Dua Tahun PJJ, Suami Balik Bercuti Sempat Buat Rak Khas Guna Besi Terpakai Untuk Isteri, Jimat RM400!

Share

Dari rangka besi katil terbuang, seorang suami berjaya mengubahnya menjadi sebuah rak serba guna.

Lebih menarik, hasil kerja tangan itu dibuat oleh sang suami istimewa untuk isteri tersayang.

Menurut Intan Atifah Muhammad Tuah, rak tersebut dibuat suaminya yang juga seorang tentera yang bertugas Di Sarawak. Namun Kini, dia pulang bercuti selama 2 minggu.

Besi katil terbuang itu pada mulanya tersadai di belakang rumah ibu mentuanya di Merlimau, Melaka.

“Itu besi katil lama di rumah ibu mentua, dah lama dibuang. Tapi lori sampah mana nak angkat besi-besi lama, jadi dibiarkan saja di belakang rumah.

“Saya pula kerja sebagai surprise planner, jadi wrapping paper makin banyak kat rumah. Saya fikir nak beli rak, bila tengok online harga mahal RM360.

“Pada masa sama suami seorang yang pembersih, rumah kena sentiasa kemas. Jadi suami fikirkan sesuatu apa yang boleh dibuat dengan besi katil tu,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Intan, katanya, suaminya yang berkebolehan bertukang kemudian meminjam peralatan kimpalan (welding) daripada seorang rakan.

“Suami kata dia nak buat sesuatu dengan besi katil terbuang. Tapi dia kata cuba dulu sebab dia risau tak jadi, tak cantik.

“Dia memang biasa bertukang dan kebanyakan hasil kerja untuk kegunaan di rumah. Suami sejenis yang tak duduk diam, ada saja yang dia nak buat,” ujarnya yang berasal dari Melaka.

Menurut wanita itu, suaminya yang berusia 30 tahun mengambil masa empat hari untuk menyiapkan rak besi untuk pembalut hadiah itu.

“Suami memang risau kalau dia buat tak cantik. Tapi bila saya beritahu rak yang lebih kurang sama dan diperbuat daripada besi harganya dekat RM400, suami terkejut.

“Dia kata nasib baik balik bercuti dan buatkan rak untuk bini. Kalau tidak, bini dah terbeli rak tu secara online,” tambahnya.

Sebagai tanda penghargaan, dia membawa suaminya menikmati candle light dinner dengan hidangan stik kegemaran di restoran di sebuah hotel.

“Bukan sebab kerajaan baru beri kelonggaran dengan membenarkan semula dine-in ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), tapi sebab saya baru dapat bertemu semula dengan suami.

“Selepas kami berkahwin pada Ogos 2019, baru sekarang dapat jumpa,” katanya sambil menambah mereka sering berhubung menerusi panggilan video kerana pasangan jarak jauh (PJJ).

@iz_supriseplanner1♬ Absolutely Anything (feat. Or3o) – CG5

Sumber: Mstar Online & iz_supriseplanner1

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN