Teringat Ramadan yang lalu, alang-alang kita masak untuk keluarga mesti kita lebihkan kuantitinya untuk diberi pada jiran-jiran dengan niat bersedekah.
Malah bertambah meriah amalan bersedekah ini jika dilihat di masjid-masjid.
Namun Ramadan ini, bagaimanalah keadaannya bila kita semua makan di rumah dan tidak boleh keluar bertemu orang yang susah untuk menderma makanan dan sebagainya kepada yang memerlukan.
Ini sebagiamana nukilan sahabat kita saudara Azizul Azli Ahmad.
Ini perkongsiannya.
Dulu jika kita tiada makanan berbuka, kita boleh sahaja tumpang disurau dan dimasjid bulan puasa begini.
Makanan di masjid atau surau alhamdulilah baik dan menyelerakan buat kita.
Saya sukakan suasana ini, kita akan jumpa dengan semua tetangga kita.
Saya banyak kali menulis dapat berjumpa anak pemandu lori, tukang sayur, anak yang ibubapa diberhentikan kerja . Kami berbuka makan semeja.
Hari ini kita tak jumpa lagi, semua orang berbuka dirumah masing masing.
Makanan ini jika tak habis, anak anak kecil atau wanita selepas solat terawih akan tunggu atau ambil lebihan lauk berbuka tadi.
Ads
Masih baik dan boleh dimakan lagi sahur nanti.
Saya suka melihat ini, budaya berbahagi makanan sepanjang Ramadan untuk jemaah yang datang.
Kawan kawan yang baik,
Waktu ini kita akan nampak, orang berlumba lumba buat kebijakkan membantu sesama manusia.
Hari ini, semua itu tiada lagi.
Semua orang berbuka dirumah masing masing. Kita tak tahu siapa yang susah atau tiada makanan dirumah mereka.
Orang yang benar benar miskin dan susah. Tidak keluar meminta minta.
Mereka ada maruah.
Ads
Kita yang sihat dan senang inilah, harus bawa kereta mewah kita mencari siapa yang layak kita santuni.
Tanggujawab kita yang senang, mencari orang susah. Itu asasnya.
Maka hari ini, berita sedih buat semua orang yang cintakan usaha kebajikan.
Bila ada yang tak suka, mereka boleh guna apa sahaja hujah untuk gagalkan usaha baik orang lain.
Kawan kawan yang mulia,
Jika kita tak boleh bantu dengan wang ringgit. Bantulah dengan doa.
Ads
Lihatlah usaha lelaki ini. Dia sanggup masuk kemana mana mencari orang yang susah. Saya sendiri kagum dan tak mampu lakukan ini.
Kita boleh guna apa sahaja hujah agama, amalan, keselamatan atau kesihatan sekalipun. Tetapi dalam menegur, tegurlah dengan penuh hikmah.
Tidak perlu guna sosial media menegur atau menghina. Ia mematikan usaha orang lain untuk buat kebajikan.
Malam Ramadan yang mulia ini, tanya diri kita. Apa sumbangan kita buat kebaikan beragama.
Kita membenci orang buat kebaikan atau kita bersetuju dengan kemungkaran.
Kata orang kalau kreatif macam-macam boleh dibuatnya. Lihat sahaja seperti Shuki Cuki ini, begitu kemas pemasangan langsir untuk kabinet dapurnya.
Jom ketahui bagaimana cara dia lakukan.
DIY Langsir Tabletop
Buat masa skrg,tak mampu lagi nk buat pintu kabinet. Hanya ada table top je,kalau nk letak barang bawah table top tanpa ditutup memg akn nampak bersepah kan. So, sy buat langsir utk table top.
Step untuk Langsir Tabletop:
1: UKUR! First step kena ukur dlu berapa ketinggian n panjang table top. Sebelom g kedai kain,pastikan dah ad ukuran. Kalau nk buat langsir jenis ropol2,lebihkan sikit panjang kain,jgn beli ngam2 soi! Tapi kalau nk buat langsir yg straight je,boleh beli kain ngam2.
2: TENTUKAN MATERIAL! Kain boleh pilih nak jenis yg mcm mana. Cth: kain jenis jersey,kain langsir blackout,kain cotton n etc. Bergantung pada minat masing2. Kalau nk langsir yg jenis flowy/nampak beralun cari kain yg lembut. Kalau sis boleh jahit sendiri,jahit je sendiri,jimat! Kalau x mampu,upah je tukang jahit.
3: VELCRO TAPE! Barang seterusnya yg diperlukan ialah velcro tape (refer gambar). Velcro tape ada dua side,satu side kasar,satu lagi side lembut. Yg kasar kena gam/tampal kt table top. Yg lembut,jahit pada kain. Mana nk dapatkan velcro tape?? Uolsss boleh beli kt kedai2 alat jahitan,kedai barang pengantin,nagoya dll. Sy beli kt nagoya. Harga 1 meter Rm2.50 je,murah kan? Beli ikut ukuran table top rumah uollss ye..n lagi satu tape ni ada banyak saiz,ada yg kecik n ada yg besar. Pilih ikut kesesuaian,jgn kecik sgt,takut x kuat nk tampal pd kain nanti.
4: GAM DUNLOP! Barang seterus nya ialah gam untuk lekatkan tape velcro yg kasar tu pada table top. Ada org guna double tape,tp sy suggest better guna gam Dunlop. InshaAllah boleh menampung berat kain. Tak de lah nanti pakai sekejap,dah jatuh langsir tu ? gam ni boleh beli kt kedai hardware. Contoh gambar kt bawah k!
5: Bila da lekatkan bahgian tape velcro yg kasar tu,pastikan gam tu da kering dulu. Tekan2 sket dengan benda yg berat supaya tape tu betol2 lekat. Dah lekat n gam betol2 kering,ambil kain langsir yg dah ditampal tape velcro side lembut/berbulu tu lekatkan pd table top.
Dah SIAP!!!
Mudah kan? Kalau nk letak renda2,riben,lace pon boleh. Ikut ats kreativiti ye. Kalau ada yg x pham comment je dibawah. InshaAllah sy akn cuba membantu dan selamat mencuba guysss
sumber : Syuki Cuki
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila menyebut tentang Animals For YOUNG, mungkin ada yang masih belum mengenali dengan lebih dekat berkenaan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang tidak dinafikan mempunyai kepakaran dalam menyediakan Intervensi Bantuan Haiwan (AAI) untuk kanak-kanak istimewa seperti Autisme Spectrum Disorder (ASD), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Global Developmental Delay (GDD), Cerebral Palsy (CP), Down Syndrome (DS), Sensory Processing Disorder (SPD) dan lain-lain berkaitan kesukaran dalam pembelajaran.
Bahkan baru-baru ini, pertubuhan Animals for YOUNG ini telah dianugerahkan sebagai sebuah Pusat Autisme & Keperluan Khas Paling Dipercayai 2020.
Menurut Katherine Benton dari APAC Insider, “Ini adalah kali pertama sebuah syarikat dianugerahkan sebagai Pusat Autisme & Keperluan Khas Paling Dipercayai 2020 – Malaysia, dalam Anugerah Perniagaan Asia Tenggara.”
Ini sekali gus, menjadikan suatu bukti pencapaian yang amat membanggakan bagi Dr. E. Joon Khew yang merupakan pengasas Animals for YOUNG.
Berucap ketika menerima anugerah itu, Dr Khew berkata, “Ini adalah perjalanan yang mencabar dan indah dari awal hingga hari ini. Perkara yang paling menggembirakan adalah apabila anda melihat peningkatan dalam diri anak dan kegembiraan pada orang tua.
“Kami sangat gembira menerima penghargaan ini dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada pencapaian hari ini. Kami akan terus bekerja keras dan berusaha lebih baik untuk membantu semua kanak-kanak yang memerlukan.”
Kongsi Pengalaman
Sebagai info, Animals for YOUNG mula ditubuhkan pada tahun 2017 dan dengan cepat menjadi salah satu pusat terapi yang paling terkenal di Malaysia.
Di sini, ibu bapa dan anak-anak menjalani perundingan secara peribadi dengan Dr Khew. Beliau amat memahami keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh keluarga berkeperluan khas kerana dia juga mempunyai anak autisme.
Apa yang lebih mengujakan, perjalanan anaknya dari seorang autisme yang teruk kemudian berjaya masuk ke sekolah normal adalah bukti formula kejayaan Animals for YOUNG dalam membantu kanak-kanak autisme.
Oleh itu buat anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan program Animals for YOUNG bolehlah layari www.animalsforyoung atau pun boleh juga terus berhubung dengan Dr. Khew di talian 011-10140828 untuk dapatkan perundingan secara percuma bagi yang memerlukan.
CATIT Sebagai Rakan Kongsi
Disebalik Animals for YOUNG, CATIT merupakan rakan kongsi dan menjadi tulang belakang untuk terus menyokong dan menjayakan program Animals for YOUNG yang dirancang dari masa ke semasa.
Bahkan antara projek terbaru mereka ketika ini adalah dengan mewujudkan C-A-T Playground, iaitu merupakan World First Selfie Sensorial Playground with Cats dengan turut memberi peluang pekerjaan kepada orang-orang berkeperluan khas.
Menurut KP Teoh, Pengurus Jualan & Pemasaran Hagen S.E.A mengatakan bahawa “Kami sangat bangga menjadi sebahagian daripada perjalanan Animals for YOUNG, kini ia bukan sahaja akan menolong kanak-kanak autisme, tetapi juga remaja dan orang dewasa untuk mendapatkan pekerjaan.
C-A-T Playground dengan kerjasama CATIT juga menjadi tempat terbaik untuk semua pencinta kucing. Ia bukan sahaja memberikan pengalaman memelihara kucing tetapi pada masa yang sama turut memberi peluang kepada pengunjung untuk menggunakan produk berkualiti dan aksesori istimewa daripada CATIT yang tersedia di situ.
Ekstra Info Toilet Train Untuk Si Bulus
Selain penyediaan makanan, ruang atau sangkar untuk menempatkan si bulus anda juga perlu dititikberatkan. Tak susah pun sebenarnya terutama bagi anda yang membela anak kucing kerana mudah untuk dilatih. Itu pentingnya ‘Toilet train’ untuk si bulus. Caranya adalah dengan meletakkan dalam sangkar yang agak luas. Dalam sangkar disediakan makan minum dan juga litter box.
Kucing biasanya automatik kalau jumpa pasir dia membuang di situ. Untuk kucing dewasa masih boleh dipraktikkan. Kalau misalnya kucing terlepas hajat di tempat lain, ambil scoop, kaut najis dan letak dalam litter box. Lepas tu suakan sikit muka kucing tu tahu di situlah tempat ‘melepas hajat’. Jadi anda tak perlu bimbang si bulus ‘membuang’ di luar atau berdekatan rumah jiran.
Elak bau kurang menyenangkan
Dalam memastikan udara bersih dan bebas dari bau yang kurang menyenangkan, penggunaan Catit Magic Blue misalnya yang membantu bertindak sebagai pembersih udara yang cekap dapat mengurangkan ammonia di dalam kotak sampah, mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra alam.
Bekas ini perlu dibersihkan setiap hari kerana kucing adalah haiwan pembersih selain memiliki deria bau yang sensitif. Kalau sarang atau tempat tinggal si bulus kotor dan berbau, ada kemungkinan dia tak nak guna dan pergi melepas di tempat lain. Tetapi itu tak bermakna anda kena cuci hari-hari.
Seminggu sekali, barulah cuci litter box dengan air dan sabun. Kalau nak letak di luar, guna litter box bertutup. Setiap hari, kaut najis dan buang. Untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan, anda boleh cuba tip ini. Tabur baking soda pada litter box bagi membantu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Kalau nak lebih wangi, tabur bedak tapi jangan terlalu banyak sehingga mengundang ketidakselesaan kucing anda.
Pasir ‘tandas’ untuk kucing
Bagi anda yang tinggal di kawasan kediaman bukan atas tanah seperti pangsapuri dan sebagainya. Masalah untuk menyediakan tempat kucing membuang agak sukar. Jadi alternatifnya, penggunaan pasir dapat membantu sebagai ‘tandas’ selain memudahkan pemilik kucing untuk membersihkan sisa buangan. Malah, ia juga penting bagi membantu memerangkap bau. Jadi rumah tidaklah berbau dan selesa.
Walaupun banyak jenis pasir untuk kucing di pasaran, namun tak semua sesuai buat kucing. Pilih yang boleh memberi si comel anda selesa sekali gus dapat mengelakkan dari membuang air di merata tempat. Tip memudahkan urusan sisa buangan si bulus, sebaiknya buang setiap hari bagi mengelak bau yang kurang menyenangkan dan memberi keselesaan buat kucing anda. Dapatkan info lanjut di www.catit.com.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan yang berkahwin punya cara tersendiri untuk menyemarakkan rasa kasih dan sayang serta menzahirkan rasa sayang pada pasangan.
Namun, tuntutan kerja atau rumah tangga ada kalanya tanpa disedari kita mengabaikan pasangan. Lama-kelmaan hubungan menjadi semakin renggang.
Bukan bermakna rasa kasih sayang semakin pudar tetapi tuntutan kerja dan urusan anak-anak membuatkan anda terleka hingga mengabaikan pasangan.
Banyak pasangan yang menganggap situasi ini adalah perkara biasa lantas membiarkannya hingga membuatkan hubungan suami isteri semakin sepi.
“Selagi masih ada kesempatan dan ruang, genggamlah erat sebelum terlerai.”
Itu antara perkongsian wanita bernama Jiha Shuib, isteri pesakit strok yang benar-benar menyentap hati yang membacanya.
Berkahwin atas pilihan keluarga, tetapi dia bahagia. Suami menzahirkan rasa sayang mengikut caranya yang tersendiri.
Namun apabila suaminya diuji dengan penyakit strok, segalanya berubah. Namun, isteri dan ibu ini cukup cekal dan tabah mengharungi dugaan tersebut.
Genggam erat sebelum terlerai.
Mungkin takdir sudah begini, aku paling lemah menjadi tempat luahan perasaan insan dalam dilema percintaan. Sungguh aku hopeless, nak nasihat macam tak kena sebabnya kami sendiri pun berkahwin atas pilihan keluarga. Masa bertunang tak pernah kenal atau jumpa, masa nikah baru pertama kali bersalaman dan lepas sebulan masa outdoor lepas kenduri kena tegur dengan jurugambar apa yang kekok sangat dah sebulan nikah kot. Apa nak buat kan?
Tapi bahagia itu subjektif, dalam pelbagai cara.
Sesekali Saiful akan ambil tangan aku ketika memandu dan digenggam erat.
Ada ketika dia ambil tangan aku, cium dan dikepit dicelah ketiaknya.
Itu cerita dulu, yang takkan mungkin berulang lagi. Tangan kirinya kini tidak lagi berfungsi, kaku begitu.
Kadang tangan itu terjatuh celah tombol gear dan break tangan, melekat disitu dan perlu aku angkat dan selit di tali pinggang keledarnya.
Aku lebih banyak pegang telefon sekarang, kebanyakan masa belek berjam-jam. Bila tanganku dicapai, aku terkejut. Rupanya Saiful guna tangan kanan, dan dia letakkan tanganku di tapak tangan kirinya. Spontan aku letak tepi telefon aku.
Cuba juga menggenggam, tapi tangan itu dulunya panas kini sejuk dan tak ada tindak balas.
“You rasa dak I genggam tangan you?” Saiful tanya.
“Sikit”…aku cuba memberi harapan, aku halakan telefon untuk merakam video pergerakan tapi belum lagi. Masanya belum sampai kekuatan itu dikembalikan.
Adakah kami rindu kenangan berpegangan tangan? Mungkin, tapi kami lebih syukur asalkan kami masih punya kesempatan bersua didunia ini.
Selagi masih ada kesempatan dan ruang genggamlah erat sebelum terlerai.