Siapa yang pernah duduk asrama, pasti tahu ragam dan teletah setiap rakan-rakan. Malah banyak kisah lucu akan tercipta dan itulah kenangan yang pasti akan digamit suatu hari nanti. 

Bercerita pasal asrama, aspura dan aspuri ada kisah yang tersendiri.

Jika aspuri, ramai yang mengaitkannya dengan histeria kerana disifatkan perempuan sebagai lemah semangat dan aspura pula banyak mengaitkannya dengan kes buli. 

Namun perkongsian dari seorang pemuda di aplikasi TikTok telah membongkar rahsia asrama lelaki. 

Sebuah video yang merakamkan situasi kekecohan berlaku di sebuah bilik asrama yang bertukar panik apabila ‘dicerobohi’ oleh seekor tikus.

Suasana menjadi lebih riuh rendah apabila 20 orang pelajar yang berada dalam dorm tersebut cuba menghalau tikus tersebut namun tidak berjaya.

[TRENDING] Kepala Aku Dihayun Jurulatih.” Remuk Hati Kakak Allahyarham Prebet Iman Bila Temui Nota Adiknya Di ‘Ragging’ Selepas 5 Bulan Pemergiannya

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

IKLAN

Situasi riuh rendah itu sempat dirakamkan oleh salah seorang pelajar yang berada di dalam bilik tersebut iaitu Muhammad Hilman Danish Mohd Liza yang menjelaskan kejadian berlaku di sekolahnya yang terletak di Selangor.

“Kejadian itu berlaku selepas prep (ulangkaji) pukul 11.30 malam tahun 2022. Waktu tu Ahad malam, kami bercadang nak gotong-royong bersihkan dorm.

“Jadi, ada sebahagian daripada kami dah gerak balik ke bilik dulu untuk buat kerja pembersihan. 

Apabila kami yang lain ni sampai, nampak mereka macam sedang ‘berperang’. Jadi kami yang tak tahu cerita ni tanyalah mereka yang dah sampai lebih awal.

“Rupa-rupanya ada tikus. Tikus tu datang dari longkang dan orang yang perasan tikus tu dahulu adalah salah seorang daripada ahli dorm saya,” ujar Danish ketika dihubungi 

IKLAN

Menurut Danish yang kini berusia 18 tahun, dia dan hampir semua rakan lain berasa takut dan geli untuk memegang binatang yang dianggap kotor itu.

Dalam masa sama, walaupun menyedari ia merupakan makhluk perosak dan membawa penyakit, mereka tidak tergamak untuk membunuh haiwan itu yang dianggarkan berukuran 20 sentimeter.

Pemuda yang berasal dari Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor ini berkata, mereka mencari inisiatif lain dengan cuba menghalau keluar tikus itu menggunakan penyapu dan mop seperti dapat dilihat dalam video.

“Nak bunuh pun tak sampai hati sebab ‘dia’ pun makhluk Allah. Kami cuba halau supaya pergi ke luar bilik tapi ‘dia’ lari terlalu laju.

“Hanya dua orang daripada kami yang berani nak halau tikus tu keluar bilik. Yang lain cuma mampu kepung dari pelbagai arah supaya ‘dia’ tak lari ke celah-celah atau tempat sempit dalam bilik.

IKLAN

“Lebih kurang seminit jugalah kami halau dan akhirnya dia keluar sendiri hidup-hidup masuk longkang semula. Memang tak sempat pun nak tangkap masa tu,” imbas Danish.

Susulan video kejadian yang dikongsi Danish, rata-rata netizen terhibur melihat kekecohan yang tercetus di mana kumpulan pelajar itu dilihat menjerit, terlompat-lompat malah ada yang berlari tanpa arah gara-gara takut dengan haiwan tersebut.

Menurut Danish, setelah video tersebut dimuatnaik, pelbagai komen diterima. 

“Saya terhibur baca komen-komen netizen. Sampai ada yang cakap ni aspura ke aspuri.

“Rupanya bila tengok balik video, memang saya rasa riuhnya dorm masa kejadian tu.

“Apa-apa pun saya anggap perkara yang terjadi malam tu antara momen manis ketika berada di asrama. Semua kenangan ni tak boleh dibeli dengan wang ringgit,” ujarnya.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Dorm Jadi Huru-Hara Kerana Seekor Tikus. Habis Hilang ‘Macho’ Pelajar-Pelajar Lelaki Ada Menjerit, Terlompat-Lompat

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI