Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Sama juga dengan anak-anak, kalau mahukan yang terbaik dari mereka, kita sebagai ibu bapa lah yang perlu membentuk sejak dari mereka kecil lagi.
Lebih-lebih lagi dalam menjaga adab mereka. Selalunya kalau jumpa orang yang kurang dari segi adabnya atau lebih sinonim dengan kurang ajar pun kita dah tak suka, sanggup ke kita lihat anak yang kita kandung dan jaga menjadi begitu juga? Mintak jauh la nak oiii!!!
Jadi, kalau nak anak kita jauh dari segala benda negatif, masih belum terlambat untuk ibu bapa jadikan diri sendiri sebagai contoh untuk anak-anak dan terapkan beberapa adab untuk mereka ikuti dan aplikasikan dalam kehidupan mereka seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Farid dalam Hello Doktor ini.
Adab seorang anak yang ibu bapa wajib ajar!
#1. Adab meminta tolong dan berterima kasih
Ini adalah asas kepada jati diri seorang kanak-kanak yang beradab.
Ibu bapa perlu pastikan mereka sentiasa menggunakan perkataan ‘tolong’ apabila meminta sesuatu dan ‘terima kasih’ apabila menerima sesuatu daripada anda.
Tegaskan juga kepada mereka bahawa ini tidak termaktub antara dia dengan ibu bapa sahaja malahan juga kepada individu lain seperti adik-beradik, saudara-mara,rakan-rakan, guru ataupun pembantu rumah.
#2. Adab untuk tidak menyampuk
Pasti anda pernah melihat ibu bapa memarahi anak mereka kerana menyampuk ketika mereka sedang bercakap dengan individu lain bukan?
Ini kerana perbuatan menyampuk adalah biadab terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.
Jadi, ajar anak anda awal-awal lagi untuk tidak menyampuk ketika anda atau sesiapapun sedang bercakap walaupun ia ada kaitan dengan mereka.
Ads
Jika terjadi, jangan marah mereka tetapi nasihatilah mereka dengan cara baik.
#3. Adab untuk tidak mengkritik dan mengejek individu lain
Siapa sahaja yang suka akan kritikan dan ejekan bukan? Jadi, anda perlu sentiasa ajar anak anda untuk tidak mengkritik atau mengejek individu lain terutamanya perkara yang melibatkan fizikal semula jadi mereka.
Tambahan itu, kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup berbilang kaum. Jadi, sebarang kutukan berbaur rasis seperti warna kulit atau saiz mata perlu dilarang sama sekali.
Sebaliknya, ajar mereka untuk gemar memuji dan menghargai individu lain.
#4. Adab untuk berkongsi dengan anak lain
Sharing is caring. Sikap suka berkongsi adalah sesuatu yang sangat mulia. Bayangkan apabila anda melihat anak anda sanggup berkongsi permainan mereka bersama kanak-kanak yang kurang mampu.
Ads
Pasti ia akan membuat anda berasa syahdu bukan?
Seiring mereka membesar, sentiasa ajar anak anda untuk berkongsi apa yang mereka ada sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta, idea atau tenaga bersama individu lain yang kurang bernasib baik.
#5. Adab ketika bercakap di telefon
Ketika menjawab panggilan telefon, kita perlu sentiasa beradap. Mulakan dengan sapaan seperti ‘helo’ atau ‘hi’ dengan nada yang baik dan kenalkan diri anda.
Jika sedang menelefon seseorang pula, kita tidak patut bertanya siapakah individu itu.
Paling penting, gunakan kata-kata yang sopan sahaja. Ini perlu diajar kepada anak anda daripada kecil lagi agar dia terbiasa dan terus melakukannya sehingga dewasa kelak.
#6. Adab ketika bermain di luar
Anda sebagai perlu menetapkan peraturan buat anak anda ketika bermain di luar agar mereka tidak bermain sehingga tidak ingat dunia.
Ads
Sebagai contoh, ajar mereka untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah dan mandi setiap kali selepas bermain.
Selain itu, tetapkan waktu mereka boleh keluar bermain dengan pengawasan anda. Ini bukan sahaja akan mengajar anak anda untuk beradap, ia juga akan membentuk mereka agar berdisiplin dewasa kelak.
#7. Adab di meja makan
Bukan sahaja dari aspek perbuatan, seorang kanak-kanak juga perlu beradab ketika berada di meja makan.
Tanpa mengira siapa ada di meja makan atau jenis keraian yang sedang diraikan, anda perlu ajar mereka untuk sentiasa bersopan di meja makan.
Antara yang perlu diutamakan adalah untuk tidak bercakap semasa mulut penuh dengan makanan dan makan apabila semua sudah ada di meja makan terlebih dahulu.
Paling penting, ajar mereka untuk bercakap benda-benda baik sahaja ketika sedang makan.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi adab dengan ibu bapa serta individu lain yang anda perlu ajar kepada anak anda untuk memastikan mereka berjaya menjadi modal insan yang beradab, bersopan dan berguna kelak.
Apa yang paling penting, kekalkan semua sifat positif dan buangkan segala sikap negatif dalam diri mereka!
Selain itu, anda perlu jadi ibu bapa yang hebat kerana ibu bapa sebenarnya adalah role model yang diidolakan oleh setiap anak.
Penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman berkongsi rasa syukur dan gembira apabila anak perempuannya berjaya menggenggam segulung ijazah.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya usai kejayaan anaknya yang mesra dipanggil Alai.
Dalam hantaran tersebut, isteri kesayangan Dato’ subadron Abdul Aziz ini memuatnaik gambarnya bersama anaknya yang lengkap memakai jubah konvokesyen.
Alai berjaya menamatkan pengajiannya di Taylor’s University pada 17 Mac yang lalu. Perkongsian gambar dua beranak ini nyata meraih perhatian peminat kerana ibu dan anak kelihatan sama-sama cantik. Nampak seperti kakak dan adik sahaja puji warganet.
“Hampir 3 tahun convocation tertunda akibat pkp! Alai lepas degree! Terus dapat tawaran kerja di loreal. Bersyukur sanga, segala usaha kakwa & abg bad berhasi. Kakwa & abg bad sangat mementingkan pelajaran anak-anak. Dari kecil lagi demi masa depan mereka agar dapat pekerjaan yang baik utk menjamin masa depan.
Sebab tu kami sentiasa memantau terutama sekali bab pergaulan & disiplin anak2. Syukur dfah tamat degree dalam International bussiness marketing, kini Alai bekerja di loreal, kongsi Datin Salwa lagi yang mesra membahasakan dirinya kakWa.
Dia yang kini banyak memberi tumpuan pada famili selain lebih senang berehat & buat kerja-kerja amal. Berkongsi penjagaan kecantikan, akuinya sejak kecil lagi dia suka benda yang cantik dan bergaya.
“Kakwa memang sukakan sesuatu yang cantik & menarik sejak dari kecil lagi. Sebab arwah mak dan abah kakwa orang yang sentiasa kemas bergaya. Mak suka berdandan setiap masa. Selain itu, rumah sentiasa berkemas tak boleh berselerak. Dengan kata lain, kebersihan diri kena jaga.
“Jadi kecantikan & kebersihan diri dah sejak dari kecil lagi dah di atur hinggalah sekarang. Tak peliklah kalau kakwa tetap bergaya hingga kini. Dalam masa yang sama, kena jaga pemakanan, jaga kebersihan kulit, berjogging & bersukan… walaupun dah berusia. Itulah salwa abd rahman seadanya,” ujar Datin Salwa lagi.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 1991, Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Sulaikha dan Putera Sufrie.
Setelah peningkatan jangkitan wabak COVID-19, ramai rakyat Malaysia melahirkan rasa kebimbangan.
Virus ini tidak mungkin akan menunggu walau sesaat untuk menyerang. Ada peluang, Covid-19 akan terus berkuasa mensasarkan sesiapa sahaja yang berkenaan.
Ekoran itu, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui portal rasminya sentiasa memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pencegahan daripada jangkitan ini menular. Salah satunya perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020.
Selain itu, rakyat Malaysia juga turut diberi kesedaran bagaimana virus ini merebak. Namun, soalan ‘cepuemas’ ni sentiasa ditanya.
Menerusi laman FB seorang kakitangan Kementerian Kesihatan ini, beliau menjelaskan dengan mudah dan padu bagaimana virus ini disebarkan.
Ikuti perkongsiannya.
Gambar hiasan
“Dr, saya risau sidai baju kat ampaian nanti jiran sebelah batuk melekat kobid19”
“Dr, lepas balik pasaraya barang semua kena tinggal luar rumah 8 jam ke?”
“Dr, fon saya ni kalis air jadi kena basuh dengan sabun berapa kali sehari?”
Semua dah cuak lepas keluar pernyataan berapa lama Covid19 bertahan pada setiap permukaan yang berbeza. Sabar, tarik nafas….hembus
Walaupun dinyatakan berapa jam benda tu lekat pada permukaan, anda tak perlu panik sampai tak boleh tidur fikirkan esok nak pegang stereng macam mana lah.
Yang paling penting untuk anda ingat dan terangkan pada mereka yang kurang faham adalah :
💧 1. Covid19 menjangkiti kita dalam bentuk droplet (titisan) yang keluar masa kita batuk, bersin, selsema.
💧2. Partikel dia lepas keluar dari mulut atau hidung kita, melompat paling jauh pun 1 meter. Lebih dari itu dia akan jatuh ke bawah. Ini lah sebab nya kenapa kena jarak 1 meter setiap orang. Ini juga sebabnyatakpe sidai baju kat luar rumah.
💧3. Virus ni kena ada perumah / host / senang cerita “manusia” untuk hidup.
💧4. Bila droplet jatuh ke atas barang-barang atau tangan, dia akan bertahan sementara sebelum mati (sebab dia takde perumah melainkan anda terus pegang muka, hidung atau mata anda masa dia ada kat tangan tu).
💧 5. Cara nak matikan si Covid19 yang paling senang adalah dengan sabun tangan anda selama 20 saat. Sebab tangan anda yang transfer kan Covid19 ni dari barang-barang kepada diri anda apabila anda sentuh muka, hidung dan mulut anda.
ALERT TIGA NI
Jadi anda harus ingat TIGA sahaja :
1. Jaga jarak 1 meter supaya dia tak melompat pada anda.
2. Sentiasa cuci tangan dengan sabun supaya segala mak nenek jenis kuman termasuk Covid19 nyah dari tapak tangan anda.
3. Sumber penularan Covid19 adalah tangan dan droplet anda.
Maka, lepas beli barang, kemas dan cuci tangan anda. Pastikan siapa-siapa yang sentuh barang tu juga cuci tangan mereka. Jangan g cium plastik roti gardenia tu pulak sebab barang rare kan.
Ubah etika anda sekarang kerana hasilnya akan nampak lagi 2-3 minggu.
Kalau sekarang anda tak ikut saranan KKM mungkin sambutan Aidilfitri tahun ini hanya dengan videocall Whatsapp sahaja.
Nota kaki ❗️
– Esok hari gaji, tolong jangan berpusu-pusu g bank. Kalau anda ada jawatan dekat bank, arahkan ada gap 1 meter setiap customer. Kalau untuk yang dah berusia, anak je lah keluar ambilkan. Jangan risiko kan mereka.
– Jangan belanja sakan sangat, beli apa yang patut sebab wabah ni tak tahu sampai bila. Seriously we dont know when it will end.
#stayathome
#fromhyetobyecovid19
Semoga kita semua terus diberikan kesihatan.
Kredit: leeda Jazmir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sedia maklum diketahui ramai, selebriti dan usahawan Fizo Omar baru sahaja menimang cahaya mata kedua bersama isterinya, Fazeera Nazri pada Mei lalu.
Baru – baru ini, Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar akhirnya menamatkan pertanyaan dan persoalan peminat apabila mendedahkan nama puterinya itu kepada umum melalui postingnya di Instagram.
Menerusi perkongsian itu, Fizo memuat naik detik – detik indah dia dan keluarga kecilnya pada majlis tahnik anak keduanya itu.
Dalam majis tersebut, Fizo telah mengumumkan nama anak perempuannya iaitu Wan Umaira binti Wan Hafizol.
“Majlis tahnik puteri ketiga kami, Wan Umaira binti Wan Hafizol,” katanya ringkas menerusi keterangan postingnya.
Untuk rekod, Fizo dan isteri, Fazeera Nazri telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan dua orang puteri.
Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dan hubungannya terlerai dengan seorang usahawan jenama tudung terkenal di Malaysia. Hasil perkahwinan lepas, mereka mempunyai seorang anak bernama Wan Maryam.
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.