Perkongsian daripada lelaki ini berkenaan kaitan duit dan covid-19, ada juga logiknya. Siapa sangka, perkara yang kita anggap remeh boleh menjadi punca penyebaran wabak covid-19 yang melanda dunia kini.

Jadi tak salah kiranya kita ambil serius saranan ini. Jom semak perkongsian penuh darinya.


WANG KERTAS DAN COVID-19

Tahukah Anda?

Hangpa tau atau tak duit kertas dan duit syiling adalah salah satu faktor boleh jadi penyebab penyebaran Covid-19 berskala besar.

Serius cakap aku mula terpikiaq sekarang nie potensi penularan Covid-19 nie boleh tersebar meluas melalui sekeping kertas yang dinamakan duit.

Kenapa aku cakap macam tu?

Ini semua berpunca dari rider aku yang nak hantar makanan ke hospital dia call aku balik masa kastemer tu nak bayar duit caj delivery.

“Bang….duit nie selamat ka kalau saya pegang…”

“Kenapa pulak dah?”

IKLAN

“Saya takut la bang…mana tau duit nie dah terkena virus corona tu ka….dah la yang amik tadi nie bukan doktor….yang nie pesakit….nampak macam tak sihat dengan batuk-batuk…..boleh tak lepas nie abang settle awal-awal caj delivery dengan kastemer bayar online jer…. ”

Mana taknya bila rider aku cakap macam tu aku mula terfikir. Ada betul juga apa dia cakap.

Dah la jual beli sentiasa berlaku. Duit syiling dan duit kertas sentiasa silih berganti.

Bayangkan sekiranya seseorang itu adalah pembawa virus. Tak mustahil duit syiling atau duit kertas yang ada pada mereka ini pun telah tercemar dengan Covid-19.

Kita semua tau Covid-19 nie boleh tersebar melalui sentuhan.

Jadi adalah sangat tidak mustahil boleh berlaku penularan secara serius hanya dengan sekeping wang kertas atau duit syiling.

IKLAN

Proses ini boleh jadi penyebab tersebarnya Covid-19 daripada seorang pembawa kepada seorang penerima wang kertas atau syiling tersebut.

Jadi bagaimanakah langkah yang perlu diambil oleh kita semua?

Yang ini akan menjadi satu cabaran sebenarnya.

Macam aku sebagai seorang pengusaha kedai makan, aku sangat risau sebenarnya bila difikirkan pasai isu ini.

Apa yang aku buat setiap kali balik ke rumah, aku terpaksa cuci duit syiling dengan dettol.

IKLAN

Duit Kertas & Syiling Boleh Jadi Penyebab Penyebaran Covid-19. Begini Hindarinya!

Duit kertas pulak aku masukkan dalam plastik dan aku spray dengan antiseptic dettol dalam plastik dan biarkan pada waktu yang lama supaya partikel antiseptic dapat memenuhi ruang dalam plastik dan membunuh segala virus atau partikel merbahaya yang ada pada permukaan duit tersebut.

Duit Kertas & Syiling Boleh Jadi Penyebab Penyebaran Covid-19. Begini Hindarinya!

Ini adalah salah satu langkah yang aku nampak dapat mengurangkan penyebaran virus Covid-19 melalui wang kertas atau syiling.

Duit Kertas & Syiling Boleh Jadi Penyebab Penyebaran Covid-19. Begini Hindarinya!

Langkah pencegahan ini kita sendiri boleh laksanakan di rumah.

Semuanya bergantung kepada kita semua.

Sekiranya hangpa rasa benda ini bermanfaat hangpa boleh bagitau dengan orang lain supaya semua orang boleh amik langkah berjaga-jaga dengan membasmi masalah virus nie bermula dari rumah lagi.

Sumber :  Mohd Razman Faizal Sulaiman

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI