Melihat bil elektrik bulan-bulan memang sakit hati dibuatnya. Apa tidaknya, saban bulan bukan turun sebaliknya makin naik. Maklum sahaja seluruh kehidupan kita kini banyak bergantung pada elektrik.  Namun sebenarnya kita tidak perlu susah hati kerana banyak cara boleh kita lakukan untuk menjimatkan bil elektrik. Anda kena semak semula apakah selama ini cara menggunakan elektrik salah menyebabkan bil melambung setiap bulan.

Kaedah di bawah ini mungkin boleh membantu menjimatkan elektrik. Selamat mencuba!

9  langkah wajib buat :

1.     Menggunakan lampu jenis LED menggantikan lampu kalimantang.  Walaupun lampu ini agak mahal harganya, namun ia lebih tahan lama dan jimat.  Contohnya, 8W lampu ini bersamaan dengan kecerahan lampu filament (kalimantang) 40W.  ia sangat-sangat menjimatkan.

IKLAN

2.    Nyalakan lampu hanya di ruang yang diperlukan.  Bunyinya mungkin seperti kedekut.  Tetapi mengapa perlu memasang lampu di ruang makan, jika anda sedang menonton atau duduk bersantai di ruang tamu?

3.    Banyak barangan elektrik yang kita gunakan tidak mempunyai teknologi  `inverter’.  Misalnya seterika.  Oleh itu untuk menjimatkan kos, gosoklah baju dengan mengumpul baju yang perlu digosok dengan kuantiti banyak.  Ini  dapat mengurangkan penggunaan elektrik.  Menggosok sehelai dua baju adalah satu pembaziran dan menggunakan elektrik yang tinggi.

4.    Tidak meninggalkan barangan elektrik di dalam` mode sleep’  atau `standby’.  Walaupun barangan elektrik seperti televisyen, komputer riba dan sebagainya diletakkan dalam `mode sleep’ atau `standby’, ia masih lagi menggunakan jumlah elektrik biarpun pada jumlah yang kecil. Dinasihatkan menutup terus untuk memberhentikan pembaziran elektrik.

IKLAN

5.    Aktiviti membasuh dengan muatan penuh dapat mengurangkan kekerapan membasuh berbanding dengan membasuh pada kuantiti sedikit.  Ini jauh lebih menjimatkan.

6.    Pastikan peti ais berada tidak terlalu dekat dengan dapur masak atau mendapat sinaran matahari secara terus.  Ini boleh menyebabkan ia cepat pas dan memerlukan lebih masa untuk sistem penyejukannya berfungsi.  Selain itu pastikan juga muatan peti ais tidak terlalu penuh sehingga menyebabkan udara tidak dapat beredar dengan baik.

IKLAN

7.    Kurangkan penggunaan penyaman udara, dengan menanam pokok yang memberikan teduhan cahaya matahari. Buka tingkap untuk membolehkan pengaliran aliran udara .Sentiasa tanamkan sikap bertanggungjawab untuk memastikan semua lampu dan kipas sudah ditutup sebelum anda meninggalkan rumah.

8.    Memantau penggunaan elektrik dengan TNB e-Services.  Kita boleh memantau penggunaan bil elektrik online secara mendaftar dengan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh pihak TNB e-Services. Perkhidmatan memudahkan memantau dan mendapat notis bil elektrik yang dihantar ke akaun e-mel pengguna setiap bulan.

9.    Pengguna boleh melakukan audit sendiri dengan menyenaraikan peralatan elektrik dan bilangannya di rumah mereka. Mereka juga boleh melakukan pengiraan sendiri bagaimana tenaga digunakan atau dibazirkan.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI