Pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa syukur bila mana anak sulungnya dilihat cukup penyayang malah sangat pandai mengambil hatinya.
Hal itu dikongsikan Anzalna menerusi satu hantaran di Instagram Story. Kata Anzalna, anak sulungnya, Mohamad Eidrees, 5, sangat pandai mengambil hatinya.
“Alhamdulillah Allah kurniakan anak sulung lelaki yang sangat penyayang. Selalu belai rambut saya, peluk dan cium mommy dia selalu.
“Setiap malam sebelum tidur akan cium peluk dan suruh mimpi dia. Sangat romantik.
Ads
“Selalu bagi saya bunga hiasan dalam rumah. Yang paling penting tak kedekut!,” tulisnya berkongsi.
Bahkan kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, Eidress tidak lokek berkongsi wang sakunya untuk ibu kesayangannya.
“Sentiasa belanja mommy dia. Kalau buka wallet Versace dia selalu bagi saya duit suruh saya shopping.
Ads
“Walaupun duit dalam wallet dia tak seberapa tetapi niat dia yang baik tu buat saya terharu.
“Tapi kadang dia buang duit dia dalam tong sampah! Dia fikir kertas kosong ke apa anak oh anak… Sumpah tak sabar nak tunggu dia besar.
Ads
“Walaupun baru berusia lima tahun tapi dia boleh terfikir apa yang boleh membahagiakan mommy dia. I love you so much Eidrees! Terima kasih selalu manjakan mommy,” luahnya terharu.
Terdahulu, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 . Pasanagn ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 5, dan Mohamad Emirhan, 2.
Penggunaan gajet yang berleluasa di kalangan kanak-kanak membuatkan mak ayah terus bimbang. Ditambah pula dengan pelbagai kes yang kurang senang didengar di media social yang kesemuanya melibatkan penggunaan gajet secara tidak terkawal.
Bimbang dengan keadaan ini, seorang bapa Naz Nazirul Muzammil II tegar mengawal penggunaan gajet ini pada anak-anaknya dengan caranya sendiri. Idea hebat wajib dicontohi.
Di rumah saya, anak-anak kena ikut undang-undang.
1. No phone on weekdays.
2. TV hanya boleh tengok selepas kerja sekolah dah siap. Limit 1 jam. Tapi kalau bapak nak tengok TV, kena ikut bapak.
3. Phone hanya boleh main on weekend . Tapi dengan syarat kena gotong royong 5S rumah.
4. Toilet kena cuci, bilik kena kemas, ruang tamu ruang makan kena bersih, kena sapu dan vakum seluruh rumah. Baru boleh dapat phone atau tengok TV.
5. Trick dia adalah on weekend saya penuhkan aktiviti. Hantar kelas seni, kelas muzik, kelas silat.
6. Jadi on weekend hanya tinggal 1 hari sahaja. Tu pun saya akan ajak anak-anak keluar, jadi masa dengan phone akan lagi kurang.
7. Phone tak boleh main dalam bilik. Kena main di ruang tamu.
8. Rule memang nampak tegas. Tapi kadang-kadang ada tolak ansur jika anak ada buat something ‘remarkable’ on that day.
9. Kadang-kadang bagi rewards sebab berjaya tahan tak main phone dengan bagi makan something special. Special dekat sini bukan bererti mahal. Dapat makan aiskrim, dapat makan mee goreng, ayam goreng KFC pun seronok tak kira dah.
10. Rotan sentiasa ada tergantung dalam bilik. Jarang guna tetapi bila buat gaya nak pi ambil rotan, anak dah takut dah.
11. Biar nampak macam kejam, tapi yang bertanggungjawab nak jadi apa dengan anak2 nanti adalah saya.
12. Setakat sekarang, kalau saya jegil mata minta phone, diorang akan terus bagi. Sebab diorang tahu, kalau melawan sama ada phone tu akan bersepai, atau rotan akan melayang atau no phone + TV selama seminggu. Kalau berani, cuba lah.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Cukup mudah untuk mengatur pertemuan bersama personaliti Arena Wan Mun-Yi Iman Wan yang juga merangkap Dewi Favorite bagi Dewi Remaja 2018/2019 baru-baru ini. Tahniah Arena!
Cantik, yakin dan penuh motivasi antara keistimewaaan yang dimiliki oleh anak sulung daripada tiga beradik ini. Mesra disapa sebagai Arena, gadis berusia 19 tahun seorang yang merendah diri serta tidak lokek dengan senyuman. Tapi siapa sangka, gadis manis ini bertubuh kecil ini seorang yang tabah dan kuat semangat bagi memberikan yang terbaik buat adik beradik dan ibu bapa.
Arena merupakan kakak kepada Adam Wan ‘Adam Autism Family’ , menyifatkan keluarganya adalah inspirasinya untuk mengorak langkah lebih yakin dalam hala tuju kehidupannya.
Kisah keluarganya yang pernah viral sebelum ini berkisar adiknya Adam, seorang Autisme telah mendapat perhatian ramai, Arena menyifatkan itu sebagai perkongsian yang bermanfaat supaya mendapat kesedaran daripada masyarakat apa itu Autisme ini. Malah ketika ditembual oleh Keluarga, kelihatan tangan Arena ada kesan luka selepas Adam mengamuk di rumah.
“Bagi saya, ada segelintir masyarakat segelintir yang tidak tahu apa sebenarnya autisme. Ada yang kata down syndrom atau penyakit dan boleh sembuh. Hakikatnya autsime adalah kekurangan dalam diri yang dialami oleh seseorang individu.
“Kita tak boleh mengira sejauh mana kekurangan itu tetapi boleh membaikinya. Ia bukan penyakit. Autisme ini ada karektor. Ada yang boleh jaga diri sendiri , bercakap, melakukan rutin, boleh faham dan menjaga diri.
“Manakala bagi yang jenis memerlukan perhatian lebih, mudah mengamuk. Paling menyedihkan ada segelintir mengatakan mereka ini tidak waras. Saya berharap masyarakat jangan mudah menghukum tanpa mengetahui punca sebenar ia berlaku.
“Saya dan ibu bapa sendiri mengalami situasi yang sama apabila masyarakat tidak faham apa yang kami lalui. Saya masih ingat, ketika adik saya, Adam mengamuk sehingga ayah terpaksa meredakan keadaan Adam dengan cubaan untuk baringkannya ke lantai. Ia bertujuan untuk mengelak Adam secara tidak sengeja mencederakan orang awam yang berdekatan.
Tanpa diduga, ada individu telah menghubungi pihak polis setelah menganggap ia unsur penderaan.
“Saya mohon masyarakat, jika melihat situasi ini, tolonglah bertanya dan jangan mudah menghukum. Tak tahu tolong tanya dan jangan buat andaian yang salah mengenai austime ini,” jelasnya dengan mata yang berkaca.
Hampir putus asas
Menyentuh pula mengenai kejayaannya yang meraih gelaran Dewi Favorite bagi Dewi Remaja 2018/2019, anak kepada komposer terkenal, Iman Wan ini, tidak menyangka mendapat gelaran khas melalui pertandingan anjuran Majalah Remaja itu setelah beliau hampir putus dan keadan emosi yang tidak stabil ketika menghadiri uji bakat buat pertama kali.
Sebelum tersenarai sebagai 12 finalis Dewi Remaja 2018 / 2019, Arena telah terlebih dahulu dipilih sebagai peserta Top 20.
“Ibu bapa saya memang memberi galakkan untuk saya menyertai pertandingan ini. Cuma pada hari uji bakat yang melibatkan ratusan calon, saya hampir putus asas.
“Ketika itu Adam mengamuk. Ayah pula kerja luar kawasan. Melihat situasi itu membuatkan saya putus asas untuk menghadiri casting itu. Lebih-lebih lagi ketika itu Adam sudah mula semakin agresif.
“Ibu tetap mahu saya menghadiri uji bakat itu. Dalam kereta Adam mula menendang kerusi, Saya mula risau Adam akan mencederakan ibu dan adik yang baru berusia 7 tahun. Ibu hanya sempat menghantar saya separuh jalan. Selebihnya saya pergi sendiri menaiki kenderaan awam.
“Saya tak sangka terpilih. Walaupun ketika itu emosi saya tidak stabil. Malah saya amat bersyukur, walaupun ini adalah casting pertama buat saya, saya terpilih,” ujarnya mahir bermain gamelan, piano, ukulele dan gitar.
Anak sulung yang tabah
Arena juga tidak menafikan kehidupannya banyak tertumpu kepada keluarganya setelah Adam disahkan autisme seawal tiga tahun.
“Dulu saya mempunyai perasaan malu apabila mempunyai adik sebegini. Biasalah perasaan seorang remaja. Namun, saya belajar untuk lebih bersabar dan redha. Belajar untuk terima seadanya.
“Oleh kerana anak sulung, saya banyak memberi tumpuan kepada keluarga sehingga saya tidak pandai bersosial dan tidak ramai kawan. Malah ada yang kata, saya tak pandai bersosial.
“Saya tidak berkecil hati jika dikatakan begitu. Bagi saya jika mempunyai ahli keluarga yang ‘istimewa’ sebegini, saya perlu berkorban. Saya lihat bagaimana ibu dan ayah saya berhenti kerja untuk memberi fokus kepada Adam. Begitu juga saya,” katanya dengan nada sebak.
Harapan
“Selalu saya berbual dengan ibu bapa dengan membayangkan jika Adam seorang anak yang normal tentu kami akan pergi melancong, Adam punya ramai peminat dan pastinya akan buli saya.
Setiap kali selepas solat, saya doakan Adam kurang agresif masa hadapan.
“Apa yang saya bimbangkan adalah mengelak daripada mencederakan ibu ayah. Masa sentiasa bergerak, usia ibu ayah saya semakin meningkat. Mereka akan berusia dan mudah letih dan adik bongsu pula semakin membesar.
“Dan ini semua adalah tanggungjawab saya untuk menjaga mereka. Saya berharap dapat melangkah lebih jauh dalam industri ini supaya dapat membantu menambah pendapatan keluarga terutaman kos pengurusan terapi Adam agak mahal.
“Saya ikut the flow, Ingat tuhan dan mengharapkan yang terbaik buat keluarga,” jelasnya yang mengharapkan sinar kejayaan akan mengiringinya kelak.
Sumber: Majalah Keluarga Mac 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peti sejuk ini walupun kita gunakan untuk menyimpan stok makanan agar kekal segar, namun jangan pula dilambak tanpa disusun rapi hingga sukar untuk dicapai.
Jadi apa kata, lakukan cara yang dipraktikkan ini, peti sejuk nampak kemas dan cantik.
Jom semak perkongsian Hani Mynis ini moga bermanfaat.
Pegurusan peti ais
Seminggu sekali hani akan luangkan sikit masa utk kemas peti ais. Selalunya hari Khamis lah sebab nak kena check apa lagi bahan mentah yang masih ada dlm petiais utk plan minggu depan punya menu pulak.
Ni hani share pengurusan peti ais pulak.
Tips nak peti ais nampak kemas dan bersih:
Boleh pasang lapik kat setiap shelf. Sekarang dah trend orang pasang glass wallpaper kan? Cantik-cantik semua. Hani dari 3 4 tahun dulu memang setia pakai placemats dari mr. diy je.
Hani prefer pakai placemats sebab senang nak tanggalkan placemats untuk pergi cuci kalau placemats tu kotor (tak payah keluarkan tray ).
Lagi pulak hani suka tukar-tukar style kejap corak bunga-bunga kejap corak lain. Apa pun, tips hani kalau nak pakai placemats, pilih yang transparent bukan yang legap sebab yang legap menghalang cahaya dr tembus hingga ke shelf paling bawah.
Kalau gelap sangat peti ais tu kang tak nampak pulak isi harta karun kat shelf bawah-bawah dan area belakang-belakang.
?pilih satu atau dua warna tema bekas yang nak disimpan dalam peti ais.
?untuk setiap container, jika ada, pilih bekas bertapak empat segi dari berbentuk bulat. Jimat ruang dan lebih kemas (dr segi visual)
?buat pengkhususan setiap shelf untuk letak apa. Optional: labelkan (guna masking tape pun ok)
Detail label pengkhususan setiap shelf ada dalam caption gambar sebagai rujukan.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.