Tunjang sebuah keluarga adalah ketua keluarga iaitu suami dan ayah kepada anak-anak namun jika sesuatu terjadi pada tunjang tersebut, pasti kehidupan sekuarga akan berubah. 

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita dari dari Kampung Tok Jembal di sini berubah sepenuhnya selepas suaminya yang sebelum ini cergas kini hanya terbaring akibat serangan strok berdarah sejak enam bulan lalu.

Sakinah Abdullah berkata, suaminya, Ahmad Azahar Wan Embong bukan sahaja tidak mampu lagi untuk bekerja sebagai tukang rumah, malah telah kehilangan ingatan dan tidak mampu lagi menguruskan diri .

“Serangan strok berdarah pada 12 September tahun lalu itu telah merosakkan kira-kira 70 peratus saraf otak suami.

“Dia kini tidak ingat apa-apa dan hanya boleh minum susu khas yang dimasukkan menerusi tiub yang ditebuk melalui kerongkongnya,” katanya ketika ditemui di rumah di sini baru-baru ini.

Sakinah berkata, pada mula­nya suaminya itu hanya mengadu sakit kepala sebelum diserang sawan pada pukul 4 pagi.

Tambahnya, suaminya telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu sebelum disahkan mengalami strok berdarah.

IKLAN

“Keadaanya sangat kritikal sehingga dia terpaksa ditidurkan di dalam wad selama dua bulan.

“Suami kini sudah stabil, namun dirinya banyak berubah dan bukan lagi seperti dahulu. Saya sendiri pun dia tidak kenal,” katanya.

Sakinah berkata, dia kini terpaksa menumpukan perhatian terhadap suaminya dan menye­rahkan pengurusan kedai makan kepada anak sulungnya, Wan Ahmad Faizal, 31.

Ibu kepada lima anak itu berkata, penjagaan suaminya turut dibantu anak keempatnya, Wan Nur Farah Farihin, 23, yang sudah berkahwin.

[TRENDING] Kepala Aku Dihayun Jurulatih.” Remuk Hati Kakak Allahyarham Prebet Iman Bila Temui Nota Adiknya Di ‘Ragging’ Selepas 5 Bulan Pemergiannya

IKLAN

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

“Perniagaan kedai makan kami agak merosot pada waktu ini ekoran keadaan ekonomi semasa sedangkan kos perubatan suami mencecah RM3,000 sebulan.

“Bagi menampung perbelanjaan termasuk membiayai kos pengajian anak bongsu berusia 20 tahun yang masih belajar di Akademi Binaan Malaysia, saya mengambil upah membuat ketupat palas,” katanya.

IKLAN

Orang yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank bernombor 13017028354141 (Bank Islam) atau menghubungi Sakinah di talian 011-3758 4434.

[ARTIKEL PANAS]

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Suami Di Serang Strok Berdarah, Kini Tak Kenal Isteri Sendiri, Hanya Mampu Terbaring

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI