Rumahtangga bahagia adalah impian semua orang. Namun kadang kala emosi pasangan mungkin tercalar jika dibiarkan akan mencalar emosi. Jika dibiarkan mungkin akan mengakibatkan pergaduhan. Sudah tentu kita nak elak semua ini kan.
Sebagaimana perkongsian wanita ini boleh menjadi peringatan bersama.
Kalau kita nampak isteri kita tengah naik marah, tengah membebel, tengah merapu, tengah menjerit, tengah naik angin.
Tak payah buat benda lain. Jangan tanya. Jangan tegur. Jangan tazkirah. Lebih-lebih lagi, jangan marah dia semula.
Ambil apa saja yang ada di tangan dia, letakkan di tepi. Pimpin tangan dia, bawa di satu sudut. Peluk dia kuat-kuat. Tak payah cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan peluk.
Ads
Dia mungkin menjerit dan marah. Nampak macam tenaga dia banyak sangat. Tapi saat itu sebenarnya dia berada di takah emosi yang paling lemah.
Kalau ada orang peluk dia waktu ni…. Dia boleh menangis teresak-esak. Dia boleh mengadu tersedu-sedu.
Ads
Tobat lahum. Dia taknak jadi begitu.
Dia nak jadi anak yang baik. Dia nak jadi isteri yang solehah. Dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.
Pelukan itu cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahami.
Ads
Isteri bukan terlahir sebagai orang yang marah-marah dan suka marah. Kalau dia memang jenis baran, dari dulu pun suami takkan berkenan.
Bukan dia dari awal kenal pun jenis yang kokak kepala pekerja kedai kalau makanan lambat sampai. Tidak.
Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa. Perjalanan rumahtangga adalah perjalanan syurga. Tapi perjalanan ini tak semudah yang kita semua sangka. Sokonglah dia sepenuh jiwa.
Dalam sesebuah rumah tangga, pasti akan timbul ketidak puasan hati. Maklum sajalah dia insan berbeza yang hidup sebumbung. Punya pilihan dan pendapat yang berbeza. Namun itu tidak bermakna, tidak boleh bersatu di bawah satu bumbung.
Sebab tu komunikasi dalam sesebuah rumah tangga penting. Apa jua rasa tidak puas hati mahupun keinginan boleh terus disampaikan tanpa perlu ada pihak yang makan hati. Mungkin nampak luaran seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun sebenarnya ada yang terpendam di hati.
Baca perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini. Jika ada tanda-tanda ini anda kena cepat selesaikan supaya ia tidak menjadi barah dalam rumah tangga yang boleh mengundang konflik lebih buruk.
#5 Tanda Pasangan Kita Ada Pendam Perasaan Tak Puas Hati Walaupun Dia Selalu Tersenyum
1 – Suka Berdiam Diri Balik kerja diam. Keluar pergi kerja pun diam. Kat rumah tak tegur langsung pasangan melainkan terpaksa. Jika di tanya, jawab pun sepatah-sepatah je. Lagi berat mulut tanda lagi beratnya sakit hati.
2 – Suka Buat Hal Sendiri Beli barang dapur sendiri. Makan sendiri. Malah nak menonton tv pun sendiri sendiri. Rasa potong mood kalau ada pasangan. Ini dah serius! Makna dia dah tawar hati betul.
3 – Suka Mengelak Setiap kali nak ada hubungan intim dia mengelak. Ketika nak berbincang secara serius pun dia mengelak. Ini bukan merajuk tapi si dia sedang sakit hati. Mengelak supaya tak bertambah sakit lagi.
4 – Suka Berkira Baik duit, masa atau tenaga. Semua nak di kiranya. Sampah kat rumah sampai berulat tak nak buang sebab berkira tu bukan kerja dia. Ulat sampah boleh nampak ngesot ngesot tapi kalau hati dah berulat tak ada siapa yang tahu.
5 – Suka Protes Apa sahaja pasangan buat dia akan nampak kelemahan. Itu tak baik, ini tak baik. Logik la orang dah sakit hati, semua dia pandang jadi sakit mata. Faham-faham sendiri kalau pasangan ada simptom begini.
Sebab inilah pentingnya kena ada skil Empathic Listening supaya 5 tanda awal ini tak jadi serius dan memudaratkan.
Sebenarnya pasangan kita luahkan masalah dia pada kita bukan nak suruh kita selesaikan tapi dia nak tengok samaada kita ni ambil berat tentang dia atau tidak.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais Bila isteri rasa macam cakap dengan tembok masa tu la dia mula rasa sakit hati.
p/s : Komunikasi dalam rumahtangga sangat penting. Komunikasi bukan sahaja dalam bentuk percakapan, malah mimik muka dan body language pun termasuk sekali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isteri mana yang tak bimbang bila insan tersayang dan paling rapat disahkan positif COVID 19. Saat mengetahui perkara tersebut, hanya Tuhan yang tahu akan perasaannya. Takut, gementar, sedih dan semua rasa bermain dijiwa. Itulah situasi yang dilalui Sha Dila Halid saat suaminya, Alif Satar, disahkan positif wabak berkenaan Ahad lalu
Sebagai kontak rapat, Sha Dila dan tiga anak mereka sudah melakukan ujian calitan kira kira jam 9.30 pagi tadi di kediamannya.
Sha Dila ketika dihubungi Berita Harian memaklumkan keputusan ujian berkenaan dijangka diperolehi dalam tempoh 24 jam.
“Satu pengalaman dan perasan yang selama ini saya minta dijauhkan, tapi akhirnya datang juga. Saya hanya reda dan pasrah. Semoga keputusan yang diperoleh nanti menyebelahi saya serta anak.
“Sebak sampai menangis melihat tiga anak saya juga perlu melalui proses sama. Anak sulung agak okey dan hanya terkejut sedikit ketika melakukan ujian calitan di bahagian hidung dan mulut.
“Anak kedua mulanya agak takut tapi berjaya ditenteramkan. Yang paling bongsu pula menangis sekejap saja, lepas itu okey,” kata Sha Dila.
Mengenai suami tersayang, Sha Dila memaklumkan Alif dalam keadaan tenang dan enggan terlalu memikirkan apa yang dilaluinya.
“Biarpun saya tahu emosi dan fikirannya terganggu. Namun dia tak mahu larut dengan perasaan sebegitu.
“Dia cuba alih rasa tak sedap itu dengan bersenam, mengaji dan macam macam lagi. Dalam masa sama dia juga risaukan keadaan kami di sini.
“Ikutkan dia ada minta untuk dipindahkan ke pusat perubatan di Sungai Buloh, tapi doktor di Melaka tak bagi. Saya juga berharap dan tak putus doa supaya dia terus kuat dan akan sembuh macam sedia kala,” katanya.
Sha Dila juga memohon semua mendoakan dia dan anak serta kontak rapat lain akan mencapai keputusan negatif.
“Andai kata dapat keputusan negatif, saya dan anak akan buat lagi ujian calitan buat kali kedua untuk memastikan kami benar benar selamat (negatif)
“Kerisauan yang bersarang di hati saya sangat menebal. Bila kena dekat kita sendiri, rasa risau itu lain macam sekalipun pada awalnya tak rasa ada simptom mencurigakan. Semoga dipermudahkan segala galanya,” katanya
Menurut Sha Dila kali terakhir dia bersua muka dengan suaminya selepas waktu Subuh Sabtu lalu.
“Malam Jumaat dia melunaskan tanggungjawab di separuh akhir Muzik Muzik 35 untuk lagu I Want You To Love Me.
“Selepas waktu Subuh (Sabtu) dia bergerak ke Melaka untuk melunaskan baki penggambaran drama Penjara Janji bersama JS Pictures. Sebelah tengah harinya, dia dapat tahu kontak rapat yang di temui pada Selasa lalu positif COVID 19.
“Dengan pantasnya dia melakukan saringan ujian di sebuah klinik di Melaka. Petang Ahad lalu dia dapat keputusan positif COVID 19,” kata Shadila lagi.
Alif satar semalam mengumumkan diri positif Covid-19 dan ini dalam proses kuarantin di sebuah puasat perubatan di Melaka.
“Perkara ini amat mengejutkan dan mendukacitakan. Perkara pertama yang difikirkan adalah keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak termasuk rakan di set penggambaran dan kontak rapat.
“Saya mohon maaf atas segala kesulitan ini. Saya mohon doa semua supaya diberi kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT. Semoga semua rakan terhindar daripada sebarang kemudaratan,” katanya.
Melalui perkongsian itu, Alif menyatakan sudah menyerahkan senarai nama dan butiran kontak yang dikenal pasti dalam tempoh 14 hari lalu kepada Kementerian Kesihatan.
Kasih ibu bawa ke syurga. Oleh itu, setiap permintaan ibu pastinya akan dipenuhi.
Seperti pemuda yang bernama Syukor Majid, dia yang memuatnaik posting di Facebooknya menceritakan bagaimana dia terpaksa tipu sunat bagi memenuhi permintaan ibunya.
Menurutnya, satu hari dia membawa ibunya pergi minum di Starbucks. Di situlah bermula detik minat ibunya terhadap tumbler yang dipamerkan di kedai minuman itu.
“Dia tiba-tiba berminat tengok tumbler yang ada tersusun di rak. dia kata boleh bawa pergi mengaji. Jadi abang pun belikan satu.”
“Bila mak saya tanya berapa harga botol minuman tersebut, abang jawab RM20 sebab abang tahu kalu cakap RM 200 mesti dia tak nak.”
Cerita Syukur lagi, jika ibunya tahu tumble tersebut berharga RM200 pasti ibunya tidak mahu kerana ibunya tidak menggemari barangan yang mahal.
Sejak hari tersebut, ibunya yang percaya botol minuman itu berharga RM20 telah memintanya untuk membeli design lain bagi menambah koleksi setiap kali bertandang ke kedai kopi berkenaan.
“Siapa sangka akibat tak jujur dengan ibu, setiap kali bawa mak pergi Starbucks mesti mak bawa balik satu bekas minuman yang baharu.”
“Sehingga hari ini, mak abang dah ada lima biji tumbler Starbucks, design Chinese New Year pun dia sempat beli.”
“Makin menjadi-jadi perangai dia, rasanya dah sampai masa abang beritahu harga sebenar tumbler tersebut bukan RM 20.” katanya berseloroh.
Semoga dimurahkan rezeki Syukur kerana membahagiakan hati ibunya.
Sewaktu ibu dan bapa ada lagi ini, hargailah mereka sementara masih ada waktu.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.