Hakikatnya pemberian duit raya sempena Aidilfitri sudah sinonim dengan masyarakat Islam di
Malaysia tidak kira kepada kanak-kanak mahupun golongan dewasa.

Namin sedikit atau banyak jumlah yang dihulurkan oleh si pemberi, sewajarnya ia diterima dengan penuh rasa syukur dan hati yang terbuka.

Ikuti perkongsian saudara Firdaus Shakirin mengenai isu duit raya saban tahun akan meraih perhatian di media sosial.

“2 ringgit jer?”

Dapat sampul, depan-depan tuan rumah dia koyak…tgok ada berapa, pastu terus ckp,

“2 ringgit jer?”

IKLAN

Benda biasa dengar dari mulut budak-budak…bukan kita nak kata dia kurang ajar, tapi budak-budak tak faham nilai duit dan kemampuan memberi si tuan rumah tu…

Klu budak-budak faham yg tuan rumah tu terpaksa menyediakan 100 sampul yg jumlahnya RM200, mesti dia tak cakap “2 ringgit jer” sbb dia tau tuan rumah nak kena hulur kpd budak-budak lain jugak…

Bukan dia sorang ja yg akan dapat duit raya dari tuan rumah tu…

IKLAN

Sebagai ibubapa, kita ada tanggungjawab utk memastikan ayat “2 ringgit jer” tu tak keluar dari mulut anak-anak kita demi utk menjaga sensitiviti antara kita dan tuan rumah…

Hatta adik beradik sendiri, sedara sendiri…mulut anak-anak kita tetap kena jaga…

Kemampuan memberi setiap keluarga tak sama… mungkin rumah yg dikunjungi sebelum ni bagi anak kita 5 ringgit…then rumah lepas tu bagi dia 2 ringgit…sbb tu terus keluar ‘2 ringgit je?”…

IKLAN

Suruh anak simpan setiap sampul yg dia dpt…Buka kat rumah sendiri…kira pun kat rumah sendiri…

Kita makbapak jangan jadi lebih budak dari anak-anak…nak dia tgok dpt brapa depan-depan tu jugak…nmpk kurang akal disitu…org kedah kata tak cerdik…

Dapat atau tak duit raya, sikit atau banyak duit raya, diam, jaga mulut…duit raya bukan wajib, brapa org nak bagi, kita terima, bersyukur dan ucap terima kasih banyak-banyak…

Pesan dan didiklah anak-anak bab ini…

Sumber: Firdaus Shakirin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI