Bagi anda yang suka makan pedas, pasti Garlic Chili Oil ini pasti digemari. selain rasanya yang sedap, cara nak buat pun mudah jer.
Guna tiga bahan dan masa penyediaan tak lama. Cuma hati-hati nak elak hangit, nanti rasanya dah tak sedap. Ini kalau makan dengan bubur, sup ayam atau mi segera memang terangkat. Nak cuba buat, nah admin kongsikan resipi dari Zurina Zulkefli
Resepi Garlic Chili Oil Untuk dimakan bersama bubur, sup ayam dan cicah untuk dumpling. Pagi2 dah dapat panggilan dari kawan di Kuantan, mengadu chili oil dia asyik tak jadi je. Kenapa hitam? Dah tengok tutorial di youtube pun masih jadi hangit. Bila saya tanya betul2 cara dia masak, saya rasa takde masalah pun tapi kenapa chili oil dia cepat hangit. Saya minta dia tunggu sekejap, saya ke dapur.
Tak sampai 10 minit siap chili oil saya. Mudah je, cuma guna 3 bahan. Paling penting untuk masak chili oil ni, api tak boleh besar. Siap, khas untuk Azrina Azri. Dulu saya buat berniaga garlic chili oil ni, makin lama permintaan semakin tinggi saya pula tak larat nak buat banyak2 dalam satu masa. Jadi saya stop. Saya kongsikan resepi je senang, semua orang boleh buat ❤️.
Ads
Cara membuat:
2 sudu besar chili flakes. Chili flakes yang saya guna ni, chili flakes korea (Gochugaru). Sebelum ni saya guna chili flakes yang biasa, ada jual dipasar jenama Meriah – RM2 je. Sedap.4 sekawan.7 ulas bawang putih dicincang halus, lagi halus lagi rangup. Cincang ya, bukan tumbuk bukan kisar hancur macam pes tu. Boleh guna mesin kisar tangan/manual.Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.Masuukkan dahulu 4 sekawan.Kemudian masukkan bawang putih Gaul dan masak.Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan ya sebab kita tak nak garlic kita rasa pahit.Masukkan chili flakes dan 2 cubitan garam halus untuk rasa sedikit masin. Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.Siap.
Popia Sira Sambal Manis, sesuai sangat untuk dijadikan menu minum petang ataupun sarapan untuk keluarga kita. Bagi memastikan hidangan popia sira terhidang kekal rangup, ada rahsia dan resipinya yang tersendiri. Nak tahu, ikut sahaja perkongsian resipi daripada Hazirah Zaihan ini untuk dijadikan sebagai panduan.
Ternyata, menu yang dikongsikan olehnya nampak begitu rangup dan menyelerakan!
POPIA SIRA SAMBAL MANIS
Bahan untuk inti
Sengkuang (sagat)
Lobak merah (sagat)
Taugeh(kalau suka)
2 sudu udang geragau
5 ulas bawang putih (kisar halus)
Bahan untuk sambal
5 ulas bawang putih (kisar halus)
5 sudu cili kisar
1 sudu biji bijan
Sos cili
5-7 sudu gula (ni sy agak2)
Bahan lain
Kulit popia
Bawang goreng
Cara masak
1.Panaskan minyak tumis udang geragau sebentar lepastu tumis sekali dengan bawang putih. Dah wangi boleh letak sengkuang dan lobak merah. Perasakan garam gula. Goreng sekejap bagi sekata tutup api. Tos kan bagi kluar minyak dan air.
2.Untuk sambal tumiskan bawang putih sampai wangi masukkan cili kisar. Tumis sampai naik minyak masukkan sos cili dan serbuk perasa (jangan masukkan air). Kacau rata masukkan gula. Tumis sampai berbuih letak bijan kacau-kacau. Tutup api biarkan sejuk.
3.Bila inti dah sejuk boleh la balut dengan kulit popia. Goreng dengan minyak banyak, api sederhana. Jangan terlalu kuat. Siap goreng. Sejukkan sebentar.
Perkongsian resipi roti bakar yang simple ini dikongsikan oleh Ziera Xiera di facebooknya buat admin rasa terliur.
Paling tertarik sebab cara membuatnya cukuplah mudah. potong, sapu kaya dan bakar. Dah siap!. Jom cuba, simple tapi sedap .
Anak-anak pasti suka ni , buat untuk sarapsn pagi pasti membuka selera.
Beli roti dari ahad hari tu, xde sorang pun yg mkn, pg ni buat kan roti bakar.. Aii licin pulak dia org mkn.. Senang hati tgok roti dh habis..
Roti Bakar * potong kerak di bhgn tepi roti, klu x nk potong pun boleh ikut suka.
* sapu kaya (x kisah jenama apa) , jgn kedekut nk sapu lebih ya, ni yg buat sedap meleleh nanti seiring dgn cair butter tu..
* pastikan buttercup (klu nk lg sedap guna lh pure butter yg mhl tu) dlm keadaan keras, potong sekeping2, kemudian potong kpda 3 bhgn, susun atas roti yg dh di sapu kaya td.
*bakar dlm oven suhu 200c 10-15 min.. Ikut pada garing yg kita nak..
Membuat keputusan untuk mengahwini lelaki berstatus duda tidak semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi apabila lelaki yang bakal dikahwini mempunyai anak, hasil perkongsian dengan isteri terdahulunya.
Istilah ibu tiri menjadi ketakutan untuk sesetengah pihak kerana dunia melabelkan status ibu tiri begitu negatif sekali. Watak bengis, jahat, antagonis dan tidak berperikemanusiaan hanya kerana anak-anak ini bukan dilahirkan daripada perutnya sendiri menjadikan mereka sering disalah erti.
Walhal ibu tiri juga adalah wanita biasa yang punya hati dan perasaan. Sekalipun bukan melahirkan anak-anak suaminya, mereka juga punya naluri keibuan apa lagi melihat anak-anak kecil yang perlukan perhatian.
Mendidik anak-anak tiri bukan mudah namun ramai wanita bergelar ibu tiri mampu mendidik dan menjadikan anak-anak tiri mereka sebagai insan berjaya. Paling penting mereka hidup bahagia dan aman damai.
Contoh terdekat kejayaan mendidik dan membesarkan anak-anak tiri adalah beberapa artis dan selebriti tempatan kita. Melihatkan contoh Datuk Siti Nurhaliza yang hidup aman damai, penuh kasih sayang bersama anak-anak tirinya sedikit membuka mata bahawa ibu tiri bukan untuk dilabelkan sesuka hati dengan watak penuh negatif.
Kelembutan dan kasih sayang ikhlas daripada Datuk Siti Nurhaliza terhadap keempat-empat anak tirinya, Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief, menjadikan kisah anak beranak ini wajar dicontohi. Walaupun pernah dilemparkan kata-kata fitnah dan cacian suatu waktu dahulu, namun beliau berjaya membuktikan bahawa mereka mampu hidup bahagia dan aman damai.
2. Datin Marlia Musa
Kisah dan pengkongsian hidup Datin Marlia Musa yang berkahwin dengan komposer tersohor negara, Datuk M.Nasir pada tahun 2000 juga wajar kita jadikan contoh. Perkahwinan M.Nasir yang memiliki lima orang anak iaitu Muhammad Ilham, Muhammad Yasin, Muhammad Hidayat, Muhammad Syafii dan Nilam Sari yang ketika itu berusia 2 tahun menjadikan Marlia ‘ibu segera’ kepada lima orang anak tiri. Kini setelah 17 tahun, mereka hidup sebagai sebuah keluarga yang utuh dan akrab bersama walaupun hanya bergelar ibu tiri.
3. Lisdawati
Begitu juga pemilik nama Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin. Kata Lisdawati bergelar ‘ibu segera’ bukan sesuatu yang mudah. Sementelah anak-anak tirinya ketika itu masih kecil. Tetapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa, dorongan dan sokongan sang suami banyak membantu memainkan peranan dalam membolehkan hubungan Lisdawati dan anak-anak tirinya menjadi akrab.
Walaupun hanya Faris yang tinggal bersama, namun hubungannya bersama kesemua anak-anaknya yang lain, Fatihah, 21, Farisha, 18 dan Fikri, 15 erat seperti sahabat berkat kasih sayang yang ditunjukkan. Itulah kunci bahagia miliknya.
4. Memey Suhaiza
Tidak terkecuali juga pelakon Memey Suhaiza yang hidup bahagia bersama tiga anak tirinya. Kabus hitam yang pernah menyelubungi Memey dan Norman Hakim suatu ketika dahulu sudah lama berlalu. Kini, sinar cahaya kebahagiaan melimpah dengan penuh kasih sayang. Malah, mereka antara pasangan yang menjadi contoh kerana mendidik anak-anak dengan baik.
Memey Suhaiza bukan hanya berkongsi bahagia dengan dua anaknya, Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2, malah kebahagian tersebut turut dikongsi bersama tiga anak hasil perkahwinan Norman dengan dengan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, serta Maria Danisha Hakim, 9.
5. Ashanty
Begitu juga dengan penyanyi Indonesia, Ashanty. Sejak berkahwin dengan Anang Hermansyah, Ashanty bukan hanya menerima cinta Anang bahkan berkongsi kasih dengan dua anak tirinya, Aurel dan Azriel. Akrab sebagai sahabat, Ashanty kerap membela Aurel di laman sosial apabila Aurel kerap dikutuk oleh netizen akan kisahnya saban hari. Itulah kasih sebenar ibu tiri yang wajar dijadikan teladan.
Sebagai manusia janganlah mudah melabelkan status ibu tiri sebagai negatif dan memandang sinis. Apa ada pada sebuah gelaran? Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita harus meneruskan kehidupan setiap hari dengan baik dan memegang amanah dengan sebaiknya. Biarpun bukan darah daging sendiri, keikhlasan dan kasih sayang itulah yang menjadi kunci kebahagiaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.