Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Sama juga dengan anak-anak, kalau mahukan yang terbaik dari mereka, kita sebagai ibu bapa lah yang perlu membentuk sejak dari mereka kecil lagi.
Lebih-lebih lagi dalam menjaga adab mereka. Selalunya kalau jumpa orang yang kurang dari segi adabnya atau lebih sinonim dengan kurang ajar pun kita dah tak suka, sanggup ke kita lihat anak yang kita kandung dan jaga menjadi begitu juga? Mintak jauh la nak oiii!!!
Jadi, kalau nak anak kita jauh dari segala benda negatif, masih belum terlambat untuk ibu bapa jadikan diri sendiri sebagai contoh untuk anak-anak dan terapkan beberapa adab untuk mereka ikuti dan aplikasikan dalam kehidupan mereka seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Farid dalam Hello Doktor ini.
Adab seorang anak yang ibu bapa wajib ajar!
#1. Adab meminta tolong dan berterima kasih
Ini adalah asas kepada jati diri seorang kanak-kanak yang beradab.
Ibu bapa perlu pastikan mereka sentiasa menggunakan perkataan ‘tolong’ apabila meminta sesuatu dan ‘terima kasih’ apabila menerima sesuatu daripada anda.
Tegaskan juga kepada mereka bahawa ini tidak termaktub antara dia dengan ibu bapa sahaja malahan juga kepada individu lain seperti adik-beradik, saudara-mara,rakan-rakan, guru ataupun pembantu rumah.
#2. Adab untuk tidak menyampuk
Pasti anda pernah melihat ibu bapa memarahi anak mereka kerana menyampuk ketika mereka sedang bercakap dengan individu lain bukan?
Ini kerana perbuatan menyampuk adalah biadab terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.
Jadi, ajar anak anda awal-awal lagi untuk tidak menyampuk ketika anda atau sesiapapun sedang bercakap walaupun ia ada kaitan dengan mereka.
Ads
Jika terjadi, jangan marah mereka tetapi nasihatilah mereka dengan cara baik.
#3. Adab untuk tidak mengkritik dan mengejek individu lain
Siapa sahaja yang suka akan kritikan dan ejekan bukan? Jadi, anda perlu sentiasa ajar anak anda untuk tidak mengkritik atau mengejek individu lain terutamanya perkara yang melibatkan fizikal semula jadi mereka.
Tambahan itu, kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup berbilang kaum. Jadi, sebarang kutukan berbaur rasis seperti warna kulit atau saiz mata perlu dilarang sama sekali.
Sebaliknya, ajar mereka untuk gemar memuji dan menghargai individu lain.
#4. Adab untuk berkongsi dengan anak lain
Sharing is caring. Sikap suka berkongsi adalah sesuatu yang sangat mulia. Bayangkan apabila anda melihat anak anda sanggup berkongsi permainan mereka bersama kanak-kanak yang kurang mampu.
Ads
Pasti ia akan membuat anda berasa syahdu bukan?
Seiring mereka membesar, sentiasa ajar anak anda untuk berkongsi apa yang mereka ada sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta, idea atau tenaga bersama individu lain yang kurang bernasib baik.
#5. Adab ketika bercakap di telefon
Ketika menjawab panggilan telefon, kita perlu sentiasa beradap. Mulakan dengan sapaan seperti ‘helo’ atau ‘hi’ dengan nada yang baik dan kenalkan diri anda.
Jika sedang menelefon seseorang pula, kita tidak patut bertanya siapakah individu itu.
Paling penting, gunakan kata-kata yang sopan sahaja. Ini perlu diajar kepada anak anda daripada kecil lagi agar dia terbiasa dan terus melakukannya sehingga dewasa kelak.
#6. Adab ketika bermain di luar
Anda sebagai perlu menetapkan peraturan buat anak anda ketika bermain di luar agar mereka tidak bermain sehingga tidak ingat dunia.
Ads
Sebagai contoh, ajar mereka untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah dan mandi setiap kali selepas bermain.
Selain itu, tetapkan waktu mereka boleh keluar bermain dengan pengawasan anda. Ini bukan sahaja akan mengajar anak anda untuk beradap, ia juga akan membentuk mereka agar berdisiplin dewasa kelak.
#7. Adab di meja makan
Bukan sahaja dari aspek perbuatan, seorang kanak-kanak juga perlu beradab ketika berada di meja makan.
Tanpa mengira siapa ada di meja makan atau jenis keraian yang sedang diraikan, anda perlu ajar mereka untuk sentiasa bersopan di meja makan.
Antara yang perlu diutamakan adalah untuk tidak bercakap semasa mulut penuh dengan makanan dan makan apabila semua sudah ada di meja makan terlebih dahulu.
Paling penting, ajar mereka untuk bercakap benda-benda baik sahaja ketika sedang makan.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi adab dengan ibu bapa serta individu lain yang anda perlu ajar kepada anak anda untuk memastikan mereka berjaya menjadi modal insan yang beradab, bersopan dan berguna kelak.
Apa yang paling penting, kekalkan semua sifat positif dan buangkan segala sikap negatif dalam diri mereka!
Selain itu, anda perlu jadi ibu bapa yang hebat kerana ibu bapa sebenarnya adalah role model yang diidolakan oleh setiap anak.
Dalam keadaan situasi sekarang ini, ramai yang hilang pekerjaan akibat kesan pandemik. Namun hidup harus diteruskan demi rezeki buat diri dan keluarga.
Betapa strugglenya kehidupan apabila terpaksa berhujan panas demi memastikan mendapat upah untuk menampung kehidupan seharian.
Begitu dengan kisah menyentuh hati yang dikongsi oleh seorang doktor yang secara tidak sengaja berjumpa penghantar makanan yang kelihatan gigih mencari rezeki.
Lebih menyentuh hati apabila penghantar makanan ini mendedahkan bahawa waktu hujan adalah rezeki buatnya setelah ramai yang tidak keluar rumah sebaliknya hanya membuat tempahan penghantaran makanan ke rumah.
Seterusnya ikuti perkongsian ini yang dipaparkan menerusi facebook milik Dr Syazwani Drani
Sayu hati bila terjumpa bekas pelajar struggle dalam mencari sumber pendapatan. Saya tunggu sehingga habis dia makan.. Saya hanya memerhati dari dalam kereta. Suapan demi suapan saya perhatikan..tersentuh hati.. Mengalir juga air mata.. Masa nampak dia tengah buka bungkusan makanan. Terdetik dah nak panggil.. Tapi terlintas, nanti dia xjadi pula dia nak makan.. Sabar menanti sampai habis dia makan.. Bila dah selesai.. Saya panggil..
Waktu hujan ramai order makanan
Reaksi seperti yang saya jangka.. Teruja dan segan.. Sempat berkongsi kepayahan yang dialami.. Antara yang terkesan “saya suka time hujan Dr” masa tu orang ramai tak keluar.. Oder banyak time tu.. Ya Allah.. Kita dalam hujan di rumah.. Oder ja.. Mereka yang mencari pendapatan dengan cara ini bergadai nyawa yang semestinya ketika hujan pelbagai risiko ada. Ikhlasnya mereka membantu memudahkan urusan penghantaran makanan kepada kita.
Kehidupan yang ‘struggle’
Sedangkan mereka struggle macam-macam. Kalau makanan lewat sedikit sampai jangan la marah.. Bukan niat mereka untuk lambatkan penghantaran. Ucaplah terima kasih semasa terima makanan yang di hantar. Cukup untuk menghilangkan penat lelah..jangan dimaki.. Kalau nak cepat.. tahu nak maki dan marah ja sebab lewat.. Kenapa tak keluar sendiri.. Lebih cepat kan.. Terus dapat.. Jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada.. “Sekali sekala letak la kaki kita dalam kasut mereka”. Baru tahu selesa ka ketat ka.. Tak muat ka”.
Dengan keadaan sekarang ramai yang terkesan. Jangan tambah beban. Pemberian saya di tolak.. Lepas beberapa kali saya nyatakan hasrat saya membantu.. Terlihat pada matanya berkaca.. Allah.. Betul-betul meruntun hati.. Ucapan terima kasih tak lekang dibibir.. Sehingga saya berlalu pergi. Mendung di luar.. Tapi hujan di dalam.. . Saya doakan awak sentiasa berjaya dan dipermudahkan setiap urusan serta dipelihara dari sebarang musibah. Dilindungi dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Tidak dinafikan tidak semua berpeluang untuk bercuti bagi meraikan Hari Raya bersama keluarga. Ada yang terpaksa bekerja atas dasar menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
Ini sebagai mana sedikit pengalaman yang pernah dilalui oleh pasangan doktor muda ini iaitu Dr. Sophia Yuhanis, 32 tahun bersama suaminya Dr. Mohd Rais Mokhtar @ Roselly,32 tahun.
“Menyingkap pengalaman dalam bidang perubatan sebelum ini, boleh dikatakan pengalaman kami tidaklah sehebat doktor-doktor pakar di luar sana yang telah lama berkhidmat dengan hospital kerajaan.
“Pada awal pembabitan dalam bidang ini, saya dan suami terlebih dulu menjalani latihan sebagai ‘houseman’ di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Ampang selam dua tahun.
“Selepas itu saya menyambung tugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Dungun, Terengganu dan menjawat jawatan sebagai doktor bius di Hospital Sungai Buloh dan suami pula doktor di bahagian wad perubatan dalaman.
“Ketika bertugas di Hospital Sungai Buloh adalah paling mencabar. Jumlah pesakit jauh lebih ramai berbanding hospital yang saya pernah berkhidmat sebelum ini. Apabila hospital sentiasa penuh, sudah pasti warga kerja termasuk doktor, jururawat medical asistant, pembantu am, kerani, pengawal keselamatan sentiasa silih berganti secara 24 jam bekerja. Kami bekerja tanpa mengira waktu siang ataupun malam malah hujung minggu pun kena bertugas.
“Dan saya ingat lagi ketika di Hospital Dungun, saya kena berkhidmat di Hari Raya. Walaupun beraya di hospital bersama pesakit, kami tetap juga meraikan Lebaran seadanya dengan membawa hidangan seperti ketupat, lemang dan kuih muih di tempat kerja,” terang Dr Sophia yang juga ibu kepada 3 cahaya mata ini dengan tenang.
Turut diakui oleh suami yang ada di sisi sambil menambah bicara, “ Apatah lagi bila menyentuh bab cuti Raya, ada sistem giliran. Jika tahun ni dapat cuti, tahun hadapan tak dapatlah. Makna cuti Raya bagi doktor bukannya cuti panjang hingga seminggu lamanya, sekadar sehari dua sahaja.
“Kena bertugas oncall ketika Raya pun adalah perkara biasa yang dilalui oleh sesiapa pun bergelar doktor. Anak-anak dan ahli keluarga harus faham dengan tuntutan kerja sepertinya ini. Jika bertugas oncall maka saya atau isteri tidak dapat turut serta bersama sanak saudara untuk melakukan amalan ziarah di Hari Raya,” ujar Dr. Mohd Rais graduan dalam bidang perubatan di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUMCS) dengan jujur.
Berbicara tentang persiapan raya tahun ini, bagi pasangan doktor ini juga tidak jauh bezanya. Tetap memilih untuk bergaya sedondon.
“ Saban tahun bila tibanya raya, boleh dikatakan sayalah yang akan menentukan tema warna untuk digayakan pada tahun tersebut. Daripada pakaian anak hinggalah saya dan suami, semua saya uruskan. Alhamdulillah suami bukanlah jenis memilih dalam bab warna dan fesyen, jadi memudahkan saya untuk buat perancangan. Apa yang suami tahu semuanya sudah ready.
“Pada tahun ini kemeriahan merai lebaran lebih teruja kami rasakan apabila anak-anak semakin pandai bergaya. Puteri sulung Zara Humaira, 5, Sara Raissa, 2 dan Lara Yasmeen, 8 bulan seakan tidak sabar untuk menggayakan enam pasang baju raya yang disediakan bagi menceriakan raya tahun ini,” ujar Dr.Sophia lagi sambil tersenyum manis.
Beralih tumpuan
Tempoh pengajian yang panjang, persekitaran kerja yang mencabar dan penuh tekanan membuatkan kerjaya doktor memerlukan banyak pengorbanan. Bukan sahaja tenaga malah masa bersama keluarga dan anak-anak.
Ini adalah persepsi biasa yang wujud di kalangan kita apabila bercakap mengenai kerjaya sebagai seorang doktor. Pun begitu, setelah bergelumang dengan cabaran siapa sangka kini kedua-duanya berjaya menjadi pengasas Klinik Dr Sophia Y di Desa Alam, Shah Alam.
“Saya akui, pilihan untuk menjadi doktor kecantikan sudah tertanam sejak kecil lagi di dalam hati saya. Alhamdulillah ibu, Raja Ruziah menyokong pilihan saya sejak belajar di dalam bidang perubatan lagi hingga kini,’ jelasnya lagi.
Manakala diajukan persoalan impian dan harapan Dr. Mohd Rais, lain pula sasarannya.
“Jujur saya akui, setelah adanya klinik sendiri masa lebih banyak bersama keluarga. Dan ini sangat-sangat berbeza keadaannya sebelum itu. Pun begitu, minat yang mendalam dalam bidang perubatan mendorong saya untuk menyambung pelajaran untuk bergelar doktor pakar,” ujarnya lagi dengan penuh bersemangat di akhir perbualan.
Sumber : Majalah Keluarga Isu Jun 2018.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Passanger menjerit-jerit ade yang menangis semua. Ye lah memang dah rasa akan mati dah.”
Tular di media sosial mengenai pesawat MAS dari Kuala Lumpur ke Tawau didakwa menjunam jatuh dari 31,000 kaki ke 24,000 kaki dalam beberapa saat kemarin.
Pesawat terbabit dikatakan hilang kawalan dalam masa 10 minit dan kemudiannya mulai stabil. Bagaimana pun berlaku pula jatuhan kali kedua tetapi tidak seteruk yang berlaku di kali pertama.
Pesawat tersebut juga sempat berlegar-legar di ruang udara Melaka sebelum melakukan pendaratan di KLIA.
Detik cemas itu dikongsikan salah seorang penumpang pesawat MH2664, menerusi facebook milik, Yi Ma Nas.
Penumpang berkenaan yang terkejut dengan insiden itu menceritakan kembali situasi ngeri itu bahawa ramai penumpang menjerit dan yang menangis.
Semalam aku naik flight MH2664 ke Tawau jam 2.30pm.
Around 3.03pm, Flight tiba² terjunam jatuh laju gila dgn kelajuan estimated 31,000 kaki ke 24,000 kaki (checked using flight radar) within seconds.
Aku terlambung² sebab x pakai seatbelt (time tu da boleh tanggal seat belt). Dalam 10minit flight dlm keadaan tak stable and lepas dia naik balik dia jatuh lagi tp tak teruk mcm the first drop. Passanger menjerit² ade yg menangis semua. Ye lah mmg da rasa akan mati dah.
Flight suddenly uturn, dan berpusing atas melaka a few times.. terbang and patah balik ke KLIA. Kitorang change flight petang tu dan aku selamat touch down Tawau at around 9.50pm
Malas nk citer smlm.. ye la kan yg tahu hanya passanger MH2664 dan cabin crew tu je. tapi Harini dah masuk paper cina. Not everyone that had gone through this type of experience got to live to share their story, and for that I am grateful.
Alhamdulillah all praise to Allah. Terima kasih jugak pilot semalam yg dgn jayanya dapat kawal plane tersebut dan menyelamatkan kami.
Juruterbang patah balik elak kerosakan lebih teruk
Dalam pada itu, menerusi twitter, aviatorian tampil menjelaskan keadaan itu mengatakan kemungkinan pesawat tersebut melalui air pocket ataupun downdraft.
Jelasnya lagi, tindakan juruterbang berpatah balik adalah untuk mengelak berlaku kerosakan pada control surface.
Flight tu x drop dr 31000’ ke 24000’, sekadar dr 25000’ ke 23451’ (around 1500’ altitude loss). Biasanya disebabkan air pocket atau downdraft. Situasi ni boleh lead kpd kerosakan pada control surface, jadi kapten decide utk turn back to KL.
Bintang kecil: Puasa Tu Wajib, Tiada Puasa ‘Yang Yuk’ | Hikayat 1001 Malam | BINTANG KECIL
Episod 3 : Abdul Mukmin VS Abdul Fajir
Berpuasa jadi bekalan dan perisai orang beriman dan supaya tak terjebak ke lembah maksiat serta kejahatan. Sebab tu bulan puasa ni kita kena jadikan diri kita lebih ke arah Abdul Mukmin dan elak jauh-jauh dari Abdul Fajir.
Nak tahu apa tu Abdul Mukmin dan Abdul Fajir, kenalah saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara jemputan PU RIZ.
Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Program ini disokong sepenuhnya oleh
TATEH, jenama yang Prihatin, Selesa dan Dipercayai.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil
#BintangKecil #KitakanJuara #1001Malam
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di