Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Sama juga dengan anak-anak, kalau mahukan yang terbaik dari mereka, kita sebagai ibu bapa lah yang perlu membentuk sejak dari mereka kecil lagi.
Lebih-lebih lagi dalam menjaga adab mereka. Selalunya kalau jumpa orang yang kurang dari segi adabnya atau lebih sinonim dengan kurang ajar pun kita dah tak suka, sanggup ke kita lihat anak yang kita kandung dan jaga menjadi begitu juga? Mintak jauh la nak oiii!!!
Jadi, kalau nak anak kita jauh dari segala benda negatif, masih belum terlambat untuk ibu bapa jadikan diri sendiri sebagai contoh untuk anak-anak dan terapkan beberapa adab untuk mereka ikuti dan aplikasikan dalam kehidupan mereka seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Farid dalam Hello Doktor ini.
Adab seorang anak yang ibu bapa wajib ajar!
#1. Adab meminta tolong dan berterima kasih
Ini adalah asas kepada jati diri seorang kanak-kanak yang beradab.
Ibu bapa perlu pastikan mereka sentiasa menggunakan perkataan ‘tolong’ apabila meminta sesuatu dan ‘terima kasih’ apabila menerima sesuatu daripada anda.
Tegaskan juga kepada mereka bahawa ini tidak termaktub antara dia dengan ibu bapa sahaja malahan juga kepada individu lain seperti adik-beradik, saudara-mara,rakan-rakan, guru ataupun pembantu rumah.
#2. Adab untuk tidak menyampuk
Pasti anda pernah melihat ibu bapa memarahi anak mereka kerana menyampuk ketika mereka sedang bercakap dengan individu lain bukan?
Ini kerana perbuatan menyampuk adalah biadab terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.
Jadi, ajar anak anda awal-awal lagi untuk tidak menyampuk ketika anda atau sesiapapun sedang bercakap walaupun ia ada kaitan dengan mereka.
Ads
Jika terjadi, jangan marah mereka tetapi nasihatilah mereka dengan cara baik.
#3. Adab untuk tidak mengkritik dan mengejek individu lain
Siapa sahaja yang suka akan kritikan dan ejekan bukan? Jadi, anda perlu sentiasa ajar anak anda untuk tidak mengkritik atau mengejek individu lain terutamanya perkara yang melibatkan fizikal semula jadi mereka.
Tambahan itu, kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup berbilang kaum. Jadi, sebarang kutukan berbaur rasis seperti warna kulit atau saiz mata perlu dilarang sama sekali.
Sebaliknya, ajar mereka untuk gemar memuji dan menghargai individu lain.
#4. Adab untuk berkongsi dengan anak lain
Sharing is caring. Sikap suka berkongsi adalah sesuatu yang sangat mulia. Bayangkan apabila anda melihat anak anda sanggup berkongsi permainan mereka bersama kanak-kanak yang kurang mampu.
Ads
Pasti ia akan membuat anda berasa syahdu bukan?
Seiring mereka membesar, sentiasa ajar anak anda untuk berkongsi apa yang mereka ada sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta, idea atau tenaga bersama individu lain yang kurang bernasib baik.
#5. Adab ketika bercakap di telefon
Ketika menjawab panggilan telefon, kita perlu sentiasa beradap. Mulakan dengan sapaan seperti ‘helo’ atau ‘hi’ dengan nada yang baik dan kenalkan diri anda.
Jika sedang menelefon seseorang pula, kita tidak patut bertanya siapakah individu itu.
Paling penting, gunakan kata-kata yang sopan sahaja. Ini perlu diajar kepada anak anda daripada kecil lagi agar dia terbiasa dan terus melakukannya sehingga dewasa kelak.
#6. Adab ketika bermain di luar
Anda sebagai perlu menetapkan peraturan buat anak anda ketika bermain di luar agar mereka tidak bermain sehingga tidak ingat dunia.
Ads
Sebagai contoh, ajar mereka untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah dan mandi setiap kali selepas bermain.
Selain itu, tetapkan waktu mereka boleh keluar bermain dengan pengawasan anda. Ini bukan sahaja akan mengajar anak anda untuk beradap, ia juga akan membentuk mereka agar berdisiplin dewasa kelak.
#7. Adab di meja makan
Bukan sahaja dari aspek perbuatan, seorang kanak-kanak juga perlu beradab ketika berada di meja makan.
Tanpa mengira siapa ada di meja makan atau jenis keraian yang sedang diraikan, anda perlu ajar mereka untuk sentiasa bersopan di meja makan.
Antara yang perlu diutamakan adalah untuk tidak bercakap semasa mulut penuh dengan makanan dan makan apabila semua sudah ada di meja makan terlebih dahulu.
Paling penting, ajar mereka untuk bercakap benda-benda baik sahaja ketika sedang makan.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi adab dengan ibu bapa serta individu lain yang anda perlu ajar kepada anak anda untuk memastikan mereka berjaya menjadi modal insan yang beradab, bersopan dan berguna kelak.
Apa yang paling penting, kekalkan semua sifat positif dan buangkan segala sikap negatif dalam diri mereka!
Selain itu, anda perlu jadi ibu bapa yang hebat kerana ibu bapa sebenarnya adalah role model yang diidolakan oleh setiap anak.
Betullah… Kasih ibu bawa ke Syurga, kasih ayah sepanjang masa. Pengorbanan seorang ayah bernama Basri mengundang sebak ramai bila mana kisahnya dimuat naik menerusi laman TikTok milik jafnyelias_founderbbd.
Demi membolehkan anaknya meneruskan pengajian di sekolah agama, beliau tidak memilih kerja dan sanggup menjadi tukang sapu sampah.
Biarpun gaji pokok yang diperoleh hanya sekitar RM1,500, namun bapa itu tidak mengeluh atau pun kecewa. Sebaliknya, beliau mengganggap itulah rezeki yang halal buat anak-anak dan isterinya.
“Sudah dua tahun saya melakukan pekerjaan ini. Saya tidak memilih kerja yang penting halal untuk keluarga saya terutama untuk sekolahkan anak.
“Anak saya sekolah agama, yuran sahaja RM500. Kalau saya tidak kerja, kasihan anak nak sekolah. Sebab itu saya sanggup bertungkus lumus,” katanya dalam video tersebut.
Paling memilukan tatkala mendengar kata-katanya: “Saya tidak pandai, jadi nak bagi anak saya pandai sikit.”
Lebih mengharukan, beliau juga memberitahu tentang kesanggupannya berulang-alik menaiki motosikal setiap hari sejauh 20 kilometer (km) dari rumah ke tempat kerja semata-mata mencari rezeki buat keluarga.
Sementelah isterinya tidak bekerja dan hanya menjaga dan mengambil anak sekolah sahaja.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan kagum dengan pengorbanan seorang ayah sanggup bersusah payah demi memastikan anak mendapat pendidikan yang terbaik.
Memang sebak tengok video ini, min sendiri pun menitis air mata. Terus teringat arwah abah.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan di murahkan rezeki kepada ayah-ayah di luar sana yang keluar mencari rezeki.
Sumber video: TikTok jafnyelias_founderbbd
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengemop lantai, membersihkan rumah dan segala kerja-kerja pembersihan di rumah yang dilakukan setiap hari membuatkan kaki tidak terjaga dengan baik malah kelihatan merekah.
Apa kata kekalkan kecantikan luar dan dalam anda dengan mencuba petua bagi mengatasi masalah kulit kaki merekah ini. Hanya perlukan dua bahan sahaja dan hasilnya memang mengagumkan.
Perkongsian tip dari pengguna Facebook, Nur Sumayyah ini mak-mak kena cuba. Memang cantik dan bersih!
Nak kongsi tips untuk rawat tumit kaki merekah. Kadang-kadang pakai kasut tumit tinggi nampak kaki merekah mesti kita malu kan! Jadi, jangan risau okay, yang penting anda kena rajin dan konsisten buat di rumah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Air suam
Listerine (Total Care)
Cuka epal
Span
Krim atau losyen kaki
1. Rendam kaki sekejap dalam air suam selama 5 minit.
2. Kemudian tuangkan 1-2 penutup botol Listerine ke dalam air rendaman. Boleh guna yang Total Care punya ya.
3. Letak 1-2 sudu makan cuka epal ke dalam air rendaman. Boleh guna yang mana anda suka.
4. Campurkan semua bahan ini supaya sebati dan rendam pula kaki selama 30 minit.
5. Dah selesai rendam selama 30 minit, boleh skrub kaki dengan menggunakan span kering dan lap kaki. Kemudian, boleh sapukan krim atau losyen kaki untuk melembapkan semula kaki anda.
Hasilnya, anda boleh nampak dan rasa kaki akan lembut macam kulit bayi tau!
*Pastikan buat teknik rendaman ini sebanyak 2-3 kali seminggu untuk hasil yang memuaskan.
Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, yang dilaporkan hilang selepas solat Jumaat pada 13 Januari lalu telah dijumpai selamat di stesen bas Larkin, Johor Bahru pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata ayah kepada Mohd Irfan Hakimi telah menjumpai anaknya itu pada jam 5 petang dan dibawa pulang oleh ahli keluarganya ke Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.
“Dipercayai alasan Mohd Irfan Hakimi adalah untuk menenangkan fikiran kerana dia menghadapi peperiksaan, difahamkan pelajar itu ingin pulang semula ke Kuala Lumpur untuk menaiki bas dari stesen bas berkenaan.
“Laporan polis juga telah dibuat oleh ayahnya di Balai Polis Pelabuhan Klang,” ujarnya.
Pada Khamis, media melaporkan pelajar berkenaan dikesan berada di sekitar Tampoi, Johor.
Anbalagan dilaporkan berkata, orang hilang berkenaan dikesan berada di negeri itu berdasarkan rekod transaksi kad debit miliknya.
Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran, pelajar berkenaan dilihat ada bersama seorang individu lain dipercayai rakannya.
Polis juga berjaya menemui motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaikinya yang ditinggalkan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan pada Khamis.
Sumber : Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.