Keluarga ini ibarat satu dalam sejuta, apabila semua anak-anaknya bergelar doktor dalam bidang kepakaran berbeza sekali gus keluarga ini mencipta sejarahnya yang tersendiri.
Bukan sahaja mewarisi kebijaksanaan bapa, malah kesemua enam anak Dr Wan Ahmad Kamal Wan Annuar, 72, meneruskan legasi dengan mengikut jejak langkahnya memilih bidang perubatan sebagai kerjaya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Mereka ialah Dr Wan Syazli Rodzaian, 44, iaitu pakar perunding pembedahan plastik dan rekonstruktif, Dr Wan Syameen Afira, 42, (pakar perunding kulit dan estetik), Dr Wan Syahira Ellani, 39, (pakar perunding histopatologi), Dr Wan Syamir Zharif, 37, (pakar perunding buah pinggang), Dr Wan Syazween Lyana, 36, (pakar perunding kulit dan estetik) manakala Dr Wan Suzanna Maria, 29, ialah doktor perubatan dan peguam.
Ini sebagaimana memetik berita di Harian Metro, difahamkan bahawa Dr Wan Ahmad Kamal dan isteri, Julie Yacob, 68, tidak merancang untuk memastikan kesemua anak mereka menjadi doktor.
Ads
Malah, mereka hanya menyangka hanya seorang atau dua daripada mereka yang menceburi bidang itu.
“Di klinik kulit saya, ada ruang khas untuk keluarga dan anak-anak sering datang ke klinik selepas pulang dari sekolah atau pada masa lapang. Malah, mereka suka melihat saya merawat pesakit dan turut membantu memberikan ubat kepada pesakit,” katanya.
Ditanya berkaitan rahsia kejayaan mendidik anak-anak, Dr Wan Ahmad Kamal berkata, sebagai ibu bapa, mereka sangat mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan sentiasa mendorong menanam keyakinan diri.
“Kami juga sentiasa menggalakkan anak-anak untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran dan kehidupan. Di samping itu, kami memberikan pujian walaupun kebaikan yang mereka dilakukan adalah kecil.
“Ditambah pula, hubungan kekeluargaan di antara kami sangat rapat dan ini menjadikan anak-anak terbuka untuk berkongsi masalah, sama ada berkaitan pelajaran atau lain-lain,” katanya.
Ads
Selain itu, kata Dr Wan Ahmad, keluarga mereka juga mempunyai tabiat suka membaca dan ini membantu membentuk kecemerlangan pendidikan anak-anak.
Dr Wan Ahmad Kamal berkata, beliau sering ditanya mengenai makanan yang diberikan kepada anak-anak ketika kecil berikutan kejayaan mereka di dalam pelajaran.
Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang makanan khusus yang diberikan kepada anak-anak tetapi menekankan kepada pengambilan makanan segar, seimbang, rendah lemak dan kurang minyak.
Ads
“Anak-anak juga lebih menggemari makanan yang dimasak oleh ibu mereka.
“Ibu mereka pula suka bertanya kepada anak-anak makanan yang mereka mahu makan sebelum memasaknya,” katanya.
Dr Wan Ahmad Kamal berharap serta bedoa yang kesemua anak-anaknya terus berjaya dalam kerjaya masing-masing malah dapat memberikan rawatan terbaik kepada pesakit dengan sepenuh hati.
Rumah besar, kereta besar, duit yang banyak bukanlah gambaran kebahagiaan. Biar rumah yang kecil, namun syukur dengan apa yang ada.
Itulah asas dalam kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Demikian menurut Prof Dr Muhaya Mohamad.
Pasangan lelaki dan wanita diciptakan antara satu sama lain untuk saling melengkapi. Kecintaan dan kasih sayang antara suami isteri bukan sekadar di bibir sebaliknya kena dari hati yang ikhlas dan jujur selain mendapat keredaan Yang Maha Esa.
“Dulu saya kenal suami umur 17 tahun dan dia cinta pertama saya. Saya rasa cinta kami sangat asli dan jujurnya sebelum berkahwin perangai saya tidak elok. Saya garang, suka marah, suka merajuk tetapi selepas kahwin suami puji perangai saya lebih baik dari sebelum ini (sebelum berkahwin).
Ini semua sebab hukum Islam yang mana lepas kahwin kena taat pada suami. Pendek kata, sebelum kahwin saya tunjukkan perangai tidak elok, tetapi selepas kahwin saya berubah untuk menjadi lebih baik. Pada saya lebih baik kita tunjukkan perangai sebenar sebelum kahwin. Tidak ada kepura-puraan sebelum itu.
“Dalam berumah tangga, keikhlasan sangat penting dan yang keduanya, agama dan tujuan perkahwinan itu sendiri. Bukan sama ada terdesak atau sebab sayang. Kita mesti kahwin kerana Allah dan mahu mendapat redhaNya. Macam saya sendiri, saya kahwin kerana mahu mengelakkan maksiat kerana mahu menjaga Agama dan bukan sebab nafsu atau suka. Tetapi lebih kepada menjaga Agama. Itulah keberkatannya.
“Jika kita kahwin untuk bahagia memang takkan bahagia kerana hanya orang yang bahagia sahaja boleh bahagiakan orang lain. Kerana itu, kita kena betulkan dalaman terlebih dahulu iaitu fikiran dan emosi mesti positif dan kena tanam dalam diri bahawa agama adalah segala-galanya,”
“ Wanita yang paling bertuah dan bahagia adalah wanita yang memiliki suami yang sangat baik, beriman. Apabila lelaki sedemikian yang datang meminang anak saya maka saya terima tanpa memberi alasan belajar sebagai halangan kerana belajar bukan segala-galanya. Yang penting jodoh yang baik, waktu yang baik dan jauh daripada maksiat.
“Benda penting adalah belajar dan selalu solat berjemaah dengan suami, minta suami doakan kita. Suami sangat tekankan solat dan agama kena jaga kerana itu yang memberi kebahagiaan ialah Allah dan jika kita menjaga agama maka Allah akan menjaga .Asas dalam sesebuah perkahwinan bukan melihat pada apa yang kita ada tetapi kepada sikap kita kepada apa yang kita ada.
“Jadi untuk pasangan di luar sana, apa-apa yang kita lakukan mesti niat kerana Allah dan berkahwin kerana cinta Allah dan bukannya cinta manusia sebab manusia boleh hilang tetapi Allah sentiasa ada. Apabila kita mendapat cinta Allah maka kita akan mendapat cinta manusia. Ketaatan dan ketakwaan itu sangat penting. Justeru, kita kena tahu tujuan berkahwin.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selalunya bila kita telah guna telefon dalam hampir setahun, pada ketika itu mulalah kita rasa telefon tersebut ‘berat’, ‘lagged’ dan paling tidak senang hati dibuatnya bila keluar pula notification ‘storage full’.
Jika hendak dibuang gambar dan video yang ada dalam gelary, terasa sayang pula. Itu semua kenangan.
Jadi apa kata anda buat tips yang dikongsikan oleh @zafizi.zain ini di aplikasi TikTok. Caranya cukup mudah dan anda boleh lakukan sendiri seperti di bawah ini:-
Langkah 1 : Pergi dekat setting telefon anda.
Langkah 2 : Pilih Apps dan klik. Akan keluar semua apps yang kita ada.
Langkah 3 : Klik bahagian tepi (anak panah kuning) dan kemudian untuk lebih mudah short by size dan secara automatik fail saiz paling besar akan berada di atas sekali.
Langkah 4 : Kemudian pilih apps dan sebaiknya lihat yang 10 yang teratas. Contoh kita klik pada facebook.
Langkah 5 : Kemudian klik di bahagian storage
Langkah 6 : Kemudian klik clear cache dan secara automatik bahagian cache akan jadi kosong.
Apabila file di dalam telefon ‘dibersihkan’ telefon akan lebih lancar dan tiada lagi masalah ‘hang’ atau ‘berat’. Selamat mencuba.
Video yang dikongsikan ini mendapat perhatian dan ditonton oleh 444 ribu penonton dan ramai memberi komen terima kasih. Ini memandangkan ramai antaranya tidak tahu cara tersebut dapat membantu mengatasi masalah telefon yang semakin berat dan hang. Nyata, cukup mudah rupanya bila sudah mengetahui caranya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Pengorbanan seorang guru… Pelbagai kaedah mengajar yang digunakan oleh guru pada masa ini demi pelajar. Semua ini bagi menarik minat pelajar. Baru-baru ini, tindakan seorang guru memakai baju hasil seni anak muridnya menyentuh hati netizen.
Guru tersebut yang dikenali sebagai Muhamad Fazri Hassan, menerusi Twitternya Fazri Hassan, memuat naik gambar dia memakai kemeja yang dipenuhi lukisan. Menurut Fazzri, itu merupakan salah satu hasil projek Pendidikan Seni, 10 orang anak muridnya. Menurutnya, hasil tersebut sangat bermakna kerana murid-muridnya itu berasal dari Program Pendidikan Khas. Wow sangat kreatif kan!
Menghargai usaha lagi penting
Menurut Fazri, demi menghargai hasil seni anak muridnya, dia sanggup berpusing satu sekolah untuk menunjukkan hasil seni tersebut kepada warga sekolah.
Bersama rakan sekerja dan staf kantin
Antara foto yang diambil sewaktu berpusing di sekitar sekolah, dengan mak cik kantin pun ada!
Inilah pereka design baju
Tiga hari nak siapkan design
Kesemua pelajarnya mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkan design baju mereka.
Inspirasi Maisarah
Antara inspirasi rekaan anak muridnya ialah rakan kelas sendiri. Menurutnya lagi, baju tersebut mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan dan setiap lukisan pada baju itu mempunyai kisahnya yang tersendiri.Kasih sayang yang ditunjukkan oleh beliau jelas terpancar dalam gambar-gambar yang dikirimkan dan hampir pasti anak-anak didiknya juga merasakan perkara yang sama kepadanya. Tahniah cikgu,semoga terus sukses!