Jika dulu, ramai yang lebih gemar pergi membeli barangan dapur di pasaraya seperti Giant dan Tesco namun sejak kehadiran pasaraya 99Speedmart, ramai yang lebih suka membeli belah di sini kerana harganya berpatutan selain memudahkan masyarakat mendapatkan barangan keperluan.

99 Speedmart juga mudah didapati bukan sahaja di bandar tetapi di kawasan luar bandar.

Walau bagaimanapun, pasti ramai yang tidak tahu siapakah individu di sebalik kejayaan pasaraya ini. Malah tentu anda tidak sangka, individu tersebut merupakan seorang OKU sejak kecil lagi.

Individu yang dimaksudkan adalah Lee Thiam Wah. Dilahirkan pada tahun 1954 dan mempunyai 11 orang adik-beradik. Bapa Lee merupakan buruh pekerja binaan manakala ibunya seorang penjual makanan jalanan.

Sewaktu kecil, Lee telah diserang penyakit Poliomyelitis ketika berusia 8 bulan menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda sehingga sekarang.

OKU Sejak Kecil, Belajar Hingga Tahun Enam Tetapi Lelaki Ini Buktikan Dia Mampu Berjaya. Kini Miliki 2000 Cawangan 99Speedmart

[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Disebabkan kemiskinan, beliau hanya bersekolah setakat darjah enam kerana ibu bapanya tidak mampu membiayai persekolahannya pada masa itu.

Namun keadaan itu tidak menghalang Lee dari terus mengapai cita-citanya sebagai seorang ahli perniagaan.

Menurut laporan, walaupun tidak bersekolah, Lee selalu meminjam buku dari jiran-jirannya dan banyak menghabiskan waktu bersama neneknya. Nenek Lee merupakan individu yang banyak memberikan galakan padanya dan sering mengatakan bahawa Lee hanya caca fizikal tetapi keupayaan mental masih sempurna.

IKLAN

Semasa berusia 14 tahun, Lee mula menjual makanan ringan di luar rumahnya di Jalan Kampar, Klang. Semasa berusia 23 tahun, dia berjaya mengumpulkan RM17,000 dan dijadikan modal untuk buka kedai runcit pertamanya yang dinamakan Pasar Raya Hiap Hoe.

OKU Sejak Kecil, Belajar Hingga Tahun Enam Tetapi Lelaki Ini Buktikan Dia Mampu Berjaya. Kini Miliki 2000 Cawangan 99Speedmart

Dari perniagaannya itu, Lee banyak belajar apa yang dimahukan pelanggan dan belajar tentang pembekal dan harga. Lee juga banyak mempelajari mengenai pesaingnya secara mendalam.

Kemudian pada tahun 1992, Lee telah menjual kedai runcit berkenaan pada harga RM88,000 dan membuka sebuah pasar mini untuk mencabar dirinya dengan menjalankan perniagaan yang lebih besar.

Pada 1999, Lee telah menbuat penjenamaan semula terhadap pasar mini tersebut kepada 99Speedmart yang boleh kita lihat kini selalu berada di kawasan-kawasan sekitar kita.

IKLAN

Pada awal perniagaan, dia mensasarkan jualan kepada pelanggan yang berpendapatan rendah. Oleh sebab itu, Lee terpaksa mengorbankan margin pada sesetengah produk untuk dijual pada harga rendah berbanding pasaran untuk membina reputasi perniagaannya.

Ibu pejabat pertama kedai ini dibina pada Oktober 2002.  Gudang berkeluasan 80,000 kaki persegi itu merupakan bangunan yang serba lengkap dengan perkhidmatan susun berpusat, penyimpanan dan pergudangan.

Pada Julai 2008, pusat pengedaran kedua telah siap dibina.

Ia diwujudkan untuk membolehkan rantaian itu terus menawarkan barangan dan perkhidmatan baharu dan canggih sambil mengembangkan rangkaian pasaran kecil di seluruh negara.

Sejak itu, mereka telah membuka sehingga 10 pusat pengedaran.  99 Speedmart juga menerima Anugerah Pilihan Pengguna dari tahun 2006 hingga 2009 dan pada tahun 2012.

Pencapaian ini membuktikan bahawa strategi pemasaran 99 Speedmart yang hampir dan menjimatkan berfungsi.

IKLAN

Sehingga November 2021, 99 pasar mini Speedmart telah membuka lebih daripada 2,000 cawangan di seluruh Malaysia dan beliau telah digelar The King Of Mini Market.

Lee juga berjaya mengembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa dengan pembukaan 99 Speedmart pertama di Singapura di 110 Sims Avenue pada tahun 2019.

Baru–baru ini, Lee muncul sebagai pemegang saham utama dalam Alliance Bank Malaysia Bhd, dengan 5.076 peratus kepentingan.

Lee merupakan pemegang saham ketiga terbesar Alliance Bank selepas Vertical Theme Sdn Bhd sebanyak 29.06 peratus dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 10.5 peratus.

Lee adalah contoh yang baik tentang bagaimana anda tidak boleh membiarkan kecacatan fizikal anda berdiri dalam cara mencapai impian anda.

OKU Sejak Kecil, Belajar Hingga Tahun Enam Tetapi Lelaki Ini Buktikan Dia Mampu Berjaya. Kini Miliki 2000 Cawangan 99Speedmart

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

OKU Sejak Kecil, Belajar Hingga Tahun Enam Tetapi Lelaki Ini Buktikan Dia Mampu Berjaya. Kini Miliki 2000 Cawangan 99Speedmart

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI