Kehidupan memang penuh dengan cabaran dan halangan. Namun begitu, jejaka ini membuktikan bahawa semangatnya tidak akan putus walau apa cabaran yang dihadapi. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Aizam telah memuatnaik video di TikTok yang menceritakan kisah hidupnya baru-baru ini dengan kapsyen, “Roda mula berputar” yang menjana sebanyak 400,000 tontonan.
Rupanya, Aizam adalah bekas pramugara syarikat penerbangan, AirAsia, selama 10 tahun tapi diberhentikan kerja pada Jun 2020 disebabkan pandemik Covid-19.
Satu demi satu dugaan melanda Aizam.
Dalam satu temubual bersama Mstar, dikatakan bahawa Aizam juga mengusahakan bisnes jual barangan kraftangan dari Bali, Indonesia, sebagai pendapatan sampingan ketika masih berkhidmat sebagai pramugara. Malangnya, bisnes tersebut mengalami kerugian sekitar RM100,000.
“Sambil saya bekerja sebagai pramugara, saya suka beli barang dari negara asing yang susah didapati di Malaysia untuk dijual balik. Saya memang ada syarikat untuk bisnes ni yang mana saya juga menjadi pembekal barangan kraf untuk negara Jepun. Tapi disebabkan Covid-19, perniagaan saya tak jalan. Nak hantar barang ke Jepun pun kos penghantaran jadi mahal. Jadi bermula dari situlah saya alami kerugian besar dan pada masa sama hilang pekerjaan,” ujar Aizam.
Ads
Setelah hilang sumber pendapatan, Aizam menjual ayam bakar di tepi jalan kawasan Subang Jaya, Selangor untuk meneruskan kehidupan.
Sambil itu, dia turut menjual daging dan kambing bakar sejuk beku yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan dan membuka sebuah kedai makan yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.
Malangnya, nasib tidak menyebelahi Aizam apabila kejadian banjir pada Disember 2021 merosakkan segala produk jualannya.
“Bayangkan saya hilang kerja, berniaga tepi jalan tak boleh sebab Covid-19, buat makanan frozen pula habis rosak produk sebab banjir dan macam-macam lagi dugaan saya tempuh. Saya cuba minta bantuan untuk pulihkan balik bisnes tapi tak terima sebarang pertolongan. Mungkin sebab waktu tu saya pun baru mula berniaga tak sampai setahun. Sampai bulan puasa tahun ni pun saya masih bergelut untuk berniaga akibat banjir hari tu. Saya usahakan buat recovery (pemulihan) tapi tetap gagal,” katanya.
Ads
Kerugian buat kali kedua yang dialami membuatkan Aizam terpaksa menjual segala aset dan harta bendanya.
Tanpa diduga, Aizam sekali lagi diuji apabila ibunya pula meninggal dunia pada 19 Julai 2022, hanya seminggu selepas dia pulang ke kampung di Pahang, berniat untuk tinggal bersama ibunya bagi mencari idea untukpulih kehidupan.
“Kononnya saya balik kampung untuk pulihkan semangat. Tak sangka pula ibu meninggal lepas seminggu saya berada di sana. Saya tak boleh terima keadaan tu, ia berlaku dengan sangat pantas. Saya betul-betul rasa dah tak ada harapan nak pulih… hutang pun banyak. Saya hanya tinggal sehelai sepinggang saja waktu tu,” luah Aizam.
Aizam telah mengongsikan di TikTok bahawa dia diajak untuk menjadi rakan bisnes sebuah “cafe” cawangan ketiga yang bakal dibuka.
Ads
Walaupun sudah tidak memiliki sebarang harta atau simpanan, Aizam menerima pelawaan rakannya itu sebagai permulaan untuk dia bangkit semula.
“Lepas kematian ibu, saya memang dah putus harapan nak teruskan hidup. Walaupun ibu baru meninggal, tapi orang tetap cari saya nak kutip hutang. Saya alami tekanan perasaan dahsyat waktu tu. Mereka tak peduli pun saya tengah bersedih. Bila kawan ajak buat bisnes sama-sama, saya setuju saja. Saya bawa RM100 saja, itu pun duit pinjam daripada abang pergi ke Kuala Lumpur. Saya naik kereta kancil yang usang bersama kucing-kucing saya. Rumah sewa pun ‘koboi’ saja tak survey dulu sebelum menyewa” jelas jejaka itu.
Kini, Aizam sudah membuka sebuah restoran yang menyajikan pelbagai aneka makanan seperti “pastries” dan masakan panas di Bukit Damansara, Selangor.
“Saya nasihatkan kepada semua yang sedang diuji, kita kena tahu dugaan tu datangnya dari Allah jadi kita kena reda. Jangan mudah putus asa. Bersedih tu boleh cuma carilah jalan untuk bangun semula,” kata Aizam lagi.
Idea menanam pokok jambu air sering menjadi pilihan utama untuk ditanam di laman rumah. Membayangkan bila berbuah, senang anak beranak boleh makan sepuasnya.
Dan jika lebat buahnya, dapat juga disedekahkan kepada jiran tetangga untuk berkongsi rezeki.
Jadi buat anda yang berkira-kira ingin menanam pokok jambu air ini, jom ketahui dulu tip dan petua untuk pastikan pokok ditanam rendang sahaja dan lebat buahnya.
salam dan selamat petang.. nak kongsi sikit ilmu kalau salah boleh tegur.. jambu saya ni tak pakai racun pon buah padat dan sedap, cara saya buat
masalah orang kita bila tanam jambu dia biar pokok besar2 pastu susah nak kutip sayang buah akan jadi busuk nk dapat baka yang cantik pon dah payah
1- kalau pokok dah lama tapi x berbuah cara dia korang boleh guna garam kasar sedikit cara tabur dia diri dekat batang pokok dan campak ke arah luar (sbb akar dh gerak jauh dari batang, sama jugak kalau cara kita bagi baja) garam tu tujuan dia tambah kan manis pada buah org dulu2 kan ada cakap (sblom kau hidup aku dulu dh mkn garam ) jangan korang tabur gula pulak sebab nak bagi manis hahahaha
2- pokok jangan bagi terlalu tinggi cantas bahagian atas kalau boleh tinggi bawah 10 kaki senang nak kutip hasil dan senang kita nak balut
3- masa buah berputik rasa2 dh besar dlm 20sen tu dh blh balut buah guna plastik n surat kabar pasti kn gunting kiri n kanan supaya air hujan x bertakung
4- tujuan kita balut tu supaya lalat buah x serang (buah x cacat & rosak ) kalau sblom balut tu ada dot2 hitam tu blh la buang awal2 pilih yg cntik2 je
5- masa korang kutip hasil tu kalau boleh buah yang ada busuk tu yang jatuh bawah-bawah dahan tu sebaiknye korang sapu (bakar atau buang jauh ) bagi kosong bawah pokok tu sebab buah yang busuk tu ada fangus jadi ulat tu akan merebak cari akar jambu sebab tu elok kene bersih kan supaya pokok boleh tahan lama..
6- buang sedikit daun supaya ada udara boleh masuk.. banyak sangat daun nanti buah kurang (gila daun) hehe
Jika dulu dari kecil hingga dah meningkat besar ibu bapa tidak pernah berkira menjaga kita. Bila dah ada kehidupan sendiri, mampu untuk berbakti semula pada orang tua kita, ambillah kesempatan itu kerana kita tidak tahu sampai bila kita mampu berbakti pada mereka.
Malah, rezeki anak-anak yang menjaga ibu bapa ini juga tidak akan putus berkat doa dari orang tua dan orang yang datang ke rumah untuk menziarah. Itulah yang dirasai oleh penyanyi, Nora Ariffin semenjak dia memilih untuk menjaga ibunya.
“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, semenjak Ma tinggal dirumah bersama kami, rezeki tak pernah putus, ada saja anak menantu cucu, adik beradik,saudara mara jauh & dekat bertanya kabar dan datang berkunjung ziarah ma. Seronok sgt.
“Terima kasih buat semua ye sudi dtg jengok ma😍 Makanya kita sebagai anak, jgn sekali – kali merungut & terlalu berkira bab menjaga IBU. Harta lain boleh cari tapi ibu kandung hanya satu saja.” tulisnya.
Malah, pelantun lagu ‘Hanyalah Satu’ itu sempat memetik kata-kata daripada Ustaz Rushdi bahawa menjaga ibu ini besar pahala dan ada barakahnya, walaupun ada sukarnya tetapi sentiasa dipermudahkan.
Dalam perkongsian tersebut, Nora juga berterima kasih buat suami dan rakan-rakan yang membantu sepanjang ibunya ada di rumah.
“Terima kasih buat suami yg dikasihi kerana memberi izin, support saya menjaga ibu & tinggal bersama.
“Juga buat sahabat & jiran saya. Dato Khairul & eja sayang😍 @yayakitchen2020 , terima kasih kerana hampir tiap hari sedekah makanan pada kami.
“Juga kpd caretaker saya, terima kasih menyantuni ibu saya dgn baik. Allah saja yg membalas jasa baik kalian. Moga Allah memberkati hidup kita semua.” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan penulisan Nora dan ada yang berkongsi pengalaman sendiri menjaga orang tua mereka.
Lazimnya jika sesebuah kediaman tidak memiliki kabinet dapur pasang siap, tentu sahaja akan menggunakan kabinet asas yang sedia ada dijual di kedai perabot untuk melengkapkan ruangan dapur.
Pun begitu, andai sudah lama diguna pakai keadaan almari tersebut tentu sahaja akan terlihat tidak cantik dan ada juga terjadi tombol kabinet tercabut biarpun struktur asasnya masih kukuh.
Pun begitu, jika hendak dibuang terasa sayang pula disebabkan masih boleh digunakan. Namun bila niat dihati mahu ruangan dapur nampak cantik sempurna dengan kabinet yang cantik, apa kata ambil idea yang dikongsikan oleh Mohd Azrul ini.
Siapa sangka kabinet yang nampak lama apabila diberi sentuhan olehnya, terus nampak mewah.
Ini perkongsiannya.
Saya beli kayu shiplap mdf saiz 2 inci di shoppe..potong ikut saiz pintu almari.
– gam kan di pintu
– cat
– handle spray warna gold beli di DIY
Ekstra Tip
Sebelum cat cabinet..gosok pakai kertas pasir..
saya buat frame kat pintu gune mdf..kemudian baru cat hitam dan spray handle kaler gold.
Nak berjaya dalam pelajaran? Ini nasihat Tun Dr Mahathir buat anak muda. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menitipkan nasihat bermakna buat generasi muda yang ingin cemerlang dalam akademik dan kehidupan, jangan cepat putus asa jika tercicir dalam pelajaran. Sebaliknya, terus berusaha dan ulang kaji pelajaran berkali-kali.