“Sedih tengok dulu dan sekarang..saya rasa pernah terbaca majalah URTV dulu tapi tak ingat tahun bila dia pakai baju ni bergambar atas tangga..masa saya sek rendah rasanya tahun 1990 kot..ni urtv keluaran raya. Kalau dipulihkan kembali rumah nostalgia ni..alangkah bagus.”

Itu antara komen warganet susulan satu perkongsian yang memaparkan keadaan terkini rumah penyanyi, Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad.

“Rumah Arwah Sudirman Hanya Tinggal Tangga Batu…”-Warganet Luah Rasa Sedih!

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook ‘I Love Pahang, beberapa keping gambar yang dikongsikan menunjukkan keadaan terkini rumah bekas penghibur nombor satu Asia, terbiar dan dilhat amat menyedihkan.

Jika dahulu, rumah yang terletak di Kampung Tok Embun, Temerloh, Pahang itu sering dikunjungi peminat, rakan artis mahu pun wartawan, namun kini siapa sangka keadaannya hanya tinggal tangga batu sahaja.

“Rumah Arwah Sudirman Hanya Tinggal Tangga Batu…”-Warganet Luah Rasa Sedih!

Ketika hayat Sudirman, rumah berkonsepkan kampung itu sering dijadikan lokasi merakam kenangan.

Namun meninjau diruangan komen, warga Pahang sendiri berasa sedih melihat keadaan rumah tersebut yang terbiar begitu sahaja hingga semak samun.

” Beginilah keadaan terkini rumah Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad di Kg Tok Embun, Temerloh, Pahang.

“Rumah Arwah Sudirman Hanya Tinggal Tangga Batu…”-Warganet Luah Rasa Sedih!

” Rumah ini ditinggalkan sepi sehingga dipenuhi belukar selepas musnah dalam satu kebakaran pada tahun 2008.

” Belum nampak sebarang usaha dari pihak berwajib untuk memulihara kembali rumah legenda seni tanah air ini,” catat warganet yang menyatakan kekesalan kerana rumah itu tidak dikawal selia dan dipelihara oleh pihak berwajib yang seolah-seolah Sudirman tidak pernah berjasa kepada negara.

“Rumah Arwah Sudirman Hanya Tinggal Tangga Batu…”-Warganet Luah Rasa Sedih!

Fakta Berkenaan Allahyarham Sudirman Yang Mungkin Ada Belum Tahu

IKLAN

-Tarikh 22 Februari setiap tahun menjadi detik pilu apabila negara kita kehilangan sebutir permata bergelar Datuk Sudirman Haji Arshad.

-Sudirman terkenal dengan julukan The Singing Laywer punya keperibadian yang disenangi oleh semua, terutama peminat Allahyarham.

-Dilahirkan di Pahang pada 25 Mei 1954. Nama Sudirman diilhamkan oleh nama seorang pahlawan Indonesia, Soedirman.

-Nama manja/panggilannya adalah Cokman dan merupakan anak bongsu dari 6 adik beradik.

-Penyanyi pertama Malaysia memenangi anugerah Penghibur Terbaik Asia dalam pertandingan Anugerah Muzik Popular Asia pertama yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London pada 19 Mac 1989.

-Merupakan graduan undang-undang dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya. Beliau diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984 namun memilih nyanyian sebagai kerjayanya.

“Rumah Arwah Sudirman Hanya Tinggal Tangga Batu…”-Warganet Luah Rasa Sedih!

-Lagu One Thousand Million Smile dirakamkan dan dipasarkan di Eropah. Rakaman lagu tersebut dijalankan di studio Abbey Road dan dipilih sebagai lagu Tema Malaysia semasa Hari PBB.

IKLAN

-Pernah menyanyikan lagu yang ditujukan khas buat Allahyrham Saloma berjudul ‘Mama’.

-Beliau meninggalkan lagu ‘Salam Terakhir’ dan ‘ Dari Jauh Ku Pohon Maaf’ yang meninggalkan kesan yang sangat dalam terhadap peminat.

-Beliau juga seorang usahawan, menghasilkan minuman ringan jenama ‘SUDI’ serta membuka kedai menjual rangkaian cenderamata jenamanya sendiri.

-Johan Bintang RTM ini telah meninggalkan momen hebat dengan mengadakan Konsert percuma di Jalan Chow Kit pada 14 April 1986 dengan dihadiri lebih 100 ribu pengunjung. Kejayaan konsert tersebut tercatat dalam Malaysia Book of Records.

-Sudirman pernah dilabel sebagai seorang ikon fesyen kerana menjadi penyanyi yang memberanikan diri memakai sepasang pakaian Melayu lengkap satu warna dengan songkok. Ertinya kalau pakaian Melayu itu berwarna biru, songkoknya juga berwarna biru.

-Mendirikan rumh tangga dengan Kamariah Jamaluddin ataupun Kay yang merupakan cinta pertamanya pada 14 Februari 1981.

-Sudirman pernah memberitahu rakan karibnya, pelakon dan penyanyi Noor Kumalasari, bahawa Kay adalah cinta pertama dan terakhirnya.  Oleh kerana itu, apabila mereka berpisah 3 tahun selepas mendirikan rumh tangga atas alasan tiada persefahaman, menurut Noor Kumalasari ia memberi impak hebat kepada sahabat baiknya itu.

-Cerita Noor Kumalasari lagi, hanya selepas 2-3 tahun selepas perceraian, barulah Sudirman menaggalkan cincin perkahwinannya.

IKLAN

-Sudirman meninggI dunia pada tarikh 22 Februari 1992, pukul 4 pagi pada usia 37 tahun. Allahyarham disemadikan di Temerloh, Pahang. Kira-kira 2 ribu orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi kesayangan ramai itu.

Sumber : ILovePahang 

 

“Rumah Arwah Sudirman Hanya Tinggal Tangga Batu…”-Warganet Luah Rasa Sedih!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

“Rumah Arwah Sudirman Hanya Tinggal Tangga Batu…”-Warganet Luah Rasa Sedih!

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI