Setiap wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk cantik. Malah ada yang berhabis ribuan ringgit untuk memastikan kulit sentiasa cantik, tegang dan flawless.
Selain menggunakan teknologi terkini untuk mendapat rawatan kecantikan yang berkesan dengan cepat, ada juga wanita yang suka menggunakan bahan-bahan semulajadi.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang gadis sanggup menggunakan lendir siput untuk mencantikkan kulit wajahnya.
Gadis yang dikeali sebagai Lydia ini telah meletakkan hampir 10 ekor siput babi pada wajahnya. Tindakan ini dibuat untuk merawat wajahnya yang pernah ditumbuhi jerawat.
‘Pejuang acne. Cepat sembuh ya mukaku.’ tulisnya diruangan kapsyen.
Pada mulanya, ramai pengikutnya menyangka Lydia menggunakan filter. Namun setelah diterangkan, barulah ramai yang percaya selepas Lydia turut menunjukkan cara dia mendapatkan siput-siput tersebut.
Dia telah mengutip haiwan berkenaan di celah-celah rumput dan ada juga yang diambilnya bertenggek di helaian daun serta ranting pokok.
Selepas dibersihkan, siput itu akan diletakkan ke wajah bagi mengeluarkan lendir yang cukup bagus untuk kulit. Jika cecair berkenaan mula kering, Lydia akan mengganti haiwan tersebut dengan yang lain.
Ads
Cara ini ternyata memang berkesan. Lihatkan wajah Lydia yang sangat flawless selepas mengikuti amalan ini.
Mengimbau kembali awal kemunculannya dalam bidang seni kira-kira 17 tahun lalu, berbakul- bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan, Rosma, 35 sejak awal menceburi dunia seni kira kira 17 tahun lalu.
Namun bagi empunya diri, Rosmayati Sidik yang kini turut memiliki perniagaan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014 itu semua asam garam yang wajib dilalui oleh setiap anak seni jika mahu bertapak dalam bidang tersebut.
Tidak hairanlah andai penyanyi yang digilap bakatnya menerusi pertandingan realiti Akademi Fantasia pertama itu tetap kebal dan tidak patah semangat.
Manakan tidak, waktu itu, fizikalnya yang berisi menjadi faktor kecaman lebih-lebih lagi dia bergandingan dengan Khai ketika itu menjadi igauan peminat wanita.
“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak katik.
“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” kata Rosma.
Kata Rosma yang kini berbadan ramping sekalipun berstatus ibu kepada tiga orang cahaya mata dengan mengamalkan produk minuman detoks, MS SenaRos, semua nista itu tidak langsung menjadi kudis buat dirinya.
“Ada ketika, saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana dikecam dek fizikal diri.
“Dalam hati pernah terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya.
“Tapi kata kata menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang.
“Sekalipun rezeki saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.
Bagi Rosma memiliki badan ramping dengan berat kini 47 kilogram bukan kerana ingin menunjukkan apa apa kepada mereka yang pernah mencela fizikalnya.
Sebaliknya dilakukan demi kepuasan diri dan paling utama untuk kesihatan.
“Dulu ketika usia remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini. Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya comot.
“Namun sejak menyertai AF1, nak tak nak memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.
“Asalnya dari zaman belum berkahwin, berat badan saya sekitar 48 ke 49 kilogram pun. Masa jadi artis, saya tak keruan kerana susah pengurusan nak dapatkan tajaan baju,” katanya.
Saat berat badan naik mendadak, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan keterlaluan hingga memakan diri
“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hentam keromo. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas kala jatuh pengsan gara gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.
“Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri.
“Saya keluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi testimoni kepada produk sendiri. Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada tiga anak bukan halangan. Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya bergelut dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya.
Ketika ini, Rosma tidak kisah jika ada yang melabelkan dirinya artis sendu atau apa sekalipun.
“Saya bersyukur diberi kesempatan sementara menumpang glamor dunia artis saat menyertai AF1. Cita cita saya dulu memang salah satu nak jadi artis. Ia jadi kenyataan. Tuhan beri saya rasai nikmat menjadi artis yang diberi perhatian seketika. Itu sudah memadai.
“Sekarang kalau ada yang label saya sendu atau sudah tak popular tak mengapa. Nak kata zaman saya sudah berlalu pun tak kisahlah. Begitulah putaran hidup. Saya akur
“Benar walaupun ada yang anggap saya memiliki suara bagus dan kini sudah berbadan kurus pun bukan jaminan tuah itu akan ada. Kalau sudah tertulis begitu, tiada apa lagi daya kita.
“Ketika pintu dunia seni dilihat tak menyebelahi diri, Allah buka pintu rezeki lain melalui perniagaan. Dunia niaga yang jauh sekali menjadi minat diri selama ini kini mula sebati. Dulu hanya mak saya yang suka berniaga. Kini ia turun kepada saya pula. Dunia nyanyian jatuh tangga kedua. Nombor satu di hati pastinya perniagaan yang saya majukan bersama suami,” katanya.
Sekalipun sudah meletakkan perniagan sebagai keutamaan, Rosma tidak sesekali melupakan nyanyian.
“Minat menyanyi itu takkan berkubur. Ikutkan selama ini ada jemputan menyanyi secara tertutup. Malah saya terus diberi kesempatan menyanyi sebagai artis residen di hotel sepanjang bulan Ramadan.
“Cuma ketika diuji pandemik Covid 19, rezeki menyanyi itu tak banyak. Tapi saya meneruskan survival memajukan perniagaan,” katanya.
Ditanya perancangan untuk Raya aidiladha tak lama lagi, satu kemestian untuk mereka sekeluarga pulang ke kampung.
” Arwah abah dan umi Khai dah tak ada jadi kini setiap kali raya akan beraya dgn keluarga saya di Kuantan. Selain itu, kami turut beraya bersama makcik dan pakcik Khai yang ada disana sebab arwah abah orang kuantan juga. Selepas blk dari kuantan akan beraya pula dgn adik beradik Khai.
“Ikutkan sudah 6 bulan tak balik. Ni kira paling lama saya tak balik kampung gara-gara PKP,” ujar Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Petua cuci muka dengan tomato yang dihiris atau dijadikan kiub ais memang ramai yang tahu. Pun begitu bukan semua antara kita sudah amalkannya. Tapi tidak bagi tiga wanita ini yang telahpun mencuba petua ini dan merasai sendiri perubahan wajah yang begitu ketara.
Ayuh kita ikuti perkongsian daripada mereka.
Norida rajin buat kiub ais tomato dan makan tomato untuk cantik.
“Ok Ginilah kalau nama nya pencinta natural. Weekend p beli tomato. 3 butir jer. Blend 2 biji, jadi kan ice cube. Sebutir lagi ngap aja! Rasai nikmat tomato asli yang segar bugar dari ladang pasaraya.”
Ini cara menghasilkan kiub ais tomato
2. Kisar hingga halus.
3. Masukkan dalam peti sejuk dan biarkan beku.
“Balik kerja dah malam muka panas kena mentari kepala nyut2, ambil satu tomato cube dan tenyeh slowly kat muka tu. Ha, time ni fuhhh nikmat baq hang rasa soothing nya seperti terkena snowball dari kutub utagha. Sejuk nau nau.”
sumber : Norida Jaaman
Ini pula perkongsian Kak Nida yang ada masalah kulit wajah dan kini berjaya merawatnya. Ada beberapa cara dan petua yang dikongsikan dan salah satunya adalah dengan menggunakan tomato.
“Kakak Nida tahun 2017 sangat sangat down sebab masalah kulit rosak dan muka berparut. Mesti ramai kita pernah alami kan masalah naik jerawat lah , rashes lah lepas tu tangan ni kan gatal nak menggaru. Maka selepas itu akan timbul lah parut parut yang tidak disenangi kan.
So, Kak Nida akan kongsi benda benda mudah yang Kak Nida amalkan sepanjang merawat masalah parut kakak nida. Boleh kita cuba amalkan untuk hindari masalah parut ni yer
Tips PERTAMA :
Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Cuba korang amalkan sekerap yang boleh.
Tips KEDUA :
Korang cuci bersih Daun Pegaga bersama akarnya sekali. Giling hingga lumat. Tumbuk pun bolehhh Campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian korang lumur lah kat kawasan muka yang berparut tu taw.
Tips KETIGA :
Dengan menggunakan asam jawa dan sedikit air, mix kan dua tu. Jangan buat pes ni terlalu cair yer. selepas itu, sapu pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok – eloknya lakukan yang ni waktu malam.
Kak Nida selalu buat ni sekali dengan hirisan tomato. Korang boleh cuba hiris tomato tu nipis nipis kemudian korang gosok pada wajah dan leher. Buat dalam 20 minit macam tu, baru korang cuci dengan air suam taw!
Kalau nak tahu, gelatin yang ada pada tomato sangat sangat berkesan untuk menghilangkan parut di wajah.Barulah Makeup Letop Kulit TipTop
sumber : Aznida Aziz
Eida juga amalkan penjagaan kecantikan wajah dengan tomato.
“Ada yang pm Eida tanya tip jaga kulit wajah tapi ramai juga tak tau yang Eida ni pun macam orang lain ada masalah kulit jugak. Eida kulit kombinasi ke oily la ada jerawat juga dan masalah pori terbuka”
Bab cantik memang menjadi keutamaan kaum wanita. Tak kira guna produk mahal atau pun murah asalkan ia memberi manfaat pada kulit wajah.
Selain jerawat, masalah yang sering melanda kulit wajah adalah Whitehead & blackhead. Memang nampak simple tapi memberi kesan pada penampilan. Jom admin kongsikan petua cantik yang dimuat naik oleh puan Dak Anoy menerusi Facebooknya.
Sis nak share cara yang sangat berkesan untuk menghilangkan white + black head degil nauzubillah di muka… Yang penting bahan dia murah dan senang cari.
Bahan-bahan
Bedak nyonya/ bedak sejuk.( Lumatkan bedak bagi hancur macam loose powder)
Putih telur( guna garfu kacau-kacau nanti)
Kapas muka (potong 2,ikut la nak potong berapa pun jnji boleh melekap kat muka nanti)
Caranya:
Campurkn bedak sejuk yang hancur tadi dengan putih telur di dalam mangkuk then kacau bagi sebati.
Dah sebati rendam sekejap kapas yang dipotong tadi then lekap kat muka camni bagi rata kat tempat yang banyak whitehead+blackhead tu.Jangan basah sangat kapas tu, nanti meleleh-leleh dan lambat kering.