Sedapnya makan dumpling sambil cicah sos, menu ini kalau makan di restoran boleh tahan juga harganya.
Jadi untuk lebih jimat ada baik anda sediakan sendiri sendir menu ini untuk dinikmati bersama seisi keluarga.
Menurut perkongsian Nor Al Fatihah, meski pun pertama kali mencuba menyedikan menu ini, ternyata berhasil.
Ini perkongsiannya.
Saya tak terer bang..tapi saya try
First time makan..first time buat..memang sedap dumpling ni anak-anakpun suka makan..laku keras..sat je licin
DUMPLING AYAM & UDANG
Ads
Kulit Dumpling (boleh beli yang ready made)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam halus
1 cawan air panas
Inti Dumpling
1 cawan isi ayam
1/2 cawan isi udang
1 labu bawang besar -di cincang
1/2 batang carrot -di parut
1 batang daun bawang -di hiris
1 sudu teh serbuk lada putih Aji Shio
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh minyak bijan
1 biji telur
2-3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar gula
Minyak Cili
1/2 cawan minyak masak/jagung
3 ulas bawang putih -di cincang
1 inci halia -di cincang
1 batang daun bawang (ambil bahagian putih saja) -di hiris
1/4 cawan cili flakes
1/4 cawan kicap manis
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam halus
1 batang daun bawang (ambil yg hijau)-di hiris
1/2 sudu teh bijan yg di sangai
Cara-cara Membuatnya Kulit Dumpling
Satukan tepung gandum, tepung ubi, minyak & garam. Tuang air panas sedikit demi sedikit sambil kacau dengan sudu
Kemudian, gaul dengan tangan & uli hingga menjadi doh. Tutup & rehatkan 30 minit
Ads
Potong doh kecil2. Ambik satu & canai nipis. Tekap dgn acuan bulat. Tabur tepung di atas dulang supaya kulit tidak melekat. Ketepikan dulu
Panaskan minyak di atas api. Di dlm bekas, satukan bawang putih, halia, daun bawang putih, cili flakes, gula, garam, kicap & minyak bijan. Cili flakes yg saya guna baki beli pizza domino 2-3 bulan lepas.
Tuang minyak panas perlahan2 & biar ia mendidih bersama bahan2 tadi seketika, kemudian kacau
Campur dengan daun bawang hijau & bijan. Kacau sebati. Hidangkan dumpling bersama minyak cili
Semenjak dua menjak ini ramai juga yang bercadang memiliki emas sama ada sebagai pelaburan, simpanan atau pun untuk dipakai sebagai perhiasan diri. Apatah lagi dikatakan harga emas turun, namun tetap mahal juga harganya.
Jika ada lebihan wang, bolehlah memilikinya pun begitu jangan sampai membeli emas dengan cara berhutang dan membayarnya secara ansuran.
Kenapa dikatakan tidak boleh berhutang untuk membeli emas?
Ini dijelaskan secara detail berkenaan hukumnya dan bersamalah kita fahaminya untuk kebaikan bersama dan tidak terjerumus kepada melakukan perkara-perkara yang haram.
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah dibenarkan untuk membeli emas dengan cara hutang? Maksudnya emas tersebut saya ambil dan pakai dahulu, kemudian baru buat pembayaran.
Ringkasan Jawapan
Jual beli emas secara ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Asalnya, hukum berjual beli suatu barang adalah diharuskan sama ada hendak membeli secara tunai mahupun hutang.
Namun begitu, apabila suatu urusniaga tersebut melibatkan item ribawi (barang-barang yang terpalit hukum-hakam riba), maka setiap pihak yang terlibat perlu memberikan perhatian khusus agar tidak terjerumus dalam kancah riba.
Item-item ribawi ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.
Hadis Muslim (1587)
Berdasarkan hadis di atas, jual beli item ribawi seperti emas perhiasan mestilah dilakukan secara lani (serta-merta) bukan bertangguh.
Huraiannya, jual beli hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; sama ada penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun secara hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari atau dua hari selepas itu.
(Rujuk: Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, m/s 81)
Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori Riba al-Nasiah; iaitu riba yang berlaku disebabkan tempoh bayaran bertangguh. Bahkan, lebih dahsyat pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj tambahan.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/110-111)
Oleh itu, jual beli emas secara ansuran seperti isu di atas adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Sebagai alternatif, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.
Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada pihak yang sama yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama.
Ini bersandarkan kepada hadis Baginda,
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”.
Musnad Ahmad (10/120)
Sebahagian ulama antaranya Ibn al-Qayyim Rhm. mengulas hadis di atas bahawa ia menjadi tunjang utama dalam mualamat yang melarang umat Islam daripada berbuat helah untuk melakukan riba dalam jual beli. Hal ini walaupun tidak disebutkan secara jelas namun dapat difahami berdasarkan senario yang berlaku bahawa terdapat dua hasrat yang ingin dicapai oleh kedua-dua penjual dan pembeli, iaitu:
1) Penjual emas meminjamkan duit mereka bertujuan agar emasnya dapat terjual. Sedangkan jika pelanggan tersebut tidak mahu membeli emas tersebut, nescaya penjual tidak meminjamkan duitnya.
2) Pembeli pula sekiranya tidak diberi pinjaman wang kepadanya oleh penjual, nescaya dia tidak akan membeli emas tersebut.
(Lihat: Tahzib Sunan Abi Daud, 2/190)
Akhir kata, kami menasihatkan agar para pembeli tidak menambahkan hutang melainkan untuk perkara-perkara yang mendesak sahaja. Adapun sekiranya mempunyai lebihan wang selepas ditolak perbelanjaan utama, maka diharuskan untuk membeli aset dan hart lain seperti emas dengan syarat pembayaran mestilah dilakukan secara tunai.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
KDYMM Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, terkenal dengan sikapnya yang gemar memasak. Malah, Baginda tidak kekok memasak bersama rakyat apabila turun padang dalam sesebuah aktiviti.
Saban tahun, baginda tak pernah ketinggalan turun padang membantu mangsa banjir. Baik melawat mahupun menjadi tukang masak membuatkan rakyat rasa terharu dengan keprihatinan Tuanku Permaisuri. Dalam perkongsian terbaru baginda di Instagram baru-baru ini, Tunku Azizah berkongsi tip memasak menu sardin.
Tunku Azizah berkesempatan memberi titah nasihat kepada tukang masak di PPS berkenaan mengenai cara-cara yang betul memasak sardin yang enak sambil dibantu oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.
“Saya tak letak air dalam sardin saya”
“lain kali awak goreng dekat orang macam ini, tak letak air.Orang kampung suka sardin letak air, tak payah” pesan Tunku Azizah.
Semakin anak membesar, mereka lebih ‘cepat tangkap’ apa saja yang mereka lihat dan dengar. Sangat merisaukan apabila kebanyakan kanak-kanak terdedah dengan gajet dan banyak meluangkan masa bergantung padanya untuk memenuhi masa lapang mereka.
Penggunaan gajet sukar dielakkan kerana anak-anak sekarang berada dalam era teknologi yang sangat hebat. Dari seawal usia mereka telah didedahkan dengan gajet. Kebanyakan ibu ayah menggunakan gajet untuk membantu proses pembelajaran anak tapi ada juga yang memberi kebebasan kepada anak untuk melayari internet atau bermain ‘game’ secara keterlaluan.
Tidak salah untuk beri pendedahan kepada anak tentang penggunaan gajet kerana ia juga dpt memberi manfaat kepada mereka tetapi jangan berlebihan kerana ia boleh menjurus kepada:
Apabila anak menginjak ke usia yang lebih besar, sangat merisaukan sekiranya anak terdedah kepada anasir negatif yang ada masanya mempengaruhi perwatakan anak. Bahkan ada kes di dalam dan luar negara, perkara buruk yang dilakukan kanak-kanak atau remaja semuanya dipelajari melalui internet. Situasi yang menggusarkan!
Kawal Penggunaan Gajet!
Tidak salah untuk memberikan gajet kepada anak tetapi pastikan ibu ayah berikan penekanan tentang kandungan yang boleh atau tidak dibenarkan untuk tontonan anak-anak. Selain itu, ibu ayah juga bertanggungjawab untuk mengawal penggunaan gajet agar tidak berlebihan.
Kalau nak pastikan anak-anak tidak terlalu bergantung kepada gajet, ibu ayah juga harus menunjukkan contoh terbaik. Ibu ayah sendiri tidak boleh menggunakan gajet secara keterlaluan sehingga memberi impak kepada tangki emosi anak. Wujudkan waktu khas untuk memegang gajet dan ibu ayah sendiri perlu mematuhi peraturan tersebut.
Biasanya anak-anak mahukan gajet kerana mereka kurang mendapat perhatian dari ibu ayah. Sebaik-baiknya, luangkan masa seisi keluarga untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama-sama. Anda boleh lihat, anak-anak akan kurang minta untuk gunakan gajet. Selain itu, sebaik-baiknya gunakan gajet bersama anak. Boleh pantau dari dekat dan pastikan kandungan yang menjadi pilihan bersesuaian dengan usia mereka.
Terbaiklah Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition!
Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition ini sangat mesra kanak-kanak dengan saiz yang kecil dan mudah dikendalikan. Bukan tu sahaja, anak-anak pun mesti suka dengan rekaan comel tablet ini. Didatangkan dengan rekaan menarik, sesuai untuk anak lelaki mahupun anak perempuan. Yang bagusnya, ibu ayah boleh tetapkan kandungan yang sesuai mengikut umur anak.
Boleh didapati melalui aplikasi Samsung Kids, ibu ayah boleh pantau jenis kandungan yang sesuai untuk mereka.
Selain itu, ibu ayah boleh tetapkan had masa skrin dan mengawal akses ke kandungan tertentu dan nombor pin hanya diketahui oleh ibu atau ayah sahaja. Pelbagai aplikasi pembelajaran menyeronokkan yang boleh didapati di aplikasi Samsung Kids untuk perkembangan kemahiran anak serta pembelajaran anak seperti membaca, menulis, melukis serta mahir matematik.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.