru berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata sulung, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memaklumkan dirinya telah terpaksa menjalani pembedahan mengejut selepas diserang apendiks.
Perkongsian tersebut dimuatnaik sendiri oleh isteri kepada penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran itu menerusi laman Instagramnya.
Menurut Uyaina, perutnya berasa sangat sakit sehingga menyukarkannya untuk bergerak.
Syafakillah Uyaina & Baby 🤲🏻
“Semalam Uyaina baru je kena operate sebab Appendix. I’m lucky sebab Appendix tu belum rupture. Kalau tak, tak tahu lah..
“Pagi semalam, bangun tidur terus rasa sakit sangat2 belah bawah kanan perut. Sakit yang takleh gerak tu. Kalau gerak lagi sakit 🥲
“Syahiran ajak Yana pergi hospital terus untuk check up. Dr terus tahan ward.
Dalam perkongsian tersebut juga, Uyaina meluahkan rasa lega selepas pembedahan tersebut telah berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang komplikasi.
“Alhamdullilah operation semalam pukul 10 malam. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua doktor & nurse di @avisenaspecialisthospital sebab jaga Uyaina sebaik mungkin ♥️
“Mohon doa dari semua supaya Uyaina sembuh cepat.. Dan semoga Baby sihat.. Kesian Baby.. Aaminn.. 🤲🏻
Menjengah ke ruangan komen, rakan artis serta warganet menitipkan doa dan kata-kata semangat buat pengacara Wanita Hari Ini supaya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.