Terperangkap dengan lelaki yang panas baran umpama mimpi ngeri. Untuk melepaskan diri adalah sesuatu yang sangat sulit lebih-lebih untuk lari dari mereka juga merupakan satu risiko yang besar.
Jangan kerana sayang, anda terus membiarkan diri tertekan dengan sikap mereka malah walaupun sudah naik tangan, anda masih berdiam diri.
Dalam memilih pasangan, sikap ini haruslah anda elakkan. Kenali mereka ini melalui ciri-ciri ini.
Biarkan Dia Menunggu
Sebenarnya untuk membezakan lelaki itu panas baran atau tidak, bergantung kepada raut wajah serta sikapnya. Perhatikan perkara ini sewaktu anda keluar bersamanya tetapi terlewat tiba. Marahnya berapi-api seolah-olah perbuatan anda itu adalah satu kesalahan besar.
Jika begini karakter lelaki, dia sebenarnya seorang yang panas baran kerana tidak sanggup menunggu pada satu kejadian kecil dalam hidupnya. Kalau lelaki yang panas baran, dia tentu akan menghamburkan kata-kata menyakitkan hati. Oleh sebab itu, anda harus berhati-hati dengan lelaki begini.
Minta Dia Mengajar Sesuatu
Dalam mencari erti kesabaran, cuba perhatikan perkara ini juga. Mintalah dia mengajar anda sesuatu. Kalau kata-katanya agak pedas dan panas di telinga anda, itu tandanya dia seorang yang panas baran dan agak sukar berunding. Lelaki yang penyabar akan mengajar anda sehingga pandai tetapi lelaki panas baran akan mudah melenting bila anda tidak berjaya mengikut apa yang dia inginkan.
IKLAN
Lihat Caranya Melayan Anak Kecil
Umum mengetahui kanak-kanak banyak kerenah. Oleh itu sewaktu bersamanya, bawa sekali anak saudara anda yang masih kecil. Tinggalkan mereka dan lihat cara mereka menanganinya.
Cemburu Atau Tidak
Percaya atau tidak, lelaki yang panas baran biasanya seorang lelaki yang kuat cemburunya. Ada kalanya perbuatan cemburunya itu nampak mengarut tambah-tambah lagi cemburu pada hal yang remeh.
Justeru itu sebelum membuat pilihan, kajilah semua sikap lelaki agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Baran berkaitan dengan sikap dan semestinya sikap boleh diubah. Sebagai lelaki andalah khalifah kepada pasangan, justeru itu tunjuklah moral yang baik kepada pasangan.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Baru-baru ini , lalu satu perkongsian seorang ibu yang meluahkan rasa tertekan dan kecewa dengan melihat soalan matematik darjah satu anaknnya yang begitu tidak masuk akal. Seperti soalan KBAT!
Reaksi ibu ini menarik perhatian para ibu bapa yang lain turut menyokong kenyataan Nur Atiqah zulkiplee di Facebook, malah merasakan perkara yang sama yang dihadapi oleh ibu bapa.
Benarlah, kalau saya yang baru melihat soalan pertama saya dah naik darah tinggi! tapi mungkin saya sendiri memang lemah dalam subjek matematik.
Tambahan pula, Silibus terkini banyak berubah berbanding zaman dahulu, sebab itu anak-anak masa kini lebih jauh bijak dan pemiliran mereka lebih advance.
Meninjau di ruangan komen, ramai ibu bapa turut mengeluh perkara yang sama
Dalam tertekan melihat soalan tadi, Ada juga komen yang menggelitik hati untuk saya kongsikan
Rakyat Malaysia tak pernah tak kelakar kalau dah stress. Perkongsian tersebut daripada stress bertukar menjadi kelakar. Tetapi komen itu hanyalah gurauan semata-mata.
Aktres dan penyanyi Janna Nick akhirnya membuka mulut sekali gus menjawab khabar yang mendakwa hubungan cinta bersama pelakon Dini Schatzmann berakhir.
