Dalam banyak-banyak seluar panjang yang kita ada pasti ada satu seluar yang cukup selesa dipakai. Jadi tidak hairanlah seluar tersebut akan kerap kali dipakai dan akhirnya boleh menyebabkan cepat pudar dan nampak lusuh warnanya.

Apatah lagi jika seluar tersebut warna hitam, andai pudar warnanya tentu terlihat begitu ketara. Hendak disimpan sahaja terasa sayang, apatah lagi untuk membuangnya memang tidak sampai hati.

Jadi bagaimana atasinya?

Mungkin ada boleh lakukan seperti perkongsian di bawah ini. Dengan beberapa langkah sahaja seluar lusuh anda boleh berubah nampak seperti baharu. Memang hebat!

Cara Hitamkan Seluar Yang Pudar Warnanya

Perkongsian video di aplikasi TikTok oleh pemilik akuan @erene__ ada menunjukkan cara mudah untuk melakukan proses menghitamkan semula seluar yang nampak pudar dan lusuh berubah warnanya menjadi lebih hitam persis seluar yang baru dibeli.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian ramai yang teruja untuk mencuba dan sekali gus dapat berjimat daripada membeli seluar baru. Apatah lagi jika seluar yang lusuh tersebut adalah menjadi seluar yang selesa dipakai dan pastinya  sayang untuk dibuang.

@erene__Anak syurga je kacau pakai hanger … ##tipsbuatkamu ##dyebaju ##dibannedtrops ##tipsandtricks♬ Anymore – 전소미

 

Berikut merupakan bahan-bahan diperlukan

Fabrik dye (2 peket dan pemati warna)
Air panas
Garam

Langkah 1 : Basahkan atau rendam seluar yang lusuh terlebih dahulu.


Langkah 2 : Di dalam bekas lain, masukkan air panas bersama garam. Kacau rata. Kemudian masukkan dye dan kacau lagi hingga sebati. Setelah itu rendam seluar tadi selama 30 minit.

Langkah 3 : Selepas itu jemur seluar tadi hingga kering

IKLAN

Langkah 4 : Ambil bekas dan campurkan pemati warna, garam dan air biasa.

Langkah 5 : Kemudian rendam seluar tadi di dalam bekas tersebut sehingga 2-3 jam dan jemur kembali buat kali ke 2.

Hasilnya seluar akan kelihatan hitam gelap dan nampak seperti baru. Apa yang menariknya lagi tag seluar tidak hitam pun. Memang berbaloi dan bolehlah dicuba!

IKLAN

Sumber : TikTok @Erene__