Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja berita yang agak mengejutkan diterima berikutan pemecatan Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Bahkan bapa kepada pelakon Anzalna Nasir juga akui terkejut selepas menerima surat penamatan perkhidmatan tersebut dan turut merasakan dirinya dizalimi.
Sebagai anak, Anzalna tepat menyifatkan bapanya sebagai seorang yang begitu komited untuk memartabatkan industri filem tempatan.
Menurut Anzalna di akaun Instagramnya lagi, selain keluarga, masih ramai orang di uar sana yang menghargai segala usaha bapanya sepanjang memegang tampuk kepimpinan FINAS.
Ads
“Bangga sebagai anak. Abah amat prihatin soal pembangunan industri filem tempatan. Kerja tidak pernah mengira waktu.
“Ramai yang memuji abah tapi mungkin rezeki tidak menyebelahi abah ketika ini.
Pada masa yang sama Anzalna juga turut reda dengan ujian yang menimpa ayahnya, meskipun begitu tetap positif dan yakin pasti ada hikmah yang tersendiri daripadaNya.
Ads
“Tetapi setiap kepayahan atau kesusahan, Allah akan balas dengan kemanisan jua akhirnya, apatah lagi bila abah ikhlas dalam kerjaya. Im always here for you dad.. I LOVE YOU, YOU ARE THE BEST!
Umpama mimpi ngeri, Puan Nur Jalilah Leyla berkongsi kisah nyawa anaknya yang hampir melayang akibat terhidu gas monoksida di dalam kereta.
Mereka sekeluarga ketika itu salam perjalanan pulang ke Tanjung Karang, Selangor dari Kuantan. Dalam kegembiraan berbual dan bergurau senda, tanpa mereka sangka, saat itu masing-masing sudah keracunan gas.
Pengalaman yang tak akan pernah Umi lupa. Saat kami semua termasuk (mak ayah mentua) opah dan atok keracunan gas monoksida dalam kereta.
Pada 19 May 2022, Umi dan anak-anak mengikut mak ayah mentua untuk balik ke Tanjung Karang, Selangor sebagai peneman balik dalam tempoh 3-4 hari saja.
Dalam perjalanan dari Kuantan, semuanya ok tak ada apa-apa. Anak-anak pula seronok dengan berbual dan teman atok dan opak mereka. Kami sempat singgah makan tengah hari di Temerloh dan selepas itu teruskan perjalanan.
Sempat lagi Umi hantar gambar pada suami untuk tengok anak-anak tengah tidur. Rupanya, suami ada tegur muka Eijaz nampak pucat dan kasihan. Dia tanya anak-anak ok ke. Umi balas ok, mungkin sebab kepenatan agaknya. Tak sangka, sebenarnya mereka dah lain masa ini. Deeja pula senyap, tidur dan tak ceria. Fikir Umi, mungkin sebab cuaca panas.
Pada sekitar jam 1.00 tengah hari, selepas dari hentian Bentong, tiba-tiba, Deeja terjaga dan merengek tapi mata tak terbuka. Umi pujuk dan tiba-tiba badannya lembik. Namuri seorang ibu, rasa sesuatu tidak kena. Umi cuba kejutkan Deeja untuk bangun tapi tiada respon.
Umi terus jadi panik, anak selebih-lembiknya. Terus Umi menjerit pada mertua beritahu Deeja tak sedar diri tanpa sebab. Buka baju dan seluar, tepuk-tepuk dan sapukan air pada muka untuk kejutkan dia. Tapi tetap tiada respons.
Pernafasannya pun makin lemah. Kami berhenti tepi highway dan tahan kereta lain sammbil mendukung anak. Umi hanya fikir, Ya Allah, jangan ambil nyawa anakku.
Sementara itu, Zara dan Eijaz meraung dalam kereta sebab takut tengok kami panik dan riuh untuk kejutkan Deeja. Masa itu, ada satu kereta, keluarga Chinese (Mr Richard berhenti dan tanyakan keadaan. Dia meminta kali ikut mereka dan terus ke hospital berdekatan.Msa itu, Mr Richard syak ada masalah gas ke apa dan berpesan supaya buka tingkap.
Semasa perjalanan ke hospital, Deeja masih tiada respon, luruh rasa jantung Umi sebab tak tahu punca. Tiba-tiba Zara dan Eijaz diam, mereka pula tidak sedar. Eijaz tertiarap di bahagian bawah kaki dengan muka ke bawah karpet. Manakala Zara separuh badan atas kerusi kaki ke bawah dan meniarap. Ya Allah dugaan apakah pada kami.
Ayah mentua teruskan pemanduan dan ikut kereta Mr Richard. Mak mentua pula bantu kejutkan Eijaz dan Zara. Alhamdulillah mereka cepat sedar semula dan menangis. Eijaz nampak sangat pucat dan lesu. Umi pula dah mula rasa nak muntah, pening dan nak pitam. Tapi sebabkan anak-anak tak sedarkan diri, Umi gagahkan diri bertahan sambil muntah-muntah dan kejutkan mereka.
Sampai di hospital Orang Asli Gombak terus ke bahagian Kecemasan dan Deeja diberi terus bantuan oksigen.
Umi sesak nafas dan masih muntah-muntah angin. Mak mentua pengsan selepas sampai di hospital dan ayah mentua serta Zara, Eijaz diberi bantuan oksigen. Selepas semua diberi bantuan oksigen, mereka kembali stabil tapi masih dalam keadaan lema. Suami pula dah bersiap datang dari Kuantan.
Kes kami di rujuk ke hospital Selayang. jam 8 malam kami semua dihantar ke Hospital Selayang menaiki ambulance. Kereta kena tinggal sebab doktor tidak mahu ambil risiko.
Dari situ, doktor mengesahkan kami keracunan gas monoksida yang berpunca daripada kebocoran pada bahagian ekzos. Kami dipantau sehingga betul-betul stabil.
Doktor ada beritahu, kalau Umi tak tahu anak tak sedar itu dan berangapan anak-anak tidur lena, kemungkinan akan mengancam ntawa anak-anak. Sebab ia menterang pada orang yang tidur dan terus idak sedarkan diri sampailah kekurangan oksigen pada otak.
Syukur, Allah berikan naluri yang tepat pada Umi dan pantas sedar bila Deeja lain macam lembik dan tak sedar masa tu. Jam 3 pg barulah doktor lepaskan kami balik.
Ibarat mimpi ngeri semua tu. Keracunan gas monoxide ini tak bermakna masa kita berhenti kereta dan tidur di hentian saja. Ia juga boleh berlaku dalam keadaan kereta tengah bergerak. Tapi ia boleh bahayakan pada penumpang yang tidur.
Allah jentikkan kami ikut sekali, kalau la mentua berdua saja balik tak tahu apa akan jadi pada mereka. Lagi bahaya sebab berdua dan tak sedar kebocoran gas itu.
Patutlah pada hari Sabtu sebelum ini, mak mentua masa perjalan ke Kuantan, dia dah pengsan dan muntah sekali dalam kereta tanpa sedar. Itulah permulaan kebocoran gas monoksida dalam kereta.
Sebelum perjalanan yang jauh, periksa semua keadaan kenderaan, baik kereta lama mahupun kereta baru. Pantau sama penumpang yang tidur. Berhentilah seketika setiap 2 jam perjalanan atau buka tingkap sekejap.
Ingatlah, perkara nak jadi tanpa tanda dan diduga. Kita kena sentias peka dengan keadaan keliling terutamanya anak-anak.
Kepada Mr Richard sekeluarga, kami ucapkan jutaan terima kasih dan ibarat terhutang budi. Kalau tak kerana Mr Richard berhenti dan tenangkan kami serta bawa kami ke hospital.
Walau berlainan agama tapi Mr Richard yang terawal berhenti dan bagi bantuan. Umi pun tak tahu Mr Richard ni asal mana dan tinggal di mana. . Seandainya posting ni sampai kepada Mr Richard sekeluarga, kami sangat-sangat hargai dan terhutang budi.
Genap seminggu mendirikan rumah tangga, peminat masih lagi ingin mengetahui kisah cinta penyanyi Najwa Latif yang mengejutkan ramai apabila sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Akwa Arifin.
Memetik mStar Online, Najwa berkongsikan detik perkenalannya dengan suami Akwa Arifin dimana dia yang memulakan langkah terlebih dahulu meluahkan perasaannya.
Wawa cakap, Wawa suka Akwa. Tapi Akwa cakap, dia perlu masa. Wawa pun tak kisah sebab Wawa cuma nak luahkan apa yang Wawa rasa.
“Dua bulan juga tunggu jawapan, lepas tu dia ajak keluar… dan Akwa pun confess dekat Wawa,” katanya.
Mendedahkan pekara itu di Insta Story miliknya, Najwa berkata pada awalnya dia sangkakan lamarannya itu ditolak kerana Akwa seolah tidka mahu melayan luahan berkenaan.
“Kita memang rasa kena reject sebab macam saya hanya tahu dua jawapan iaitu ya dan ya. Kalau selain dari itu semuanya adalah tidak.
“Bila Akwa kata dia perlukan masa, Wawa reda sahaja sebab dah bersedia untuk lepaskan. Saya rasa saya nampak macam perempuan creepy sebab banyak usik dia kemudian mengurat tiba-tiba luah perasaan pula. Kita hanya berborak bila perlu tapi suatu hari Akwa ajak keluar dan Akwa terus confess,” katanya.
Terdahulu, Najwa sah bergelar isteri kepada Akwa dengan sekali lafaz dalam satu majli tertutup di kampung halamannya pada 11 November lalu.
Kasih seorang ibu, meskipun sudah dimamah usia namun demi anak, sanggup berkorban apa sahaja.
Itulah situasi yang sesuai digambarkan buat bintang veteren, Uji Rashid yang kini sudah berusia 70 tahun namun setia menjaga anak tersayang yang juga pelakon, Cico Harahap.
Memetik laporan Berita Harian, banyak cabaran yang perlu dihadapi Uji bagi menyembuhkan Cico yang mengalami masalah kesihatan, sejak beberapa tahun lalu.
Biarpun Cico atau nama sebenar, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 45, beransur pulih, masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaan putera kesayangannya itu sejak 2016, cukup merisaukan dirinya sebagai ibu.
“Masalah itu memberi kesan kepada otak, jantung dan vokal Cico. Akibatnya, Cico tidak pandai membaca dan tidak kenal huruf.
“Malah, Cico tidak kenal saya dan anaknya serta tidak boleh bercakap. Ini semua berlaku ketika saya menghadiri pengebumian seorang rakan artis,” dakwanya kepada BH Online.
Uji teringat sekembalinya dari majlis pengebumian bintang legenda itu, beliau mendapati Cico yang sebelum itu menghadiri sambutan hari jadi kenalannya, terbaring di katil.
Berikutan peristiwa hitam itu, Uji mengaku tidak tahu bagaimana hendak berhadapan masyarakat. Disebabkan tidak mahu memberi persepsi buruk terhadap musibah menimpa anaknya itu, Uji lebih selesa mendiamkan diri.
“Bagaimana saya mahu jelaskan kepada orang? Cico ada nama, kalau saya cakap pun, mesti orang ramai akan sangka dia kena buatan orang.
“Lantas orang ingatkan dia ada musuh. Kawan yang dia jumpa pun saya tidak tahu siapa.
“Jadi, saya pilih untuk tidak cakap apa-apa dan biarkan. Saya juga berusaha mencari air penawar untuk Cico, namun tidak juga sembuh.
“Selepas tiga atau empat hari daripada kejadian itu, saya menjerit di dapur dan menangis seorang diri.
“Saya katakan, Ya Tuhan, kalau betul anak ini aku lahirkan, tunjukkan aku sedikit petanda. Kemudian saya teringat ada air zamzam dan saya berikan dia minum dan curahkan di kepalanya.
“Alhamdulillah, selepas minum air zamzam, dia boleh bangun,” katanya yang membuat laporan polis terhadap kes menimpa Cico.
Uji kemudian diduga masalah kewangan selepas membawa Cico menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Sehubungan itu, Uji berikhtiar menghubungi beberapa pihak, termasuk persatuan seni.
Namun, dakwanya, permintaannya tidak mendapat maklum balas baik. Akhirnya, Uji dibantu rakan bagi melangsaikan bil rawatan Cico.
“Alhamdulillah, hasil bantuan kewangan daripada rakan, saya dapat bayar rawatan Cico seperti ujian imbasan X-Ray, ujian imbasan tomografi berkomputer atau CT Scan dan bayaran tinggal di wad.
“Syukur, saya ada kawan-kawan yang membantu dari segi kewangan dan yang memberi saya kekuatan.
“Jujurnya, banyak yang sudah saya lalui. Malah, ada yang dakwa saya sendiri meracun anak. Macam orang gila apabila orang buat kita sampai begitu sekali,” katanya.
Uji memberitahu, beliau turut menerima bantuan rakan industri seperti Ashraf Muslim dan Sharifah Khasif.
“Ashraf Muslim datang melawat Cico dan dia beri beberapa surah untuk Cico hafal. Sharifah Khasif pun tolong. Pusat tahfiz ada bantu merawat masalah Cico.
“Jujurnya, selama lima tahun ini, kami sudah berubat di macam-macam tempat. Kalau ikutkan, Cico masih belum 100 peratus pulih.
“Tetapi apabila kita bercakap dengan dia, Cico boleh dengar, faham dan boleh menjawab. Alhamdulillah,” katanya.
Berikutan itu, Uji mengakui sambutan Aidilfitri sejak Cico sakit, hanya sederhana. Tiada sambutan meriah buat keluarga kecil, namun Uji bersyukur apabila anaknya, Cico beransur pulih.
“Kami hanya raikan dengan apa yang ada, persiapan pun tiada,” katanya
Mula aktif sejak era 1970-an, Uji dikenali sebagai artis versatil dengan bakat lakonan dan suara merdu.
Banyak merakamkan lagu duet bersama Hail Amir dan Datuk DJ Dave.
Filem lakonan seperti Permintaan Terakhir, Menanti Hari Esok, Langit Tidak Selalu Cerah dan Yassin masih dikenang sebagai antara karya terbaik Uji.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.