“Duit Tak Sama Dengan Nyawa.” Rindu Suapan Anak, Ibu Rider Arwah Muhaimin Luah Rasa Sebak

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang dikandung selama  9 bulan telah pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu.

Biarpun anak itu telah mendiirikan rumah tangga, kenangan indah bersama anak itu tetap menjadi momen manis untuk dikenang.

Sebak dengan luahan ibu kepada penghantar makanan, Muhaimin Said, 34 yang maut dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kejadian di Jalan Haji Sirat, Meru, 3 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider Grab Baru 2 Minggu Menjadi Suami, Maut Dirempuh Di Persimpangan Lampu Isyarat

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

RINDU SUAPAN ARWAH

“Hari Rabu, dia bawa mak cik ambil darah di Klinik Rantau Panjang dan hari Jumaat dapat tahu dia dah meninggal dunia, mana mak cik tak terperanjat.”

“”Dia anak kesayangan mak cik, segala urusan mak cik dia uruskan, kalau balik kerja bawa makanan dia suapkan mak cik.”

IKLAN

Begitulah luahan ibu kepada arwah Muhaimin Said,  Zailan Soid, 72, yang ditemui pada pada sesi Penyerahan Faedah Perkeso di rumahnya di Jalan Haji Musran Rantau Panjang.Klang Selangor.

Menurut laporan Sinar Harian, Penyerahan faedah Perkeso disampaikan oleh Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed kepada balu Allahyarham Muhaimin, Nur Izwana Othman, 26.

Balu Allahyarhammenerima Faedah Orang Tanggungan berjumlah RM837 sebulan yang dibayar seumur hidup serta Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 untuk sekali bayar mengikut Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

“Duit Tak Sama Dengan Nyawa.” Rindu Suapan Anak, Ibu Rider Arwah Muhaimin Luah Rasa Sebak

 

DUIT TAK SAMA DENGAN NYAWA

IKLAN

Dengan  linangan air mata, warga emas ini memuji anak bongsunya daripada enam adik beradik.

“Mak cik pakai lampin pakai buang setiap malam, anak-anak tak bagi ke tandas kerana bimbang jika jatuh. Kalau saya belum pakai, dia akan pakaikan.

“Kuku saya pun dia potongkan. Banyak kenangan dengan arwah, bila nampak baju kerja dia mak cik akan menangis.”

“Duit tak sama dengan nyawa tapi nak buat macam mana sudah ketentuan ALLAH SWT. Dia memang anak yang baik.”

Tinggal kenangan, arwah baru dua minggu bernikah. Isteri arwah Nur Izwana buat masa  tinggal bersama ibu mertuanya sebelum memikirkan soal kerja bagi meneruskan kehidupan.

“Duit Tak Sama Dengan Nyawa.” Rindu Suapan Anak, Ibu Rider Arwah Muhaimin Luah Rasa Sebak

IKLAN

Sumber: Sinar Harian dan Berita Harian

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

“Duit Tak Sama Dengan Nyawa.” Rindu Suapan Anak, Ibu Rider Arwah Muhaimin Luah Rasa Sebak

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI