Baru sebentar tadi, bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi memuatnaik perkhabaran bahawa ibunya Puan Hasnah Abu baru sahaja meninggal dunia sekitar pukul 12 tengahari.
Difahamkan, ibunya telah pengsan ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Difahamkan arwah sudah lama menghidap sakit buah pinggang selain mempunyai masalah jantung. Ini adalah kali kedua allahyarham pengsan ketika menjalani rawatan dialisis.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Assobbirin AU5, untuk dimandikan selepas Zohor dan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam AU4.
Salam Takziah diucapkan kepada Abby Abadi dan keluarga.
Ads
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka rumah banglow yang dahulunya buruk dan usang kini telah bertukar wajah persis sebuah rumah yang cukup selesa dihuni oleh seisi keluarga. Andai kita lihat keadaan asal kediaman ini, tentu ramai antara kita berasa ragu-ragu untuk membelinya dan tidak sanggup melaburkan wang untuk baik pulih kediaman ini.
Namun tidak bagi Rouzil Armiza Shamsir, nekad untuk membeli rumah terbiar walau pada peringkat awal agak sukar mendapat persetujuan suami. Jom baca perkongsian penuh daripadanya hingga akhirnya rumah ini menjadi seakan ‘taman syurga’ buat mereka seisi keluarga.
Ada yang terkejut tengok keadaan asal rumah kami tak?
Mula-mula dulu, jenuh jugaklah memujuk husband nak membeli unit terbiar. Tiada tingkap, wiring pon habis dicuri. Bila rumah dah takde tingkap, air masuk dan dalam bilik umpama sebuah paya dengan pokok-pokok lagi.
Apapun, kita sebagai isteri kan ada gerak hati sendiri nak kediaman yang macamana. Maka setelah dipujuk pujuk sang husband tu dapat jugalah memiliki unit idaman ni walaupun ramai yang terkejut bila tengok keadaan rumah yang terbiar dan menakutkan. Tapi saya berdegil juga sebab unit ni betul-betul menghadap tasik dan taman rekresasi.
Saya jumpa iklan rumah ni kat Mudah…(deret saya masih ada 1 unit terbiar untuk yang berminat)
Awal 2012 kami mula merealisasikan dengan membuat sedikit demi sedikit perubahan mengikut keadaan poket hehehehe..
Harap-harap puan-puan semua tak mengigau dan mimpi ngeri tengok gambar-gambar asal rumah kami ni.
Kos yang dibelanjakan
Saya jawab di sini ya mengenai harga asal saya dapt memang below market value masa tu iaitu RM360k …Lokasi Nilai …depan dengan air pancut
50k upah cuci, cat, wiring, pintu,tingkap , grill, lampu , kitchen kabinet dan aircond (tak masuk renovation huhuhu)
Manakala ini adalah gambar rumah yang diambil pada tahun 2014. Dan sebelum itu, banyak ubah suai telah dilakukan untuk keselesaan keluarga.
Tambah ruang solat & balcony master bedroom RM19k pada 8 Nov 2012. Projek buat ruang solat dan balcony master bedroom…asalnya master takde pintu…so tebuk tingkap dan jadikan pintu.
Tambah dapur ketiga & balcony umum RM50k
Tambah dapur kedua RM3k
Gazebo umah kucing RM8k
Tembok dan pagar kecik tempat laluan buang sampah dah tak ingat berapa
Kolam ikan dah tak ingat berapa, tapak buaian dah tak ingat berapa, atap tempat sidai kain dah tak ingat berapa jugak, cenggitulah lebih kurang.
Saya abadikan beberapa gambar transformasi di sini kerana dalam proses nak jual..
dah jumpa rumah terbiar kat tempat lain pulak.
Malang tidak berbau apabila dua orang kanak-kanak lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika bermain di luar rumahnya di Kampung Teras Jernang, di sini pada petang Jumaat.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi, Norazlin Syahidah Ali berkata, tragedi menimpa dua beradik berumur 10 dan 11 tahun itu disaksikan oleh adik bongsu kepada mangsa.
Menurutnya, kejadian berlaku semasa kedua-dua murid sekolah terbabit sedang bermain air di luar rumah pada petang Jumaat selepas bapanya pergi ke kedai yang jaraknya kira-kira 1 hingga 2 kilometer.
“Ada wayar elektrik pada tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB) terputus dan terjatuh atas bumbung rumah.
“Ketika mereka bermain di luar rumah, mangsa (berumur 11 tahun) terpegang besi ampaian baju dalam keadaan basah dan terkena renjatan elektrik.
“Adiknya cuba bantu selamatkan abangnya, tapi turut terkena renjatan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Dalam pada itu, Norazlin Syahidah memaklumkan kedua-dua mangsa ketika ini masih berada di Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teras Jernang dekat sini.
Ujarnya, buat masa ini, pihak sekolah sedang melaksanakan kutipan derma kilat untuk membantu keluarga tersebut yang dikatakan asnaf tanpa pendapatan tetap.
“Kutipan ini dilakukan bagi meringankan beban keluarga mangsa. Ibu bapa mangsa hanya bekerja sendiri, kutip botol, tin, tangkap ikan di sungai untuk dijual,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga mangsa boleh menyalurkan sumbangan ke akaun PIBG SK Bandar Baru Bangi iaitu 12100000758712 (Bank Muamalat Malaysia Berhad) sehingga 5 Oktober.
Transaksi tersebut kemudiannya perlu dihantar kepada Norazlin Syahidah di talian 016746818 untuk pengesahan penerimaan dan rekod.
Sumber : Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.