Kematian mengejut selepas bersalin pernah menggemparkan kita satu ketika dulu. Tak diketahui punca dan sakit yang dialami, wanita selepas berpantang harus menjaga diri dari terus melakukan aktiviti seperti sediakala. Beri ruang untuk tubuh berehat seketika
sepanjang tempoh ini.
Sebagai wanita, amalan berpantang perlu menjadi tunjang utama yang perlu dipatuhi oleh semua wanita. Jangan sekali-kali pandang mudah akan soal ini. Pesan orang-orang tua supaya berpantang dengan betul jangan disangkal. Ramai wanita muda selalu mempersoalkan kenapa dan mengapa sesuatu perkara itu tidak boleh dilakukan ketika berpantang.
Jangan banyak soal dan ikutlah sahaja teknik berpantang yang betul. Bukalah minda anda dan ketahui bahawa setiap yang diajarkan oleh nenek-nenek kita ada banyak sebab dan alasannya. Bukan sekadar suka-suka dibuatuntuk semua wanita.
Ada wanita yang mengalami bentan di sebabkan banyak perkara. Ada kalanya pemakanan yang salah juga menjadi salah satu punca. Bentan bermaksud sakit semula selepas hampir sembuh. Apabila ini berlaku, ramai wanita panik dan tidak tahu cara terbaik untuk
memulihkannya.
Azyan Health & Beauty, berkongsi petua bagi merawat masalah bentan ini di facebooknya. Sangat mudah dibuat sendiri dan mujarab untuk sembuh semula. Kena cuba.
Ads
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih panas (yang dimasak lembik)
Bawang putih
Caranya:
1. Caranya amatlah mudah iaitu dengan membakar bawang putih di atas api kecil.
2. Jangan sampai bawang putih hangus, sebaliknya biarkan panas dan sedikit garing.
Ads
3. Apabila bawang putih masak, kepalkan bawang putih ini ke dalam nasi panas yang lembik.
4. Kepalkan menjadi seperti bebola nasi dan makan seperti biasa.
Ads
5. Sebelum makan, bacalah bismillah dan berselawat sebanyak tiga kali. Amalkan pemakanan ini dan insyaallah badan akan pulih seperti sediakala dengan izin Allah.
Jika badan terasa seram sejuk atau hendak demam, cepat-cepat amalkan pemakanan ini. Usaha sesungguhnya lebih baik daripada membiarkan tubuh jadi melarat. Wanita kena sentiasa berjaga-jaga!
Sumber: Azyan Health & Beauty
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon Mia Ahmad berkongsi cerita menyertai kelas membaca al-Quran bersama suaminya Mohd Izham Tarmizi.
Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Hati Perempuan ini memberitahu, mereka mula memasuki kelas mengaji sejak dua tahun lalu.
Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi bersyukur dan gembira apabila dia dan suami kini sudah mampu membaca al-Quran.
“Dua tahun yang lalu, selepas saya dan suami sama-sama mempelajari kelas al-Quran. Post ini bukan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan ya tapi hanya kongsi perjalanan kami bersama sempena bulan al- Quran ini.
“Dan juga sebagai menghargai @kopiah_afik_ni dalam kesabaran dia mengajar kami. Terima Kasih ustaz. Saya juga hanya nak kongsi tak pernah saya bayangkan kami akan ada momen berdua belajar al-Quran bersama.
“Walaupun dah boleh baca, kami mula dari iqra tau sebab tahu masih merangkak-rangkak nak membaca. Saya ni mudah terhibur jadi selalu la rasa nak tergelak bila turn suami baca,” kongsi Mia lagi.
Mia memuatnaik video di Instagram miliknya pada Rabu yang memperlihatkan suaminya sedang belajar membaca al-Quran dengan ustaz secara maya.
Dalam pada itu, dia menganggap pembelajarannya membaca al-Quran bersama suami merupakan kenangan yang paling indah dalam perkahwinan mereka.
“Yang pasti ni la memori paling terindah dalam perkahwinan kami. Ya saya tahu hangpa tak mahu tahu pun. Hanya kongsi, harap dapat beri inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk sama-sama kita menuju Jannatul Firdausi.
“Saya doakan kita semua dapat menjadi orang yang baru dan orang yang lebih baik selepas bulan Ramadhan ni Insya-Allah,” ujarnya.
Begitupun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menegaskan perkongsian tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk ibadah yang mereka lakukan.
Sebaliknya, dia berharap perkongsiannya itu juga dapat memberikan inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk bersama-sama menjadi orang yang lebih baik selepas Ramadan.
Untuk rekod, Mia mendirikan rumahtangga dengan Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sayf Issa, 4 dan Iris yang kini berusia dua tahun.
Pernah tak alami situasi ini apabila, anak-anak sedang bergaduh. Adakah kita perlu marah abang atau anak yang kecil. Ini satu tips yang dikongsi oleh seorang Ustaz.
Ikuti selanjutnya perkongsian bermanfaat ini untuk memastikan kita mendidik anak dengan cara yang betul.
Dulu semasa saya kecil, saya selalu bergaduh dengan abang saya nombor lima. Macam anjing dengan kucing, ibaratnya. Hehe! Tetapi ibu saya selalu menangkan abang. Ibu marah dan rotan saya.
Pernah sekali saya mencarut, keluar perkataan bukan-bukan (semoga Allah maafkan saya), abang-abang pun apa lagi, tangkap dan ibu ambil cili dan cilikan mulut saya. Pergh! Rasa 2 inci tebal mulut ini. Padahal itu salah abang saya, bukan salah saya. Saya rasalah. Hehe!
Satu hari, saya duduk dalam satu ceramah parenting daripada seorang ustaz ini.
“Kalau anak kita bergaduh yang kecil dan besar, jangan marahkan yang besar sebab dia dah besar.
Malu dia depan adik dia bila dia kena marah. Tapi marahkan yang adik. Bila abang tengok adik dia kena marah, si abang akan rasa kasihan pada adiknya,” katanya.
Saya terus terfikir. MasyaAllah, ibu saya tak pernah pun pergi ceramah parenting seperti ini, saya rasa. Atok-atok nenek kita tak pernah pun pergi kursus bagai. Tetapi cara didikan mereka itulah yang menyebabkan kita menjadi ‘manusia’ hari ini. MasyaAllah.
Ada seornag cikgu ini memberitahu saya satu lagi ilmu, macam mana nak beri anak-anak kita berkasih sayang. Rupa-rupanya dari kecil lagi kita perlu melatih mereka memberi hadiah sesama dia.
“Akak, ini hadiah adik bagi. Akak cakap akak sayang adik,”
Kadang-kadang beritahu juga pada kakak,
“Adik, ini kakak ada bagi hadiah,”
Sebenarnya kita yang beri hadiah itu tetapi gunakan nama anak-anak kita yang bagi. Nanti mereka sayang antara mereka.
Tetapi sedih bila melihat situasi hari ini. Kadang-kadang bila pergi shopping dengan wife, ternampak gelagat mak dan ayah marah anak mereka di depan orang ramai. Cubit, lempang anak di depan anak-anak yang lain. Baru saya faham sebenarnya setiap anak ini ada maruah masing-masing. Jangan jatuhkan air muka anak kita di depan anak-anak yang lain supayah mereka saling sayang menyayangi dan hormat menghormati.
Sebab itu kadang-kadang saya ditanya, “Anak saya ini makin besar, makin tak nak ikut kami pergi ke mana-mana ustaz. Budak-budak sekarang..”
Bagi saya, sama saja budak sekarang dengan budak dulu. Tetapi bagaimana cara kita mendidik dan suasana yang kita wujudkan di rumah dan di tempat dia belajar.
Anak-anak hari ini lebih suka duduk dengan kawan-kawan mereka sebab kawan-kawan lebih pandai menghargai dirinya berbanding kita ibu bapa menghargai anak kita. Kita lebih suka bercakap dengan telefon dan senyum pada telefon berbanding senyum dan bercakap dengan anak-anak kita.
“Ya Allah, ampuni kami. Semua salah saya,”
Saya pernah dikongsi satu orang pakcik. Dia suami kepada cikgu kima saya dulu, Cikgu Joned Badar. Pakcik Mus ada 11 orang anak lelaki dan semua berjaya dengan bermacam-macam profession. MasyaAllah. Masa kecil, anak-anak mereka ini kalau datang beraya, habis rumah orang dikerjakan. Pecah sana sini, tuan rumah berbulu je tengok. Tetapi pakcik Mus akan bawa anak dia yang buat salah tadi masuk kereta, bawa pusing-pusing makan aiskrim. Selepas habis makan, dia akan marah dan nasihat anak dia dalam kereta seorang-seorang. Bukan di hadapan anak-anak yang lain. MasyaAllah. Banyak yang saya belajar dengan pakcik Mus.
Kadang-kadang perasan tak, kita kata pada anak kita.
“Ibu nak Ahmad balik sebelum jam 6.30 petang!”
Bila dia balik lewat, kita marah, tengking dan pukul mereka. Tetapi ada masa dia balik lebih awal dari jam 6.30 petang, kita terlupa nak menghargai dia.
“Bagus anak ibu, balik awal. Anak soleh betul,”
Kadang-kadang kita kedekut nak memuji anak kita. Kita lebih suka melihat kebaikan anak orang lain, puji anak orang lain berbanding memuji darah daging kita sendiri.
Ya Allah Tuhan kami, maafkan kami. Kami bodoh, tak pandai menjadi ibu dan bapa, abaikan tanggungjawab kami untuk mendidik anak kami dengan cara sunnah. Kami tak kenalkan mereka dengan Mu dan Nabi SAW. Maafkan kami ya Allah. Kami lebih sibuk dengan dunia kami, harta kami berbanding mendidik anak-anak kami menjadi seperti sahabah rhum.
Ya Allah, ajarlah kami menjadi ibu bapa seperti sahabah rhum. Wahai Allah Tuhan kami, janganlah jadikan anak-anak kami sebagai penghalang pada kami untuk masuk syurgaMu. Amin. – Ustaz Khailil Razak | Dr Zubaidi
Credit: Penmerah via Kids Wear by Darwish Rich Design
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Minggu ini ramai ibu bapa yang memuat naik kisah anak di dalam sesi orientasi sebelum memulakan persekolahan minggu depan.
Baik orang biasa mahupun selebriti, pasti tak sabar kan. Termasuklah juga penyanyi Misha Omar.
Rupa-rupanya, anak sulung beliau , Muhammad Adam Emir bakal memulakan alam persekolahan di tingkatan satu minggu depan.
Justeru, menerusi laman instagramnya, penyanyi Sampai Bila ini turut memuat naik sekeping gambar si suaminya sedang mengikat tali kasut anak mereka.
“Orientasi Muhammad Adam Emir di sekolah menengah..Harini from top to toe Abah yang siapkan Adam…
“Bergenang airmata Ibu tgk scene depa berdua pagi ni bila Adam belum pandai ikat tali kasut sendiri…. Terima kasih, Abah,” tulis Misha di kapsyennya.
Walaupun bakal memasuki tingkatan satu, anak Misha ini rupanya masih belum pandai mengikat tali kasut. Nampak lucu manakala si ayah sporting betul tolong ikatkan.misha
gambar tersebut turut mendapat respond dari peminat Misha yang memuji anak pemyanyi itu sudah besar dan mendoakan keluarga ini agar terus kekal bahagia.
Malah ada yang berkongsi cerita anak mereka yang sama seperti anak Misha, tidak pandai ikat tali kasut sendiri.