Muncul dengan single terbaharu berjudul Mentari Setia tatkala pelbagai spekulasi timbul, karya ciptaannya bersama Ippo Hafiz itu menjadi luahan hati Janna.
Hampir sebulan saya menyepikan diri, saya nak tenangkan diri. Nak ruang dan masa untuk diri sendiri.
Kalau tanya saya sekarang, betul ke dah putus cinta, jawapan saya ‘no comment.’ Dengarlah lagu yang saya keluarkan, itulah luahan hati saya.
Muzik video itu adalah cerita yang sebenar, katanya dalam temu bual bersama Melodi TV3.
Ketika disoal adakah dia menggunakan publisiti putus cinta untuk mempromosikan lagu Mentari Setia, pengacara Famili Duo TV3 ini mempunyai jawapan tersendiri.
“Kalau saya sebagai penyanyi, mungkin betul, ia sebagai gimik. Tapi lagu ini 98 peratus tulisan saya, saya memang menangis ketika saya menulis lagu itu.
Sebagai seorang yang melalui fasa breakdown, terluka, sedih & kecewa, itu adalah luahan hati saya.
Kalau orang nak katakan gimik, maknanya orang tak ‘validate’ perasaan saya. Saya berhak untuk kecewa dan sedih, katanya lagi.
Dalam usaha untuk move on dari bekas kekasih, ini yang perlu anda lakukan :
#1. Hentikan segala angan-angan
Kebanyakan individu tidak sedar bahawa kesedihan dan kesakitan yang dialami akibat putus cinta ini bukanlah disebabkan perpisahan itu sendiri. Namun, ia adalah disebabkan oleh angan-angan. Kenapa?
Ini kerana ramai pasangan yang berpisah masih mempunyai angan-angan tentang kehidupan mereka sekiranya masih lagi bersama. Inilah yang menyebabkan seseorang itu sangat susah untuk move on!
Jadi, sila hentikan segala angan-angan tentang bekas kekasih yang terdahulu. Sebaliknya, cuba berfikiran positif dan memandang ke arah realiti sahaja. Ketahuilah bahawa perpisahan anda dan pasangan itu pasti ada sebab dan hikmah tersendiri yang kita belum nampak.
#2. Putuskan semua talian dengan bekas kekasih
Mungkin bagi segelintir individu, ada yang masih mampu menjalinkan persahabatan dengan bekas kekasih. Namun kebanyakan orang tidak bersetuju dengan cara ini kerana ia hanya akan membangkitkan kembali rasa cinta yang pernah ada semasa bercinta dahulu!
Jadi, sila putuskan segala talian dengan bekas kekasih buat seketika. Jika perlu, padamkan segala gambar, video, nombor telefon serta akaun media sosial mereka di telefon pintar anda. Ia adalah pilihan yang terbaik.
Namun, lain pula ceritanya jika kalian punya anak bersama. Demi kebaikan hidup si manja anda, pastikan anda kekal berhubungan dengan si dia. Cuma, bataskan perhubungan untuk berbicara tentang anak sahaja.
Jika hubungan itu telah terkubur bertahun lamanya dan rasa cinta itu telah tiada dalam sanubari anda, tidak salah untuk kembali menghubungi mereka sekadar untuk bertanya khabar.
#3. Maafkan segala salah silap bekas kekasih
Ramai orang kata bahawa memang mudah untuk memaafkan, namun sukar untuk melupakan segala salah silap seseorang terhadap kita. Ya, ia adalah pernyataan yang sangat betul namun tidak wajar untuk diamalkan.
Ini kerana ia hanya akan membuat kita menyimpan perasaan dendam terhadap bekas kekasih. Sebaliknya, cuba ajar diri anda untuk memaafkan dan melupakan segala kesalahan dan kesilapan yang pernah mereka lakukan kepada anda walaupun ia cuma sebesar zarah sahaja!
Dengan cara ini, anda secara tidak langsung dapat ‘membuang’ segala kaitan yang menghubungkan anda dan bekas pasangan. Hasilnya, dapatlah anda melahirkan seorang insan baharu yang lebih kuat jiwa dan raga.
#4. Muhasabah diri sendiri selepas putus cinta
Selain itu, jangan hanya salahkan bekas pasangan semata-mata. Ketahuilah bahawa perpisahan kalian berdua sedikit sebanyak mungkin berpunca dari diri anda juga. Jadi, sila muhasabah diri sendiri.
Mungkin anda tidak sedar bahawa terdapat beberapa kekurangan pada diri sendiri yang menjadi punca anda dan bekas kekasih putus cinta. Oleh itu, perbaikilah ia agar anda mendapat versi diri sendiri yang terbaik.
Ini adalah penting untuk percintaan baharu pada masa akan datang. Anda pasti tidak mahu pisang berbuah dua kali bukan?
#5. Sayangi diri anda sebelum orang lain
Akhir sekali, terdapat satu pengajaran yang paling utama selepas anda putus cinta dengan bekas kekasih iaitu sila sayangi diri anda sebelum orang lain!
Ini kerana kesedihan dan kesakitan yang anda alami selepas berpisah dengan si dia adalah disebabkan oleh anda yang terlalu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap orang lain sebelum diri anda.
Ia adalah satu perbuatan yang salah. Hakikatnya, tiada apa yang lebih penting dari kebahagiaan diri anda sendiri. Ketahuilah bahawa jika anda tiada dalam hidupnya, si dia masih lagi sama sahaja seperti dahulu.
Jika bukan pengalaman sendiri, pasti anda pernah dengar ibu hamil yang mengidam macam-macam ketika hamil. Betul tak? Kononnya pembawaan budak. Tak kira lah sama ada apa yang diidamkan itu rasional atau tidak.
Itulah topik yang dikupaskan oleh Ajak dan Shuib iaitu ibu hamil yang sedang mengidam ketika segmen pagi di sebuah radio baru-baru ini.
Turut berkongsi pengalaman sama, Shuib bercerita mengenai kenangan manis bersama arwah isterinya yang dikatakan mengidam pelik seperti ingin merasa sabun.
Malah, Shuib turut memberitahu isterinya juga pernah mengidam untuk makan daging Wagyu ketika sedang hamil anak bongsu mereka iaitu Ayash Affan.
“Mengidam hendak makan daging Wagyu. Dia ketap bibir sambil telan air liur dan ketika hamil Ayash Affan ni dia memang suka sangat makan daging Wagyu.
“Dan haritu masa dia minta tu, sememangnya Alhamdulillah dapat ditunaikan dan dia terlalu seronok sangat makan daging tu. Seronoknya, Ya Allah, dapat jugak ditunaikan,” cerita Shuib.
Tidak kurang dari itu, Ajak juga sempat memuat naik video di laman Instagramnya yang memperlihatkan reaksi pelawak Shuib ketika radio memutarkan lagu Allahyarhamah isterinya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin.
Dalam video tersebut, Shuib hanya memaling muka tanpa berkata apa-apa saat mendengar lagu nyanyian arwah isteri tercinta dan berkongsi kapsyen “Kalau isteri kita mengidam, Suami usahalah sebaiknya tunaikan..Barangkali itu adalah permintaan terakhir dia.. -Shuib.”.
Pelawak dan juga penyampai radio itu turut meninggalkan komen di ruang perkongsian itu dengan mengatakan Ajak telah membuatkan dia mengalir air mata.
“Kau cekik air mata aku pagi-pagi Jak,” tulis Shuib secara ringkas.
Rata-rata netizen turut berasa sebak melihat reaksi wajah Shuib, malah ada juga di antara mereka yang memahami apa yang dilalui oleh pelawak berkenaan.
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Ramai yang mengalami masalah masalah kulit badan sepeti kulit kusam, parut gelap, kerak-kerak hitam dan berdaki. Daki adalah apabila kotoran yang sudah bercampur peluh dan sel kulit mati bergabung, melekat pada permukaan kulit.