Pada zaman sekarang, ramai isteri yang bekerja malah ada yang membuat extra kerja demi untuk mendapatkan pendapatan sampingan untuk menampung keperluan keluarga.
Jika dulu, isteri bekerja untuk membantu suami namun kini sudah lain jadinya. Ramai lelaki yang memilih untuk duduk di rumah dan hanya bekerja sambilan tanpa berusaha mendapat pekerjaan tetap.
Namun bagaimana dari segi hukum jika si isteri yang membayarkan zakat fitrah bagi suami yang tidak bekerja juga seisi keluarga. Ikuti penjelasan dari Mufti Selangor berhubung perkara ini.
Soalnya, bolehkah wanita seperti ini membayar zakat fitrah buat sang suami? Untuk menjawab persoalan tersebut, Mufti Selangor ada berkongsikan berkenaan penjelasannya. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti jawapannya seperti berikut:
Ads
Kewajipan membayar zakat fitrah isteri dan anak-anak adalah terletak kepada suami. Seandainya suami tidak berkemampuan, maka isteri dan anak-anak tidak diwajibkan membayar zakat fitrah walaupun isteri berkemampuan. Tidak menjadi kewajipan kepada isteri untuk membayar zakat fitrah bagi dirinya mahupun bagi suaminya sekiranya suami tidak berkemampuan. Tidak sah bagi isteri membayar sendiri zakat fitrahnya melainkan dengan keizinan suami. Tanpa keizinan suami, wang yang dikeluarkan oleh isteri dianggap sebagai sedekah biasa dan bukan zakat fitrah. Walau bagaimanapun, diharuskan kepada isteri yang berkemampuan untuk bersedekah atau menghadiahkan wang kepada suami agar suaminya mampu untuk membayar zakat diri, isteri dan anak-anaknya.
Zakat fitrah ini sebenarnya adalah sedekah yang wajib dikeluarkan oleh semua umat Islam yang cukup syaratnya. Ianya wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Zakat fitrah ini adalah bertujuan untuk memberi makanan kepada orang miskin dan mencukupkan keperluan serta permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).
Kita selalu mendengar peribahasa ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’, namun andai ditanya pada diri kita sendiri, apakah usaha atau langkah yang kita lakukan sebagai seorang isteri untuk tujuan itu bagi mendepani waktu akan datang?
Hal ini telah menarik perhatian Encik Shamsuddin Kadir berkongsi tip untuk dipraktikan oleh wanita bergelar isteri yang berkerja.
Nak tahu detail jom baca sepenuhnya.
Bismillah. Tip untuk wanita yang bergelar isteri yang bekerjaya.
Sediakan Payung Sebelum Hujan.
Bagi mengelakkan kejadian yang membuatkan kita tertekan, sakit jiwa, beremosi yang melampau, sedih yang berpanjangan, mengamuk dan menyesal, tip di bawah ini In Syaa Allah menjaga ketenangan hidup walaupun dilanda tsunami yang jauh lebih teruk berbanding hujan.
1. Jangan ambil sebarang pinjaman peribadi.
2. Jangan ambil pinjaman peribadi untuk diberi kepada suami bagi memulakan bisnes sendiri ataupun perlaburan
3. Jangan ambil pinjaman kereta melebih dari 5 tahun dalam jumlah yang kita mampu bayar sendiri dengan wang gaji kita sebagai isteri.
4. Jangan ada hutang kad kredit. Kepada yang takut, lebih baik tiada kad kredit.
5. Perlu ada rumah sendiri, sama ada flat ataupun apartmen yang dibeli atas nama sendiri.
6. Jangan belanja lebih dari 60% wang gaji untuk ansuran dan kos sara hidup.
Kerana apabila cikpuan-cikpuan ditinggalkan suami, diceraikan, ataupun suami mati antara individu yang paling derita adalah saya. Ini kerana saya sudah tidak sanggup lagi menjadi tempat ‘Luahan kasih’ kerana saya terlampau simpati. Terlalu banyak kes seperti ini berlaku hampir setiap masa.
Kita ada pilihan untuk memastikan ianya tidak terjadi dalam hidup kita, peristiwa kesilapan menguruskan wang dan hutang.
Saya pernah terbaca kata-kata di bawah ini.
Masa mula berkahwin, suami berkata “You jump I jump”
Selepas berkahwin, suami berkata “I run, you kena tanggung hutang I”
Perkataan suami itu bukannya mewakili semua lelaki.
Semalam, Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat menimang cahaya mata ketujuh mereka di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor.
Berita baik itu dikongsikan oleh beliau menerusi hantaran di platform Instagram miliknya dengan menyatakan anaknya yang merupakan bayi lelaki comel tersebut dalam keadaan sihat.
Dr Sheikh Muszaphar berkata, dia bersyukur kerana proses melahirkan bayi lelaki seberat 2.98 kilogram dipermudahkan dan kedua-duanya berada dalam keadaan selamat.
“Bayi lelaki, lahir hari ini, 12 Julai 2023, berat 2.98 kg, panjang bayi 51 cm dan berambut lebat,” tulisnya.
Beliau juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas kiriman doa mempermudahkan urusan isterinya melahirkan anak lelaki yang keempat ini.
Dalam pada itu, di laman Instagram Dr Halina pagi ini berkongsi gambar OOTDnya selepas 15 jam bertarung nyawa bersalin. Dia yang memakai pakaian hospital dan berkain batik itu manis tersenyum di dalam gambar berceritakan tentang perkembangan dirinya dan bayi di ruangan kapsyen.
“OOTD 15hrs post LSCS. Hosp gown, kain batik and handbag courtesy of PCA pethidine 😆 Urinary catheter dah cabut and I need to mobilize myself. Our baby boy is pretty good at latching, alhamdulillah.. Here we go again, another round of breastfeeding.. thank you for all your kind wishes! Thank you, S for being there for me. Thank you Allah, alhamdulillah for this opportunity..” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji Dr Halina sebagai ibu hebat dan mendoakan yang baik-baik untuk ibu itu. Malah, ada juga di kalangan pengikutnya yang turut memuji wajah berseri Dr Halina meskipun selepas melahirkan anak.
Sekadar info, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Pasangan itu kemudiannya dikurniakan enam anak iaitu Sophea Isabella, 10; Sophea Natasha, 8; kembar lelaki berusia empat tahun iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia dilahirkan pada November 2020.
Sumber: Instagram drsheikhmuszaphar, Dr Halina
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya cukup perit untuk diterima. Apatah lagi pemergiannya secara drastik, membuatkan hati menjadi rawan. Kepiluan usah ditanya, hnaya Tuhan yang tahu perasaan itu.
Bagi Farhana Johari, kembalinya allahyarham suami, Zakaria Bin Ismail kerahmatullah ibarat separuh jiwanya pergi. Rindu yang tiada berperhujung, yang hanya mampu kini adalah dititipkan doa buat arwah suaminya.
Arwah Zakaria meninggal dunia akibat denggi. Ikuti luahan hati Farhana Johari usai pemergian suaminya. Cukup sebak apabila membacanya. Semoga Farhana tabah menghadapi dugaan ini dan kuat demi anak-anak tersayang.
Al-Fatihah ayah… Cukuplah hari ini hari jumaat 3 minggu ayah meninggalkan dunia yang hanya sementara ini… Tadi Haqimi masa sebelum tido ada tanya ‘Nape ayah atit’? ?? Ibu selalu tanya Haqimi ‘Haqimi rindu ayah tak’ rindu katanye.
“Mungkin sebab terlalu lama dia tak jumpa ayah kan..sbb tu dia tertanya-tanya mana ayah ni.. Sebelum ni paling lama kalau ayah keluar kerja 2,3 hari je tak balik rumah..lepas tu selalu bawak kami jalan-jalan.
“Mungkin dia tertunggu-tunggu nak ayah bawak dia jalan-jalan lagi.. Sabar lah Haqimi..Allah lebih sayangkan ayah ?❤ sebelum tidur tadi ibu mintak dia ikut ibu baca al-fatihah..sedekahkan untuk ayah ❤❤ insyaAllah Haqimi anak yang baik ?❤ Ibu selimutkan anak-anak malam ni dengan alas tilam tempat jenazah ayah dibaringkan..semoga terubat rindu diorang kat ayah ?❤
Menceritakan detik-detik awal arwah suaminya menghidap denggi, ujar Farhana arwah mula demam pada 10 Januari yang lalu. Walaupun dalam keadaan yang tidka sihat, arwah suaminya masih melayan mereka anak beranak keluar makan dan esoknya itu barulah dia ke klinik untuk mengambil ubat.
‘Namun pihak klinik memberi surat supaya terus ke hospital. Waktu itu arwah ada cakap tak larat nak memandu ke hospital. saya pula tidak pandai memandu. Tetapi pulang dari klinik arwah ada makan ubat dan nampak macam ok.
Pagi 12 hari bulan, arwah ada buat grab seawal jam 4.30 pagi. Kami anak-beranak ada menghantar arwah sehingga ke muka pintu. rupanya itulah lambaian terakhir kami buat arwah.
Lebih kurang pukul 2.00 petang saya mendapat pesanan whattapps dari suami yang memberitahu dia berada di hospital Sungai Buloh di unit kecemasan. Selepas darahnya di ambil, arwah terus dimasukkan ke wad dan malamnya terus ke ICU.
Tengahari khamis 17januari2019 Waktu melawat ibu datang tengok ayah di ward icu..staffnurse beritahu yang tekanan darah ayah semakin menurun..keadaan ayah sangat kritikal.. Doc memberikan kebenaran kepada ahli keluarga dan rakan2 melawat utk kali terakhir tanpa perlu mengikut waktu melawat hospital.. Ibu maklumkan kepada semua..beritahu kepada mereka yang tiada harapan..harapan sangat tipis..keadaan ayah sangat tenat ketika itu.. Mereka datang dan menunggu giliran untuk berjumpa ayah untuk kali terakhirnya..ketika itu hanya dibenarkan 2 orang sahaja secara bergilir2 masuk untuk melawat ayah…dari petang hingga ke malam mereka menunggu di luar icu.. Ibu pula perlu naik ke ward kanak2 kerana risau haqimi sudah terjaga dari tidonya atau belum..risau sebab terpaksa tinggalnya seorang tapi ibu sudah pesan staffnurse..jika ada apa2 call ibu.. Keadaan haziq pulak..mak dgn azhan (adik) beritahu yang badannya mula panas dari pagi dan ada muntah…mintak mira (adik ipar) tolong bawakkn dia ke kecemasan..ibu risau jika keadaannya sama dengan abangnya haqimi..lama mereka di kecemasan..kerana ramai orang ketika itu..ya masa itu memang banyak kes denggi..
Selepas bacaan darah haziq keluar..ya dia juga positif denggi..Ya Allah perasaan ibu ketika itu tak tahu macam mana mahu digambarkan ayah…sudah jatuh terduduk ditimpa tangga..terlalu berat ujian yang Allah bagi untuk ibu hadapinya.. Azhan pula ambil giliran menunggu haqimi di ward..mira dengan mak di ward pemerhatian di kecemasan menunggu haziq untuk dapatkan katil di ward..ibu bersama ayah..ibu sentiasa disisi ayah..doc beritahu dia memberikan kebenaran untuk haqimi dan haziq bersama ayah untuk kali terakhir.. Staffnurse dari ward kanak2 bawak turun haqimi ke icu..ibu pulak perlu sendiri ke kecemasan untuk membawak haziq naik ke icu jugak.. Ayah tahu tak, ibu berlari ke kecemasan..jauhnya tu..lenguh dan sakit rasanya kaki..ibu risau tak sempat..dalam hati ibu berdoa semoga ayah tunggu kami sampai, berdoa semoga Allah jangan ambik ayah lagi dari kami.. Dari kecemasan ibu berlari lagi sambil dukung haziq..mira dgn mak ibu tinggalkan mereka..sesampai saja di icu..haqimi sudah ada disana.
Dari kecemasan ibu berlari lagi sambil dukung haziq..mira dgn mak ibu tinggalkan mereka..sesampai saja di icu..haqimi sudah ada disana bersama makcu nya (azhan) dan keluarga yg lain..tercungap2 ibu ayah..berlari kami anak beranak untuk berjumpa ayah.. Tidak lama kemudian aniq pon sampai dengan ustaz tahfiznya..terkejut dia ayah menangis dia menlihat ayah terbaring di atas katil tidak sedarkan diri.. Sudah hampir tengah malam kami semua bersama ayah..setia disisi ayah..kami bergilir2 bacakan ditelinga ayah khalimah syahadah..bacakan yassin serta surah al-mulk..ustaz tahfiz aniq pun ada bacakan doa untuk ayah dan kami semua disitu mengaminkannya.. Ibu bisikkn ditelinga ayah..ibu tak nak tengok ayah menderita menahan sakit..pergilah ayah..ibu redha..ibu akan jaga anak2 kita..ibu mintak halal semuanya selama kita hidup bersama..maafkan segala kesalahan ibu.. Ayah pulak jangan risau ibu sudah lama maafkan ayah..sudah halalkan dan tak ambik hati bila kita bergaduh sebelum2 ni..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula suami isteri.. Tekanan darah ayah semakin menurun..tapi masih bertahan..jam menunjukkan tengah malam sudah masuk hari baru 18januari2019..tiba2 dada ayah tidak berombak lagi..senyap saja..bacaan tekanan darah ayah jugak sudah tiada.. Doc buat pemeriksaan untuk pastikan keadaan ayah..ya ibu saksikan semua itu…ibu duduk dgn anak2 bersandar pada dinding xberdaya nak bangun ayah.. Doc datang dekat ibu dan cakap ‘puan, saya mintak maaf..suami puan sudah meninggal dunia.. Ya Allah..hilang sudah tempat bergantung…tempat mengadu..tempat bermanja..teman suka dan duka..segala masalah kita kongsi bersama..susah senang kita harunginya bersama.. Tapi ibu perlu kuat..anak2 kita masih kecil..kesian mereka kalau ibu ikutkan perasaan ibu… Anak2 kita ibu terpaksa tinggalkan di ward dengan azhan dan farhani (sepupu) haziq sudah dapat katil di ward..ibu awal2 lagi sudah mintak jasa baik doc untuk mereka dapat katil sebelah menyebelah.. Setelah selesai jenazah ayah dihantar ke bahagian forensik.
Setelah selesai jenazah ayah dihantar ke bahagian forensik..ibu menunggu disitu bersama2 ayah dan untuk kali terakhirnya ibu tolong bantu mandikan jenazah ayah…sudah selesai ibu temani jenazah ayah untuk dibawa pulang ke rumah makcik ayah (gai) Tiba di rumah dalam pukol 4.00pagi..ibu sentiasa disisi ayah..tido keletihan disisi jenazah ayah..tido tepi ayah untuk terakhir kalinya.. Jenazah ayah akan disembayangkan disurau berdekatan..dan selepas itu akan dibawa terus ke tanah perkuburan.. Ibu sudah siap2 mahu mengikut hantar jenazah ayah ke kubur tapi ustaz beritahu tak boleh sebab ibu sudah dalam keadaan iddah..ibu terpaksa merelakan jenazah ayah dibawa pergi.. Ibu berdoa semoga semua urusan pengembumian jenazah ayah ketika itu dipermudahkan.. Kadang2 ibu rasa semua ini mimpi..bangun dari tido tercari2 ayah disebelah..menunggu ayah balik dari kerja tapi tidak kunjung tiba.. Rindu ini terlalu sakit ayah..hanya doa al-fatihah yassin sahaja dapat ibu kirimkan untuk ayah di sana.. Rehat lah ayah…rehat dengan tenang ❤❤ Al-Fatihah Zakaria bin Ismail
Hargai lah setiap pasangan masing-masing. Kita tak tahu kita atau pasangan yang mana akan pergi dahulu. Cipta lah sebanyak mana kenangan semasa hayat masih dikandung badan.
Dalam pada itu, Farhana turut menitipkan nasihat dalam membasmi denggi supaya tidak ada yang mengalami nasib yang sama sepertinya… Kehilangan insan tersayang akibat denggi.
Demam denggi adalah penyebab arwah meninggal..masyarakat jgk patut berkerjasama dgn pihak berwajib untuk menangani hal ini..kene ambik kesedaran untuk membersihkan kawasan sekeliling.. Jika xnak kehilangan org tersayang..kita semua perlu lakukan tanggungjawab menjaga kebersihan untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes
Semburan fogging bukan penyelesaiannya untuk mengurangkan kes demam denggi. Aktiviti semburan ini merupakan langkah pencegahan yang terakhir bagi membunuh nyamuk aedes dewasa dan bukannya langkah paling utama. Walaupun cara ini berjaya membasmi dan mengurangkan populasi nyamuk dewasa, ianya hanya berkesan untuk jangka masa pendek sahaja..
Hal ini berlaku di kawasan perumahan yang baru kami pindah sewa di situ..baru 4bulan kami menyewa..pengawai penyiasatan kesihatan daerah gombak jgk telah melawat ke rumah sewa kami..katenya sekeliling rumah kami tak ada masalah..yg bermasalah adalah kawasan persekitan perumahan tersebut.. Jadi ini semua adalah tanggungjawab kita semua sebagai masyarakat perlu mnjaga dan memastikan tiada tempat yg membolehkan nyamuk aedes membiak..
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.