Kalau sampah tidak dibuang dan terbiar lama sehingga dua hingga tiga hari pasti ulat sampah mula muncul.

Geli juga bila terlalu banyak ulat yang kelihatan berdekatan sampah malah ada yang terkeluar hingga kawasan sekitar. Memang sukar untuk dibersihkan. Kita juga yang salah kerana gagal buang sampah setiap hari dan membiarkan kotoran dan sisa makanan ini berhari-hari.

Bagi mengelakkan masalah ini berlaku sebenarnya ada petua yang dikongsikan untuk menghilangkannya malah mengusir ulat ini.

Elak Tong Sampah Di Serang Ulat, Ibu-ibu Wajib Amalkan Guna 2 Bahan Ni!Elak Tong Sampah Di Serang Ulat, Ibu-ibu Wajib Amalkan Guna 2 Bahan Ni!

Blog la-abwa.blogspot.my berkongsi petua bagi mengelakkan ulat-ulat ini. Jom ikut petua yang dikongsikan olehnya.

IKLAN

Kakak saya dapat petua elakkan ulat ni secara tak sengaja. Waktu itu ulat-ulat sudah mula merayap hingga atas tong sampah. Kebetulan dia nak buang serdak cengkih, dibuangnya atas ulat-ulat tu. Tak lama lepas tu ,dia ingat nak ambil sheltox untuk sembur pada ulat seperti biasa. Rupa-rupanya ulat yang kena serdak cengkih sudah mati.

Elak Tong Sampah Di Serang Ulat, Ibu-ibu Wajib Amalkan Guna 2 Bahan Ni!

IKLAN

Petua 1

  1. bunga cengkih dan tumbuk kasar.

2. Taburkan pada tong sampah dan kawasan sekelilingnya.

IKLAN

3. Biarkan sahaja dan hasilnya ulat akan mati tanpa disembur bahan kimia.

Petua 2

Satu satu cara lagi ialah dengan menggunakan sedikit cecair peluntur baju.

  1. Bancuh 2 penutup cecair peluntur baju dengan air secukupnya.
  2. Kemudian masukkan ke dalam botol semburan (spray bottle).
  3. Selepas sisa kepala ikan dibuang, bungkus dalam plastik dan spraykan semburan tadi ke dalam plastik.
  4. Masalah bau akan hilang, ulat pun tak akan muncul lagi.

Sumber: la-abwa.blogspot.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI