Pelakon Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa kesal mengenai kontroversi yang membabitkan video ‘teaser’ drama Perempuan Itu yang memaparkan adegan panas pelakon Zul Ariffin dan Siti Hariesa hingga tular dan mencetuskan kemarahan ramai.
“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad pun sudah bersuara. Harap ada la sikit tindakan.”
Demikian luahan Fizz menerusi perkongsiannya di Instagram. Jelasnya lagi, apa yang terjadi juga harap menjadi pengajaran buat semua.
“Bila tak dijaga beginilah. Kadang-kadang sedih dengan industri ini. Dua tahun Allah uji, kita mulakan dengan perkara baru, bukan perkara baru macam ini.
“Keluar TV atau tak, kita ada adab. Jangan syok sendiri. Harap pengajaran untuk semua,” katanya.
Turut memberi teguran berhubung apa yang berlaku adalah pelakon Datin Seri Umie Aida.
Dia memuatnaik menerusi Instagramnya berkata, beberapa pihak yang terbabit harus tampil menjelaskan kenapa babak itu dibuat.
Ads
“Hmmm.. baru sempat utk saya berkongsi kata2 sikit pasal isu ini. Dari awal lagi erma luahkan rasa risaunya dia ,bila tgk footage cerita ini. Dia kata diorg shoot sgt daring. Me pesan you as producer kena tegas dan info mereka shoot atas landasan yang dibenarkan.
“Dan lebih mengecewakan bila ada pihak yg sanggup keluarkan footage ( yg erma nak buang) dari editor tanpa keizinan pihak producer dan post di IG . Motif keluarkan footage yg belum diedit dan excited dgn scene yang kurang indah itu dikongsikan utk “viral” ?
Ads
“Dan saya sempat tgk post dari IG actor tersebut. Saya terus komen kat erma.. apa ceta korang buat ini.. gila ke ??? Dlm isu ini beberapa pihak yang terlibat harus kedepan dan jelaskan kenapa sc tersebut jadi sampai level begitu ?
“Sayangnya bila ada pihak tak bertgjwp dlm tugas yg diberikan mengikut landasan yang dibenarkan. antara skrip dan interprestasi director berbeza.
Screenplay dibuat oleh director bukan script writer atau producer. Dan sebagai pelakon wajar reject screenplay yg diluar kewarasan. Semoga jadi pengajaran buat kita semua.
Isteri itu dijadikan dari tulang rusuk dari bahagian tepi. Dekat di lengan untuk dilindungi, dekat di dada untuk disayangi dan dekat di hati untuk dicintai.
Pengorbanan isteri bukan hanya melahirkan dan membesarkan anak, tapi lebih daripada itu. Semuanya dilakukan demi keluarga tercinta.
Justeru, sebagai suami bukan sahaja kena menghargai isteri, bahkan juga ibu anda kerana mereka ini adalah wanita terhebat yang dilahirkan dan melahirkan anda agar menjadi insan berjaya. Hadamkan perkongsian dari saudara Mizan Dzai ini.
KITA LELAKI BANG.
Baru ini aku berkesempatan singgah ke Mahkamah Syariah menemani saudara perempuan aku menyelesaikan hal rumahtangganya.
Kasihan, sedih dan marah yang bercampur baur bila aku tahu kes sebenar saudara perempuan aku ni. Pasangan lelakinya pula tak hadir sedangkan saman telah pun pihak lelaki terima.
Cukup melambat dan menyusahkan urusan bicara serta penyelesian antara mereka.
Sepanjang tempoh perkahwinan tidak bekerja, memukul dan memaki, ditanggung serba serbi oleh isteri, ditangkap atas kes dadah dan bermacam hal lagi.
Itu pun masih tak reti bersyukur.
Peluang demi peluang telah diberi, hinggakan keluarga pihak perempuan langsung tidak tahu menahu, cukup tabah bagi seorang isteri merahsiakan perkara sebegini dari pengetahuan keluarga sendiri.
Seolah-olah taklik perkahwinan yang kau sebagai suami lafaz sebelum ini bagai angin yang berlalu pergi.
Sepertinya kita yang lelaki dan suami ini lupa janji pada mertua, lupa janji pada isteri dulu dan paling mengecewakan, lupa janji pada orang tua kita sendiri yang siang malam mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kita sebagai anak.
Aku ni lelaki, kau orang pun lelaki. Kita ni memang Tuhan ciptakan fitrahnya tertarik pada benda yang cantik, kebendaan, duit, wanita yang cantik, juga pada rumah dan kereta yang cantik.
Nafsu kita besar, kau orang pun faham.
Kalau nak lawan fitrah, kita akan jadi geng kunyit yang dilaknat oleh Allah. Nak buat macam mana? Cuma, kita ni dikurniakan akal dan tanggungjawab sebagai seorang lelaki, suami dan bapa.
Sebelum kahwin kau memang akan menilai bakal pasangan dari segi luaran, penampilan, paras rupa dll. Tapi bila dah sebantal esok, kau akan lalui fasa dimana pasangan tahu busuk mana mulut kau bila bangun pagi, hebat mana bunyi dan haruman kentut kau.
Tak ada benda yang kekal kat dunia ni, Allah dah beritahu. Takkan ada, lebih-lebih lagi kesenangan, kesusahan dan paras rupa. Tak campur kecing atau berak lupa nak flush. Belum cerita spender dan stokin campak merata.
Inikan pula duit motor dan duit rokok pun isteri yang bagi. Allah, apa gunanya hidup jadi lelaki? Tak malu ke?
Kau ada cara kau enjoy, aku ada cara aku enjoy. Takat karaoke, tak salah, tak berdosa pun. Yang salahnya bila kau dok menghidap benda yang bukan-bukan, usung perempuan ke hulu hilir masa bini kau tengah berpantang, masa sedang membaik pulih tenaga dan luka meneran keluarkan zuriat benih cinta demi perkahwinan kau.
Isteri dalam pantang sepatutnya kau jaga 24 jam. Emosi, keperluan dan semangat untuknya. Tak tengok isteri bersalin dalam labour room ke? Tak rasa bertambah sayang pada isteri ke lepas anak kau keluar?
Janganlah sampai sanggup cederakan isteri sendiri demi perempuan lain yang belum gelebeh perutnya bawa zuriat kau. Bacul kau pukul isteri sebab perempuan lain. Dayus kau pukul isteri jika isteri tak ikut kata kau yang menyuruh buat benda yang bukan-bukan.
Kalau jadi depan mata aku, aku mesti join. Mesti.
Perempuan bawa perut ni penat bang. Sangat penat, dengan alahannya lagi. Macam Eleena, aku baru keluar toilet lepas mandi dikatanya aku bau ikan kering, belum sakit pinggang lagi, itu belum asik keluar masuk toilet.
Sampai ada perempuan yang terkencing dalam seluar sebab baby dok tekan-tekan pundi diorang, tak boleh control langsung. Kekadang sampai menangis sebab letih. Kita yang lelaki ni paling letih, paling kuat pun tertidur.
Tolonglah kita lelaki ni jangan jadi jantan keparat yang sebelum kahwin hari-hari panggil sayang, lepas kahwin penumbuk yang melayang. Kau tengok Ayah Rani Kulup, muka punyalah ganas tapi sayang kat bini dia kau tahu?
Sebab tu suka aku pesan, kurangkan melepak kurangkan enjoy, apa kau dapat kalau asik nak enjoy je? Member cabar, member hasut, macam-macam jadi nanti. Kalau tak ada urusan penting, luangkan masa dengan anak isteri.
Ikut sangat cakap member, bukan dia yang doakan kau sepanjang hari. Kau susah nanti isteri juga disebelah.
Apa yang kau dapat ikut sangat apa member cakap, apa member buat? Bangang ke tak boleh fikir?
Dah kahwin buat cara dah kahwin. Hargailah isteri kita yang bertarung nyawa melahirkan anak-anak, cuba tenung wajah isteri di saat isteri sedang tidur, tak rasa sayang dan kesian ke? Bila kau curang tak rasa serba salah ke?
Jaga-jaga bang, bila kau rasa dah bosan dengan isteri, beratus lagi lelaki lain yang teringin atau nak menggantikan tempat kau. Sentiasa akan ada yang sanggup. Masa tu baru kau tahu langit tinggi ke rendah.
Isteri yang dalam berpantang ni, sakitnya tak hilang lagi. Eleena sampai sekarang tak boleh genggam tangan sekuat dulu. Sekali isteri kau jadi seorang ibu, berakhirlah masa tidur dia yang sempurna. Dunia, impian dan cita-cita dia hanya untuk kau dan anak-anak.
Takkan kau sanggup keluar karaoke dengan perempuan lain sambil berpegangan tangan? Habis semua lelaki handsome macam aku kena cop Playboy, aku kalau nak pergi karaoke lepas ni pun line dah tak clear.
Tolonglah ingat, ingat, ingat. Lelaki dilahirkan untuk berkorban dan berjuang, bukan asik mengangkang. Kalau tak bersedia, tak puas lagi enjoy main game sampai tak nak kerja, yang kau kahwin tu pasal apa?
Perkahwinan ni saling melengkapi, bukannya mementingkan diri sendiri.
Kita yang jantan ni asik nak mengikut Sunnah atau perbuatan Nabi kalau bab kahwin lagi atau bab perempuan, tapi ada tak ikut perbuatan Nabi Muhammad sendiri yang tak pernah memukul kaum wanita?
(HR Ibnu Majah)
Isteri itu dijadikan dari tulang rusuk dari bahagian tepi. Dekat di lengan untuk dilindungi, dekat di dada untuk disayangi dan dekat di hati untuk dicintai.
Ubahlah.
Aku pun ada 2 anak lelaki, aku tak tahu bagaimana masa depan mereka nanti tetapi kita sebagai lelaki jadilah pemimpin dan ketua keluarga yang bertanggungjawab serta pandai bersyukur.
In shaa Allah.
Untuk tidak terlepas atau inginkan lebih Tips Premier tentang Seni Kehidupan, Perkahwinan dan Perniagaan boleh sertai Telegram Channel : https://t.me/TipsPremierMizanDzai
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari, penyanyi Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad berkongsi berita duka bayi sulung mereka disahkan meninggal dunia.
Berita tersebut kongsikan sendiri Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Mohd. Saat, 34, menerusi hantaran terkini dalam Instagram miliknya.
“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” luah Azmi.
Afnan diuji dengan masalah kesihatan apabila dilaporkan mengalami masalah fungsi otak.
Ujar vokalis Caliph Buskers itu, Afnan terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak.
“Ikutkan perancangan, doktor sepatutnya melakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk melihat keadaan otak bayi itu, namun perancangan Tuhan mengatasi segalanya.
Memang benarlah peribahasa ini, guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain. Tular di media sosial perkongsian oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh didakwa berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat gara-gara lantang menyuarakan masalah sistem pendidikan termasuk isu beg berat dan silibus matematik.
Perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh semalam telah mendapat lebih 200K likes lebih dari 85K menunjukkan betapa rakyat selama ini turut bersetuju usahanya.
Namun siapakan Cikgu Mohd Fadli Salleh ini yang berani bersuara lantang menyatakan hasratnya mengenai sistem pendidikan di negara ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SIAPA CIKGU MOHD FADLI SALLEH
1. Gemar berkongsi kisah hidup dan murid-muridnya di media sosial
2. Membantu murid daripada golongan kurang berkemampuan dengan mewujudkan dana
3. Miliki akaun Telegram lebih 100K ahli, akaun TikTok lebih 30K pengikut dan Facebook lebih 600K pengikut
4. Gemar juga memberikan cara pengiraan untuk subjek Matematik secara percuma dan mudah dalam bentuk tulisan dan video kepada anak-anak. Tanpa ada sebarang kepentingan diri.
Merupakan anak kepada mantan Pengetua Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengetua SMK Hamzah dan Pengetua SMK Tok Janggut . Patutlah semangat jati diri tinggi dalam diri Cikgu Mohd Fadli Salleh.
SALAH SATU PERKONGSIAN YANG MERUNTUN JIWA YANG PERNAH DIPAPARKAN DI MEDIA SOSIAL SEBELUM INI-BANTUAN KASUT KEPADA MURID
“Awak mungkin lupakan cikgu suatu hari nanti. Awak mungkin lupa wajah cikgu. Mungkin lupa nama cikgu.
“Namun cikgu harap awak akan ingat kejadian hari ini. Kejadian di mana ada orang yang tiada hubungan persaudaraan dengan kamu datang membantu.
“Cikgu sangat berharap kamu sentiasa ingat ada seseorang yang tidak melupakan awak disaat awak dan keluarga awak dalam kesusahan.
“Awak mungkin seorang anak yatim pada hari ini, awak mungkin dari keluarga miskin hari ini, dan bila awak besar esok, beribu-ribu kanak-kanak senasib dengan awak diluar sana.
“Awak bantulah mereka seperti mana awak dibantu hari ini. Bantu apa sahaja. Jika pun tidak kaya, bantu dengan tenaga. Bantu mengelap air mata.
“Kita hidup tidak lama. Dan hidup ini bukan hanya berkisar tentang kita.
“Jangan biarkan kitaran peduli seperti ini terhenti. Jangan biarkan putaran kebaikan seperti ini mati.
“Jangan biarkan!
“Cikgu tak marah jika kamu lupa cikgu suatu hari nanti. Namun cikgu sangat marah jika kamu hentikan kitaran kecaknaan ini!”
“Itulah antara bait kata yang sering aku tuturkan pada murid bila aku kumpulkan mereka untuk serahkan bantuan dan sumbangan yang kawan-kawan kirimkan. Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
SURAT DARI KPM
Didakwa berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat gara-gara lantang menyuarakan masalah sistem pendidikan.
Nyata, dia berjuang untuk anak-anak murid, para guru seperjuangan serta generasi yang bakal menjadi pemimpin di masa akan datang. Semoga terus istiqomah.