Apabila bergelar isteri dan ibu pastinya pelbagai tanggung jawab yang perlu dilakukan tanpa mengira masa. Lebih-lebih lagi apabila bergelar suri rumah sepenuh masa. Segala hal rumah tangga baik anak mahupun suami menjadi keutamaan.

Perkongsian isteri pelakon terkenal Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia mengenai rutin hariannya mendapat perhatian peminatnya. Lebih-lebih lagi apabila isteri kesayangan Datuk Fizz Fairuz ini bercerita momen sebelum mereka berkahwin.

“Dulu Masa Bercinta, Paling Benci Gf Asyik Berkepit. Sekarang…”  Almy Nadia Dedah Sikap Suami Selepas Ada Anak

Menurut Almy, suaminya itu tidak gemar dengan wanita yang mahu bersama dengannya setiap masa. Namun kini semuanya sudah berubah selepas memiliki anak perempuan.

Apa yang melucukan, anak kedua pasangan ini yang bernama Nur Afrina Aurora, 3, cukup manja dan sentiasa mahu bersama ayahnya.

“Dulu Masa Bercinta, Paling Benci Gf Asyik Berkepit. Sekarang…”  Almy Nadia Dedah Sikap Suami Selepas Ada Anak

IKLAN

“Dulu masa zaman bercinta, dia (Fizz) paling tak suka, paling benci gf (girlfriend) dia asyik berkepit, atau call 24 jam.

“Nak jadikan cerita tu laa kan, sekarang anak dia yang nombor 2 ni, suka sangat berkepit dengan dia 24 jam, tidur berkepit, pergi toilet ikut, makan ikut mana saja mesti ada dengan papa dia, naik rimas mama.

“Nak dapat anak yang kaki berkepit dengan dia padan muka.. Tak suka sangat kan dulu, sekarang hambikkkklkk (terimalah) yang lagi aku hangin si papa dia buat macam tak ada masalah anak beranak dok bergaduh depan dia,” tulisnya.

IKLAN

“Dulu Masa Bercinta, Paling Benci Gf Asyik Berkepit. Sekarang…”  Almy Nadia Dedah Sikap Suami Selepas Ada Anak

Almy berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik foto gelagat anaknya yang duduk bersama Fizz.

IKLAN

Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra, 1 tahun.

Rata-rata yang membaca terhibur dengan apa yang dikongsikan oleh Almy.

Sumber: IG almynadiaofficial

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI