Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Banyak orang tanya, Ustaz Hanafi apa amalan murah rezeki?
“Ustaz, gaji saya tak cukup setiap bulan. Terduduk juga saya fikir hal ni. Sedih bila terbayang muka isteri dan anak-anak di rumah. Tolong saya ustaz.”
Ustaz jawab cuba guna formula D.U.I.T
Cliche juga sebab ramai yang sebut formula ini.
Ustaz nak kongsi formula D.U.I.T versi ustaz supaya mudah nak ingat dan buat.
D yang pertama kita kena buat ialah DOA, DHUHA dan DERMA. U pula USAHA berterusan. I ada tiga iaitu IKHTIAR, IKLAN dan ISTIGHFAR T yang terakhir ialah TAWAKAL dan TAQWA.
Ustaz nak kongsi kisah benar mengenai DERMA.
Pernah satu hari ada seorang ibu telefon anaknya. Gaji anaknya kecil sahaja, kemudian buat part time mengurut orang.
Ibunya telefon merayu nak RM300, nak buat kenduri kesyukuran. Anaknya jawab, “InsyaAllah mak, nanti abang bank in.”
Ads
Dia terus ke bank. Tengok-tengok dalam akaun ada RM250 sahaja. Dia pinjam RM50 daripada kawannya untuk cukupkan RM300.
Alhamdulillah dapat dan bank in kepada ibunya. Sedangkan waktu tu, dia pun ada tanggungan isteri dan keluarganya. Tapi atas niat nak gembirakan maknya, terus dia bagi apa yang ada.
Pada malam hari, dia pergi mengurut orang kaya. Upah yang diterima hanya RM50. Walau sikit, dia tetap bersyukur.
Esoknya, orang kaya tu telefon.
Berdebar-debar hati lelaki tadi.
“Apa kamu buat dekat saya ni? Datang ke rumah saya sekarang.”
Sampai ke rumah orang kaya cerita.
“Lepas kamu urut, badan saya sihat dan batu karang keluar dari saluran kencing. Rasa luar biasa, sihat dan saya sangat gembira. Alhamdulillah. Saya nak bagi saguhati lebih sikit. Nah, ambil ni.”
Bila dibuka sampul surat tersebut, terkejut sangat lelaki ni. MasyaAllah ada sejumlah duit yang sangat banyak.
Begitulah kelebihan berbuat baik dan sentiasa banyakkan infak dan DERMA kepada ibu ayah. Didunia lagi kita sudah dapat merasa ganjarannya lebih-lebih lagi berkaitan rezeki.
. Kisah kedua berkenaan ISTIGHFAR.
Kisah Imam Ahmad bin Hambal. Ada satu ketika waktu dia tidur di masjid, dia dihalau oleh orang masjid. AJK masjid garang sangat.
Ads
Waktu tu lepas isyak. Dia jalan keluar dan tiba di satu kedai yang dah bersiap nak tutup.
Sambil menguli dan berkemas, mulut pembuat roti di kedai berkumat kamit.
Imam Ahmad nak tahu dan bertanya.
“Wahai penjual roti, apa yang kau kumat kamitkan tu?
“Oh aku beristighfar.”
Selepas kedai ditutup, pembuat roti ajak Imam Ahmad tidur di rumahnya.
Dia tak kenal Imam Ahmad bin Hambal ni.
Imam Ahmad pun tanya lagi.
“Apa kelebihan istighfar yang kau dapat tu?”
“Oh banyak, rezeki aku murah. Roti aku habis dijual Malahan hajat-hajat aku dipenuhi Allah.” Jawabnya
“Cuma ada satu doa ni belum tercapai lagi. Aku nak jumpa Imam Ahmad bin Hambal. Sekali je pun cukuplah.”
Imam Ahmad pun terperanjat dan mengaku.
Ads
“Oh! akulah Imam Ahmad bin Hambal. Kerana istighfar kau inilah, dengan izin Allah aku hadir ke kampung kau.”
MasyaAllah gembira sangat pembuat roti.
Banyakkan istigfar.
Nak lihat bukti? Kita sendiri kena buat dan akan jumpa bukti² kelebihan istighfar. Buat dan lihat apa yang akan datang.
Sebenarnya, sebagai hamba kita tak perlu risau urusan rezeki. Allah sudah mencukupkan. Mungkin ada satu sisi, sebagai hamba kita terlepas pandang bab tanggungjawab kita; kurang DERMA dan kurang ISTIGHFAR.
Jom, pujuk hati kita tingkatkan amalan ini dan doa Allah luaskan rezeki kita dunia akhirat.
Bergelar ibu bapa ada banyak cabarannya. Salah satunya kena tahu cara betul mendidik anak. Ia termasuk melatih anak berdikari melakukan kerja rumah.
Namu jika salah caranya ia akan memberi kesan negatif kepada anak itu.
Nak tahu lanjut mengenai hal itu, ikuti perkongsian ini.
DIDIK ANAK BERDIKARI LAKUKAN KERJA RUMAH JANGAN SAMPAI TERSALAH CARA.
Saya bangga dengan parents yang berjaya didik anak sampai mahir buat kerja-kerja rumah ni. Saya sendiri pun masih bertatih.
Saya sangat sokong. Bahawa anak-anak ni perlu diajar buat kerja-kerja rumah sedari awal lagi. Supaya kita tak terkontang-kanting buat kerja sorang-sorang sampai ke tua.
Dan supaya mereka jadi dewasa yang ada high sense of responsibility.
Tapi, HATI-HATI DENGAN PEMAHAMAN ‘DIDIK ANAK BUAT KERJA RUMAH’ NI.
Ada beza didik anak buat kerja rumah, dan jadikan anak hamba untuk selesaikan segala kerja rumah.
Saya percaya dalam mendidik anak ni, kena ada seninya. Nak melentur tak boleh kurang, tak boleh lebih.
Kurang, dia tak bergerak. Lebih, takut dia patah.
Tak salah nak didik anak buat kerja rumah dari kecil. Tapi biarlah berpadanan dengan usia mereka.
Bak kata Dr Rozanizam Zakaria , “Jangan dewasakan anak sebelum waktunya. Kelak beban emosi dan psikologi yang ditanggung, akan menjadi benih kepada masalah mental bila dewasa.”
Waktu kecil, anak mungkin menuruti atas dasar hormat dan takut. Bila mereka mula dewasa dan mula berkuasa, sisi gelap akan mula kelihatan.
Paling taknak, kesan toxic cycle ini akan diwarisi generasi ke generasi.
Ada pesanan yang selalu keluar dari mulut mentor-mentor parenting :
1. Anak bukan milik kita. Yang boleh kita perguna dan bertindak ikut perasaan.
Mereka hanyalah pinjaman. Mereka juga amanah yang akan ditanya cara kita mendidiknya.
Maka didiklah mengikut panduan agama dan saranan sains. Bukan ikut logik akal dan kehendak kita. .
2, Jangan berlebihan.
Berlebihan dalam menyayangi anak. Sampai tak sanggup nak suruh anak lakukan kerja-kerja rumah.
Atau berlebihan dalam menyuruh anak. Sampai kita lupa anak juga ada emosi untuk dipelihara. Dan ada hak untuk menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak. .
3. Pertimbangkan keperluan emosi mereka.
Sebagai dewasa, ada masa kita lupa untuk rendahkan ego. Menjerkah, menyuruh dan memekik. Sampai tak sedar yang anak-anak juga ada air muka yang perlu dijaga.
Akan sampai satu masa anak akan dewasa dan rasa diri mula berkuasa.
Jangan kita lupa hakikat bahawa, bagaimana anak melayani kita pada sepuluh tahun akan datang adalah kesan dari bagaimana kita melayani mereka pada hari ini. .
4. Jadilah coach, bukan bos.
Didiklah mereka dengan niat mereka jadi dewasa yang bertanggungjawab dan tinggi common sense di hari esok.
Bukan semata-mata menyuruh demi memudahkan tugas kita pada hari ini.
Kita suruh anak sana-sini. Tapi kita kat tepi dok goyang kaki.
Didikan kita mungkin membentuk bakal dewasa yang menyakitkan hati. Atau dewasa yang disenangi. .
Saya doakan, mak ayah yang membaca ini dikurniakan kekuatan dan ilmu yang betul untuk mendidik anak-anak yang cemerlang di dunia. Dan bahagia di akhirat.
Sumber: Wawa Shauqi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Disebalik rasa gembira dan syukur melihat adik beradik berkahwin, tidak dinafikan kita sebagai abang atau kakak juga tidak dapat menyembunyikan rasa sebak sehingga menitiskan air mata lebih-lebih lagi ketika majlis pernikahan; saat lafaz akad nikah diucapkan.
Kerana kita tahu selepas ini, pasti adik yang kita sayang akan berpindah keluar dari rumah keluarga untuk hidup bersama pasangannya. Apatah lagi jika hubungan adik beradik yang sangat akrab, tentu sedikit sebanyak perubahan tersebut terasa seakan satu kehilangan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Barangkali perasaan yang sama turut dirasai oleh seorang Tiktoker Shafiq Nizam saat melihat adik perempuannya yang duduk di pelamin untuk majlis pernikahan.
“Tak Percaya Dia Dah Menjadi Seorang Isteri…”
Jelas dilihat daripada perkongsian videonya, ketika sesi akad nikah dijalankan, Shafiq yang duduk di belakang wali sudah mula sebak dan menundukkan wajahnya menahan emosi.
Namun kesayuan yang dirasai tidak terhenti di situ sahaja. Saat ahli keluarga yang lain bergambar dengan kedua mempelai, Shafiq mula pergi membawa diri keluar daripada kawasan dewan.
Ketika itu dapat dilihat Shafiq sudah tidak mampu lagi menahan hiba dan terus menangis hiba. Namun telah cuba ditenagkan oleh seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya. Difahamkan keadaan ini terjadi disebabkan dia terlalu sayangkan adiknya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memahami perasaan yang dilalui olehnya bahkan turut sebak melihat tangisan ikhlas daripada seorang abang kepada adiknya. Tidak kurang juga yang mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan pengantin.
Tulis Amanyainaa, ” Faham sangat situasi mcm ni . Adik beradik laki aina pun mcm ni . Turut nangis”
Komen IG @ratu__tv pula, ” Seorang abg x sanggup melepaskan adiknya jadi milik org lain tapi Akn bersama dgn adik nya smpi selamanya 🥺 Abg yg baik”
“Tahniah ika and shafiq family semoga kekal hingga ke jannah aamin🥰, Tulis Qaseed Izz
Kuali atau periuk kesayangan bocor pasti membuatkan ibu-ibu berasa ralat. Apa lagi jika itulah yang selalu digunakan untuk memasak. Walaupun ada yang lain, namun tidak sama dengan satu ini.
Jika sayang sangat dan bocornya sedikit sahaja, jangan terus buang, jom cuba beberapa cara ini untuk menampal kembali tempat berkenaan.
KAPUR MASAKAN
Kapur sirih atau kapur masak ini biasanya orang gunakan untuk merangupkan gorengan, menjadikan masakan lebih kental dan tahan lebih lama. Rupanya ada kegunaan lain yang ramai tak tahu – iaitu menampal periuk bocor.
Mula-mula, bersihkan dulu periuk dan keringkan. Kemudian, ambil kapur makan dan tampal di bahagian periuk yang berlubang. Tepek ikut ketebalan yang sesuai hingga betul-betul menutup lubang.
Bila tampalan dah kering, bolehlah gunakan periuk itu semula. Biasanya boleh test dulu dengan rebus air. Kalau periuk dah tak bocor lagi, bolehlah guna untuk masak macam biasa.
ASAM JAWA
Petua seterusnya adalah dengan menggunakan asam jawa. Caranya lebih kurang sama saja macam guna kapur makan tadi.
Ambil sedikit asam jawa dan pastikan tiada biji. Kemudian sapu dan tampalkan pada bahagian belakang kuali atau tempat yang bocor tadi. Tunggu sampai kering dan cuba gunakan periuk macam biasa.
KULIT PISANG
Satu lagi cara yang menarik untuk tampal periuk bocor ini dikongsikan oleh Puan Normah Bahari. Senang betul, cuma guna kulit pisang!
Untuk menampal, pertama sekali panaskan periuk yang bocor. Kemudian, panaskan api dan gunakan sebelah dalam kulit pisang untuk ditenyeh berulang kali pada tempat yang bocor. (Seeloknya buat di kedua-dua bahagian dalam dan luar). Selepas itu, biarkan sekejap di atas api.
Mengikut pengalamannya, walaupun dah basuh berkali-kali, periuk dah tak bocor lagi. Mungkin getah pada kulit pisang itu yang menahan kebocoran dengan begitu berkesan. Cubalah!
KERTAS ALUMINIUM
Akhir sekali, cara yang paling biasa orang buat untuk tampal periuk yang bocor adalah dengan menggunakan kertas aluminium. Rupa kertas ini sikit-sikit macam aluminium foil dan biasanya dah siap berpelekat. Tinggal tampalkan saja di bahagian periuk yang bocor tadi.
Boleh cari di kedai hardware. Kadang-kadang di pasar malam pun ada. Harganya pun murah, mungkin sekitar RM2 saja sekaki.
SELAMAT, TAK PAYAH BELI BARU!
Memang jimat kalau praktikkan tips ini. Tapi, ia praktikal untuk lubang yang kecil saja ya.
Kalau tak ada periuk yang bocor buat masa ini, save dulu untuk kegunaan akan datang. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan agar lebih ramai dapat memanfaatkannya.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di