“Dulu Kawan, Sekarang Suami…” Throwback Kisah 2 Tahun Lalu Dengan Jep Sepahtu, Netizen Puji Sari Yanti Muat Naik Gambar Bertutup!

Share

Pasangan suami isteri ini antara yang sering menjadi perhatian netizen. Mereka kini semakin bahagia dengan kehadiran si kecil bernama Dariya Inara.

Biarpun agak low profile dan tidak suka menunjukkan kebahagian keterlaluan di laman sosial mereka, namun setiap kali memuat naik perkongsian di instagram, pasti berpusu-pusu komen yang diterima.

Semalam, Sari Yanti menerusi catatannya di instagram berkongsi kisah dia dan Jep ketika berkawan dua tahun lepas. Gambar  berpakaian ninja adalah throwback dua tahun lepas.

“Today . Two years ago . Kejap je dah dua tahun.
Time kakak tengah training jadi Ninja dulu ada la kawan kakak ni teman. Baik dia.

“Sebenarnya lantai tempat ni susah berdiri.. dia sentiasa buat kita macam nak jatuh. Sangat struggled kita nak pose . Tapi gigih jugak Sebab nak buat kenangan kan,”kongsinya menerusi kapsyen.

Tambah Sari lagi, gambar tersebut sahaja yang ada dalam banyak-banyak gambar yang boleh throwback memandangkan dia kini sudah berhijab.

“Gambar ni je dalam banyak banyak gambar boleh throw back sebab time jadi ninja ni tutup kepala”

Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari pengikut Sari Yanti. Rata-rata mengatakan pasangan ini sweet dan mendoakan mereka kekal bahagia. Tak kurang ada yang memuji Sari Yanti memuat naik gambar menutup rambut.

rizatul97Bagus kak sari ni. Throwback gambar yg bertutup.Alhamdulillah. Semoga kak sari @sariyanti Dan abg jep @jepsepahtu Sentiasa berbahagia dan dlam lindunganNya.

apiszadam_@jepsepahtu alaaahaai sweet nya dgn wife @sariyanti

 

melissamaruzAwww comelnya ninja tuh?? Mase nih tgh bunga2 cinta kan kakak?#jepsari always be my fav couple.

cik_iliSweet couple. Semoga bahagia dan sentiasa dilindungi Allah s. w.t. #jepsari 

halimatunsaidah18So sweet both of you . Trbaik jep bawak isteri sama sama ke syurga

azlin.lin.904So sweet lh @sariyanti@jepsepahtu ??moga bahagia selamanya bersama dgn si comel @dariyainaraofficial?

Sumber: IG sariyanti

 

 

IKLAN