Perkongsian video pempengaruh Duriankimchi, Maryam You Narae yang berada di dalam penerbangan bersama suami dan anaknya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, menerusi perkongsian itu, Maryam merakamkan penghargaan buat suaminya yang mengutamakan keselesaan dirinya yang sarat hamil.
Maryam dilihat duduk di kerusi yang disebelahnya kosong kerana turut dibeli oleh suaminya bagi membolehkan dia selesa sepanjang penerbangan itu.
Ads
Bukan itu sahaja bahkan anak sulung pasangan ini, Rina juga turut dijaga oleh Ryzal sepanjang penerbangan itu.
“Senarai semak suami terbaik ✅
• Tempah tempat duduk tambahan untuk isterinya yang hamil 8 bulan • Menjaga si kecil kami sepanjang penerbangan • Beri saya hadiah rehat yang manis, tanpa gangguan 🎁
Ads
“Terima kasih, perjalanan yang paling selesa. Sayang awak ❤️ @ryzalibrhm,” tulis Maryam berkongsi penghargaan buat suaminya.
Maryam bukan sahaja dapat duduk dengan selesa bahkan dapat berehat hingga sampai ke destinasi mereka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut setia Maryam turut memuji Ryzal sebagai suami yang cukup prihatin dan penyayang. Apatah lagi memberi peluang isterinya berehat dan duduk selesa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjalani kehidupan rumah tangga, sedar atau tidak biasanya kita sebagai isteri mudah sangat berasa risau kalau nampak keperluan rumah tidak mencukupi, makan pakai anak tidak sempurna berbanding jika orang lelaki nampak lebih tenang berdepan dengan situasi-situasi tersebut.
Hal ini turut dikongsikan di fb dan sewajarnya suami perlu ambil langkah segera untuk tenangkan isteri dan apa pula tindakan seterusnya yang perlu dilakukan oleh suami. Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
Dalam rumahtangga, yang paling risau tentang semua sewa, bil api air, yuran tuisyen, barang dapur, barang mandi, semua isteri!
Dia takkan tenang dengan melihat telur yang tinggal 2 biji, sardin tinggal 1 tin kecil, beras segenggam tabah, ayam tinggal hati dan kaki.
Jadi, kalau isteri tak tenang dan selalu membebel tentang hal ni, tenang bro!
Tenang ok?
Jangan tendang kerusi lepas tu blah lepak mamak, Jangan marah anak-anak yang tak tahu apa-apa, Jangan juga sepak kaki kawan masa lawan futsal waktu maghrib.
Dalam ujian yang berat dan semakin menaik ni, suami dan isteri perlu selalu bertenang. Kalau sorang hangin, sorang lagi kena dingin. Sorang panas, sorang lagi kena mengawal supaya tak rimas.
Pelan-pelan pegang tangan isteri, ajak dia duduk. Buatkan air pearl cafe, kalau takde, gi beli kat kedai runcit 1.30 sepeket. Kita minum air kosong dah la kalau bajet takde.
Cerita Allah, cerita syukur. Cerita kita ni bahagia masih bersama. Cerita walau pun perit dan sakit, kita ada rumah. Ada kereta, ada motor, ada basikal. Anak-anak sihat. Kita pun sihat. Cuit sikit peha isteri, awak pun cantik je selalu. Lawak la skit. Jangan macam ceramah sangat.
Isteri akan diam. Dia diam je. Takpe, masa tu ajak isteri naik atas rehat. Baringkan dia. Tenangkan dia.
Ajarkan isteri doa ini. Dan kita doakan bersama. Pegang dada isteri,
‘Jadikan hati kami seperti hati wali-wali Allah, yang tak pernah takut dan bimbang dengan hal-hal dunia’.
Lepas isteri tidur, giliran kita bro. Ni part kita.
Bercakaplah dengan Allah. Cakap kita ni suami, kena kuat. Goyang juga tengok Maybank2U ada sepuluh ringgit berbaki. Ngeri rasa.
Luahkan semua pada Allah. Susun strategi. Esok apa kerja boleh buat. Atau esok niat nak buat baik banyak-banyak. Kalau manusia terhibur dengan kita, Allah akan hiburkan kita pula.
Kesusahan itu perlu. Untuk kita dapat rasa hamba. Untuk kita merendah diri.
Biar kita begini hidupnya, tapi kita bahagia bro. Selalu ajak isteri ingatlah Allah.
Selalu ajak anak isteri solat awal, buat baik banyak-banyak, utamakan keluarga dalam segala hal, kurangkan bergaduh dan bertekak, saling berlapang dada. Selamat berjuang Bro!
Jadi suami, baru tahu kenapa Tuhan cipta kita jadi lelaki.
Bila ditanya tentang perbezaan menjaga dan mengasuh anak lelaki dan anak perempuan, rata-rata ada pengalaman menarik ingin dikongsi.
Ada yang kata, jaga anak perempuan lebih senang. Maklumlah biasanya anak perempuan lebih dilihat mendengar kata, tidak lasak dan baik.
Berbanding anak lelaki, ibu bapa sering merasakan anak lelaki lebih lasak dan buas sikapnya, kadang-kadang sukar untuk dikawal. Ini menjadikan ibu bapa terkadang hilang sabar dalam mendidik anak lelaki. Jika silap percaturan, bahaya padahnya!
Oleh itu dalam membesarkan anak lelaki, kita sebagai orang tua perlulah tahu caranya. Ini penting agar bila anak lelaki sudah besar tidak pula jadi besar kepala. Nak tahu apa caranya, jom semak catatan yang ditulis oleh Taufiq Razif di dalam fbnya.
[su_highlight background=”#c0def9″ color=”#d41929″]Cara Didik Anak Lelaki[/su_highlight]
Sumber : Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam usaha mendidik anak ibu bapa sepatutnya mempunyai amalan asuhan yang terbaik untuk mengenali potensi anak-anak dan seterusnya mengembangkannya pada masa hadapan.
Asuhan dan didikan berdasarkan potensi anak-anak inilah yang boleh menjadikan anak-anak genius dalam bidang tertentu. Namun adakah ibu bapa tahu bagaimana melatih anak itu berfikir seterunya menjadikan anak seorang itu genius.
Ikuti nasihat daripada DR ROZIETA SHAARY, Pakar keluarga dan kasih sayang atau dikenali sebagai ibu rose untuk membantu ibu bapa mengetahui amalan-amalan untuk mendidik anak menjadi seorang genius.
1.Didik anak nilai simpati
Apabila ibu bapa mendidik anak untuk menjadi seorang yang mempunyai sikap simpati dalam diri, ini bermakna telah merangsang daya pemikiran EQ atau kecerdasan emosional dalam diDidikri anaknya. Ia adalah asas untuk kekuatan intelektual. Apabila anak dibentuk menggunakan pendekatan ini, ia akan menyebabkan anak itu berfikir untuk melakukan sesuatu atas sebab yang lebih besar untuk memberikan kebaikkan kepada orang lain , bukannya utk dirinya. Ia juga mendidik anak ini menjadi seorang yang tidak pentingkan diri tetapi menjadikan dirinya untuk kepentingan orang lain. Malah Islam dalam pengajarannya menggalakkan setiap manusia untuk memikirkan orang lain. Apabila mempunyai emosi positif seperti ini, ia akan mengeluarkan endorfin yang membuatkan perasaan akan menjadi lebih tenang dan positif yang sekali gus memberi kekuatan dalaman untuk berfikir dengan lebih luas.
2.Biarkan anak berdikari
Kepentingan anak-anak berdikari memang di ketahui ramai ibu bapa. Berdikari adalah pendekatan perlakuan untuk membantu anak itu mampu melakukannya atau tidak. Ia melatih anak itu mempunyai perasaan bertanggungjawab dan bukannya kepada sikap pergantungan kepada ibu bapa. Bagaimanapun, perlu diteliti kepada usia anak itu terutama anak yang masih kecil. Oleh itu, ibu bapa perlu melihat kepada kemampuan anak itu untuk mencuba melakukannya. Jika anak itu ingin mencuba biarkan anak melakukannya asalkan mengikut kemampuannya. Apa yang berlaku apabila seorang anak itu , berasa dirinya mampu melakukan, ia akan menimbulkan rasa yakin diri dan rasa dirinya dihargai. Anak yang dilatih berdikari akan menjadi orang yang kuat jiwanya dan dapat menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan suasana dan tempat. Inilah cara membantu anak berakhlak mulia dan mempunyai emosi postif sekali gus merangsang kecerdasan mindanya.
Sebagai ibu bapa, kita perlu menghargai anak apabila mereka memberi pendapat. Apabila anak memberi pendapat, tidak bermakna dia melawan. Misalnya, ibu memberi arahan, “Pergi basuh kasut.” Anak berjawab, “ Mak boleh tak basuh kemudian.” Namun sikap segelintir ibu bapa beranggapan percakapan sebegitu sebagai ‘melawan’. Oleh itu, anda perlu faham apa yang dikatakan melawan atau apa yang dikatakan memberi pendapat. Ia adalah dua perkara yang berbeza. Apa yang kita nak didik anak ialah perlu diberi peluang untuk memberikan pendapat secara berhemah dan bagaimana hendak memberi pendapat secara sopan. Biasanya anak-anak akan marah apabila tidak diberi peluang untuk bercakap. Seharusnya ibu bapa menjelaskan dengan berkata, “Nanti adik, mama sedang dengar, tak perlu tinggikan suara. Mama hargai pendapat adik”. Jadi anak akan bercakap sopan apabila memberi pendapat, bukannya secara tengking atau melawan ibu bapa. Kebiasannya anak-anak berusia enam tahun sudah mulai menunjukkan sikap sebegini kerana mereka mulai mempunyai sifat ingin tahu yang tingggi dan berkebolehan berdikari.
Merangsang pemikiran anak melalui penjelasan yang berkaitan dengan diri anak. Penjelasan ini akan mengajar anak untuk berfikir sebab dan kesannya. Misalnya , jika anak sudah berpakaian cantik dan kemas, tetapi meminta kebenaran untuk bermain diluar rumah. Ibu bapa perlu menjelaskan bahawa dengan cara bermain diluar akan memberi kesan kotoran pada baju dan akan memberi tekanan kepada anak dan anda sendiri. Apa yang perlu ibu bapa didik kepada anak adalah memberi peluang kepada anak untuk faham situasi ini. Didik anak dengan komunikasi yang jelas supaya anak dapat berfikir, bukannya hanya mengikut kehendak anak semata-mata. Cara ini membantu anak untuk belajar membuat pertimbangan dan berdikari. Malah secara tidak langsung anak boleh berfikir dan mengetahui apa kesannya jika melakukan sebarang tindakan.
Setiap ibu bapa yang inginkan anak sempurna dan genius. Namun kita sepatutnya membuat anggapan sebegitu untuk anak. Ini kerana peranan kita sebagai ibu bapa belum tentu menjamin sempurna. Setiap anak mempunyai kekurangan dan kelebihan. Mungkin ada anak yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi berjaya dalam bidang yang lain. Kebolehan dan potensi anak adalah berbeza. Jangan membandingkan setiap anak. Setiap anak yang dilahirkan mempunyai ptotensi diri yang harus ibu bapa gilap. Apa yang paling utama, bimbingan ibu bapa terhadap potensi anak-anak agar dikembangkan secara optimum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
JKM kesan waris tiga beradik yang berada di bawah perlindungan sejak 2023. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi JKM bagi membantu proses penilaian dan kebajikan kanak-kanak tersebut.