Suatu ketika dahulu, nama Ainul Mardhiah menjadi sebutan rakyat Malaysia apabila pada usia lapan bulan telah menderita kanser ‘germ cell tumor’ di bahagian mulut.

Pembedahan yang dilakukan pada pertengahan tahun 2019 telah mengharukan rakyat Malaysia apabila sepasukan doktor pakar di United Kingdom berjaya melakukan pembedahan membuang tumor seberat 200gm dari mulutnya.

Menerusi perkongsian terbaharu, Ahmad Safiuddin berkongsi mengenai perkembangan terkini anak sulungya mengenai komplikasi selepas major operation sehingga mengakibatkan wajah sebelah kanan tidak dapat digerakan.

Menurut Ahmad Safiuddin lagi, jika tiada perubahan setelah anaknya berusia 12 tahun, pembedahan plastik perlu dilakukan agar anaknya dapat bercakap dengan sempurna.

Saya nak share sedikit tentang kesan/komplikasi selepas major operation Ainul di Great Ormond Street Hospital dahulu. Jika kita perhatikan muka Ainul, kita akan nampak bengkak disebelah kanan pipinya.

Muka Sebelah Kanan Tak Bergerak, Ayah Ainul Mardhiah Rujuk Pakar Bedah Plastik. Warganet Titip Doa.

Saya rasa, hanya ini sahaja komplikasi pembedahan di UK dahulu. Muka Ainul di sebelah kanannya tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan saraf-saraf di muka kanannya tidak dapat disambung semula.

Saraf-sarafnya ketika itu memang sangat halus. Umurnya pada waktu itu baru 8 bulan. Jadi memang agak mustahil Pakar dapat sambungkannya sama seperti asal. Dan memang itu lah komplikasinya, Jawab Pakar.

IKLAN

Ainul tidak dapat gerakkan muka disebelah kanannya. Jika Ainul senyum atau ketawa, kita boleh lihat pipi disebelah kanannya tidak dapat digerakkan (mimik muka). Hanya di sebelah kiri mukanya sahaja berfungsi dengan baik.

Muka Sebelah Kanan Tak Bergerak, Ayah Ainul Mardhiah Rujuk Pakar Bedah Plastik. Warganet Titip Doa.

Begitu juga ketika Ainul menangis. Kebiasaannya jika kita menangis, mata akan tertutup rapat. Tapi apabila Ainul menangis, hanya mata kirinya sahaja dapat ditutup rapat. Mata kanannya pula akan terbuka. Tapi alhamdulillah, ketika tidurnya, matanya kedua-dua belah dapat ditutup rapat. Ini pun cukup syukur!

BAKAL RUJUK PAKAR PLASTIK 

IKLAN

Kalau dulu selepas pembedahan, memang nampak bengkak disebelah muka kanannya. Sekarang ini alhamdulillah, nampak sedikit surut. Much better berbanding dahulu.

Tapi apa pun, kami tetap bersyukur dan ini hanyalah masalah kecil. InshaAllah nanti bila Ainul dah besar, kami akan rujuk Pakar Plastik untuk buat reconstruction (Jika perlu).

Sebenarnya sebulan yang lepas kami memang sudah jumpa Pakar Plastik berkenaan saraf mukanya yang damage ni, Pakar Nasihat Ainul ini masih kecil. Budak kecil ni sel-sel dan saraf-sarafnya akan tumbuh baru setiap hari.

Jadi, berkemungkinan muka disebelah kanan Ainul boleh pulih sendiri. Mungkin. Sebab kanak-kanak bukan seperti orang dewasa. Kanak-kanak punya recovery sangat pantas.

IKLAN

Tapi andai kata bila sudah besar nanti, keadaan muka kanannya masih sama, Pembedahan Plastik boleh dilakukan. Tapi, bukan lah dalam masa yang terdekat. Mungkin tunggu Ainul 12 tahun dan ke atas. Tapi jika perkara ini mengganggu proses percakapannya, pembelajarannya, pemakanannya, mungkin pembedahan akan diawalkan.

Muka Sebelah Kanan Tak Bergerak, Ayah Ainul Mardhiah Rujuk Pakar Bedah Plastik. Warganet Titip Doa.

Pakar menasihati, Biar lah Ainul main dulu. Dia dah banyak struggle pada awal kelahirannya. Biar Ainul rehat. Asalkan dia aktif, dia boleh makan, boleh bermain, leave her alone. Ainul perlu ruang setelah banyak melalui procedure procedure besar sebelum ini.

Bab muka Ainul ini minor sahaja. InshaAllah boleh dibaiki apabila besar nanti.

Pada kami, perkembangan Ainul yang sekarang sudah cukup berharga. Jauh beza dengan keadaannya dahulu. Alhamdulillah. Nikmat ini pun sudah membuatkan kami rasa syukur.

Yang lain-lain itu, biar lah masa yang menentukan. Biarpun rawatannya mengambil masa yang lama, itu tidak mengapa. Asalkan Puteri kami ini kekal sihat dan ceria seperti kanak-kanak yang lain

Sumber: Ahmad Safiuddin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI