Fahamilah tanggungjawab seorang ayah terhadap anaknya tidak akan putus sekalipun hubungan dengan isteri sudah berakhir.
Namun ramai yang culas dan memahami tentang tanggungjawab memberi nafkah tersebut, ayuh kita baca perkongsian daripada peguam syarie Tuan Fahmi Ramli.
Duda, dahulukan Nafkah Anak sebelum kahwin lain
Isu nafkah anak ini memang tak akan selesai. Setiap tahun akan ada isu yang sama. Ada bapa yang tak mahu bagi nafkah anak & ada pulak yang bagi, tapi tak cukup.
Ramai lelaki yang selepas bercerai dengan bekas isteri, tak kisah kalau anak duduk bersama dengan bekas isteri. Cuma masalah yang sering berlaku, kadang-kadang ibu yang terpaksa tanggung banyak perbelanjaan anak.
Gambar hiasan
Yang biasa berlaku dalam Mahkamah adalah Duda yang bercerai, hanya tawarkan nafkah anak seorang RM100 sahaja sebulan. Kononnya itu sahaja takat kemampuan.
Tapi, yang tak betulnya, bila dah tahu tak mampu nak bagi nafkah anak lebih, boleh pulak Kahwin Baru. Hinggakan anak tiri pun jadi tanggungan baru sedangkan anak tiri bukan tanggungan wajib.
Sebenarnya, banyak isu sebegini berlaku. Ada duda yang bercerai fikirkan, dia telah kembali bujang. Hinggakan rasa dah bebas dan tak ada apa-apa tangungan. Walhal, anak masih ada. Bahkan mungkin ada 5 orang anak bersama dengan bekas isteri.
Apa Nafkah Anak yang wajib lagi ditanggung oleh seorang Duda?
1. Makan & minum
Zaman sekarang ini, sangat tidak logik kalau belanja harian makan minum anak hanya RM100 sebulan. Kalau dikira, seorang manusia yang makan biasa sekalipun minimumnya RM5 sekali makan. Sehari sekurang-kurangnya 3 kali makan. Jadi bersamaan dengan RM15.
Sepatutnya untuk makan minum sahaja seorang anak yang makan minum seperti biasa adalah RM450 seorang sebulan. Ini kiraan kasar sahaja. Jangan kata ini tak rasional. Kadang-kadang barang dapur rumah pun lebih daripada itu setiap bulan.
Ads
2. Pampers
Bagi Duda yang mempunyai anak kecil, jangan abaikan bab ini. Pampers adalah satu keperluan yang tak boleh ditinggalkan. Ada pelbagai jenis jenama. Cuma yang pasti setiap jenama mungkin berbeza harga. Dan beza juga harga bagi saiznya.
Sekarang ini, harga pampers anggaran harganya sekitar RM25-30. Dan seorang bapa perlu ambil peduli tentang berapa jumlah pampers yang digunakan oleh anaknya. Kadang-kadang satu beg pampers tak cukup. Ada bayi yang kerap buang air. Anggaran sebulan untuk belanja pampers mininum adalah RM100 sebulan.
3. Susu
Susu adalah makanan bagi bayi dan minuman bagi anak kecil. Bagi sesetengah lelaki, mereka tidak tahu yang susu ini ada pelbagai jenis. Harga juga beza bagi setiap jenis. Yang penting bukan isu harga, tapi isu kesesuaian susu formula itu dengan anak.
Ada anak yang tidak sesuai dengan susu formula lembu. Ada yang sesuai dengan susu kambing. Ada juga bayi yang alahan perlukan kepada susu formula soya. Ada bapa yang pertikaikan kenapa diajar anak minum susu mahal. Lelaki yang sebegini, nampak sangat tak pernah ambil peduli tentang kesihatan anak.
4. Belanja sekolah
Ads
Bagi anak yang bersekolah, adalah satu kebiasaan untuk diberi duit belanja. Kadang duit ini mungkin boleh diambil daripada belanja bulanan. Tapi, duit belanja ini juga sangat penting untuk anak-anak gunakan di sekolah.
5. Pakaian
Bila sebut tentang pakaian, jangan fikir tentang baju semata-mata. Fikirkan juga tentang keperluan anak seperti ubat gigi, sabun, lotion dan lain-lain. Tambah-tambah bila ada anak bayi.
Pakaian hari raya juga perlu disediakan asing setahun sekali. Sekurang-kurangnya dua pasang untuk seorang anak. Ini kewajipan seorang bapa.
6. Yuran & persediaan awal sekolah
Untuk perbelanjaan awal persekolahan, adalah satu kewajipan yang tak boleh dielakkan. Bapa wajib sediakan pakaian kelengkapan sekolah sekurang-kurangnya 2 pasang bagi seorang anak.
Jangan sekadar bayar yuran sahaja. Kadang ada bapa yang tak ambil peduli bab ini atau diberitahu kepada si ibu untuk gunakan sahaja duit bulanan yang diberi. Kalau guna duit bulanan beli pakaian sekolah, jadi mana duit makan?
Ads
7. Perubatan
Jangan ambil mudah bab ini. Perubatan adalah satu tanggungjawab wajib bapa. Tak boleh serahkan kepada ibu untuk tanggung kos perubatan anak walaupun anak berada dengan si ibu.
Kalau tak percaya untuk bagi duit ubat kepada ibu, bapa perlu sediakan kemudahan perubatan untuk anak sekiranya anak perlu. Contohnya beli insuran kesihatan untuk anak atau akses guna kemudahan klinik panel jika ada.
Kesimpulan
Bukan saya kata tak boleh untuk Duda yang cerai dengan isteri untuk kahwin lain. Tapi, anda perlu ingat, tanggungjawab nafkah anak ini sangat penting. Zalim kalau bapa tak bagi nafkah yang cukup, tapi boleh pulak kahwin lain.
Kalau ada yang tak kahwin lain pun, tapi mampu pulak beli benda yang merugikan atau melebihkan kehendak diri. Contohnya, beli motosikal mahal, beli kereta yang bulan tinggi, beli baju mahal setiap bulan dan lain-lain.
Nak kahwin juga boleh, cukupkan Nafkah belanja seorang anak setiap bulan. Jangan kedekut. Kalau tak mampu bagi nafkah lebih, tak payah mimpi nak kahwin lain. Tambah dosa sahaja.
Puasa kalau nak tahan nafsu.
(Siapa rasa bermanfaat?Boleh bagitau pada kawan tak?)
Sumber : Fahmi Ramli
Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis & Perak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan mudah nak didik anak. Termasuk untuk merangsang anak menjadi seorang yang pintar.
Namun, kadang kala, selain mendidik anak cara kita, barangkali cara guru-guru mengajar di sekolah boleh dijadikan panduan untuk mendidik anak-anak.
Ikuti perkongsian seorang guru ini.
Cara bina Pelan Intervensi untuk bantu murid kuasai subjek
Ramai rakan yang bertanya saya pelan intervensi terbaik untuk bangunkan pengetahuan dan kebolehan murid.
1. Kenali punca masalah.
Kita akan jumpa beberapa masalah yang mungkin menjadi faktor utama murid tidak dapat kuasai kemahiran.
Cerita dari guru saya. Seorang cikgu Matematik Tambahan baru pindah. Hari pertama dia masuk ke sekolah berkenaan, benda yang dicari ialah peratusan markah murid. Daripada markah tersebut, dia memikirkan segala macam usaha untuk membantu, membina objektif dan kretiria kejayaan setiap kali PdPc. Dia Juga dapat mengesan punca masalah murid yang belum menguasai dan mula membina pelan intervensi.
Sebenarnya inilah kerja guru. Mencari jalan dengan cara yang betul dan smart, supaya ilmu yang kita sampaikan dapat dimanfaatkan untuk semua murid tanpa membazirkan peluang dan ruang yang ada.
2. Sediakan short list nama-nama Murid yang menjadi fokus utama.
Sebaiknya dalam jumlah yang minimum untuk satu pelan intervensi. Saya biasa gunakan 3-5 orang sahaja.
3. Merangka aktiviti, teknik, bahan pengajaran yang sesuai dengan keperluan anak-anak ini.
Di sinilah bermulanya inovasi. Bina teknik yang menarik dan bahan yang simple tetapi memudahkan tugas kita untuk pulihkan murid.
Banyak proses akan berlaku.. Try and error itu biasa, tapi percayalah setiap kali kita cuba, banyak penemuan baru yang kita jumpa. Seronok.
4. Ambil masa untuk bertemu murid fokus secara bersemuka.
Nyatakan hasrat untuk bimbing mereka, nak jadikan mereka menguasai subjek yang kita ajar. Biasanya bila saya jumpa secara personal murid-murid ini, mereka akan berterima kasih dan dari raut wajah mereka sangat menghargai usaha kita.
5. Masa itu emas, manfaatkan setiap ruang yang ada untuk bantu murid.
Waktu rehat saya ialah bersama dengan mereka. Santai-santai, sambil makan, sambil buat kerja lain mereka di sebelah.
6. Catat setiap pergerakan dan peningkatan yang berlaku.
Tak susah, tidak membebankan. Sekali kita mula, pasti kita akan sentiasa teruja untuk tahu perkembangan mereka.
7. Dokumentasikan setiap langkah, catatan dan pergerakan yang berlaku. Itulah pelan intervensi kita.
Cara bantu murid lemah
1. Syarat untuk berjaya bukan kerana pandai dan bijak, tapi kerana rajin dan usaha. Tak perlukan duitpun untuk push mereka, cukup dengan kata-kata semangat, puji-pujian dan tunjukkan bahawa kita hargai mereka.
