
Sempena musim persekolahan yang Kembali dibuka pada Isnin lalu, F&N MAGNOLIA berkolaborasi dengan watak popular dari Illumination – Minions!
Edisi terhad ini menampilkan rangkaian produk tenusu penuh keseronokan seperti susu pisang dan aiskrim bertemakan Minions yang pasti menggembirakan seisi keluarga malah sesuai sangat untuk bekal ke sekolah, snek lepas balik sekolah atau ‘me time’ waktu rehat.
Produk utama kali ini ialah F&N MAGNOLIA Banana Milk UHT, susu berkrim yang dibalut dengan rekaan ceria Minions!
Minions memang terkenal gila pisang, jadi kolaborasi ni memang ‘match made in heaven’! Tersedia di seluruh negara bermula 1 Jun 2025 dalam dua saiz – 1L dan 200ml (pek 6). Sempurna untuk bekalan sekolah, roadtrip atau sekadar nikmati waktu santai di rumah.
Keseronokan tak berhenti di situ, F&N MAGNOLIA 100% Fresh Milk dan Chocolate Milk (pek 6) juga tampil dengan tiga rekaan eksklusif Minions! Akan dilancarkan pada 1 Julai 2025, eksklusif di rangkaian 99Speedmart dan outlet AEON terpilih.
Untuk penggemar aiskrim pula, Neapolitan dan Vanilla F&N MAGNOLIA kini hadir dalam tub 1.4L bertemakan Minions. Sesuai sangat untuk kongsi satu keluarga malah bakal dijual bermula 1 Julai 2025 ini.
“Kali ni, kami bawa lebih keceriaan dengan kolaborasi Minions – penuh fun dan nostalgia, khas untuk musim cuti sekolah ni. Susu Pisang edisi khas jadi tumpuan utama, bersama pelbagai kejutan menarik untuk seluruh keluarga,” kata Ketua Pegawai Jenama & Komersial Fraser and Neave, Ronnie Teo.
MENANG HADIAH COMEL MINIONS BERNILAI LEBIH RM69,000!
Dengan setiap pembelian minimum RM10 produk susu F&N MAGNOLIA Minions, peminat berpeluang menyertai peraduan nasional yang berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos. Setiap minggu, 46 pemenang akan dipilih untuk bawa pulang hadiah Minions eksklusif seperti:
* Backpack Minions Kulit Premium (bernilai RM1,200)
* Set Kembali ke Sekolah Minions (bernilai RM165)
* Patung Plush Minions (bernilai RM80)
* PIN eWallet Touch ‘n Go RM10
‘COMPAI!’ MINIONS BUAT SERBUAN DI MALL DENGAN KEJUTAN PISANG
Untuk meraikan pelancaran ini, F&N MAGNOLIA bawakan pelbagai aktiviti menarik di AEON Mall terpilih di Lembah Klang & Johor Bahru. Dengan pembelian minimum RM40 susu F&N MAGNOLIA Fresh Milk UHT (1L atau 6-pack), korang berpeluang cuba nasib di ‘giant blind box’ vending machine – hadiah termasuk plushies, keychain, pemegang minuman dan banyak lagi barangan eksklusif Minions!
Tak cukup dengan tu, booth interaktif “Catch the Banana” akan ada di mall seluruh negara! Dengan pembelian minimum RM20, pengunjung boleh sertai permainan dan menang beg, bekas makanan, botol air, payung dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk F&N MAGNOLIA x Minions dan aktiviti promosi di pusat membeli-belah, sila layari: 👉 https://rebrand.ly/fnnminions
Mesin vending ‘blind box’ bersaiz gergasi akan ditempatkan di beberapa AEON mall terpilih, di mana pembeli boleh menebus barangan eksklusif Minions dengan pembelian F&N MAGNOLIA Fresh Banana Milk UHT.
Lokasi utama termasuk:
AEON Wangsa Maju (13–15 Jun)
AEON Taman Maluri (25–27 Julai)
AEON Cheras Selatan (26–28 Julai)
AEON Mid Valley (8–10 Ogos)
AEON Tebrau City, Johor Bahru (13–15 Jun)