Awalnya ibu muda yang cukup petah berbicara ini memasuki bidang bakery. Namun dia kemudiannya beralih arah kepada solekan setelah mempunyai anak.

2013 adalah permulaan untuknya terjun dalam bidang solekan dengan membuat live di facebook. Tidak sangka, personaliti media sosial ini mendapat sambutan hangat sehinggakan berjaya mengumpul sejumlah besar penonton setiap kali bersiaran secara live.

“Dulu Gadis Kampung Yang Berbasikal Mencari Rezeki Untuk Keluarga.” Akui Bella, Nak Berjaya Kena ‘Sabar’ Dalam Semua Hal.

Sehingga kini, setiap kali tampil di instagram mahupun facebook, pasti ramai yang mengikutinya. Biar pelbagai persepsi negatif dilemparkan, namun Bella atau nama sebenarnya Nor Nabilah Zulyadaini terus pandang ke depan dan tidak ambil peduli dengan apa orang kata.

“Teruskan minat kita.. Buktikan pada orang yang kita boleh melakukan yang terbaik dalam hidup kita. Sapa lagi nak ubah cara hidup melainkan kita sendiri berusaha sehabis mungkin, berdoa pada Allah swt mintak dipermudahkan segalanya jauhi dari2 orang yang tak baik dari kita ,buka kanlah seluas2 pintu rezeki dan diberikan kesihatan yang baik (sihat) Aminn aminn.

“Dalam kehidupan ni ada pelbagai risiko /halangan /dugaan/pahit dlm hidup Yes kita kena kuat tempuhi dgn pelahan2 kita bangun go Bangun hampa…? Apa kita minat practice PRACTICEx3 sampai berjaya..nk berjaya kena hadapi dulu asam garam brulah kita belajar sesuatu yg baru dlm hidup kita…masih merangkak masih banyak lagi ingin belajar ingin exlpore lebih dalam lagi cuba buat lain pda org yes itulah kita….

“Dulu Gadis Kampung Yang Berbasikal Mencari Rezeki Untuk Keluarga.” Akui Bella, Nak Berjaya Kena ‘Sabar’ Dalam Semua Hal.

Bella yang pernah down sangat teruk smpai tak mau berdunia nak hidup sendirian  bagaimana pun tidak mahu mengingati saat-saat buruk itu.

“Tak mahu cakap smualah rasa sia2 dalam hidup ..tapi kita kena kuat demi masa depan ingat keluarga ingat anak2….rezeki kita siapa yang tahu hanya Allah swt yang tahu..apa yang penting berusaha rajin …? Rajin rajin pulun gigih …Allah tahu isi hati kita,” ujar Bella lagi menerusi perkongsiannya di Facebook.

IKLAN

Masih tidak percaya siapa dirinya sekarang ni, Bella tidak malu mengaku dulu hanya gadis kampung berbasikal ke hulur hilir mencari rezeki untuk keluarga.

“Mengaji takat spm saja tu pon cikgu yang byarkan yuran2 buat saya ..trima kasih pada smua cikgu sekolah menengah sri badong terutamanya ustaz muslan jasamu tidk terbalas…..terus keja ..selekeh sgt2 xpernah merasa berbaju raya /baju baru…

“Ingat lagi time2 tu kwn smua dh ade motosikal tp sy hnya berbasikal usang ..bila kayuh rantai basikal jatuh p mai p mai kena kejar anjing dan sebagainya berapa susahnya mencari rezeki..igt lagi masa tu mak saya bertnya pada saya “kak mkn dakg ” time tu bella dapat duit dari hasil kelas ikan start 7pgi -5ptg hnya dpt 15 ringgit saya jawab “Alhamdulilah mak dah mkn kenyang dah”

“Padahal saya  tak makan ikat perut lg sbb niat duit rm15 ringgit tu memang nak bagi mak beli barang dapur untk makan esoknya. Allahuakbar sori sebak sat .juga tak pernah merungut tak malu dengan kehidupan kita ..jangan malu jangan fake…jadilah diri sendiri..

“Dulu Gadis Kampung Yang Berbasikal Mencari Rezeki Untuk Keluarga.” Akui Bella, Nak Berjaya Kena ‘Sabar’ Dalam Semua Hal.

IKLAN

“Sekarang Alhmdulilah dapatlah membantu keluarga dan rakan2 serba sedikit rezeki saya dapat …terima kasih buat hampa smua yang sentiasa menyokong sy..insyallah saya akan buat terbaik bantu setakat mampu…mintak maaf jikalau terlepas pandang komen xterbalas maafkan bella…

‘Terima kasih buat kwn2 zaman sekolah rendah menengah sy smpai kwn2 sekrg yg banyak mebantu sy dri segi kewangan bantu sy terima bnyk bella akan igt smpai bila2 …trima ksih jugak pda suami tercinta Mak/abah kluarga yg sentiasa memberi semangat nasihat buat bella..

View this post on Instagram

Alhamdulilah bukan senang nk senang Apa yg penting berusaha..sya pon mcm xpercaya sy skrg ni…seorang Suri rumah ke Suri bisnes.. Nak tanya sapa Follow bella awai2 dulu.. Cer likes…igt dak..bellaz mula mcm mna.. Cpt masa berlalu..start 2013 hingga sekrang 2018..saya mua kampung sahaja..Hasil duit makeup org kerah tenaga buat makeup kelas dri kedah ke johor naik kancil sahaja..usung anak p mai p mai..jgn kenal erti malas..kenallah erti rajin sbbnyaa bila kita rajin kita akan nmpk titik peluh kita…..saya buat keja mcm2 …xterkira kerja …gaji 15rgt ja satu hari…hmmm bnyk sbnarnyaa nk crita…smpai skrg xpercaya yg saya ade Staff 6org / partime perkrja 6org..Alhmdulilah…kongsi rezeki bersma Masih merangkak lagi ..pelan2 belajar Dtg dari keluarga yg sgt2 susah xtau nk crita kt hmpa lagumana…sy nekad berhnti sekolah menenagh smpai Spm saja..sbb nk kerja tlong kluarga adik2…

A post shared by MUABELLAZ (@muabellaz) on

Kahwin muda

Memiliki dua cahaya mata Airis Alisha, dan Aidil Mikhail, hasil perkongsian hidup bersama Anuar Ahmad,wanita anggun ini mengakui sangat bersyukur dan gembira kerana dalam usianya menjangkau 25 tahun sudah memiliki keluarga yang lengkap.

IKLAN

“Dulu Gadis Kampung Yang Berbasikal Mencari Rezeki Untuk Keluarga.” Akui Bella, Nak Berjaya Kena ‘Sabar’ Dalam Semua Hal.

“Walaupun berkahwin awal, namun saya dan suami tidak menyesal kerana keluarga kami sudah lengkap dengan kehadiran Airis dan Aidil. Walaupun mungkin wanita seusia saya masing enjoy ke sana ke mari, namun saya tidak cemburu, bahkan saya bersyukur kerana Tuhan anugerahkan saya keluarga yang cukup harmoni. Bukan mudah melayari alam rumah tangga dalam usia muda. Banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi. Tetapi saya berpegang kepada ‘sabar’ dalam semua hal.

“Dulu Gadis Kampung Yang Berbasikal Mencari Rezeki Untuk Keluarga.” Akui Bella, Nak Berjaya Kena ‘Sabar’ Dalam Semua Hal.

“Dulu Gadis Kampung Yang Berbasikal Mencari Rezeki Untuk Keluarga.” Akui Bella, Nak Berjaya Kena ‘Sabar’ Dalam Semua Hal.

“Dalam rumah tangga kena banyak sabar, kena yakin jika nak buat sesuatu kerja, sibuk macam mana sekali pun kena ada masa untuk anak-anak dan suami, sentiasa bertolak ansur dengan pasangan jika nak mudahkan hidup. Yang lebih penting, jika berlaku pergeseran atau perselisihan faham, dengan pasangan, jangan mudah naik angin. Tahan amarah tu dan selalu berbincang,”ujar Bella lagi.

“Dulu Gadis Kampung Yang Berbasikal Mencari Rezeki Untuk Keluarga.” Akui Bella, Nak Berjaya Kena ‘Sabar’ Dalam Semua Hal.

Sumber: FB Nabilah Zulyadaini

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI