Isteri yang sentiasa ingin memberikan layanan yang terbaik buat suami termasuk penyediaan makanan. Biarpun berjauhan dengan suami, ia tidak menjadi penghalang untuk isteri menyediakan keperluan buat suami.
Begitulah yang dilakukan oleh puan Ciksu Said yang menyediakan pes istimewa nasi goreng buat suami tercinta. Melalui coretannya beliau menjelaskan bahawa pes nasi goreng dibuat bagi memudahkan suaminya memasak memadangkan suaminya berkerja di Subang, Shah Alam.
“Sebelum suami balik subang, buat pes nasi goreng siap-siap Nanti just letak nasi dan sayur. Biase la bila dok berjauhan dengan isteri. Abaikan minyak tu..nanti naak masak tayah letak dah minyak…senang utk dia nanti..xyah adjust ape2 dah: Doakn suami saya dapat pindah penang.
Pes nasi goreng:
Bahan-bahan dan cara membuatnya
Ads
1. 20 biji cili padi yg hijau,7 biji cili besar merah ,5 biji bawang besar, selabu bwg putih…tumbuk semua biar hancur.
2. Kemudian tumbuk ikan bilis dua gengam (ikn bilis rendam dlu nk bg lembut baru senang nak tumbuk ).
3. Masukkan minyak (agak-agak ya)..pastu masukkan semua bahan-bahan yang ditumbuk Masak sampai kering dan pecah minyak..
Ads
4. Kemudian tambahkan garam. Gula (Jika suka serbuk perasa tmbah lah. Saya tak letak.)
5.Pastu goreng sampau masak. Resepi.senang dan ringkas. Kepedasan mengikut individu Suami saya suka pedas.
Ads
6. Bagi sejuk pes ni dengan masukkan dalam bekas. Bila nak guna untuk goreng nasi, just masykkan nasi dan sayur je. Siap!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kelas antenatal bukan sekadar satu trend terkini tetapi ia membekalkan bakal ibu untuk bersedia sepenuhnya untuk menempuh fasa baru. Begitu juga dengan bakal bapa.
Bagi yang tidak tahu, kelas antennal juga akan memberikan maklumat berharga seperti melibatkan aspek penjagaan dan perkara yang harus dijangkakan sebelum bersalin, cara penyusuan susu ibu, serta suplemen yang diperlukan bagi memastikan tahap kebajikan dan kesihatan sentiasa dalam keadaan terbaik.
Berdasarkan cadangan pakar dan pengajar, tempoh paling sesuai untuk menyertai kelas ini adalah apabila kandungan berusia antara 30 hingga 32 minggu.
Kelebihan utama jika mengikuti kelas bersalin:
1. Berjumpa rakan baharu
Salah satu faedah utama menyertai kelas ini adalah anda akan bertemu wanita hamil lain. Ia akan membantu anda membina sekumpulan rakan baharu yang melalui pengalaman sama. Ini sekali gus membolehkan diri berkongsi pengalaman, soalan dan mengadu.
Ada juga ibu yang menghadiri kelas ini sudah pun mempunyai anak. Mereka pastinya mempunyai lebih pengalaman dan boleh membantu menjawab segala persoalan yang anda alami.
2. Mendapat ilmu pengetahuan mengenai kehamilan dan proses bersalin
Kelas bersalin ini dapat memberikan ibu mengandung banyak maklumat dan memberikan penjelasan berkaitan aspek kelahiran bayi.
Dalam masa sama, anda juga akan diterangkan mengenai kemungkinan komplikasi yang boleh terjadi semasa bersalin dan cara penyelesaiannya.
Selain itu, anda juga akan diberi penerangan mengenai terminologi perubatan, sekali gus membolehkan anda memahami apa yang dibincangkan oleh doktor dan jururawat semasa bersalin.
Kelas ini akan memberikan anda kepastian mengenai prosedur yang terlibat dan merungkai ketidakpastian khususnya buat wanita hamil yang pertama kali bergelar ibu.
Paling penting, anda harus tahu setiap maklumat yang diberikan boleh dipercayai kerana mereka adalah pakar terlatih.
3. Meningkatkan keyakinan diri
Antara manfaat menyertai kelas ini adalah untuk meningkatkan rasa yakin diri. Ini kerana apabila anda memahami lebih perkara yang terlibat dalam prosedur melahirkan anak, sudah tentu diri akan berasa lebih yakin dan tenang.
Kebanyakan pasangan atau bakal ibu bapa akan lebih tenang dan yakin kerana mereka mengetahui apa yang boleh dijangkakan dan cara menguruskan apabila perkara itu berlaku.
4. Mendekatkan diri dengan pasangan
Manfaat kelas antenatal 2024 juga boleh membantu anda dan pasangan mendapatkan tahap keintiman dan kemesraan yang lebih baik malah mempelajari proses bersalin bersama-sama.
5. Lebih seimbang & sihat
Menyertai kelas bersalin ini dapat membuatkan anda lebih memahami tentang prosedur dan proses berkaitan bersalin, sekali gus membantu anda membuat keputusan lebih baik dalam meningkatkan kesihatan diri.
Anda akan mempelajari risiko dan faedah yang berkaitan dengan pelbagai prosedur serta cara terbaik dalam menangani komplikasi kehamilan tertentu.
Kelas antenatal online mahupun secara fizikal juga dapat memberikan anda pemahaman menyeluruh mengenai cara terbaik untuk mengekalkan pemakanan dan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Dua hari ini kecoh tentang anak kepada pasangan selebriti, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania apabila namanya terpalit dengan kontroversi ‘menyondol’ suami orang.
Perkara itu dibongkarkan sendiri oleh bekas isteri suami terbabit yang dikenali sebagai Misya dalam perkongsiannya berbentuk bebenang di aplikasi X mendedahkan bukti yang mendakwa suaminya dan anak pasangan selebriti itu telah ‘check in’ di sebuah hotel dan difahamkan ia bukanlah kali pertama berlaku.
Terkini, menerusi kenyataan dimuat naik di Instagram akhirnya Marissa akui kesilapannya dan mengaku bersalah mengenai perkara yang tular di media sosial sejak semalam.
Namun, tidak semua perkara tular tersebut adalah kebenaran dan dirinya tidak perlu menjelaskan semuanya kerana sedar tidak berupaya untuk memuaskan hati semua pihak.
“Saya mengaku, saya bersalah. Apa yang diviralkan dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku, dan ada juga yang tidak benar.
“Tapi saya di sini bukanlah mahu mempertahankan diri dengan mengatakan saya tidak bersalah dalam sesetengah kenyataan berbangkit. Ia sama sekali tidak adil untuk kamu mendengar dari sebelah pihak disebabkan cerita yang diberitahu kerana bukan 100 peratus adalah benar.
“Tapi, saya tidak perlu untuk meyakinkan dan memuaskan hati semua pihak.
“Saya tidak mampu untuk menutup mulut semua orang. Jadi, jaga mulut kalau rasa nak berkata-kata. Jangan sampai jatuh fitnah atau menghina orang lain,”tulisnya.
Tegas Marissa, segala yang berlaku itu adalah atas perbuatannya sendiri dan bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah tanpa membabitkan ibu bapanya.
Anak kedua kepada pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim ini berkata, kedua-dua ibunya telah memberikan pendidikan yang terbaik.
Akan tetapi, segala yang berlaku itu adalah atas pilihannya sendiri dan bukanlah mereka.
“Pertama sekali, semuanya yang berlaku adalah atas tanggungjawab jawab saya sendiri. Ibu bapa saya telah memberikan yang terbaik.
“Beri pendidikan secukupnya, menegur saya, melarang saya daripada melakukan itu ini dan semuanya yang berlaku adalah atas pilihan saya sendiri. Biar saya selesaikan masalah sendiri dan bukannya ibu bapa,” tegas Marissa.
Tambah Marissa, dia sudah tidak mempunyai kaitan dengan pihak yang menularkan isu tersebut selain mengatakan urusan peribadinya dan lelaki bernama Aslam hanya mereka berdua sahaja mengetahui.
“Dan antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan Aslam sahaja yang tahu apa yang sebenar benarnya terjadi antara kami. Daripada bermulanya semua ini sehingga ianya berakhir.
“Saya bersalah dan saya mengaku. Dan tujuan hantaran ini dibuat adalah untuk memaklumkan saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi untuk mempertahankan diri atau memuaskan hati mana-mana pihak,”katanya.
Dalam pada itu. Marissa turut menafikan dia dan Aslam tidak meraikan sebarang majlis berhubung hantaran tular mengatakan mereka berdua meraikan sesuatu selepas lelaki terbabit keluar dari mahkamah.
Sumber: Instagram @marissadania_
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru tiga hari umat Islam menyambut ramadan, keluarga ini menerima khabar duka bila mana anak yang hilang sejak 42 hari yang lalu ditemui meninggal dunia.
Tanda tanya kehilangan Ahmad Farid Ahmad Alaudin, 19 akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui orang awam di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, jam 12 tengahari semalam.
Menurut kakak arwah, Nur Syafiqa Alaudin, kali terakhir dia melihat arwah adalah pada 13 Mac yang lalu.
“Tiada kelakuan ganjil dari arwah tetapi kebelakangan ini, dia solat agak lama berbeza seperti lazimnya. Arwah juga ada meminta dibelikan baju Melayu berwarna putih dan hajatnya itu sudah disempurnakan serta arwah sempat menggunakan sekali baju berkenaan.
Sementara itu, seorang lagi kakak arwah, Ain Alaudin turut memuat naik menerusi facebook mengenai kisah kehilangan adiknya yang akhirnya ditemui dalam keadaan yang sayu.
Kami lima beradik, dia paling bongsu. Dia tak ramai kawan. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai belajar pun tetap tak ramai kawan. Dia bukan seorang yang kaki lepak kaki rempit atau sosial. Bukan dia orangnya.
Kali terakhir melihat kelibatnya pada 13 Mac 2020 lebih kurang jam 8.30 malam. Arwah minta izin kat ayah ibu nak ke kampung kawan sekerja di Tangkak. Ayah dan ibu dengan izin melepaskan arwah pergi. Dua hari kemudian ibu telefon tapi tak di jawabnya. Ibu bersangka dia baik-baik saja.
Pada Isnin 16 Mac 2020. Pagi, ibu telefon Ijam (sepupu) yang sama tempat kerja, sebab nak tau keadaan arwah..pastinya arwah tak datang kerja. Kebiasaannya walau macam mana lambat dia tetap balik rumah. Bila dah telefon kawan sekerja yang berasal dari Tangkak tu rupanya mereka tak jadi ke Tangkak malam tu. Selidik punya selidik rupanya arwah ke Ampang seorang diri. Kawan dia di Ampang adalah orang terakhir yang jumpa dengan arwah. Lebih kurang jam tiga lebih pagi arwah gerak dari Ampang untuk balik ke Melaka mengikut kata kawan arwah di Ampang.
Aduan polis telah di buat sehari sebelum PKP. Usaha kami untuk mencari arwah pada mulanya di Hospital Ampang kerana waktu berita kehilangan arwah ditular, ramai yang wasap..telefon untuk bagitahu penemuan yang arwah kemalangan. Aida (kakak arwah) keluar masuk turun naik Hospital Ampang dan Hospital Seremban untuk buat pengecaman mangsa kemalangan tanpa indentiti tapi tetap tak jumpa. Aida dalam perjalanan balik sepanjang perjalanan memang memandu kereta dengan sangat perlahan sambil memerhatikan di bahu jalan kalau-kalau terjumpa bangkai motor, yang pastinya memang tak jumpa apa-apa.
.
Hari berganti minggu Minggu berganti bulan Selepas empat puluh dua hari Dua ramadhan Akhirnya terjawab kehilangannya..
Anggota dari Balai Polis Durian Tunggal datang ke rumah jam 4 petang tadi untuk maklumkan berita penemuan mayat di kilometer 281-282 (anggaran) Highway Nilai – Seremban lebih kurang jam 12 tengahari oleh Peronda Plus. Arwah dibawa ke Hospital Seremban untuk proses bedah siasat. Dijangka Isnin kami akan ke Hospital Seremban untuk menjemput arwah pulang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan terdekat.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. .