Lumrah manusia takkan terlepas dari banding membanding. Betul tak?
Termasuklah dalam keluarga sendiri, dah jadi kebiasaan ibu bapa membandingkan anak dengan kanak-kanak lain, bukan? Tapi tanpa sedar, perbuatan itu sebenarnya boleh mengganggu emosi anak.
Sesetengah ibu bapa mungkin berasakan perbandingan yang dilakukan itu mungkin akan meningkatkan lagi keinginan anak untuk berjaya.
Hakikatnya, membandingkan anak dengan individu lain bukanlah cara terbaik membantu mereka memperoleh kejayaan. Sebaliknya, ia lebih banyak mendatangkan kesan negatif terutamanya melibatkan keyakinan diri dan emosi anak.
Berikut adalah 3 perkara yang perlu ibu bapa fahami:
#1 Anak miliki keunikan tersendiri
Setiap individu dilahirkan berbeza, kan? Waima, anak kembar sekalipun mempunyai keperibadian yang tersendiri.
Begitu jugalah anak anda. Mereka mempunyai keunikan dan cara pemikiran yang tersendiri.
Benarkan mereka untuk berfikir secara kritis dan membuat keputusan sendiri, tetapi dalam masa yang sama bimbing mereka untuk berada pada landasan yang betul.
#2 Anak bukan objek
Anak tidak sepatutnya dianggap sebagai objek mahupun aksesori untuk mempamerkan rasa bangga dalam lingkaran sosial ibu bapa.
Dengan membuat perbandingan, anda telah menetapkan sasaran yang tidak realistik tanpa melihat tahap kemampuan si kecil.
Ini juga dianggap cara ibu bapa mengeksploitasi anak untuk kepuasan anda sendiri sekali gus menyebabkan kekecewaan pada emosi anak dan merosakkan kehidupan mereka.
#3 Pendidikan adalah hak anak
Ads
Sekiranya anda mampu menempatkan anak di sekolah yang baik dan mahal, ia bukan sebagai bantuan yang perlu dibalas oleh anak.
Sebaliknya, pendidikan merupakan hak anak dan ia adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menyekolahkan anak.
Tujuan utama pendidikan diberikan adalah untuk anak menjadi individu bertanggungjawab dan berdikari.
Kesan negatif perbandingan kepada emosi anak
Adakalanya, tanpa sedar anda telah membandingkan anak dengan kanak-kanak lain dan menganggap ia bukanlah 1 isu besar.
Walaupun anak mungkin tampak seperti tidak kisah dengan perbandingan yang dibuat tetapi kesannya mungkin tidak dapat dilihat daripada pandangan mata kasar manusia.
Sebaliknya ia mengakibatkan kesan negatif melibatkan mental dan emosi anak, seperti:
Ads
1. Wujudkan persaingan adik-beradik
Jika anda sebagai ibu bapa membandingkan anak dengan adik-beradiknya, ia mungkin menyebabkan persaingan tidak sihat.
Lebih membimbangkan sekiranya wujud rasa dendam dan sikap agresif antara mereka.
2. Mula menjauhkan diri
Apabila anak sering dibandingkan dengan kanak-kanak lain, kaum keluarga mahupun adik-beradiknya sendiri pastinya mereka akan berasa tergugat.
Lama-kelamaan anak akan mula menjauhkan diri daripada anda dan ahli keluarganya. Ia menyebabkan wujudnya masalah tingkah laku atau menjejaskan perkembangan mereka apabila dewasa nanti.
3. Menyekat bakat
Sekiranya anak mula merasakan diri tidak dihargai apabila sering dibandingkan dengan individu lain, ia boleh mengakibatkan bakat anak tidak dapat berkembang dengan sebaiknya.
Ads
Akhirnya, ia hilang begitu saja.
4. Cenderung wujudkan rasa tidak peduli
Apabila mereka mula menyedari bahawa ada individu lain lebih dihargai orang tuanya, sudah tentu boleh menjejaskan emosi anak.
Pada akhirnya, anak mungkin berasa tidak diendahkan dan tidak akan berusaha untuk membanggakan anda.
5. Elak interaksi sosial
Anda mungkin menganggap perbandingan yang dilakukan sebagai kata-kata pembakar semangat. Sebaliknya bagi si anak, ia seperti ejekan dan sindiran yang sering diulang-ulang.
Apabila sering berdepan situasi itu, anak akan mengelakkan interaksi sosial dengan individu di sekeliling.
6. Mengurangkan keyakinan diri
Jika sebelum ini, mereka adalah anak yang periang dan berani mencuba apa sahaja, tetapi sikap tersebut mungkin akan hilang kerana telah wujud kepercayaan bahawa mereka tidak dapat melakukan apa pun dengan baik.
7. Memusnahkan harga diri
Tumbesaran anak dari sudut mental dan emosi mungkin terjejas apabila si anak mula mempercayai tidak mampu memberikan prestasi yang baik.
Lebih malang lagi apabila terpahat dalam minda mereka bahawa walau apa pun yang dilakukan, ia tetap tidak akan mampu mencapai jangkaan ibu bapanya.
Ibu bapa mana yang tak sayang anak-anak kan. Bila mana tiba tarikh istimewa baik hari lahir mahupun perkahwinan, pasti luahan ibu bapa mengundang sebak.
Bagi Achey, pelawak dan juga pelakon, kehadiran si kecil Tiara benar-benar mewarnai dunia rumahtangganya bersama Anne.
Manakan tidaknya,sudah lama pasangan ini berusaha untuk memiliki zuriat sendiri namun belum dikurniakan rezeki yang satu ini. Begitu pun mereka tidak mengeluh,sebaliknya tetap optimis dan terus berusaha.
Peluang memiliki anak akhirnya berjaya tercapai. Walaupun bukan dari darah daging sendiri, namun pasangan ini tetap sayang seperti anak sendiri.
Terbaru Achey berkongsi satu video sempena hari lahir anak angkat nya itu. Cukup menyentuh hati dengan perkongsian tersebut.
Tahun ke 3 sayang… … Semoga besar kamu menjadi insan yang baik 🤲🤲 … Ayah tak boleh nak panjang2 pasal anak… kalahhh 😭😭😭..
Perkongsian menyentuh hati itu turut mendapat reaksi ramai.
Ayah yang menginspirasikan
sharpshooter64 Anda mmg ayah yg menginspirasikan…tahniah achey..happy birthday Tiara..
hasnah.majid.775Selamat hari lahir Tiara semoga panjang umur.semoga menjadi anak yg solehah..Aamiin
ziera8889Happy born day tiara syg…❤️….aunty doakan tiara jd anak yg solehah…da besar nnty jge ayh dan ibu yee nak..ingt betapa besarnyee pengorbanan ayh dan ibu besarkn kamu yee syg…..aunty doakn kamu dari jauh yee syg….lov u tiara…..
Syurga mama & ayahnya
nur.aleeya.31105Happy birthday tiara..moga pnjg umur murah rezeki..jaga mama n ayah besar nnti
miraaniq72Selamat ulangtahun kelahiran..buat tiara…syurga mama & ayahnya…moga dirahmati Allah selalu…menjadi anak yg solehah..
mimieszakariaSelamat ulang tahun kelahiranmu yang ketiga. Moga yang indah berlaku untuk Tiara, abang dan akak
Momen paling indah bagi seorang wanita apabila bergelar ibu, segala rasa sakit mengandung dan melahirkan hilang sekelip mata usai memandang si kecil yang sudah ada di sisi.
Biarpun pelbagai dugaan dan kesakitan terpaksa diharungi namun semuanya ditempuhi dengan penuh sabar. Itulah pengalaman yang menjadi momen yang cukup berharga dan di simpan dalam lipatan memori buat selama-lamanya.
Rata-rata kaum ibu pasti akan berkongsi pengalaman melahirkan baik secara normal mahpun pembedahan. Demikian juga dengan isteri kesayangan SM Faliq Nasimuddin, Chryseis Tan yang selamat melahirkan anak sulung mereka baru-baru ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Chryseis turut memuat naik dua foto bersama suami dan anak, Arianna Kyla Tan yang baru dilahirkan untuk tatapan umum.
“Jadi, ramai yang tanya sama ada saya melahirkan anak secara normal atau C-section. Inilah pengalaman bersalin saya, Arianna merupakan bayi songsang dan cara paling selamat untuk melahirkannya adalah melalui C-section walaupun saya berharap dapat bersalin secara normal.
“Saya gementar untuk dibedah namun ia perlu dilakukan. Kami check-in ke Hospital Pantai dan esoknya saya dibawa masuk ke bilik pembedahan. Epidural dilakukan dan saya merasa kebas dari pinggang ke bawah.
“Dalam keadaan sedar saya sudah berada di dalam bilik pembedahan dengan Faliq berada di sebelah, lagu cinta klasik 70-an dimainkan dan Arianna berjaya dikeluarkan dan ditunjukkan kepada kami.
“Kepada yang bertanya adakah saya berasa sakit, saya tidak merasa sakit sehingga ke hari ini (walaupun sedikit tidak selesa bila perlu berjalan buat pertama kali selepas dibedah).
“Saya takut sebelum dibedah dan nampaknya is berjalan dengan sangat lancar. Kalau saya boleh buat, saya yakin anda semua boleh. Saya berharap pengalaman seterusnya juga akan sama seperti yang ini.
“Saya masih tak percaya saya seorang ibu sekarang tetapi inilah permulaan kepada kehidupan baru saya dan Faliq, alhamdulillah,” tulis Chryseis sebagai kapsyen.
Kesibukan waktu tidak bermaksud kita harus mengabaikan hubungan intim yang satu. Kewajipan pada pasangan dan rumah tangga harus diletakkan pada tangga utama dalam hubungan.
Pun begitu dalam mencuri waktu yang singkat, usah terlalu terburu-buru mengejar waktu untuk bersama pasangan halal kita. Biar pantas tetapi jangan terburu-buru menyudahkan kewajipan yang satu ini. Bagaimana mencuri waktu dan tip yang harus dikongsikan Sepuluh perkara ini harus diteliti.
1.Bersedia Lebih Awal
Sebaiknya dari awal lagi anda sudah berikan isyarat pada pasangan untuk ‘bersama’. Biar sama-sama bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal. Barulah lancar.
Masa
Jangan terlalu mengejar masa sampaikan anda terburu-buru untuk sudahkan aksinya. Jika diganggu dengan masa, sebaiknya selesai sahaja apabila segala urusan telah selesai.
Foreplay Ringkas
Jangan abaikan aktiviti pemanasan ini kerana ia wajib bagi menghangatkan suasana dan mood. Pendekkan tempohnya namun biar tepat sasarannya. Jangan abaikan titik pusat paling disukai pasangan.
Rancang Jadual Anak
Alasan utama untuk memilih jalan pantas biasanya disebabkan oleh gangguan anak-anak. Bila anak sudah mula nyenyak, jangan buang masa, fokuskan pada pasangan. Jimatkan masa yang ada. Rancang jadual anak dan anda sebaiknya.
Jangan Gopoh
Ingat jangan terburu-buru. Beri masa pada isteri untuk merasai setiap sentuhan suami. Perlahan tetapi berikan yang terbaik.
Set Minda
Suami isteri harus set minda masing-masing untuk bersama dalam masa yang cukup pantas. Perlu lebih fokus untuk mencapai kepuasan bersama. Jangan lengahkan masa.
Waktu Pagi
Sebaiknya waktu pagi adalah waktu paling tepat untuk anda dan pasangan lebih fokus ketika bersama. Tak perlukan waktu yang panjang, bila sama-sama mula fokus dan ghairah.
Bajet Masa
Cukup hanya 15 hingga 30 minit sahaja, aktiviti pemanasan hingga seterusnya menjadi cukup bermakna pada anda dan pasangan. Namun pastikan sama-sama harus memberi komitmen yang sebaiknya. Kena sama-sama usaha.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di