2. Kita juga pernah menjadi sebahagian dari mereka. Pasti ada subjek yang kita tidak kuasai dan rasa susah. Masa tu kita hanya mengharapkan cikgu fahami kita, cikgu bantu kita, cikgu ajari kita dengan cara yang kita boleh terima dan kita akan rasa sedih bila disisihkan serta dianggap sebagai bebanan. Oleh itu lakukan seperti apa yang kita harapkan dari cikgu kita dulu.
3. Murid lemah adalah rezeki bagi saya. Kerana berusaha nak pulihkan mereka, saya cipta inovasi. Bila mereka dapat kuasai setelah berulang kali diajari , itulah nikmat paling besar yang Allah beri.
4. Tiada murid lemah, kita bukanlah sesiapa. Kerana ada mereka kita tahu sejauh mana kemampuan kita menguasai ilmu dan kemahiran pedagogi. Usah bangga dengan sijil dan DG yang kita miliki jika kemampuan kita belum betul-betul teruji.
5. Sentiasa beri harapan kepada anak-anak ini. Jangan sekali-kali menggunakan perkataan
” Awak tidak pandai”
“Awak tidak mampu”
“Awak tiada Harapan”
Tukarkan kepada…
” Awak belum pandai.. Nanti cikgu usaha sampai awak dapat”
” Awak belum mampu.. Insya Allah cikgu akan bantu”
” Awak adalah harapan cikgu… Jadilah orang hebat untuk Cikgu”
Kata-kata kesannya lebih hebat daripada sentuhan dan pukulan. Jika murid menerima kata-kata yang negetif, luka di hatinya sukar sembuh dan parutnya di bawa mati.
Kata-kata semangat mampu membuatkan mereka ceria dan yakin untuk berusaha. Ingat.. Syarat berjaya bukan kerana pandai tetapi rajin usaha.
6. Kita cikgu, sangat dekat dengan murid. Apa yang kita beri, itulah yang mereka bawa untuk meneruskan kelangsungan hidup juga hingga ke dunia akhirat. Alang-alang memberi, berilah yang terbaik.
Sesungguhnya… Kita bukan sesiapa tanpa mereka.
Selamat beramal sahabat semua.. Kita ada tujuan yang sama. Bina ladang pahala untuk bekal akhirat.
Kredit: Aminah Mat Yusoff Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang tidak dinafikan salah seorang anak akan menyerupai ibunya apabila meningkat dewasa.
Sebagaimana perkongsian yang dikongsi oleh adik Neelofa atau dikenali sebagai instafamous Ameera Khan dengan nama komersialnya, Little Miss Khan telah menarik perhatina netizen baru-baru ini.
Foto tersebut memaparkan gambar throwback bersama ibunya, Noor Kartini usai melahirkannya.
Biarpun hanya kapsyen ringkas, perkongsian ini telah mendapat ratusan komen yang teruja melihat wajah ibunya seakan neelofa.
Meruntun hati apabila mendengar video menerusi hantaran terbaru Tun Dr. Mahathir Mohamad di Instagran chedetofficial,
Video berdurasi dua minit adalah merujuk kepada penegasan perjuangannya dalam politik masih belum selesai serta percaya ia adalah satu ibadah dan tidak ada persaraan apabila melaksanakan ibadah.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Hati siapa yang tidak sebak pada usia 97 tahun Dr Mahathir memilih untuk tidak duduk di rumah sebaliknya meneruskan perjuangannya dalam bidang politik.
Baginya tiada istilah bersara dalam hidupnya. Katanya selagi hidup dibawah rahmat Allah, beliau akan meneruskan perjuangannya untuk agama dan tahah air.
1. Saya sedar ada yang persoal kenapa perlu saya bertanding lagi di dalam pilihan raya.
2. Tidak kurang juga yang suruh saya duduk di masjid dan buat ibadah atau duduk di rumah bermain dengan anak cucu.
3. Pertamanya, saya masih lagi hidup dengan rahmat Allah.
4. Bagi saya umur panjang beri peluang kepada saya untuk terus berjuang. Tidak ada perjuangan yang lebih baik selain dari berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.
5. Saya percaya perjuangan tersebut juga adalah satu ibadah seperti mana yang saya diwajibkan melakukan ibadah samada di masjid mahupun ibadah-ibadah yang lain.
6. Saya percaya perjuangan itu satu ibadah dan tidak ada persaraan apabila melaksanakan ibadah. Ini termasuklah meneruskan perjuangan.
7. Sebagai pemimpin, saya tidak boleh duduk mengarah dan menyuruh orang melakukan sesuatu tanpa saya sendiri turut melakukannya.
8. Jika saya mahu orang lain berjuang menentang kleptokrat dan penyamun-penyamun Negara, saya mesti turut serta.