Menu nasi himpit kuah kacang antara menu yang paling mudah disediakan buat tetamu kita. Pun begitu, hendak merebus nasi impit bukanlah mengambil masa yang singkat.
Paling tidak tempoh merebusnya memakan masa sejam hingga benar-benar masak. Bosan menunggu dan lambat prosesnya, apa kata anda DIY sendiri nasi impit
perkongsian dari puan Fauziah Amin
Klu buat nasi impit mak suka buat sendiri.. Tak brape suka yg beli dah siap tu..kadang2 pandai keras…Dulu buat guna daun kelapa muda( ketupat) Lepas kahwin mak mertua ajar guna plastik..alhamdulillah senang sgt dan elok je kejadiannya..licin dan lembut..kini keduanya telah tiada 😢Alfatehah(dgn bacaan penuh) buat emak dan emak mertua..
Bercucuk tanam pokok jenis berbuah tidak semestinya memerlukan ruang tanah yang luas. Memandangkan boleh sahaja pokok tersebut ditanam di dalam pasu.
Pun begitu lazimnya bila menanam pokok di dalam pasu, ada yang merasakan ada had masa untuk pokok tersebut dipindahkan ke tanah bagi pastikan ianya dapat membesar dengan lebih baik dan sekali gus berbuah lebat.
Namun bukan sesuatu yang pelik andai dibiarkan di dalam pasu bertahun-tahun lamanya, pokok yang ditanam tetap juga boleh hidup subur bahkan hasil buahnya lebat sentiasa. Ini sebagaimana perkongsian Saudara Izham Alias, menanam pokok limau purut di dalam pasu dan setelah dua tahun lamanya pokok tersebut tetap subur malah lebat buahnya.
Nak tahu apa rahsia dan trik yang dilakukan olehnya, jom baca perkongsian ini.
Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.
Rahsia adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood.
Kadang saya nampak tahi lembu depan rumah. Saya ambil dan letak dalam pasu. Biasalah tinggal di kampung. Lembu berkeliaran dan meninggalkan jejak.
Sekali sekala sembur dengan mikrob baik. Setelah itu sembur cuka kayu semestinya. Dalam 5-10ml cuka kayu + 1L air.
Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.
Tapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.
Kadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.
Tapi kalau togel, mahu juga saya campak ulat bulu tu ke dalam longkang.
Setakat ni saya sembur cuka kayu, Alhamdulillah kurang la ulat bulu makan. Pahit gamaknya.
Begitulah.
Sesiapa takda cuka kayu, boleh cuba sembur guna penggalak ni.Telur dan yakult je guna.
Bab pengambilan dan penyimpanan ubat-ubatan tidak boleh dibuat mudah. Bimbang ubat dimakan bukan jadi penawar tetapi bahaya pula jadinya.
Tidak mahu itu terjadi, ikuti perkongsian bermanfaat daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.
TIPS PENYIMPANAN UBAT YANG BETUL
Pengambilan ubat dengan kaedah yang betul amat penting bagi memastikan kesan perawatan mencapai kesan terapeutik yang diingini.
Namun begitu, cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul juga penting kerana ia dapat memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.
Berikut adalah tips cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul:
1. SIMPAN ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari.
Menyimpan ubat di tempat yang dikhaskan akan memudahkan anda mencari ubat tersebut jika berlaku sebarang kecemasan. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk mengingati tempat ubat tersebut disimpan.
Cara ini dapat meningkatkan kepatuhan anda untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.
2. SIMPAN ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya).
Mengasingkan ubat-ubatan mengikut jenis ubat dapat membantu mengurangkan kekeliruan. Mencampur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan juga tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut. Jika ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya.
3. SIMPAN ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk kepada sisip bungkusan ubat). Contohnya:
• Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
• Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
• Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)
Penyimpanan ubat di tempat yang betul juga boleh mengelakkan daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu. Jika ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul, kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan anda juga akan mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.
4. SIMPAN ubat dalam bekas yang asal, jangan tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput.
5. SIMPAN ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak.
Menyimpan dan meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak adalah cara penyimpanan yang selamat. Meletakkan ubat di tempat yang tinggi dan bekas yang penutupnya tidak dapat dibuka (child resistant cap) dapat mengelakkan kanak-kanak daripada termakan ubat yang boleh membahayakan mereka.
1. JANGAN simpan ubat anda di dalam kereta dalam jangkamasa yang lama.
2. JANGAN simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk.
3. JANGAN simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk dan di dalam bilik mandi.
4. JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian.
5. JANGAN simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak atau hilang labelnya.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tekanan darah (blood pressure – BP) tinggi dikenali sebagai pembunuh senyap kerana simptom-simptomnya jarang dijumpai pada peringkat awal. Oleh yang demikian, satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada ahli keluarga kita menghidap tekanan darah tinggi atau tidak adalah dengan mengukur tekanan darah menggunakan alatan khusus yang boleh dibeli di farmasi atau pun pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan kesihatan.
Menyentuh tentang rawatan atau kaedah untuk mengawal tekanan darah, selain dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasa mengambil ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor, anda juga boleh usahakan seperti yang dipraktikkan oleh wanita ini dalam mengawal masalah darah tingginya. Terbukti menurutnya, bacaan darah dapat dikawal dengan baik.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Stabilkan Bacaan Tekanan Darah
Darah Tinggi Kena kawal pemakanan jangan bergantung pada petua sahaja supaya stabil selalu. Dah 3 bulan saya diet dan kekalkan bacaan darah seperti ini 70-80/125
Cara nak bagi darah cantik bergantung pada pemakanan harian kita. Saya cuma makan ikan, ayam dan daging sebulan sekali saja.
Banyakkan minum sayur dan jus. Makan nasi beras BROWN RICE sahaja. Setiap hari minum jus timun dan epal hijau.
Jus cincau minum hanya bila bacaan tekanan darah tinggi saja. Bila dah normal
Cepat cepat berhenti minum cincau sebab takut merudum turun ‘ bahaya’. Jadi untuk kebaikkan dan keselamatan kena ada BLOOD PRESSURE MONITOR dirumah…beli satu
Cincau tak boleh makan untuk jangka masa yang lama dan ada sukatannya. Saya minum jus cincau 8 hari saja kemudian terus stop bila darah dah normal. Sekali minum 200gram cincau. 2 kali sehari.
Jika darah anda tidak terlalu tinggi cukup sehari sekali saja – 250gram
Cincau hendaklah dikisar campur air 1 gelas supaya cepat berkesan ( jangan tambah apa apa terutama GULA) dan cincau mestilah guna cincau TANPA GULA dan PERASA sahaja.
Untuk maintainkannya bergantung kepada pengambilan makanan harian kita dan minum jus TIMUN 1 biji setiap hari. Untuk lebih baik campur epal hijau sebiji.
Jangan makan macam macam..kena kawal pemakanan…langkah paling baik untuk kesihatan yang baik.
Kalau nak buat cincau sendiri paling mudah pergi beli daun cincau kering di
Kedai sinsei cina’…tanya dia cara cara nak buat atau masak. Dalam google pun banyak resepi buat cincau. Cincau dibuat dari daun. Ada pokoknya. Beli pokok dalam shopee lazada pun ada dijual. Tanam nanti boleh buat cincau sendiri dan boleh jual pada jiran jiran.
Nubhan berkongsi cabaran menjaga ibunya yang sedang sakit serta mengakui rasa penat bukan tanda tidak ikhlas, sebaliknya lumrah seorang penjaga yang berdepan ujian emosi dan fizikal.