Anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t yang tiada tandingannya. Selain menjadi penyambung keturunan, zuriat adalah amanah buat ibu bapa yang berperanan mendidik anak-anak mengikut landasan-Nya.
Bagi usahawan fotografi Mohamad Saiful bin Haji Nang atau lebih dikenali sebagai Saiful Nang, dia dan isteri Dr Intan Salwani Ahamad mempunyai cara tersendiri mendidik empat orang puterinya.
Bagi Saiful dan isteri, mereka berusaha untuk menerapkan didikan berteraskan Islam sejak anak-anak masih kecil lagi. Malah, mereka memperkenalkan sistem yang dikenali sebagai roll call sebagai salah satu cara untuk mendekatkan anak-anak dengan ajaran Islam dan pencipta-Nya. Kata Saiful, sistem ini diadaptasi daripada disiplin solat yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam sebanyak lima kali dalam sehari.
“Setiap hari Allah mewajibkan kita melakukan roll call ini sebanyak lima kali sehari. Ada yang datang roll call secara sendirian dan ada juga melakukannya secara berjemaah yang mana umum mengetahui, ia punya lebih kebaikan.
Jadi, saya terapkan disiplin yang sama terhadap anak-anak. Setiap hari mereka akan roll call sebanyak dua kali iaitu sebelah pagi dan malam. Biasanya, saya sempat bersama mereka pada waktu pagi untuk memberi pesanan dan harapan yang perlu mereka pegang sebagai iktibar,” ujar bapa kepada Orked, 9 tahun, Seri, 7 tahun, Lela, 5 tahun dan Wafa , 3 tahun.
Berjiwa prihatin & penyayang
Ads
Saiful Nang bukan sahaja sangat mengambil berat perihal keluarga dan anak-anaknya, malah dia sekeluarga berusaha menyebarkan nilai kasih sayang terhadap insan yang memerlukan. Dengan sokongan sahabat handal seramai 20 orang, mereka telah menubuhkan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) pada tahun 2005 lalu yang menempatkan anak-anak yatim dan asnaf. Malah, Dr Intan Salwani turut bertindak sebagai pendidik di Akademi Insan Prihatin.
“Selain praktik bersama anak-anak, saya juga menggunakan kaedah yang sama di RPWP. Malah, saya dan isteri tidak pernah mengasingkan pendidikan anak-anak sama seperti anak-anak yatim dan asnaf di sini.
Mereka tidur di tempat yang sama dan makan di tempat yang sama. Hatta, saya dan isteri juga berkongsi tempat tinggal bersama 45 orang anak yatim dan asnaf di sebuah rumah sewa sementara di Bangi. Kami berada di situ kerana ruang di induk sudah tidak mencukupi sehingga kami terpaksa menyewa rumah lain. Bayangkan setiap pagi roll call, memang meriah dan kami gembira,” ujar Saiful apabila ditanya mengenai sistem yang memberi manfaat terhadap perkembangan sahsiah anak-anak.
Ads
Tambah Saiful lagi, kaedah perhimpunan ini dijalankan dalam suasana syura yang indah apabila anak-anak ini mengakui istighfar harian mereka atas apa kesalahan yang mereka sendiri lakukan sepanjang hari. Sebagai pengatur, saya memberi pesanan yang berulang-ulang tanpa jemu,” ujar Saiful yang tertarik dengan kaedah yang dijalankan oleh Ibu kepada Sultan Mehmet Alfateh yang sentiasa mengulangi visi Sultan Murat (bapa Alfateh) untuk anaknya meroboh tembok Constantinople secara ulangan yang banyak.
Teknik ulangan
“Sistem ini bukan saya yang pilih sebaliknya sistem yang Allah ajarkan. Inilah amalan nabi yang makin dilupakan dan tidak popular dilakukan. Alhamdulillah, hasilnya sangat baik. Dalam roll call pagi juga, anak-anak mengangkat baiah (ikrar) harian mereka sebagai anak kepada ibu bapanya. Bukankah itu menarik dan menjadi ritual ulangan sehingga ia boleh dilaksanakan?”
Ads
“Saya mengguna pakai kaedah ini sejak anak saya yang pertama mula pandai bercakap walaupun pelat,” ujar Saiful panjang lebar yang yakin konsep tersebut mampu membentuk keperibadian yang baik dalam diri anak-anak.
Tip Ibu Bapa Untuk Menjadi Tauladan Anak-Anak:
Jadi ibu bapa yang sensitif dan kasyaf memerhatikan gerak geri anak.
Tajamkan pertimbangan kita dengan Al-Quran dan Sunnahnya.
Pada zaman ini “It takes a community to raise a child”.Jadi, kami biasakan anak-anak bergaul dengan anak yatim dan asnaf di RPWP.
Tiada yang lebih baik selain dari apa yang telah ditunjukkan uswahnya dari rasul-rasul dan nabi-nabi yang terdahulu.
Berhenti melihat kepada corak keibubapaan cara barat kerana sebahagian yang baik yang mereka lakukan juga adalah cedokan sistem Islam yang telah lama dipraktik oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.
Secanggih manapun teknologi, pendidikan rohani anak tidak mungkin berlaku dengan sentuhan teknologi tetapi melalui sentuhan seorang ibu dan ketegasan seorang bapa.
Sumber: Majalah Keluarga Oktober 2016
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan hos yang satu ini sememangnya cukup terkenal bukan sahaja sebagai selebriti malah seorang suami serta ayah yang bertanggung jawab. Biarpun sebelum ini pernah mengakui bukan jenis romantik, namun perasaan kasih dan sayangnya terhadap isteri sering diluahkan baik melalui perbuatan mahupun ucapan.
aSisi suami dan ayah peyayang ini dizahirkan baik melalui perbuatan mahupun ucapannya. Sememangnya lelaki bernama Alif Satar ini seorang yang family man orangnya.
Akui empunya diri yang merupakan penyanyi dan pelakon ini, dia tidak pandai nak taip ucapan yang manis, namun ucapan ringkas buat isterinya jelas menunjukkan Alif Satar sememangnya suami yang romantik.
Terbaru, Alif Satar telah memuat naik sekeping gambar throwback bersama isterinya. Melalui akaun Istagram milikya, Alif Satar memuat naik gambar mereka mengenakan pakaian pengantin dan berada di dalam sebuah kereta. Rupa-rupanya, hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima!
“5 years ago.. Drove myself to the dewan nikah alone, but drove back with my wife by my side! Alhamdulillah.. we turned 5.” Tulisnya
Sementara itu, isteri Alif Satar iaitu Shadila Halid turut berkongsi momen yang sama. Menurutnya, kunjungan mereka kali ini lebih bermakna kerana disertai oleh anak-anak, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.
Gelagat anak Fizo Omar sering mengundang perhatian netizen. Dengan loghatnya yang bersahaja membuatkan ramai terhibur.
Maryam atau nama sebenarnya Wan Maryam cukup petah berceloteh baik ketika bersama ibunya mahupun ayahnya. Cukup comel dan petah bercakap. Mesra disapa Cikyam, ada sahaja gelagatnya yang membuatkan ramai terhibur.
Terbaru, Fizo Omar memuat naik sepotong video ketika bersama anaknya meraih perhatian ramai.
Daddy ambik gambar Yam sat’
So daddy pun melayan lah ragam anak dara ni.. dia punya posing ni macam mummy dia. Yang part ni 100% ikut mummy dia.. You tengoklah ni anak you @mawar_karim
sitinooraiinYa Allah cantiknye anak dara fizo ni. Dah besar dah dia 😍
milahmailComel… Ialah alangkah indahnya kalau bersatu semula. Bahagianya rasa.
Untuk rekod, fizo mendirikan rumah tangga bersama Mawar Karim namun jodoh pasangan ini tidak panjang. Mereka mendirikan rumah tangga pada November 2013, sebelum bercerai dengan talak satu pada 10 Julai 2019.
Hati mana yang tidak sebak apabila setiap hari berdepan dengan cabaran merawat pesakit Covid-19 yang unit rawatan rapi (ICU) yang kebanyakkannya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan, ventilator.
Begitulah yan situasi yang dihadapi oleh kebanyakkan pegawai perubatan yang bertugas di unit ICU.
Biarpun penat seharian tanpa henti menguruskan rawatan, namun tugasa menentukan siapa pesakit yang layak menerima mesi bantuan pernafasan adalah suatu yang sukar.
Ikuti perkongsian yang menyentuh hati oleh Dr Hana Hadzrami menerusi facebook miliknya.
__________________________________
Tahu tak apa yang membuatkan kami lelah? Bukan kerana perlu pakai PPE dan mandi 5-6 kali sehari. Bukan juga kerana menjaga beratus pesakit kritikal kategori 4 & 5 setiap hari. Bukan.
Gambar sekadar hiasan
Tetapi kerana perlu buat keputusan, pesakit mana satu kami kena pilih untuk berikan ventilator terakhir kami setiap hari. Adakala setelah kami susah payah saring dan pilih seorang dari 20 pesakit untuk ventilator terakhir kami, tiba-tiba datang pula seorang pesakit yang lebih muda, lebih kritikal dan lebih layak untuk ventilator tadi. Namun apakan daya. Tiada ventilator untuk dia buat hari itu. Terlewat beberapa minit. Dah jadi rezeki orang lain.
Jaga kesihatan keluarga: Tawaran Monitor tekanan darah dan pelbagai lagi tawaran menarik di sini.
KESAN TIADA BANTUAN VENTILATOR Tahukan apa akan jadi pada mereka yang tak dapat bantuan ICU atau ventilator pada saat kritikal itu? Umpama dijatuhkan hukuman mati penuh siksa. Setiap mereka yang tak dapat ventilator asyik bertanya bila giliran mereka nak dibawa masuk ke ICU; dah tak mampu bernafas, penat sangat. Mereka yang kekurangan oksigen dah tak tentu arah cuba bernafas dalam pelbagai posisi. Baring tak kena, duduk pun tak kena. Ada yang merangkak atas katil, ada yang menyangkung bawah paip oksigen. Masing-masing cuba memaksa sebanyak mungkin oksigen dari topeng masuk ke paru-paru yang dah membengkak dan keras. Cuba dan cuba sehinggalah jantung tak mampu menanggung.
JADI IGAUAN PEGAWAI PERUBATAN Bayangkan mereka itu adik beradik kita, ibu bapa kita, tuan puan. Kami bila habis on call dan pulang ke rumah akan asyik teringat dan rasa bersalah. Betulkah pilihan yang aku buat semalam? Patutkah aku beri ventilator pada pakcik tu? Atau pada adik tadi? Lambat sangat kah aku bawa pesakit tadi masuk ICU? Patutkah aku switch-off lebih cepat ventilator makcik yang tiada harapan hidup, untuk memberikan katil ICU itu buat pakcik yang dah lama menunggu? Kami cuba lupakan. Jika tidak nanti akan terbawa-bawa dan menganggu kerja. Lusa nak on call semula. Itulah yang membuatkan kami kecewa dan lelah. Bukan kerana penat selamatkan nyawa. Tapi kerana kami tak mampu nak selamatkan semua.
Moga kisah ini menjadi iktibar untuk masyarakat kekal di rumah. Keluar bila perlu sahaja.
Tip buat sambal belacan yang sedap, ikut sukatan dan petua ini. Sambal yang berasaskan cili dan belacan ini bukan sahaja pembuka selera, malah menjadi pelengkap wajib bagi pelbagai hidangan seperti nasi putih, ulam-ulaman, ikan goreng, mahupun nasi lemak.