Bagi yang mengikuti pelakon dan penerbit terkenal, Shiela Rusly di laman sosial mesti pernah lihat menantu sulungnya, Elisya Sandha datang ke rumah menuntut ilmu memasak sejak dari sebelum kahwin hingga kini. Malah, Elisya juga pernah memasak untuk keluarga ketika duduk sebumbung dengan ibu mentuanya sebelum pindah ke rumah sendiri bersama suami dan anaknya.
‘Skill’ memasak Elisya tidak kurang hebatnya apabila sering memuat naik video masakannya di sosial media sehingga menarik perhatian pengikutnya untuk tiru resepi yang dikongsinya.
Namun, dalam perkongsiannya itu, ada beberapa momen kesalahan yang dibuat menjadi perhatian dan teguran orang ramai iaitu kalau sebelum ini, dia ditegur dek kerana cara memotong limau nipis yang salah, dan kali ini serai tidak tidak diketuk dan dibuang kulit luar dengan sempurna ketika menyediakan juadah berbuka untuk suaminya, Uzair Haqimy.
Meninjau di ruangan komen, ada dalam kalangan mengikutnya menegur tentang potongan serai tersebut diikuti dengan tip untuk merasa masakan ketika bulan puasa seperti yang diajukan oleh Elisya di ruangan kapsyen.
Malah, lebih menarik perhatian adalah komen ibu mentuanya yang memuji anak menantunya itu dalam menyediakan juadah berbuka, namun turut menegur Elisya agar serai yang digunakan perlu diketuk terlebih dahulu dan dibuang kulit luar sebelum memasak.
Setiap manusia diuji dengan pelbagai jenis ujian dalam hidup. Sakit juga antara ujian yang boleh menghapus dosa.
Baru-baru ini, penyanyi otai Ifa Raziah memuat naik hantaran di laman Instagram mengenai keadaan suaminya yang telah menjalankan pembedahan di sebuah hospital.
Menerusi perkongsiannya itu, pasangan ini terpaksa menyambut ulang tahun perkahwinan mereka di hospital sebelum suaminya melakukan pembedahan.
“Semalam sambut anniversary kat hospital harini akan buat operation. Doakan suamiku Mohd Yani semoga cepat sembuh Aamin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya.
Memetik laporan mStar, suami kepada penyanyi dangdut ini sudah lama menghidap masalah jantung dan menjadi teruk apabila kurang dapat rehat yang cukup.
“Dia dah lama dah ada masalah jantung, cuma kali ini teruk sikit mungkin sebab tak dapat rehat yang cukup disebabkan karnival Starvendor yang berlangsung selama 100 jam tempoh hari.
“Dia baru dapat rehat pada hari raya terus jatuh sakit,” katanya.
Lapor mStar lagi, Ifa juga tidak menerima terlalu ramai kedatangan tetamu untuk melawat demi memberi ruang rehat kepada suaminya itu.
“Kali ini nampaknya beraya dekat hospital dengan anak-anak sahaja, tetamu pun saya tak terima sangat sebab keadaan suami yang masih lemah.
“Lagipun kes Covid-19 pun sedang meningkat jadi saya bimbang sikit untuk terima tetamu,” tambahnya.
Walaupun setelah berjaya menjalankan pembedahan, Ifa turut memberitahu keadaan suaminya yang masih belum sedarkan diri dan memohon doa orang ramai.
Sebagai ibu bapa, pasti ada pertimbangan tersendiri apabila melihat anak-anak mula menunjukkan minat dalam sesuatu bidang. Apatah lagi jika minat itu berkait rapat dengan kerjaya yang pernah dilalui sendiri oleh ibu bapa.
Begitulah juga pendirian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, yang tidak begitu menggalakkan anak-anak mereka untuk serius menceburi dunia seni hiburan.
Bukan kerana mahu menghalang minat, tetapi sebagai ibu bapa, mereka lebih selesa memberi ruang kepada anak-anak membesar dengan tenang tanpa terlalu awal terdedah kepada tekanan dunia glamor.
Menurut Siti Nurhaliza, dia tidak menafikan anak-anaknya mempunyai minat terhadap seni. Malah, darah seni itu mungkin mengalir dalam diri mereka. Namun untuk menjadikan bidang seni sebagai kerjaya serius, penyanyi tersohor negara ini mengakui perkara itu bukanlah sesuatu yang digalakkan.
“Kalau nak serius, tak adalah. Sekadar hobi dan minat itu tak mengapa,” katanya.
Bagi Siti Nurhaliza, anak-anak masih kecil dan perjalanan mereka masih panjang. Justeru, dia mahu mereka melalui zaman kanak-kanak seperti biasa, belajar, bermain dan mengenali minat masing-masing tanpa tekanan untuk mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi terkenal.
Sebagai seorang yang sudah lama berada dalam industri seni, Siti Nurhaliza pastinya cukup memahami cabaran yang perlu dilalui. Di sebalik populariti, dunia hiburan menuntut komitmen besar, disiplin tinggi dan kekuatan emosi.
Malah, perhatian ramai juga bukan sesuatu yang mudah untuk dipikul, terutama bagi kanak-kanak yang masih dalam proses membesar.
Disebabkan itu, Siti Nurhaliza dan Datuk K memilih untuk tidak terlalu mendorong anak-anak mereka ke arah bidang hiburan secara serius. Mereka lebih mengutamakan perkembangan anak-anak secara seimbang, termasuk pendidikan, akhlak dan emosi.
Dalam masa sama, minat anak-anak terhadap seni tetap diraikan. Jika sekadar menyanyi, bermain muzik atau menunjukkan bakat sebagai hobi, ia tidak menjadi masalah selagi tidak memberi tekanan kepada mereka.
Pendekatan ini cukup dekat dengan naluri kebanyakan ibu bapa. Ada masanya, menyokong anak bukan bermaksud membiarkan mereka terus memilih sesuatu jalan, tetapi membimbing mereka agar lebih matang dalam membuat keputusan.
Apa yang penting, anak-anak diberi ruang untuk mencuba, belajar dan mengenali diri sendiri. Bakat boleh diasah, tetapi kebahagiaan dan kesejahteraan emosi anak-anak juga perlu diberi keutamaan.
Semoga Aafiyah dan Afwa terus membesar dengan baik, diberi ruang menikmati zaman kanak-kanak, serta dipandu dengan penuh kasih sayang oleh kedua-dua ibu bapa mereka.
Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan membuka semula aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati bermula 4 Mei 2020.
Justeru, pihak kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB. Sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan, kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak COVID-19 yang masih tidak dibenarkan.
Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) juga akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes positif COVID-19 yang tinggi.
Pun begitu, ada sesetengah pihak melihat pengumuman tersebut terlalu awal dan bimbang kesannya menyebabkan wabak Covid -19 kian menular lebih serius.
Justeru, Doktor Amirul Amzar mengingatkan orang ramai supaya patuh dengan arahan dan sentiasa ingat 5 perkara ini.
5 BENDA KENA INGAT WAKTU KELONGGARAN PKP
PKP dilonggarkan secara berperingkat. Itu adalah amanah Dan kepercayaan kerajaan kepada kita semua.
Walaupun PKP semakin longgar, kita masih perlu mematuhi norma kehidupan baru untuk mengelakkan jangkitan COVID-19. Ingat, virus ini masih ada di luar sana. Ia tidak pupus. Ia masih boleh merebak.
Lima benda saya nak ingatkan.
Pastikan anda amal hand hygiene setiap kali lepas pegang apa-apa permukaan atau bersentuhan dengan orang lain terutama di luar rumah. Pakai air dan sabun pun boleh. Dan cuba amalkan bawa hand sanitizer ke mana-mana anda pergi.
2. Social distancing
Amalkan social distancing. Jauhi orang sekeliling anda sekurang-kurangnya 1 meter. Elakkan persentuhan yang tidak perlu. Tak usah berpeluk-peluk buat masa sekarang.
3. Elakkan perhimpunan ramai
Saya pasti ramai yang tak sabar nak keluar bersenam. Saya jamin ada yang akan guna alasan nak berjogging tapi sebenarnya nak keluar melepak. Dengan semangat PKP yang baru ini, saya minta semua orang elakkan perhimpunan yang melibatkan ramai orang. Jogging pun dengan syarat kurang 10 orang dan amalkan social distancing.
Begitu juga dengan sektor pekerjaan. Majikan perlu bijak dalam mengawal kehadiran pekerja. Tidak terlalu ramai pada satu masa. Cuba bayangkan kalau anda culas, pekerja anda dijangkiti, syarikat anda jadi satu kluster baru. Lebih banyak kerugiaan nanti.
4. Duduk rumah
Duduk rumah jika tiada keperluan keluar. Ini norma baru kita. Banyakkan masa dengan keluarga, bayakkan masa untuk diri sendiri. Bulan Ramadhan ni, sesuai betul untuk kenal diri, kenal Allah dan perbanyakkan ibadah melalui PKP ni.
Anda rimas duduk dalam rumah? Anda takut tak ada duit, tak ada makanan kalau tak keluar rumah? Tak ingat pemuda-pemuda Al-Kahfi duduk dalam gua selama 309 tahun? Allah ada, Allah jaga. Mohon pada dia. Keluar bila perlu sahaja.
5. Pakai mask
Dan kalau perlu juga keluar, pakai mask. Kalau pakai jenis kain, pastikan selalu cuci. Mask kain dikatakan bertahan selama 2-3 jam sahaja. Kerana ia tidak kalis air. Cuba dapatkan stok mask yang betul. Dan pastikan mask itu dibuang dengan baik. Jangan buang merata. Elok-elok syaitan dikunci bulan puasa ni, jangan kita pulak jadi syaitan menyebarkan kuman dengan tabiat buang sampah merata-rata. Sama juga yang suka meludah merata tu. Hentikan.
Semoga kita menang. Semoga tiada gelombang kedua. Kerajaan dah letakkan amanah pada kita. Mari kita pegang amanah ini.
Dr Amirul Amzar
Frontliner masih bekerja. Mohon kita tidak tambah kerja mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Marissa Dania meluahkan penghargaan terhadap pengorbanan Abby Abadi yang sanggup bekerja keras demi keluarga serta berkongsi nasihat ibu yang sentiasa menjadi pegangan hidupnya.